You are on page 1of 53

R1001 / UNIT 5/ 1

PENGURUSAN DAN JATI DIRI

UNIT 5 PENGURUSAN DAN JATI DIRI

OBJEKTIF

Objektif am :

• Mengetahui pengurusan diri dan jati diri


• Memahami kaedah-kaedah komunikasi berkesan
• Aplikasi kemahiran perkhemahan jati diri

Objektif khusus :

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

 menyatakan jenis-jenis komunikasi


 mengenal kaedah-kaedah komunikasi dan kepentingannya
 mengetahui tatacara perkhemahan dan cara memasang khemah
R1001 / UNIT 5/ 2
PENGURUSAN DAN JATI DIRI

INPUT

5.1 K ONSEP PENGURUSAN DIRI

Pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses yang melibatkan perancangan,


penyusunan, pengarahan dan juga kawalan. Di peringkat perancangan, perkara-
perkara yang dikaji adalah mengenai penetapan matlamat dan objektif serta
pembentukan strategi dan dasar. Di peringkat penyusunan, ia melibatkan aktiviti
menstruktur hierarki pengurusan dan fungsi, penyelarasan peraturan dan
tatacara bekerja. Di peringkat pengarahan, ia merangkumi aspek kepimpinan
dan motivasi bagi memastikan kecekapan dan kelancaran organisasi. Di
peringkat kawalan, ia memerlukan pengawasan perlaksanaan ketiga-tiga proses
di atas iaitu perancangan, penyusunan dan pengarahan.

Manakala konsep kendiri adalah semua persepsi anda terhadap diri anda sendiri,
dari segi kebolehan, kesukaan, personaliti, kemahiran dan lain-lain lagi tentang
anda. Apabila maklumat yang anda terima bertentangan dengan konsep kendiri
anda, anda mungkin menjadi cemas dan bimbang atau tidak dapat menerima
maklumat tersebut. Sekiranya anda mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi,
anda merupakan pelajar yang berminat dan bermotivasi untuk belajar serta
mempunyai matlamat kerjaya untuk masa hadapan. Anda juga perlu melihat diri
anda sebagai orang yang berkebolehan dan mahukan kepuasan dalam membuat
keputusan kerjaya.
R1001 / UNIT 5/ 3
PENGURUSAN DAN JATI DIRI
5.2 PENGURUSAN KENDIRI

Pengurusan kendiri bolehlah dikatakan sebagai satu proses di mana anda


menganggap diri anda sendiri sebagai sebuah organisasi yang harus anda
rancang, arahkan dan kawal dalam membuat sesuatu keputusan atau tindakan.

Pengurusan masa
Tidak dinafikan bahawa alam persekolahan adalah alam yang amat
menyeronokkan. Jadi tidaklah menghairankan apabila ramai di antara mereka
yang telah berjaya di peringkat tinggi atau telah bekerja, ingin belajar lagi.
Namun demikian, keseronokan belajar
semasa usia muda dan semasa usia
yang telah meningkat agak berlainan
sekali. Cabaran dan saingan di alam
pembelajaran amatlah menyukarkan.
Ada diantara rakan anda merasakan diri
mereka tidak boleh menyaingi anda yang
lebih pandai daripada mereka, ada yang sukar untuk memahami apa yang diajar
oleh pensyarah, suka berkhayal dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada
pelajaran. Keadaan ini akan wujud sikap 'rendah diri' dalam diri rakan anda
terhadap masalah yang rakan anda timbulkan. Bagi mengelakkan sikap rendah
diri ini terjadi pada anda, anda sepatutnya bertanyakan pada diri anda:

• mengapa saya ke politeknik?

• apa yang aku mahu dapat di politeknik?

• pentingkah aku ke politeknik?

• adakah aku seronok di politeknik?

• apa yang ada di politeknik yang menyeronokkan aku?


R1001 / UNIT 5/ 4
PENGURUSAN DAN JATI DIRI
• sejauh manakah politeknik penting dalam perkembangan sahsiah aku?

• adakah aku ke politeknik untuk lulus peperiksaan semata-mata?

• adakah aku ke politeknik kerana terpaksa?

• adakah politeknik membosankan aku?

• adakah politeknik membebankan aku dengan aktiviti ko-kurikulum?

Setelah anda menjawab soalan di atas, adakah cukup hanya sekadar dimulut
sahaja atau anda perlu memikirkan sesuatu untuk mengatasinya.
Oleh itu, untuk mencapai sesuatu kejayaan, anda sebagai pelajar seharusnya
tahu bagaimana cara menguruskan disiplin masa di samping mempunyai strategi
pembelajaran yang berkesan.

Setiap manusia diperuntukkan dengan 24 jam sehari untuk menguruskan


kehidupan hariannya. Anda juga tidak
terkecuali dalam urusan untuk menguruskan
masa 24 jam sehari ini dalam kehidupan
seharian anda sebagai seorang pelajar.
Malahan proses pembelajaran memerlukan
disiplin kerja dan pengurusan masa dengan baik
dan teratur. Tidak mungkin seseorang itu dapat
lulus dengan cemerlang tanpa sesuatu perancangan yang baik.

Antara yang perlu anda fikirkan adalah:

• adakah anda mempunyai jadual waktu harian dan mingguan

• berapakah peruntukkan masa anda untuk belajar dalam waktu harian atau
mingguan

• bilakah masanya untuk anda bersukan atau beriadah

• bagaimana dengan aktiviti bersama keluarga anda


R1001 / UNIT 5/ 5
PENGURUSAN DAN JATI DIRI
• adakah anda mematuhi jadual yang telah anda susunkan

Contoh jadual pengurusan masa seorang pelajar:

Masa Aktiviti
6.00 pagi Bangun, mandi, bersiap untuk solat/bersenam, bersiap untuk ke
politeknik
7.30 pagi Aktiviti pelajaran di politeknik.
-Kuliah, sarapan, bengkel, perpustakaan, makan tengahari
4.30 petang Berehat, mandi dan solat. Membuat kerja rumah atau mengkaji
semula pelajaran hari ini
5.30 petang Aktiviti riadah / sukan bersama rakan-rakan anda
6.30 petang Berehat di rumah, mengemas,berkebun, riadah lain-lain di
rumah seperti menonton televisyen,mandi,solat dan makan
malam
8.30 malam Solat, menonton televisyen program tertentu, belajar, membuat
tugasan, ulangkaji pelajaran
11.30 malam Tidur.

Semua aktiviti hendaklah direkodkan


bermula dari bangun tidur pagi
hinggalah sampai waktu tidur di sebelah
malam. Catatkan aktiviti setiap 30 minit
hingga 1 jam. Segala perkara mustahak
hendaklah diambil perhatian. Masa yang memberi faedah dan tidak bermanfaat
hendaklah direkodkan. Buat latihan ini selama beberapa hari. Anda juga
membuat perancangan ini untuk seminggu.
R1001 / UNIT 5/ 6
PENGURUSAN DAN JATI DIRI
Setelah itu analisislah jadual dan aktiviti yang telah anda lakukan. Anda perlu
jumlahkan semua masa yang telah anda gunakan dalam masa seminggu
tersebut. Kenal pasti gangguan masa yang disebabkan oleh kecuaian atau
kelalaian anda atau gangguan di luar pengawalan,dugaan dan jangkaan.

Contoh carta aktiviti dalam masa seminggu yang telah direkodkan :

Aktiviti Masa digunakan Baki dari 168 jam


Tidur 50 jam 118 jam
Mandi 3 jam 115 jam
Berpakaian 3 jam 112 jam
Menonton televisyen 3 jam 109 jam
Bersama rakan/hobi/riadah 24 jam 85 jam
Membaca majalah/akhbar 10 jam 75 jam
Perjalanan 47 jam 28 jam
Belajar 10 jam 18 jam
Solat 5 jam 13 jam
Membeli belah
Ulangkaji matapelajaran

Dari jumlah masa yang telah digunakan, semaklah dengan menggunakan


penyataan berikut :
1. Adakah taburan keseluruhan masa adalah sesuai dengan matlamat dan
keperluan anda ?
2. Masa untuk kerja utama adalah dirancang dengan teliti
3. Banyakkah masa yang terbuang, bila dan bagaimana ia berlaku
R1001 / UNIT 5/ 7
PENGURUSAN DAN JATI DIRI
4. Gangguan yang menyebabkan perancangan gagal.

Setelah itu lakukan pindaan jadual untuk minggu berikutnya agar matlamat anda
dapat dicapai dari masa ke semasa.

Pengurusan diri

Dalam mengharungi kehidupan yang mencabar di zaman serba moden ini, selain
dari kita merancang pengurusan masa yang berkesan, pengurusan diri kita juga
tidak harus diabaikan.

