You are on page 1of 5

ETNIK

lIstilah etnik berasal dari perkataan Yunani ‘ethnos’ yang bererti ‘orang’.
lEtnik dalam bidang sosiologi bermaksud sekumpulan manusia yang mempunyai
persamaan dan menganggap dirinya sama dengan anggota yang lain daripada segi
budaya, agama, bahasa dan nilai hidup.
lEtnisiti: Perasaan sesuatu kelompok yang menganggap kelompoknya berbeza dari
kelompok lain disebabkan oleh ciri-ciri sosio-budaya tersebut dinamakan etnisiti.
RAS
lIstilah ras mementingkan tret-tret dan sifat-sifat semula jadi manusia seperti
bentuk badan, warna dan bentuk rambut, bentuk muka, tengkorak, hidung, bibir,
mata dan warna mata dan warna kulit
lCiri warna kulit adalah yang paling jelas dan sering digunakan untuk
membezakan kumpulan ras.
lIstilah etnik ini perlu dibezakan dari istilah ras.
Di Amerika Syarikat, kumpulan ras yang terbesar, terbahagi kepada kaum kulit
putih dan berkulit hitam.
Van den Berghe mendefinisikan ras sebagai satu kumpulan manusia yg
menganggap diri dan atau dianggap oleh kumpulan lain sebagai berbeza kerana ciri
fizikal yg. tak dapt diubah. Ciri ini seterusnya dipercayai berkait rapat dgn. sifat
atau kebolehan moral, intelek dan sifat lain yg. bukan fizikal.
•Hubungan ras & etnik menghasilkan dalam masyarakat majmuk pelbagai aspek
(termasuk konflik) negatif atau positif.•Pelbagai teori Barat untuk menyelesaikan
persoalan ras dan etnik terutama yang melibatkan golongan majoriti &
minoriti.•Muncul pemikiran di Barat untuk mendapatkan keadilan sosial mutlak.
•Walaupun tokoh-tokoh Sosiologi klasik seperti Comte, Marx, Spencer, Durkheim,
Weber dll termasuk juga sosiologis moden seperti Robert Park, Bogardus, Brown,
Lieberson dll, cuba selesaikan masalah itu dgn pelbagai teori.• Namun akhirnya
yang terkini penyelesaian haruslah dikaitkan dengan demokrasi (yang digunakan
dalam politik) menjadi asas kepada penyelesaian tersebut. Sehingga sekarang
penyelesaian masalah hubungan ras dan etnik masih dalam perbincangan

PENDAPAT IBNU KHALDUN


• Ibn Khaldun menjelaskan bahawa hubungan etnik akan sentiasa berlaku dalam
sosial, ini kerana wujud ikatan darah atau keturunan tempat tinggal, persatuan
dan hubungan antara pelindung dan yang dilindungi.
• Dengan hal tersebut timbul asabiyyah, yang terjadi kerana wujudnya perasaan
malu atau terjadi ketidakadilan atau penindasan ke atas mereka yang ada
ikatan berdasarkan satu atau lebih ikatan tersebut.
PENDAPAT IBNU KHALDUN
Selanjutnya beliau menjelaskan dlm penyelesaian masalah itu, harus
diwujudkan perpaduan terhadap kelompok yang terkuat untuk membentuk
sebuah pemerintahan. Ini kerana tidak akan terjadi suatu kerajaan yang kuat,di
atas sesebuah kawasan di mana terdapat beraneka ragam suku kaum. Dalam hal
ini, hubungan etnik yang positif dapat diwujudkan.
Menurut Ibn Khaldun, asas kepada kekuatan hubungan etnik yang positif
adalah agama. Agama harus dibantu dengan kekuatan perpaduan kelompok.
(Lihat Ibn Khaldun, al-Muqaddimah).

