You are on page 1of 14

PENSUISAN & PENGISYARATAN E5122/U1/1

SISTEM KOMUNIKASI

OBJEKTIF

Objektif Am :

- Mengetahui dan memahami pensuisan dan pengisyaratan dalam sistem


telefoni

Objektif Khusus :

♦ Menakrif dan menghuraikan prinsip asas dan fungsi ibusawat


♦ Mengenal rangkaian pensuisan serta istilah “concentrator”, “distributor”
“expander” dan multipleks
♦ Melukis dan melabelkan rajah blok bagi pensuisan SPC
♦ Menghuraikan ciri-ciri, kelebihan dan kelemahan serta kendalian panggilan
bagi SPC.
♦ Mengenal dan menghuraikan prinsip pengisyaratan iaitu:
i. jenis-jenis pengisyaratan
ii. jenis-jenis isyarat dalam pengisyaratan antara ibusawat dengan
pelanggan
iii. jenis-jenis pengisyaratan antara ibusawat dengan ibusawat
PENSUISAN & PENGISYARATAN E5122/U1/2
SISTEM KOMUNIKASI

Cuba teka bagaimana talian


telefoni ini disambungkan……

1.0. Pengenalan
Tele berasal daripada perkataan Greek iaitu jarak jauh , manakala Foni bererti
bunyi atau pertuturan . Perhubungan telefoni bermaksud penghantaran pertuturan
pada jarak yang jauh, dimana di bahagian pemancar gelombang suara ditukarkan
kepada bentuk isyarat elektrik. Isyarat elektrik tersebut dipancarkan melalui talian
penghantaran dan di bahagian penerima pula, isyarat tersebut ditukarkan kembali
kepada gelombang suara.

Lebar jalur frekuensi yang digunakan bagi perkhidmatan telefoni ialah 300-
3400Hz yang mana ia merupakan frekuensi suara manusia. Oleh itu, semua
peralatan telefoni dan talian sambungan di antara peralatan-peralatan tersebut
mestilah berupaya berkendali di dalam lebar jalur tersebut. Di Malaysia, stesen
yang menghubungkan di antara satu pengguna dengan pengguna yang lain di
kenali sebagai ibusawat (exchange). Penghimpunan ibusawat-ibusawat dalam
rangkaian telefoni akan menghasilkan satu Hiraki Kebangsaan, seperti di Rajah
1.1.

1.1. Ibusawat
Ibusawat merupakan satu pusat di mana semua talian telefon dapat disambungkan
bagi membolehkan perhubungan pertuturan tercapai. Peralatan yang terdapat pada
ibusawat berfungsi sebagai suis untuk menyenangkan proses penyambungan .
Kini, kebanyakan ibusawat adalah jenis GSC (Group Switching Centre).
PENSUISAN & PENGISYARATAN E5122/U1/3
SISTEM KOMUNIKASI

PPU

PPZ PPZ

PPK PPK PPK PPK

PPT PPT PPT PPT PPT PPT PPT PPT

P P P P P P P P P P P P P P P P

PPU - Pusat Pensuisan Utama PPZ - Pusat Pensuisan Zon


PPK – Pusat Pensuisan Kawasan PPT – Pusat Pensuisan Tempatan
P – Pelanggan – Kabel dua dawai

Rajah 1.1 Hiraki Kebangsaan

Ibusawat boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu :


i. ibusawat tempatan – terdapat dalam satu kawasan yang sama
ii. ibusawat tandem – menghubungkan dua atau lebih ibusawat
tempatan dan ciri utamanya tidak disambungkan
kepada pelanggan
iii. ibusawat antarabangsa – ibusawat yang menghubungkan ibusawat tandem
keseluruh negara.

Antara fungsi utama ibusawat adalah :-


i. Mencatit meter pelanggan yang membuat penggilan, bermula dari
panggilan dibuat, masa, nombor telefon yang dipanggil bagi
panggilan ke ibusawat yang lain, dan juga panggilan ke ibusawat
utama yang sama.
PENSUISAN & PENGISYARATAN E5122/U1/4
SISTEM KOMUNIKASI

ii. Mengawasi proses penyuisan antara pelanggan dan ibusawat.


iii. Mencatit permintaan pelanggan seperti menyediakan nombor
telefon, membuat permotongan meter untuk sementara dan
sebagainya.
iv. Menyediakan isyarat penyeliaan seperti nada dail, dering, sibuk,
nada gangguan dan nombor yang tidak dapat dihubungi .
v. Mengawal kualiti perbualan serta merekodkan mutu perkhidmatan
ibusawat.

1.2. Rangkaian Pensuisan


Pernakah anda terfikir, bagaimana maklumat suara anda dihantar kepada
penerima panggilan ? Ya, proses penghantaran maklumat ini memerlukan
beberapa rangkaian pensuisan seperti “concentrator”, “distributor”, “expander”
dan “multiplexer”. Jadi, gandingan rangkaian ini akan mengujudkan sistem
Public Switching Telephony Network (PSTN) yang lengkap.