Dahulu semasa zaman kanak-kanak, makan, minum, pakaian dan kebersihan


diuruskan oleh ibu bapa kita. Tetapi apabila sudah dewasa, semua itu sepatutnya
ditanggung oleh diri kita sendiri. Adalah tidak wajar untuk kita bergantung
kepada ibubapa dan penjaga kita untuk menguruskan semua hal yang
membabitkan pengurusan diri kita.

Pengurusan diri yang terancang adalah penting bagi menjamin agar kita sentiasa
dalam keadaan sihat, bersih, kemas, bertenaga dan sentiasa bersiap sedia dalam
menghadapi kehidupan harian.

1. Kebersihan diri. Jagalah kebersihan


diri seperti memotong kuku dan jangan
biarkan ianya panjang dan kotor.
Jangan biarkan rambut anda kotor dan
tidak terurus kerana rambut yang
kotor mudah dihinggapi kutu.
Bersihkan badan anda sekurang-kurangnya
dua kali sehari. Cucilah tangan
R1001 / UNIT 5/ 8
PENGURUSAN DAN JATI DIRI
seelok-eloknya dengan sabun sebelum menjamah makanan. Pakailah
pakaian yang bersih dan kemas.

2. Senaman. Senaman adalah aktiviti yang berkait rapat dengan


pencapaian kesihatan fizikal yang lebih baik, bertenaga. Ini juga satu
keadah yang berkesan untuk mengelakkan dari mudah dihinggapi
penyakit terutamanya serangan sakit jantung dan emosi. Senaman yang
teratur juga membolehkan kita memperolehi tidur yang lebih lena,
penumpuan
yang lebih baik dan perasaan
kegembiraan serta emosi yang stabil.
Luangkan masa anda untuk bersenam
sekurang-kurangnya 20-30 minit sehari.
Anda tidak perlu untuk melakukan
senaman yang begitu memenatkan,
memandai jika anda melakukan aktiviti
berjalan cepat selama 20 minit sehari.

3. Pengambilan makanan seimbang. Salah satu cara yang berkesan


untuk penjagaan kesihatan diri ialah dengan mengambil makanan yang
seimbang. Pengambilan makanan yang seimbang boleh menghindar kita
dari pelbagai penyakit seperti diabetis, sakit
jantung, darah tinggi dan
sebagainya. Setiap makanan
yang kita sediakan mestilah
mempunyai zat-zat seperti
karbohidrat, protien, lemak,
vitamin dan juga garam galian.
Setiap kita mempunyai
R1001 / UNIT 5/ 9
PENGURUSAN DAN JATI DIRI
keperluan yang berbeza, oleh itu anda haruslah menentukan sendiri apa
yang terbaik untuk diri anda. Untuk memastikan anda tidak makan
berlebihan, anda mungkin perlu menimbang berat badan anda dari masa
ke semasa atau perhatikan sama ada terdapat perubahan ketika
berpakaian iaitu sama ada pakaian kian sendat atau tetap seperti biasa.
Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayuran kerana kedua-duanya
kaya dengan vitamin, galian dan serat. Bijirin, roti, sayuran berkacang,
pis, jenis-jenis kekacang, buah-buahan adalah antara makanan yang
banyak mengandungi serat yang penting untuk kesihatan yang baik.
Kekurangan serat dalam diet boleh menyebabkan sembelit, kanser perut
serta gangguan usus lain. Lebihkan pengambilan ikan dari daging kerana
ikan mengandungi protein, beberapa zat yang perlu, vitamin dan bahan
galian. Keistimewaan ikan adalah ia tidak mengandungi lemak tepu yang
menjadi salah satu punca utama serangan jantung. Air juga penting
dalam pengambilan diet anda. Minumlah sekurang-kurangnya enam gelas
air sehari. Sebaiknya minumlah air kosong dan bukannya minuman ringan
atau yang berperisa. Pengambilan makanan yang seimbang dapat
membekalkan kita dengan tenaga yang mencukupi bagi melakukan
pergerakan badan, aktiviti harian dan memelihara suhu badan. Ia juga
dapat membaiki tisu-tisu yang rosak dan membantu pertumbuhan tisu-
tisu yang baru serta mempertahankan badan daripada serangan penyakit.

4. Kebersihan tempat tinggal. Anda juga hendaklah menjaga kebersihan


persekitaran rumah. Sapulah rumah anda setiap hari. Jangan biarkan
rumah anda bersepah-sepah dan pastikan setiap kawasan rumah sentiasa
bersih seperti dapur, tempat tidur, tandas, stor dan bilik mandi.
R1001 / UNIT 5/ 10
PENGURUSAN DAN JATI DIRI
Penyelesaian masalah

Sebagai manusia kita sering dibebani dengan persoalan-persoalan kehidupan


seperti kerja, perbelanjaan, rakan-rakan, aktiviti sosial, pelajaran, soal cinta dan
sebagainya yang perlu ditangani. Anda sebagai pengurus diri anda tidak dapat
lari daripada bertanggungjawab terhadap segala keputusan yang telah anda
buat, sama ada keputusan itu menghasilkan satu keputusan yang baik ataupun
sebaliknya. Kadangkala membuat keputusan ini memang mudah, hanya sekelip
mata sahaja. Kadangkala ia menyebabkan anda tidak dapat tidur memikirkannya
apakah perkara sebaiknya yang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah yang
timbul. Lebih-lebih lagi kalau ia melibatkan soal wang ringgit atau soal perasaan.

Dalam proses membuat keputusan dan penyelesaian masalah, anda hendaklah


membuat keputusan yang rasional. Penentuan masalah, analisa masalah dan
pemilihan alternatif yang paliing sesuai hendaklah dibuat dengan teliti dan
berpandukan kepada faktor-faktor pengalaman, kepakaran, pertimbangan dan
keyakinan anda.

Keputusan yang dibuat secara rasional memerlukan analisis maklumat dan


ramalan tentang implikasi dan kesan daripada pemilihan alternatif.

Keputusan yang anda ambil sebenarnya adalah terbatas dan mungkin boleh
dipertikaikan oleh pihak lain kerana :

i. terdapatnya perbezaan dari segi pengalaman anda dan orang lain


ii. perbezaan dari segi kemahiran
iii. maklumat yang anda perolehi tidak mencukupi
iv. pengetahuan anda yang terbatas
v. dipengaruhi perasaan diri dan emosi.
R1001 / UNIT 5/ 11
PENGURUSAN DAN JATI DIRI

Proses membuat keputusan


Terdapat enam langkah yang penting dalam proses membuat keputusan yang
efektif seperti dalam rajah di bawah :

Kenalpasti keperluan,
situasi dan masalah

Dapatkan maklumat dan analisis


sebab terjadinya masalah

Membentuk alternatif
jawapan yang mungkin

Pemilihan
alternatif

Perlaksanaan
alternatif

Penilaian dan
maklumbalas
R1001 / UNIT 5/ 12
PENGURUSAN DAN JATI DIRI
1. Mengenalpasti Keperluan, Situasi & Masalah

Ia merupakan langkah pertama yang perlu anda lakukan dalam membuat


sesuatu keputusan. Keperluan ini selalunya dalam bentuk masalah atau peluang.
Dalam memilih sesuatu masalah dan peluang, anda bolehlah menggunakan
kriteria berikut:

a) Kawalan- Sejauh manakah anda boleh mengawal masalah tersebut


dan penyelesaiannya?

b) Kepentingan- Darjah kepentingan masalah tersebut.

c) Kerumitan- Bagaimanakah rumitnya untuk mencari penyelesaian.

d) Masa- Jangka masa yang akan didapati daripada menyelesaikan


masalah tersebut.

e) Sumber- Sumber-sumber yang diperlukan.

Mengenalpasti masalah yang betul adalah penting kerana mengenalpastikan


masalah yang salah akan mempengaruhi proses membuat keputusan yang
selanjutnya.

2. Diagnosis & Analisis Data

Dalam menganalisis sesuatu masalah, anda boleh mengumpulkan semua data


dan mempamerkan maklumat yang berkaitan supaya membantu dalam membuat
keputusan.

3. Pembentukan Alternatif

Anda boleh mengembang atau satukan alternatif atau menciptakan alternatif


baru. Adalah dicadangkan supaya berwaspada dengan alternatif yang tersedia.
Juga dicadangkan supaya pertimbangan dibuat tentang batasan dan peluang
R1001 / UNIT 5/ 13
PENGURUSAN DAN JATI DIRI
dalam membincangkan setiap idea dan juga pertimbangkan alternatif lama
kepada masalah yang sama.

4. Pemilihan Alternatif

Dalam pemilihan sesuatu alternatif, anda perlu pertimbangkan kriteria berikut:

a) Kawalan: Adakah pelaksanaan alternatif ini dalam kawalan anda/kita?

b) Kesesuaian: Adakah alternatif ini menyelesaikan masalah tersebut?

c) Keperluan Sumber: Mampukah anda melaksanakannya (manusia,


wang, peralatan, dsb)?

d) Faedah: Adakah ia berfaedah?

e) Masa: Berapa lama sebelum anda dapat lihat hasilnya?

f) Kebolehterimaan: Adakah ahli dalam organisasi akan menerimanya?