Al-Ghazali pula menjelaskan bahawa manusia adalah makhluk sosial mereka tidak
boleh hidup tanpa masyarakat kerana 2 faktor:
1.Kehendak kepada keturunan.
2.Harus saling bantu membantu.
Kedua-dua faktor itu menyebabkan wujudnya hubungan etnik yang
harmoni dan positif.
Al-Ghazali menjelaskan asas kpd hubungan etnik adalah budi pekerti mulia iaitu
sifat-sifat al-mahmudah (positif). Jika terjadi konflik, itu sebenarnya disebabkan
oleh sifat-sifat al-mazmumah (negatif). Oleh itu penyelesaian masalah hubungan
etnik menurut al-Ghazali adalah menerusi keberkesanan pendidikan. (Al-Ghazali
Ihya’ ‘Ulum al-Din.)

1.Pendapat al-Farabi pula tentang hubungan etnik menjelaskan bahawa manusia


makhluk sosial yang mempunyai kecenderungan semulajadi untuk bermasyarakat,
kerana ia tidak mampu untuk memenuhi kehendaknya sendiri tanpa bantuan atau
kerjasama pihak lain.
2.Tujuan bermasyarakat bukan sahaja memenuhi keperluan hidup tetapi juga
untuk menghasilkan kesempurnaan yang memberi kebahagiaan hidup material
mahupun spiritual, di dunia dan akhirat.
Al-Farabi menjelaskan bahawa manusia tidak sama antara satu sama lain
disebabkan faktor iklim, lingkungan tempat mereka tinggal dan juga pemakanan.
Faktor tersebut mempengaruhi pembentukan watak, pola fikir, perilaku,
kecenderungan dan adat kebiasaan. Beliau mengharapkan agar wujud persamaan,
kesatuan dan keseragaman antara umat manusia.