Macam mana nak


sambung, ini…

(a) Concentrator (Penumpuan)


Rajah 1.2 menunjukan konsep penumpuan dalam rangkaian PSTN. Di
mana, penyambungan litar-pensuisan secara tetap dilakukan dalam
rangkaian PSTN. Unit penumpu ini dikawal oleh ibusawat pensuisan
tempatan secara langsung. Maka, semua pengguna telefon dapat
PENSUISAN & PENGISYARATAN E5122/U1/5
SISTEM KOMUNIKASI

dihubungkan pada masa yang sama serta pada saluran yang berbeza.
Untuk pengetahuan anda, penumpu ini mampu mengendalikan beribu-ribu
pengguna dalam masa yang sama. Jadi, ia dapat mengurangkan kos
penggunaan talian berulang, repeater dan lain-lain.

Pengagih

Pengguna Concertrator (Penumpu)

Rajah 1.2 Penumpuan trafik dalam rangkaian PSTN

(b) Distributor (Pengagih)


Pengagih (distributor) merupakan peranti di antara penumpu
(concentrator) dan expander (Rajah 1.3). Peranti ini menghubungkan
ribuan pengguna dalam rangkaian PSTN secara berperingkat. Di mana,
lebihkurang 1000 talian tempatan akan memasuki penumpu dan hanya
mengeluarkan 100 talian keluaran sahaja. Seterusnya, kesemua 100 talian
akan memasuki pengagih Ini bermakna, setiap pengagih mampu
mengendalikan 100 talian daripada penumpu. Kemudian, talian daripada
pengagih ini, akan memasuki expander.

Saluran masukan Saluran keluaran

Talian tempatan 1 Talian tempatan 1


Expander
Penumpu

Pengagih

Talian tempatan 1000 Talian tempatan 1000

Rajah 1.3 Rangkaian pensuisan PSTN


PENSUISAN & PENGISYARATAN E5122/U1/6
SISTEM KOMUNIKASI

(c) Expander
Unit ini mengembalikan bilangan talian asal yang memasuki penumpu.
Daripada pengagih, kesemua 100 talian akan memasuki expander dan
mengeluarkan semula sebanyak 1000 talian pengguna di destinasi
bersingan. Proses pensuisan expander dan penumpu bergantung kepada
bilang talian yang diaktifkan secara serentak, rujuk Rajah 1.3.

(d) Multipleks (Multiplexer)


Peranti in merupakan suatu alatan yang mampu mengurangkan bilangan
talian kabel yang hendak digunakan dalam suatu proses penghantaran dan
penerima isyarat maklumat. Proses ini dilakukan dengan mengabungkan
beberapa isyarat maklumat masukan dan seterusnya, menghasilkan satu
keluaran sahaja, rujuk Rajah 1.4. Teknik pengabungan ini dikenali sebagai
pemultipleksan (multiplexing). Antara kaedah-kaedah pemultipleksan
yang lazim digunakan ialah Time Division Multiplexing (TDM) dan
Frequency Division Multiplexing (FDM).

Maklumat yang telah digabungkan, perlu dipisahkan semula kepada


keadaan asal maka, teknik penyahmultipleksan (Demultiplexing) akan
digunakan.

Isyarat maklumat 1 Isyarat maklumat 1


Isyarat maklumat 2 Isyarat maklumat 2
DEMUX
MUX

Isyarat maklumat 10 Isyarat maklumat 10

Rajah 1.4 Teknik pemultipleksan dan penyahmultipleksan


PENSUISAN & PENGISYARATAN E5122/U1/7
SISTEM KOMUNIKASI

1.3. Pensuisan (Switching)


Sistem pensuisan dan pengisyaratan, merupakan keperluan kepada operasi
rangkaian telekomunikasi. Fungsi yang dihasilkan oleh sistem pensuisan atau sub-
sistemnya, bertujuan untuk menyediakan perkidmatan kepada pelanggan yang
dikenali sebagai fasiliti. Sepanjang perkembangan sistem komunikasi, rekabentuk
sistem pensuisan telah menjadi semakin canggih. Ia bertujaan untuk menyediakan
kemudahan tambahan yang membolehkan rangkaian komunikasi menyediakan
lebih perkhidmatan kepada pengguna serta mengawasi operasi dan
penyenggaraan. Jenis pensuisan yang digunakan di Malaysia ialah Stored
Program Control (SPC). Selain daripada SPC, teknik agihan saluran berperingkat
juga digunakan.

1.3.1. Pensuisan SPC


SPC merupakan kaedah pensuisan ibusawat telefoni, di mana ia
menggunakan kawalan komputer bagi memproses panggilan secara
automatik. Komputer akan beropersai mengikut aturcara yang telah
ditetapkan dan, aturcara ini boleh diubahsuai mengikut keperluan semasa.