5. Perlaksanaan Alternatif

Pelaksanaan alternatif yang terpilih memerlukan perancangan yang terperinci. Ini


boleh dilakukan dengan memikirkan strategi pelaksanaan. Soalan-soalan berikut
boleh digunakan untuk membentuk strategi pelaksanaan:

a) Kebolehterimaan: Bagaimanakah anda boleh mendapatkan


penerimaan dari orang lain? Apakah faedah yang boleh anda
tonjolkan dari alternatif ini? Bagaimana boleh anda tunjukkan
faedah tersebut?

b) Jangkaan: Apakah tentangan yang boleh anda jangka kepada


alternatif ini? Bagaimanakah patut anda mengatasinya?
R1001 / UNIT 5/ 14
PENGURUSAN DAN JATI DIRI
c) Bantuan: Bagaimanakah anda boleh mendapat bantuan dari
orang atau kumpulan lain?

d) Lokasi: Di manakah patut anda laksanakan alternatif ini?

e) Masa: Bagaimanakah boleh anda mengambil kesempatan hari,


masa dan tarikh tertentu untuk melaksanakan alternatif ini?

f) Berhati-hati: Bagaimanakah boleh anda uji keberkesanan


alternatif ini?

6. Penilaian & Maklum Balas

Semasa pelaksanaan, anda patut memastikan bahawa alternatif yang dipilih itu
merupakan alternatif yang paling berkesan. Untuk mengukur keberkesanan
alternatif tersebut, anda haruslah fikirkan:

a) Ukuran: Maklumat apakah yang perlu dikumpulkan?


b) Alat Analisis: Alat apakah yang akan digunakan untuk menganalisis
dan mempamerkan maklumat?
c) Ujian: Apakah ujian atau ‘trial run’ yang akan anda awasi untuk
melihat keberkesanan alternatif itu? Bagaimanakah akan anda menilai
keputusannya?
d) Keputusan: Apakah kriteria yang akan anda gunakan? Bilakah anda
menjalankan penilaian terakhir? Apakah bukti alternatif anda
berkesan?
R1001 / UNIT 5/ 15
PENGURUSAN DAN JATI DIRI

5.3 KOMUNIKASI YANG BERKESAN

Pada zaman serba moden ini, keperluan komunikasi bukan sahaja terhad kepada
perlakuan yang berbentuk isyarat, pertuturan dan penulisan malah ia juga
melibatkan, percetakan dan elektronik. Biarpun begitu komunikasi antara
manusia masih merupakan unsur yang penting dalam kehidupan manusia. Kita
perlu berkomunikasi untuk melahirkan pendapat dan perasaan kita kepada orang
lain. Manusia tidak dapat hidup keseorangan tanpa berkomunikasi dengan orang
lain. Tanpa kebolehan untuk menyampaikan pendapat dan perasaan kita kepada
orang lain, kita mungkin merasakan kekurangan dalam hidup kita.

Komunikasi merupakan seni memindahkan maklumat, idea dan sikap daripada


seseorang kepada seseorang. Komunikasi juga melibatkan pengirim, penerima,
media, mesej, maklum balas dan kawalan.

5.3.1 Definisi

Komunikasi ialah terjemahan daripada istilah Inggeris iaitu communication.


Yang berasal daripada istilah Latin iaitu "Communcare" yang bermaksud "to
make comman" atau mewujudkan persamaan. Berasaskan pengertian asas
komunikasi yang sedemikian pengkaji-pengkaji komunikasi telah
memberikan takrifan mereka berdasarkan maksud dan tujuan penyelidikan
yang mereka lakukan. Dengan itu, takrifan mereka terhadap komunikasi
juga dipengaruhi bidang-bidang mereka.

Komunikasi yang ingin dibincangkan dalam unit ini merupakan satu proses
yang melibatkan penghantaran dan penerimaan maklumat di antara dua
pihak iaitu penghantar dan penerima. Di dalam konteks bilik darjah
R1001 / UNIT 5/ 16
PENGURUSAN DAN JATI DIRI
komunikasi boleh terjadi dalam bentuk percakapan atau gerak geri diantara
pensyarah dan pelajar atau sebaliknya

Komunikasi berkesan berlaku apabila maklumat atau mesej yang hendak


disampaikan oleh penyampai dapat diterima dan difahami dengan jelas oleh
penerima. Jika maksud penyampai disalah tafsir oleh penerima, maka
timbul konflik di antara kedua-dua individu tersebut. Komunikasi berkesan
amat penting bagi menjamin proses pengajaran dan pembelajaran yang
efektif.

5.3.2 Jenis-jenis komunikasi

Komunikasi secara umumnya terdiri dari dua jenis iaitu

i. Komunikasi Verbal iaitu komunikasi lisan yang berlaku secara


langsung apabila dua orang berbual secara bersemuka atau tidak.
Contohnya, pensyarah menyampaikan pengajaran kepada pelajar-
pelajar dengan cara syarahan.

ii. Komunikasi Non-Verbal iaitu semua bentuk tingkah laku yang


bukan lisan; Contohnya, bunyi, gerakan badan atau mimik muka.
Pensyarah mengangguk kepala sebagai tanda setuju dengan jawapan
pelajar.
R1001 / UNIT 5/ 17
PENGURUSAN DAN JATI DIRI
Selain dari itu, komunikasi juga boleh dibahagikan kepada beberapa jenis .

a) Komunikasi Antara Individu

Komunikasi ini berlaku apabila dua individu berkomunikasi secara


bersemuka iaitu muka mereka bertentang antara satu sama lain.
Komunikasi jenis ini adalah komunikasi dua hala iaitu dua individu yang
terlibat dalam proses komunikasi itu saling menyampai dan menerima
maklumat.

b) Komunikasi Awam

Komunikasi awam adalah komunikasi yang bertujuan untuk menyampaikan


maklumat kepada jumlah orang ramai. Komunikasi awam berlaku secara
formal dan mempunyai struktur yang tertentu. Bolehlah kita rumuskan
bahawa komunikasi awam adalah

i. Komunikasi bersemuka tetapi melibatkan bilangan sasaran yang


ramai.

ii. Tempat berkomunikasi berlaku ialah di tempat awam

iii. Interaksi antara sumber dari penerima maklumat adalah rendah

c) Komunikasi Massa

Dalam komunikasi massa, maklumat


disampaikan melalui perantaraan media.
Di antara media yang sering menjadi
perantaraan ialah media massa seperti radio,
televisyen, akhbar, majalah atau buku.
Komunikasi massa boleh dicirikan oleh :-
R1001 / UNIT 5/ 18
PENGURUSAN DAN JATI DIRI
i. adanya perantaraan media di antara sumber dan penerima
maklumat
ii. komunikasi massa terdiri daripada individu-individu yang
berbagai-bagai jenis dan ragam
iii. jarak di antara sumber dengan penerima adalah berjauhan
iv. sumber tidak mengenali siapakah individu-individu yang
menerima maklumat
v. komunikasi berlaku secara formal
vi. penyediaan maklumat dilakukan oleh berbagai-bagai individu

d) Komunikasi Tanpa Lisan

Komunikasi tanpa lisan boleh juga berlaku secara sendirian. Lazimnya,


komunikasi berlaku sebagai pelengkap kepada ketiga-tiga jenis komunikasi
yang telah dibincangkan tadi. Maklumat yang diterima daripada komunikasi
adalah melalui isyarat tanpa lisan. Antara isyarat tanpa lisan adalah nada
suara, air muka, gerak badan, hubungan mata, atau gerak tangan.

Komunikasi jenis ini bolehlah digunakan sebagai:-

i. Pelangkap kepada komunikasi lisan atau tulisan

ii. Isyarat tanpa lisan menggambarkan emosi individu dan lazimnya


menunjukkan perasaan yang sebenar.

iii. Komunikasi lisan akan lebih berkesan sekiranya diiringi oleh


komunikasi tanpa lisan

5.3.3 Kaedah komunikasi

Kaedah atau model kommunikasi mula diperkenalkan pada akhir tahun


1940-an. Kaedah-kaedah komunikasi yang dibentuk pada tahun-tahun
R1001 / UNIT 5/ 19
PENGURUSAN DAN JATI DIRI
tersebut seperti Model lasswell (1948) dan model Shannon dan Weaver
(1949), menekankan kaedah komunikasi sehala daripada sumber kepada
penerima. Mereka mengandaikan bahawa penerima adalah pasif dan
menerima sahaja apa yang disampaikan oleh sumber. Kemudian pada
tahun 1950-an kebanyakan daripada andaian awal model komunikasi telah
dipinda. Model Sgood, model Schramm (1954) dan model Newcomb
(19530, tidak lagi menganggap komunikasi sebagai proses
sehala. Sebaliknya mereka beranggapan bahawa
komunikasi adalah proses dua hala.