HUBUNGAN ETNIK
 Hubungan etnik merujuk kepada hubungan antara individu atau kelompok
yang menganggap diri mereka dan dianggap oleh kelompok lain atas ukuran tret-
tret budaya.
 Hubungan etnik wujud apabila wujud kesedaran di kalangan individu dan
kelompok yang berinteraksi dan berhubungan itu akan perbezaan-perbezaan
tersebut.
 Untuk mewujudkan kestabilan dan keharmonian dalam masyarakat, usaha-
usaha ke arah pembentukan integrasi adalah merupakan suatu keperluan yang
ditangani oleh pemerintah.
INTEGRASI
 Weiner (1964:55) berpendapat integrasi sosial bolehlah didefinisikan sebagai
satu proses yang menyatukan kumpulan-kumpulan yang berasingan dari segi
budaya dan sosial menjadi satu ‘territorial unit’ dan membentuk perpaduan
nasional.
 Menurut Schermerhon (1970:12) integrasi merupakan usaha menyatukan
unit-unit kecil atau golongan minoriti ke dalam satu masyarakat yang dominan dari
segi sosio-budaya dan falsafahnya.
AKOMODASI
 Akomodasi atau penyesuaian adalah satu keadaan atau proses apabila
kelompok-kelompok yang berkonflik bersetuju untuk menghentikan atau
mengelakkan konflik dengan mengadakan interaksi secara aman damai untuk
sementara atau selamalamanya.
 Interaksi sosial seumpama ini membolehkan kelompokkelompok yang
terlibat meneruskan identiti dan sikap mereka yang berasingan.
 Proses ini boleh wujud dalam keadaan hubungan ras atau etnik yang
menekankan unsur tolak-ansur dan perundingan untuk kepentingan bersama.
ASIMILASI
 Satu proses percantuman dan penyatuan di antara kelompok atau individu
yang berlainan kebudayaan membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan
identiti yang sama.
 Dalam kaiian hubungan ras atau kajian sosiologi umumnya, konsep ini
berhubungan dengan penyerapan sehala individu atau kelompok ke dalam
kelompok lain.
 Asimilasi juga bererti kebudayaan saling menyerapi atau percantuman
kebudayaan.
ASIMILASI
 Asimilasi mempunyai ciriciri persamaan dengan akulturasi iaitu apabila
sesuatu kebudayaan diubahsuaikan akibat hubungan dengan kebudayaan lain
 Asimilasi biasanya melibatkan penghapusan sepenuhnya perbezaan dari segi
kebudayaan dan pengenalan kelompok.
 Berbeza daripada kahwin campur atau penyatuan, asimilasi tidak
semestinya memerlukan penyatuan biologi.
ASIMILASI
Proses asimilasi bergantung kepada dua faktor yang penting:
 Kesanggupan golongan minoriti untuk menghilangkan identiti mereka.
 Kesanggupan golongan majoriti menerima golongan lain. Tanpa
kesanggupan ini proses asimilasi sukar berlaku melainkan dengan cara
paksaan.
ASIMILASI
 Asimilasi juga berkait rapat dengan saiz kumpulan minoriti, tingkat
perbezaan di antara golongan minoriti dengan golongan majoriti dan juga kadar
imigrasi.
 Pada umumnya kumpulan minoriti yang kecil bilangannya lebih mudah
diasimilasi atau diresapi berbanding dengan kumpulan minoriti yang bilangan
anggotanya lebih besar.
 Minoriti yang mempunyai kebudayaan dan tradisi yang jauh berbeza
daripada golongan majoriti sukar diasimilasikan.
ETNOSENTRISME
 Etnosentrisme bermaksud sikap atau kepercayaan bahawa kebudayaan kita
sendiri lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada kebudayaan kelompok lain.
 Sesuatu kelompok dikatakan etnosentrik apabila anggotanya menilai
kebudayaan lain berdasarkan kepada standard dan nilai kebudayaannya sendiri
dan menganggap nilai kebudayaan lain lebih rendah.
ETNOSENTRISME
 Etnosentrisme membayangkan keengganan atau ketidakmampuan sesuatu
kelompok untuk menghargai pandangan kelompok daripada kebudayaan atau
masyarakat yang lain
 Manusia yang etnosentrik menganggap dirinya sebagai 'manusia'
sedangkan orang lain kurang daripada manusia.
 Pada zaman penjajahan, orang Inggeris selalu melihat orang Melayu sebagai
‘primitif’ yang perlu ditamadunkan.
PRASANGKA
 Prasangka adalah satu sikap yang kurang baik (atau yang baik) terhadap
individu atau kelompok kerana ciri-ciri tertentu seperti ras, agama, pekerjaan,
jantina dan kelas.
 Prasangka biasanya berbentuk prejudgement, iaitu satu sikap atau penilaian
yang dibentuk sebelum ditinjau fakta-fakta yang berkenaan.
 Sikap tersebut tidak berubah walaupun individu itu terdedah dan dicabar
oleh pengetahuan dan bukti-bukti yang baru
STEREOTAIP
 Lipmann W. (1922) memperkenalkan konsep ini untuk merujuk kepada
“preconceived ideas or beliefs about attributes of the external world”.
 Ia boleh dirujuk sebagai kepercayaan tentang sifat-sifat umum sesuatu
kelompok
 Sifat ini diberi kepada semua ahli dalam kelompok berkaitan kerana
keahlian mereka dalam kelompok itu.
DISKRIMINASI
 Stereotaip dan prejudis merupakan sikap.
 Manakala diskriminasi adalah tindakan atau perlakuan.
 Diskriminasi merujuk kepada pemberian layanan yang berbeza terhadap
individu atau kelompok atas dasar-dasar seperti ras, kebudayaan, agama, kelas
sosial dan jantina.
PROSES INTEGRASI
 [INTEGRASI RENDAH]
 SEGREGASI (PENGASINGAN)
 AKOMODASI
 AKULTURASI
 ASIMILASI
 AMALGAMASI
 [INTEGRASI TINGGI]

PENJELASAN KONSEP
 AKOMODASI: A+B+C=A+B+C (PENYESUAIAN)
 ASSIMILASI: A+B+C=A/B/C (ADA SUATU PIHAK YANG DOMINAN)
 ASSIMILASI ADA DUA JENIS (SECARA NATURAL DAN SECARA
PAKSAAN)
 AMALGAMASI (INTEGRASI): A+B+C=D (SUATU BUDAYA
BARU)

You might also like