Pada masa sekarang secara umumnya komunikasi


boleh berlaku dalam beberapa kaedah iaitu:

i. Komunikasi Sehala iaitu maklumat yang


disampaikan tidak memerlukan reaksi
dari penerima seperti semasa pengucapan
awam, menonton televisyen dan mendengar ceramah.

ii. Komunikasi Dua Hala iaitu maklumat yang disampaikan


memerlukan reaksi dari penerima seperti majlis dailog, pidato,
debat. Pembelajaran di dalam bilik Kuliah juga merupakan
komunikasi dua hala sekiranya pelajar diberi
peluang untuk bersoal jawab denga pensyarah.

iii. Komunikasi Menegak iaitu komunikasi yang


berlaku dari pihak atasan kepada pihak
bawahan atau sebaliknya seperti bapa kepada
anaknya dan majikan kepada pekerjanya
R1001 / UNIT 5/ 20
PENGURUSAN DAN JATI DIRI
iv. Komunikasi Mendatar iaitu komunikasi yang berlaku di
antara rakan sekelas atau rakan sekerja.

v. Rantaian Komunikasi iaitu kaedah menyalurkan maklumat


agar maklumat dapat disampaikan kepada semua pihak dengan
berkesan. Ia biasanya berlaku di dalam sesebuah organisasi
yang besar yang mana rantaian komunikasi yang berkesan
diperlukan agar maklumat yang diberikan akan dapat diterima
oleh pekerja dengan sejelas-jelasnya. Penerimaan maklumat
yang tidak jelas boleh menyebabkan penafsiran yang salah dan
akhirnya kesilapan akan berlaku. Kekaburan maklumat akan
berlaku sekiranya rantaian komunikasi yang diamlkan oleh
organisai adalah tidak tersusun.

5.3.4 Kepentingan komunikasi

Pada zaman serba moden ini, keperluan komunikasi bukan sahaja terhad
kepada memenuhi keperluan hidup asas seperti bercakap dengan jiran
tetangga, rakan-rakan ataupun sesama ahli keluarga. Komunikasi sekarang
telah berperanan sebagai fungsi memberitahu, mendidik, membujuk dan
menghibur.

a) Fungsi Memberitahu

Fungsi ini bolehlah dikatakan antara fungsi


komunikasi yang terawal yang digunakan
oleh manusia. Tujuan adalah untuk
memberitahu orang lain tentang sesuatu
perkara yang dirasakan oleh penyampai
perlu diketahui oleh orang lain. Dalam
kehidupan kita setiap hari, banyak contoh
R1001 / UNIT 5/ 21
PENGURUSAN DAN JATI DIRI
komunikasi yang menjalankan fungsi
memberitahu. Fungsi memberitahu ini
menumpukan perhatiannya kepada
penyampai atau sumber maklumat. Tujuan penyampai adalah untuk
memberitahu. Untuk memastikan bahawa komunikasinya berjaya,
komunikator yang menjalankan fungsi ini seringkali akan mengunakan
strategi menyebarkan maklumat sebanyak mungkin atau menyampaikan
maklumat dengan lebih kerap.

b) Fungsi Mendidik

Fungsi mendidik ini bukanlah untuk


mempengaruhi sikap atau tingkahlaku
orang lain. Tetapi tugas mereka adalah
"sekadar memberi maklumat" agar
dapat menambahkan pengetahuan
seseorang itu tentang sesuatu perkara
atau bidang. Fungsi mendidik ini
mementingkan kedua-dua pihak,
penyampai dan penerima maklumat
untuk memastikan fungsi tersebut tercapai. Kejayaan fungsi ini bergantung
pada sejauh mana seseorang itu merasai bahawa pengetahuannya
bertambah hasil daripada pendedahnya terhadap maklumat yang diterima.
Mungkin juga fungsi mendidik ini tidak berjaya sekiranya maklumat yang
ingin disampaikan itu telah pun diketahui oleh pihak penerima.

c) Fungsi Membujuk

Fungsi membujuk ini pula mendapat perhatian pengkaji komunikasi selepas


Perang Dunia Pertama iaitu apabila pihak tentera Jerman telah
menggunakan komunikasi dalam usaha propagandanya. Iklan juga
menggunakan fungsi membujuk. Tujuan utama iklan adalah untuk
R1001 / UNIT 5/ 22
PENGURUSAN DAN JATI DIRI
mempengaruhi kita membeli barang-barang yang diiklankan. Untuk
mendapatkan kesan tersebut, penggunaan komunikasi tidak terhad kepada
menyebarkan maklumat tetapi mestilah mendapat menembusi perasaan
dan emosi individu atau kumpulan yang disasarkan maklumat itu.
Adakalanya fakta maklumat yang disampaikan kepada kita tidak tepat dan
sengaja diputar belitkan.

d) Fungsi Menghibur

Wayang gambar, rancangan hiburan yang


disiarkan melalui radio televisyen, drama,
komik dan sebagainya adalah antara
contoh cara berkomunikasi untuk
menghibur. Oleh kerana fungsi hiburan
ini amat digemari ramai, maka telah
ada usaha untuk menerapkan unsur pendidikan,
penerangan dan unsur perpaduan untuk mendidik orang ramai tentang
pentingnya kita bertolak ansur sesama kita untuk mewujudkan rakyat
Malaysia yang bersatu padu.

5.3.5 Halangan komunikasi

Biarpun zaman semakin maju dan terciptanya pelbagai alat-alat canggih


untuk membantu komunikasi agar ia berlaku dengan berkesan, tetapi masih
terdapat juga halangan-halangan yang memyebabkan komunikasi yang
berkesan sukar dilaksanakan.

a) Kebisingan. Suasana kelas bising menyebabkan pelajar


sukar mendengar pelajaran yang disampaikan.
R1001 / UNIT 5/ 23
PENGURUSAN DAN JATI DIRI
b) Emosi penyampai atau penerima. Penumpuan akan
terjejas jika emosi penyampai / penerima kurang stabil.
c) Pemikiran tertutup Umpamanya, pelajar yang kurang
berminat terhadap sesuatu subjek mungkin enggan
mendengar penjelasan pensyarah atau pensyarah yang
kurang senang dengan sebilangan pelajar dalam sesuatu
kelas, mungkin akan mengurangkan komunikasi terbuka.
d) Kurang tumpuan. Pelajar-pelajar kurang memberi
tumpuan terhadap pengajaran pensyarah.
e) Prasangka Terhadap Penyampai. Biasanya berlaku pada
pensyarah baru dimana pelajar-pelajar menganggap
pensyarah tersebut kurang berpengalaman.
f) Perkataan yang mempunyai banyak makna.
g) Tiada perluang untuk mendapatkan penjelasan
h) Perbezaan latar belakang dan pengalaman
i) Maklumat tidak mencukupi
j) Penyampaian yang kurang menarik
k) Memikirkan sesuatu yang lain
l) Persekitaran yang tidak sesuai seperti panas atau sejuk
R1001 / UNIT 5/ 24
PENGURUSAN DAN JATI DIRI

AKTIVITI 1a

• UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA…!
• SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI
HALAMAN BERIKUTNYA

Jawab soalan-soalan yang berikut:

5.1 Apakah yang dimaksudkan dengan komunikasi Verbal.


5.2 Senaraikan langkah-langkah proses membuat keputusan.
5.3 Anda dilantik menjadi ajk pengangkutan bagi XPDC ke Taman Negara
Pahang. Apakah kaedah yang ingin anda gunakan untuk sampai ke
tempat tersebut sekiranya kenderaan politeknik tidak boleh digunakan.
5.4 Cuba anda membuat jadual pengurusan masa untuk satu hari.
5.5 Setiap keputusan perlu direkodkan setiap
____________________hingga_______________.
R1001 / UNIT 5/ 25
PENGURUSAN DAN JATI DIRI

MAKLUMBALAS 1a

Jawapan

5.1 Komunikasi Verbal ialah komunikasi lisan yang berlaku secara


langsung apabila dua orang berbual secara bersemuka atau tidak.
Contohnya, pensyarah menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajar
dengan cara syarahan.
5.2 Langkah-langkah membuat keputusan ialah
i. Kenal pasti keperluan, situasi dan masalah
ii. Dapatkan maklumat dan analisis sebab terjadinya masalah
iii. Membentuk alternatif jawapan yang mungkin
iv. Pemilihan alternatif
v. Perlaksanaan alternatif
vi. Penilaian dan maklumbalas
5.3 Contoh jawapan bagi membuat keputusan ke Taman Negara sekiranya
anda dari Kuala Lumpur ialah

i. Kenal pasti keperluan, situasi dan masalah


Masalah : Kenderaan Politeknik tidak dapat digunakan
Situasi : Rombongan seramai 30 orang pelajar
Keperluan : Kenderaan untuk ke pergerakan Taman Negara.
Perjalanan melalui Kuala Lumpur – Jerantut – Kuala Tembeling –
Kuala Tahan.
R1001 / UNIT 5/ 26
PENGURUSAN DAN JATI DIRI

ii. Dapatkan maklumat dan analisis sebab terjadinya masalah


Sebab masalah : kenderaan politeknik digunakan untuk program
yang lebih mustahak

iii. Membentuk alternatif dan menilai alternatif


a) Menyewa bas persiaran ke Kuala Tembeling. Menaiki bot ke
Kuala Tahan.
Kelebihan : mudah untuk menyewa bas
Kekurangan : mahal
b) Menyewa bas persiaran ke Kuala Tembeling. Menaiki
kenderaan pacuan empat roda ke Kuala Tahan
Kelebihan : mudah untuk menyewa bas
Kekurangan : mahal
c) Menaiki bas pengangkutan awam dari Kuala Lumpur ke
Jerantut. Menaiki van ke Kuala Tembeling. Menaiki bot ke
Kuala Tahan.
Kelebihan : murah
Kekurangan : masa perjalanan tertentu. Kesukaran untuk
sampai pagi di Kuala Tembeling untuk menaiki bot di awal
pagi.
d) Menaiki bas pengangkutan awam dari Kuala Lumpur ke
Jerantut. Menaiki pacuan empat roda ke Kuala Tahan.
Kelebihan : murah dan menarik
Kekurangan : memerlukan banyak kenderaan pacuan empat
roda
e) Menaiki keretapi dari Kuala Lumpur ke Jerantut. Menaiki van
ke Kuala Tembeling. Menaiki bot ke Kuala Tahan.
Kelebihan : murah, menarik dengan pelbagai suasana
pergerakan
R1001 / UNIT 5/ 27
PENGURUSAN DAN JATI DIRI
Kekurangan : masa perjalanan keretapi terhad
f) Menaiki keretapi dari Kuala Lumpur ke Jerantut. Menaiki
pacuan empat roda ke Kuala Tahan.
Kelebihan : murah, menarik dengan pelbagai suasana
pergerakan
Kekurangan : masa perjalanan keretapi terhad

Bagi setiap alternatif anda bolehlah senaraikan kebaikan,


kelemahan sama ada dari segi pergerakan, masa dan perbelanjaan.
Faktor kepuasan peserta juga boleh diambil kira dalam membuat
penilaian

iv. Pemilihan alternatif


Setelah disenaraikan semua alternatif, anda perlulah membuat
pilihan alternatif yang hendak dipilih sama ada secara mutlak
sebagai jawatankuasa pengangkutan atau dibincangkan dalam
mesyuarat jawatankuasa induk.

Katakan pemilihan yang dibuat adalah:


Menaiki keretapi dari Kuala Lumpur ke Jerantut. Menaiki van ke
Kuala Tembeling. Menaiki bot ke Kuala Tahan.

v. Perlaksanaan alternatif
Memaklumkan kepada peserta mengenai pemilihan yang dilakukan
dan persiapan yang perlu.
Akan menempah tiket keretapi, van dan bot

vi. Penilaian dan maklumbalas


Mendapatkan maklumbalas dan reaksi dari peserta.
Menempah tiket keretapi,van dan bot.
R1001 / UNIT 5/ 28
PENGURUSAN DAN JATI DIRI

5.4 Sila anda isikan jadual akitiviti anda


Masa Aktiviti

5.5 30 minit hingga 1 jam.


R1001 / UNIT 5/ 29
PENGURUSAN DAN JATI DIRI

INPUT

5.4 Kemahiran asas perkhemahan

Perkhemahan adalah aktiviti asas bagi


kebanyakkan kegiatan luar. Pada zaman
dahulu, berkhemah merupakan cara hidup
bagi kaum-kaum Dayak Merah di
Amerika Syarikat. Tetapi kini aktiviti
perkhemahan telah menjadi kegiatan riadah
dan sukan yang diminati ramai terutama
golongan muda diserata dunia.

Perkhemahan merupakan cara hidup


sementara seseorang di persekitaran luar
rumah yang memerlukan seseorang
melakukan aktiviti kehidupan harian
dengan menggunakan peralatan dan bekalan makanan yang terhad.

5.4.1 Tatacara berkhemah

Menjadi ahli atau peserta dalam sesuatu aktiviti adalah lebih mudah
berbanding dengan menjadi jawatankuasa atau pengelola sesuatu aktviti.
Sebagai pengelola anda haruslah mempunyai perancangan yang tepat,
sesuai dan sempurna agar dapat memastikan aktiviti yang dirancangkan
dapat dilaksanakan dengan berkesan.
R1001 / UNIT 5/ 30
PENGURUSAN DAN JATI DIRI

Pada kebiasaanya sebelum anda menganjurkan sesuatu aktiviti


perkhemahan atau sebagainya anda perlulah membuat kertas kerja dan
mesyuarat bersama-sama dengan rakan-rakan anda untuk menentukan
pembahagian kerja yang perlu dilaksanakan.

Kertas kerja yang anda buat haruslah mengandungi aspek-aspek berikut :

i. Tajuk aktiviti
Contoh-contoh tajuk aktiviti :

XPDC SANTUARI BURUNG , KUALA GULA


KUALA KURAU PERAK
21 HINGGA 23 FEBRUARI 2003

XPDC MENDAKI GUNUNG TAHAN


20 MEI HINGGA 28 MEI 2003

ii. Pendahuluan
Anda hendaklah menceritakan serba sedikit mengenai aktiviti anda.

Contohnya :
Pada zaman seba mencabar ini, banyak kegiatan yang kurang sihat
seperti penyalahgunaan dadah, membuang masa di pusat-pusat
hiburan, gejala-gelaja sosial seperti bohsia kian menular dalam dekat
ini.

Di atas kesedaran inilah maka PASUKAN POLIBRIGED


POLITEKNIK telah berusaha untuk mengadakan pelbagai aktiviti
R1001 / UNIT 5/ 31
PENGURUSAN DAN JATI DIRI
yang dapat menyalurkan pelajar supaya menjadi manusia yang
berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Sehubungan dengan itu maka Pasukan Polibriged bercadang untuk


mengadakan XPDC MENDAKI GUNUNG TAHAN yang bertempat
dihutan simpan Pahang yang mencapai ketinggian 7174 kaki dari
paras laut.

iii. Objektif aktiviti


Anda juga harus memberikan dua atau tiga objektif mengapa anda
hendak menjalankan aktiviti tersebut.

Contohnya :

m) Memperkenalkan politeknik dengan lebih dekat kepada


masyarakat
n) Memberi pendedahan, pengalaman serta kemahiran untuk
peserta mengurus diri dengan berkesan dan cekap
o) Menguji daya ketahanan mental, fizikal dan rohani setiap
peserta
p) Mengubah haluan minda peserta dari belenggu peperiksaan
yang membebankan ke alam flora dan fauna

iv. Jawatankuasa aktiviti


Antara jawatan kuasa yang perlu di isi adalah :
Penaung – biasanya terdiri dari Pengarah Politeknik sendiri
Penasihat – biasanya terdiri dari penasihat kelab/persatuan
Pengerusi – Anda atau rakan anda yang berkebolehan memimpin
Setiausaha – untuk menguruskan surat menyurat
Bendahari – untuk menguruskan hal kewangan aktiviti
R1001 / UNIT 5/ 32
PENGURUSAN DAN JATI DIRI
AJK Pengangkutan - menguruskan kenderaan atau bas ke tempat
aktiviti
AJK Makanan - menguruskan keperluan makanan peserta
AJK Perubatan - menyediakan keperluan perubatan untuk
sepanjang aktiviti
AJK Logistik - menyediakan keperluan-keperluan lain yang
diperlukan
Lain-lain AJK -Jika perlu seperti promosi dan iklan, tajaan,
dan aktiviti

v. Peserta
Nyatakan sasaran peserta dan bilangannya

Contoh :

Penyertaan bagi XPDC ini adalah terbuka kepada semua pelajar


Politeknik tempat anda. Sasaran peserta adalah seramai :

Pelajar : 30 orang
Pensyarah/ kakitangan : 4 orang
Jumlah 34 orang

vi. Keselamatan
Nyatakan bagaimana anda menjaga keselamatan peserta. Anda juga
harus menghubungi pihak polis berhampiran mengenai aktiviti anda
dikawasan mereka. Sertakan senarai nama. Alamat dan telefon
kecemasan peserta kepada pihak terbabit. Selain dari pihak polis,
pihak lain yang bertanggungjawab terhadap kawasan yang anda
adakan aktivit juga perlu dihubungi seperti:
1. Ketua kampung/mukim
R1001 / UNIT 5/ 33
PENGURUSAN DAN JATI DIRI
2. Jabatan Perhilitan
3. Jabatan Perhutanan

Contoh bagi XPDC Gunung Tahan melalui laluan Merapoh:

Keselamatan peserta disepanjang aktiviti adalah ditanggung oleh


peserta sendiri. Pihak kelab akan mengeluarkan borang akuan lepas
tanggungan kepada setiap peserta. Pihak kelab juga akan
menghubungi dan meminta kerjasama daripada beberapa pihak
untuk langkah-langkah keselamatan. Antara pihak yang akan
dihubungi adalah :
a. Balai Polis Daerah berkaitan
b. Jabatan Perhilitan Daerah Merapoh dan Taman Negara
Pahang.
Semua peserta juga akan dilindungi oleh Skim Ansuran Berkelompok
Takaful.

vii. Jangkamasa aktiviti


Nyatakan tempoh masa anda mengadakan aktiviti :

Contohnya :

XPDC ini mengambil masa selama 3 hari dua malam iaitu dari 16 Mei
2003 hingga 18 Mei 2003.
R1001 / UNIT 5/ 34
PENGURUSAN DAN JATI DIRI

viii. Pengangkutan
Nyatakan cara pergerakan anda :

Contohnya aktiviti Taman Negara Pahang :

Cara pergerakan yang akan dilakukan sepanjang aktiviti ini adalah


seperti berikut :
Ipoh - Kuala Lumpur - Bas Politeknik
Kuala Lumpur – Jerantut - Keretapi
Jerantut – K. Tembeling - Van
K. Tembeling – K. Tahan - Bot
Aktiviti di K. Tahan - Bot / Rakit

ix. Peralatan dan Makanan


Nyatakan semua peralatan dan jumlahnya yang perlu dibawa oleh
peserta dan Kelab. Tulis senarai tersebut dilampiran berasingan.

Contoh :

Senarai keperluan peralatan dan makanan adalah seperti di


lampiran 1

x. Aktiviti
Nyatakan rancangan aktiviti yang hendak dijalankan di lampiran
berasingan.

Contoh :

Perancangan aktiviti adalah seperti di lampiran 2


R1001 / UNIT 5/ 35
PENGURUSAN DAN JATI DIRI

xi. Perbelanjaan
Nyatakan anggaran perbelanjaan yang diperlukan di lampiran
berasingan. Perbelanjan harus meliputi :
a) Bekalan makanan
b) Pengangkutan
c) Perubatan
d) Peralatan yang perlu dibeli/sewa
e) Sewa tapak perkhemahan
f) Insuran
g) Cenderahati pihak tertentu – jika berkaitan
h) Permit masuk – jika berkaitan seperti ke Taman Negara
i) Upah jurulatih/penunjuk jalan –jika berkaitan
j) Urusan pentadbiran seperti surat menyurat/telefon
k) Dan sebagainya yang diraasakan perlu.

Contoh :

Anggaran perbelanjaan adalah seperti di lampiran 3

xii. Penutup
Nyatakan hasrat anda pada bahagian ini.

Apabila kertas kerja telah sempurna dan jawatan kuasa telah dilantik. Anda
perlu merancang beberapa siri mesyuarat sebelum aktiviti dijalankan. Ini
untuk memastikan rakan anda yang telah dilantik menjalankan tugasnya.
Sebarang kegagalan di mana-mana jawatankuasa akan menyebabkan
aktiviti anda menjadi cacat atau terpaksa dibatalkan.
R1001 / UNIT 5/ 36
PENGURUSAN DAN JATI DIRI

Perkara-perkara yang perlu diperbincangkan semasa mesyarat adalah :


a) Mengenai tempahan bas / pengangkutan. Surat permohonan bas
perlu disertakan
b) Tempahan tempat aktiviti
c) Surat-surat tempahan tempat, kenderaan, keselamatan, kebenaran
berkhemah dari tuan punya kawasan
d) Surat lepas tanggungan
e) Senarai makanan / cara penyediaan makanan sama ada memasak
atau tempahan
f) Jumlah kewangan yang diperlukan
g) Jumlah peserta
h) Jumlah bayaran yang perlu bagi setiap peserta
i) Jumlah bantuan kewangan yang disediakan oleh pihak Politeknik.
Surat permohonan dan kertas kerja perlu disertakan untuk
memohon peruntukkan kewangan pihak politeknik.
j) Iklan yang telah ditampal. Biasanya iklan perlu mendapat tanda
tangan penasihat atau kebenaran pihak tertentu.
k) Senarai peralatan yang ada dan yang perlu disediakan
l) Cara mendapatkan peralatan yang diperlukan
m) Aktiviti yang hendak dijalankan dan senarai peralatan yang
diperlukan untuk aktiviti.

Anda juga perlu mengadakan perjumpaan dengan semua peserta sebelum


aktiviti dijalankan. Pada perjumpaan tersebut anda boleh memberikan
taklimat mengenai perkara-perkara berikut :

a) Senarai keperluan yang perlu dibawa


b) Senarai makanan yang perlu dibawa
c) Pembahagian kumpulan juga boleh dibuat sebelum bertolak.
R1001 / UNIT 5/ 37
PENGURUSAN DAN JATI DIRI
d) Senarai ubatan yang perlu dibawa
e) Jumlah bayaran
f) Peraturan-peraturan perkhemahan/perjalanan dan sebagainya
untuk memudahkan kawalan peserta
g) Berbincang mengenai masalah-masalah yang mungkin timbul.

Berikut adalah keperluan dan pengurusan badan yang perlu anda


ketahui sebelum melakukan aktiviti perkhemahan

1. Kecergasan fizikal. Ini adalah merujuk kepada kesihatan yang


normal. Anda perlukan latihan fizikal seperti berlari anak, bersenam,
berenang, bersukan akan memudahkan anda menjalankan aktiviti kegiatan
luar.

2. Keperluan air. 60 peratus dari badan manusia adalah air dan 83


peratus daripada darah manusia adalah air. Secara kasar kuantiti air yang
diperlukan oleh badan ialah 2.5 liter ( 10 gelas air ). Jumlah ini akan
meningkat apabila anda membuat kerja berat atau berada di tempat panas.
Elakkan meminum air dengan terlalu banyak ketika badan anda terlalu
panas kerana ini boleh membahayakan. Minumlah air dengan kadar yang
sedikit dahulu atau berehatlah sebentar sebelum meminum air dengan
kadar yang banyak. Jika didapati peluh keluar terlalu banyak, minumlah air
yang dicampur dengan sedikit garam ( 1 gram untuk 1 liter air ).

3. Keperluan makanan. Jangan mulakan aktiviti fizikal dengan


perut kosong. Makanlah sedikit sebelum sesuatu aktiviti fizikal.
Mengabaikan keperluan makanan akan mengakibatkan seseorang pengsan
atau terlalu letih semasa aktiviti fizikal dijalankan.
R1001 / UNIT 5/ 38
PENGURUSAN DAN JATI DIRI
4. Keperluan berehat. Badan manusia tidak boleh berkerja terus-
menerus apa lagi dalam kegiatan luar. Berehatlah pada setiap kesempatan
yang ada. Elakkan lewat tidur hingga larut malam. Sewaktu dalam
perjalanan sehari, rehat beberapa kali. Masa yang sesuai untuk berehat
adalah selama 10 minit.

5. Keperluan perlindungan. Pakaian yang sesuai merupakan


perlindungan yang terbaik. Gunakan pakaian dan peralatan seperti khemah
dan beg tidur yang mempunyai penebat yang baik jika berkhemah di cuaca
sejuk. Hindarkan diri dari angin dan hujan. Jangan tidur dengan pakaian
basah. Peluh hendaklah dilap segera dari badan jika berehat di kawasan
sejuk. Alas tempat tidur supaya udara sejuk dari bumi dapat disekat.
Kebersihan dan kesihatan diri hendaklah dijaga.

6. Keperluan psikologi. Keperluan ini berbentuk kerohanian dan


kejiwaan. Dedahkan peserta dengan aktiviti yang menyeronokkan. Perkara
yang dapat membantu keseronokan adalah pemandangan alam semulajadi,
gunung-ganang air terjun dan pelbagai panorama lagi. Lakukan kegiatan
yang sesuai seperti mengambil gambar, mengkaji atau penghayatan alam.
Pastikan kemampuan peserta apabila melakukan aktiviti yang mencabar.
Bagi meredakan tekanan mental setelah penat, aktiviti bercorak hiburan
juga boleh membantu. Semangat setiakawan dan tolong menolong juga
boleh membantu menaikkan semangat seseorang.

5.4.2 Peralatan perkhemahan

1. Khemah .

i. Khemah berangka (frame tent) – berat , lasak , besar


ii. Khemah rabung – bentuk A atau iglu , dome
R1001 / UNIT 5/ 39
PENGURUSAN DAN JATI DIRI
iii. Khemah ringkas – poncho dan hammock

a) Khemah rabung b) Khemah berangka

Rajah 1: Bentuk khemah

2. Beg galas / pek ( pack). Susunan barang di dalam pek adalah


bergantung kepada aktiviti yang hendak di jalankan. Untuk aktiviti di
kawasan yang rata, barang ringan seperti beg tidur hendaklah dimuatkan
dibawah sekali dan bahan berat seperti bahan makanan di sebelah atas.
Bagi kawasan lereng curam seperti mendaki, barang berat hendaklah
diletak ditengah-tengah pek, sementara barang ringan di bahagian yang
bertentangan dengan belakang pengguna. Ini bertujuan mengimbangkan
badan dan menjimatkan tenaga. Semua barang hendaklah diisi dalam pek.
Jangan biarkan ada barang yang tergantung atau terbuai-buai. Ini akan
mengganggu semasa kita bergerak. Tentukan muatan sebelah kiri dan
kanan sama berat.

3. Beg tidur. Beg tidur sesuai sekiranya kita berekreasi di kawasan


yang tinggi atau sejuk.

4. Perkakas memasak. Perkakas memasak biasanya adalah alatan


kumpulan. Dapur yang biasa digunakan adalah :
i. Dapur gas untuk berkhemah
ii. Dapur minyak atau daput spirit
iii. Dapur api menggunakan “solid fuel” dan kayu api.
R1001 / UNIT 5/ 40
PENGURUSAN DAN JATI DIRI
Selain itu bekas untuk memasak lain juga perlu dibawa seperti kuali, periuk,
mess tin, bekas air, sudu dan garpu dan sebagainya.

a) Dapur gas b) Dapur minyak c) Dapur solid feul

Rajah 2 : Jenis dapur

5. Lampu suluh. Setiap individu hendaklah membawa bersama


lampu suluh untuk kegunaan bergerak, aktiviti atau kecemasan.

6. Lampu malam. Lampu malam yang biasa digunakan adalah jenis


harikan atau lampu gas.

7. Alat perubatan. Alat perubatan yang perlu dijadikan sebagai alat


individu. Berikut adalah panduan perubatan untuk aktiviti sekitar tujuh hari:
i. Satu tiub ubat sapu antibiotik.
ii. 10 – 20 pil pereda kesakitan seperti Panadol, aspirin.
iii. 10 – 15 pil anti cirit-birit.
iv. 10 biji pil multivitamin ( sebiji sehari )
v. 10 biji pil vitamin C 500 mg. ( sebiji sehari )
vi. 20 – 30 pil pelali air ( sebiji untuk satu liter air )
vii. Satu botol losyen perawat calar kulit atau gigitan serangga.
viii.Dua hingga tiga pil anti malaria ( seminggu sekali).
R1001 / UNIT 5/ 41
PENGURUSAN DAN JATI DIRI
8. Bahan kimia. Belerang kuning adalah sesuai untuk mencegah
ular, serangga dan binatang yang merayap. Ia ditabur sekitar kawasan
khemah. Terdapat juga jenis yang disapu pada kulit seperti Tabard dan
krim pelindung kulit.

9. Alat ikhtiar hidup. Alat ini adalah penting untuk mereka yang
mengadakan aktiviti yang jauh terpencil dan memakan masa yang lama.Alat
tersebut hendaklah dibungkus dalam bekas khas dengan padat, kuat dan
tidak boleh dimasuki air. Alat yang dicadangkan ialah :
i. Bahan masakan segera untuk keperluan 24 jam
ii. Garam halus 100 gram
iii. Mata pancing (tiga bentuk bersaiz kecil)
iv. Tali pancing (2 utas x 3 meter)
v. Mancis api (satu kotak )
vi. Aluminium foil (saiz surat khabar)
vii. Seutas tali untuk buat jerat (3 meter)
viii.Sebatang lilin
ix. Sedikit ubat-ubatan jika perlu.

10. Alat Isyarat. Selain lampu, alat isyarat lain yang boleh digunakan
ialah wisel. Wisel hendaklah dipasang tali supaya tidak mudah hilang.

11. Alat kegunaan am. Pisau, parang, pembuka tin, penyodok


hendaklah dibawa mengikut keperluan kumpulan.

12. Mancis api. Setiap individu hendaklah menbawa mancis atau


pemetik api walaupun ia tidak merokok. Ia hendaklah dibungkus di dalam
kampit plastik agar tidak basah apabila terkena hujan.
R1001 / UNIT 5/ 42
PENGURUSAN DAN JATI DIRI
13. Alat jahitan. Ia digunakan untuk menjahit pakaian, pek atau
kasut yang koyak.

14. Kampit plastik. Ia digunakan untuk menyimpan makanan,


melindungi alatan daripada basah, membuang sampah, membungkus
pakaian basah atau kotor apabila pulang, membuat pelampung.

15. Alat tulis. Segala kejadian/peristiwa/maklumat penting hendaklah


dicatatkan. Buku yang baik haruslah mempunyai nombor telefon kecemasan
ahli, alamat ahli dan sebagainya untuk dihubungi jika berlaku kecemasan.
Alat tulis hendaklah di simpan dengan baik dalam kampit plastik agar tidak
basah dan rosak.

16. Jam tangan. Tentukan ianya kalis air dan lasak. Jam tangan
adalah penting untuk mengetahui waktu dengan tepat. Ia juga boleh
digunakan untuk menganggar jarak perjalanan.

17. Tali rafia. Tali ini diperlukan untuk membuat ampaian, mengikat
barang dan membuat tali sempadan kawasan khemah. Tali rafia agak
sesuai kerana ianya ringan dan murah.

18. Alatan peribadi. Berus gigi, ubat gigi, sabun, sikat, pakaian
secukupnya. Seluar pendek adalah tidak sesuai untuk aktiviti yang
memerlukan berkhemah di dalam hutan.

19. Alatan khusus. Ia bergantung kepada bentuk aktiviti yang hendak


dijalankan. Contohnya Kompas dan peta untuk aktiviti pandu arah ,
kelengkapan abseiling untuk aktiviti mendaki, peralatan menyelam untuk
aktiviti scuba dan sebagainya.
R1001 / UNIT 5/ 43
PENGURUSAN DAN JATI DIRI
20. Bekalan makanan.Terdapat sekurang-kurangnya tiga cara untuk
menentukan kuantiti bahan makanan yang hendak dibawa.

i. Cara menu. Menu lengkap hendaklah difikirkan dari hari pertama


hingga hari terakhir kegiatan.
ii. Cara had berat. Cara ini memerlukan kepakaran. Ia menggunakan
kaedah berat dalam menentukan jumlah makanan seseorang.
Seseorang dihadkan sekitar 900 gram bahan makanan sehari
dengan nilai kalorinya sebanyak 3 500.
iii. Cara anggaran kasar. Cara ini paling mudah dan mudah pula
berlaku kesilapan makanan tidak mencukupi

Sebagai panduan kasar, berikut ialah sukatan yang mencukupi untuk sekali
makan / minum bagi satu orang :

Beras - 150 gram atau setengah tin susu saiz kecil.


Gula - 20 – 40 gram atau 1 – 2 sudu besar.
Kopi / Teh - Satu sudu kecil ( satu uncang boleh digunakan dua
kali )
Sardin - setengah tin kecil
Mi segera - 1 kampit.
Biskut - 4 – 6 keping.
Roti - 2 – 4 keping.
Quaker oats - 3 – 4 sudu.

5.4.3 Cara-cara memasang khemah

1. Khemah hendaklah didirikan di atas tapak yang sesuai dan selamat.


R1001 / UNIT 5/ 44
PENGURUSAN DAN JATI DIRI
2. Jika memasang khemah ketika angin kuat, tentukan supaya bahagian
belakang khemah yang menghadap angin. Sekiranya sebaliknya. Angin
akan memasuki khemah dan ini menyukarkan keadaan.

Rajah 3 : Cara memasang khemah semasa angin bertiup

3. Gunakan kayu yang panjang mengantikan paku/pancang khemah jika


mendirikan khemah di pasir, tanah lembut atau kawasan berangin.
4. Kedudukan pancang hendaklah bersudut tepat dengan tali khemah.
5. Bersihkan tapak khemah daripada sampah dan objek yang
mengganggu seperti kayu dan batu.
6. Apabila hujan, kendorkan tali khemah sedikit. Ini untuk
memanjangkan hayat khemah. Pastikan lapisan luar khemah tidak
bersentuh dengan lapiran dinding dalam khemah. Ini untuk
mengelakkan air dari meresap ke dalam khemah.
7. Jarak antara khemah jangan terlalu dekat sehingga menyukarkan
pergerakan. Jangan pula terlalu jauh sehingga menyukarkan
perhubungan.
8. Kawasan tapak perkhemahan hendaklah dicari dua hingga tiga jam
sebelum hari gelap terutamanya di kawasan pergunungan
9. Ciri-ciri pemilihan tapak perkhemahan adalah seperti berikut :
i. Tanah yang rata.
ii. Ada perlindungan dari bukit atau pokok supaya tidak terdedah
dari ancaman angin.
iii. Dekat dengan punca air
R1001 / UNIT 5/ 45
PENGURUSAN DAN JATI DIRI
iv. Boleh mendapat sinaran cahaya matahari di waktu pagi
v. Mempunyai hubungan yang baik dengan denai supaya mudah
untuk bergerak diwaktu kecemasan.

10. Langkah-langkah untuk memasang khemah adalah seperti berikut:


i. Tutup semua pintu khemah sekiranya khemah mempuyai zip.
ii. Bentangkan khemah di atas tapak yang telah dipilih.
iii. Pancangkah disetiap penjuru khemah dengan pancang yang
disediakan atau kayu pancang. Pastikan lantai khemah
(groungsheet) dalam keadaan tegang.
iv. Pasangkan tetulang khemah sekiranya khemah mempunyai
tetulang yang disediakan.
v. Angkat atap khemah setelah tetulang dipasang.
vi. Pasangkan atap lapisan kedua (flysheet). Pancangkan dengan
kemas agar atap lapisan kedua tidak menyentuh atap khemah
lapisan pertama. Atap khemah lapisan pertama biasanya
diperbuat dari kain telap air manakala flysheet biasanya
diperbuat dari plastik agar ia kalis air.

Rajah 5 : Kedudukan flysheet dan atap pertama khemah

11. Larangan untuk tujuan keselamatan :


i. Jangan berkhemah terlalu dekat dengan sungai atau anak sungai.
R1001 / UNIT 5/ 46
PENGURUSAN DAN JATI DIRI
ii. Elakkan mendirikan khemah dikawasan lalang, semak samun dan
belukar. Kawasan tersebut biasanya banyak serangga dan
binatang merayap.
iii. Elakkan berkhemah di atas tanah lembap.
iv. Elakkan berkhemah di tebing yang tinggi dan curam.
v. Jangan mendirikan khemah dibawah dahan mati
vi. Jangan mendirikan khemah di atas denai binatang.
vii. Jangan terlalu dekat dengan curam bukit untuk mengelakkan
tanah runtuh.

5.4.4 Aktiviti perkhemahan

Aktiviti perkhemahan biasanya merujuk kepada aktiviti rekreasi yang


meliputi aktiviti-aktiviti seperti mengembara, berkhemah, mendaki gunung,
kayak dan sebagainya. Aktiviti perkhemahan biasanya bersifat aktif dan
mempunyai cabaran dan risiko tertentu dan memerlukan ketahanan mental
dan fizikal.

Aktiviti perkhemahan boleh dibahagi kepada tiga kategori iaitu

i. Berpusat di darat
a. berkhemah
b. mendaki gunung
c. mengembara
d. memburu
e. meneroka gua
f. berbasikal
g. absailing
h. flying fox
R1001 / UNIT 5/ 47
PENGURUSAN DAN JATI DIRI
ii. Berpusat di air
a. berkayak
b. scuba diving
c. luncur layar
d. berakit

iii. Berpusat di udara


a. payung terjun
b. wind glider

Selain dari aktiviti di atas kita juga menjalankan aktiviti lawatan seperti lawatan
keperkampungan orang asli, tempat-tempat bersejarah, santuari burung, aktiviti
berkumpulan, permainan, persembahan malam budaya dan sebagainya.

Menyusun aktiviti perkhemahan tiga hari dua malam


Masa Hari Pertama Hari Kedua Hari Ketiga
5.30 pagi - Selamat Pagi Selamat Pagi
Persiapan solat Persiapan solat
Persiapan sarapan Persiapan sarapan
7.00 pagi Senaman pagi Senaman pagi
7.45 pagi Sarapan Sarapan
8.00 pagi Perjumpaan Aktiviti 7 Aktiviti 11
Bertolak ke lokasi
10.00 pagi Perjalanan Rehat Rehat
10.30 pagi Perjalanan Aktiviti 8 Berkemas
12.00 tghi Sampai Rehat / masak Rehat / masak
Diri Khemah Makan tengahari Makan tengahari
Solat Solat
2.00 ptg Aktiviti 1 Aktiviti 9 Berkemas dan selamat
tinggal
4.30 ptg Rehat /Solat Rehat / Solat
5.00 ptg Aktiviti 2 Aktiviti 10
6.30 ptg Rehat / masak Rehat / masak
Makan malam Makan malam
Solat Solat
8.00 mlm Aktiviti 3 Persiapan
R1001 / UNIT 5/ 48
PENGURUSAN DAN JATI DIRI

persembahan
9.00 mlm Aktiviti 4 Persembahan
10.00 mlm Aktiviti 5 persembahan
11.00 mlm Aktivtiti 6 pesembahan
12.00 mlm Selamat malam Selamat malam

Secara umumnya terdapat sebanyak 11 aktiviti yang perlu di rancangkan. Tetapi


anda tak perlu risau kerana ada masanya aktivtiti terpaksa dijadikan satu
contohnya sekiranya anda ingin membuat aktiviti jungle trekking pada hari
kedua, kemungkinan ia mengambil masa dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.
Jadi aktiviti 7 dan 8 akan menjadi satu aktiviti sahaja.

Aktiviti yang sesuai dijalankan di waktu siang antaranya adalah

a) Jungle trekking.
b) River crossing.
c) Flying fox.
d) Orentering.
e) Lawatan-lawatan
f) Sukan dan permainan
g) Merempuh halangan

Aktiviti yang sesuai dijalankan diwaktu malam pula adalah :

a) Kuliah moral/ maghrib


b) Permainan-permainan kim
c) Sesi mengenal diri
d) Malam kebudayaan
e) Jejak spora – melihat keindahan tumbuhan bercahaya diwaktu malam
f) Latihan dalam kumpulan (LDK)
R1001 / UNIT 5/ 49
PENGURUSAN DAN JATI DIRI

AKTIVITI 1b

• UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA…!
• SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI
HALAMAN BERIKUTNYA

Jawab soalan-soalan berikut:


Senaraikan jenis-jenis khemah.
Pilih ciri-ciri tapak perkhemahan yang baik
i. tanah rata
ii. berhampiran sumber air
iii. di bawah pokok besar
iv. mempunyai laluan atau denai-denai berdekatan
A .i,ii,iii B. i,ii,iv C. ii,iii,iv D. i,iii,iv
4.8 Aktiviti perkhemahan boleh dibahagikan kepada tiga kategori.
Senaraikan ketiga-tiga kategori itu.
R1001 / UNIT 5/ 50
PENGURUSAN DAN JATI DIRI

MAKLUMBALAS 1b

Jawapan:
4.6 i. Khemah berangka
ii. Khemah rabung
iii. Khemah ringkas

4.7 Jawapan B
4.8 i. berpusat di darat
ii. berpusat di air
iii. berpusat di udara
R1001 / UNIT 5/ 51
PENGURUSAN DAN JATI DIRI

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan . Sila cuba semua soalan dalam penilaian
kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan .
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
Selamat mencuba semoga berjaya !!!

1. Anda adalah pengerusi sebuah kelab di politeknik di tempat anda. Satu


perkhemahan akan diadakan disatu hutan lipur. Senaraikan satu jawatan
kuasa bersama tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh jawatan kuasa
tersebut.
2. Dalam aktiviti kumpulan semasa perkhemahan anda dikehendaki memberi
ceramah kepada kumpulan anda yang bertajuk ‘Bagaimana untuk
meninggikan keberkesanan dan kemesraan dalam berkomunikasi’. Apakah
isi-isi yang perlu anda kemukakan pada syarahan tersebut
R1001 / UNIT 5/ 52
PENGURUSAN DAN JATI DIRI

MAKLUMBALAS
Adakah anda telah mencuba dahulu ???
Jika “ YA “ , sila semak jawapan anda .

JAWAPAN PENILAIAN KENDIRI

1. Pengerusi – Anda atau rakan anda yang berkebolehan memimpin


Setiausaha – untuk menguruskan surat menyurat
Bendahari – untuk menguruskan hal kewangan aktiviti
AJ Pengangkutan -menguruskan kenderaan atau bas ke tempat
aktiviti
AJK AJK Makanan m -menguruskan keperluan makanan peserta
AJK Perubatan -menyediakan keperluan perubatan untuk
sepanjang aktiviti
AJK Logistik -Menyediakan keperluan-keperluan yang
diperlukan
AJK Adio dan Video -Menyediakan peralatan pandang dengar jika
ada sesi ceramah.

2. i. cuba fahami orang lain


ii. beri peluang kepada orang lain menceritakan sesuatu (masalah)
iv. belajar untuk bercakap bahasa mereka
v. jadikan mereka berasa diutamakan
vi. jadikan orang lain mesra dengan anda
vii. sentiasa bersedia menerima/membantu orang lain
viii. tingkatkan kemahiran mendengar
R1001 / UNIT 5/ 53
PENGURUSAN DAN JATI DIRI
ix. berlaku jujur kepada diri sendiri
x. kemaskan diri anda agar menarik dipandang
xi. katakan sesuatu dengan hormat
xii. tahu bila harus berhenti menanya

You might also like