Fungsi setiap blok dalam Rajah 1.6;

 Ingatan (Memory)
- menyimpanan status aktiviti pengguna dalam bentuk perisian.

 Pengarah kawalan (Control Director)


- aturcara yang mengawal dan mengarah keseluruhan sistem

 Fail (File)
- menyimpan maklumat bayaran
- menyediakan jadual-jadual khas untuk perkhidmatan istimewa
atau perkhidmatan-perkhidmatan lain

 DTMF/decodic
- menyahkod isyarat yang dihasilkan semasa proses mendail.
PENSUISAN & PENGISYARATAN E5122/U1/8
SISTEM KOMUNIKASI

 Pengimbas (scanner)
- mengesan status ganggang telefon dan pengisyaratan dari talian
selular.

 Pemacu (driver)
- menyambung/memutuskan suis.
- memberi laluan kepada isyarat nada dan isyarat dail.

 CPU (unit pemprosesan pusat)


- mengawal dan melaksanakan aturcara yang telah diprogramkan
.
 Penjana nada/pendering
- menghasilkan isyarat pemberitahuan atau tanda panggilan.

Unit Talian Pensuisan Unit Saluran

#1 #1

#2
#M

Penjana Nada
DTMF/ Decadic
#n

Pengimbas Pemacu

1 2 n

Pendering CPU

Ingatan Pengarah Fail


Kawalan

Rajah 1.6 Gambarajah blok pensuisan SPC


PENSUISAN & PENGISYARATAN E5122/U1/9
SISTEM KOMUNIKASI

Proses kendalian ibusawat SPC;

i. Apabila pemanggil A mengangkat gangang, talian pemanggil A


akan menjadi aktif dan dengan automatik dapat dikesan oleh
pengimbas.
ii. Pengimbas akan mengenalpasti kedudukan dan keadaan A pada
CPU.
iii. Apabila laporan diterima, CPU akan menyemak laporan tentang A
dan disimpan dalam ingatan.
iv. Selepas itu CPU akan menyambungkan laluan antara A dengan
peralatan pensuisan melalui pemacu.
v. Nada dail daripada penjana nada dail akan dihantar ke A
vi. Apabila A mula mendail, nada dail akan dihentikan oleh DTMF
(Dual Tone Multi Frequency)
vii. Digit-digit nombor yang didial akan dihantar dan disimpan di dalam
ingatan.
viii. CPU akan mengenal pasti jenis panggilan dan menentukan destinasi.
ix. Selepas nombor dial dihantar, pemacu akan memacu peralatan
pensuisan untuk menyediakan laluan antara A dan B.
x. CPU akan memberi arahan kepada pendering untuk menghasilkan
nada dering dan dihantar kepada penerima B. Pada masa yang sama,
nada dering juga dihantar ke A.
xi. Apabila B mengangkat ganggang, pengimbas akan mengesan isyarat
menjawap dan dihantar kepada CPU. CPU akan mengarahkan
pendering untuk memberhentikan nada dering dan mula mencatit
masa dan lokasi panggilan.
xii. Selepas perbualan, apabila samada A atau B meletakkan ganggang
pengimbas akan mengesan isyarat pelepasan dan dihantar kepada
CPU.
xiii. CPU pula akan menyediakan bil (bayaran) dan rekod disimpan
dalam fail.

Kelebihan SPC

a) Memudahkan kerja penyelenggaran dan pengawasan kerana cara


kendalian ibusawat boleh diubah pada bila-bila masa dengan
mengubah kawalan aturcara terstor.
b) Pengisyaratan dari ibusawat dapat dikendalikan dengan lebih
mudah dan berkesan. Pertambahan talian tidak memerlukan
pertambahan alat pengisyaratan.
c) Kos penyelenggaraan yang rendah.
d) Prosesnya lebih cepat daripada kaedah manual.
PENSUISAN & PENGISYARATAN E5122/U1/10
SISTEM KOMUNIKASI

Keburukan SPC.

a) Kerosakan yang sedikit boleh menyebabkan pemberhentian operasi


ibusawat.
b) Memerlukan khidmat peralatan bangunan tambahan (contohnya
bilik berhawa dingin dan aturcara)
c) Perlu melatih semua pekerja mengenai teknik baru dan cara
pengendalian
d) Penyelenggaran terlalu bergantung kepada pembekal.

1.4. Pengisyaratan

Hello, hello…… Tak dengarlah. Talian


putus kot.

Pengisyaratan ditakrifkan sebagai pemindahan atau pertukaran arahan atau


maklumat antara bahagian-bahagian yang berbeza yang terdapat di dalam satu
sistem telekomunikasi. Dalam sistem telefoni, bahagian-bahagian yang terlibat
dengan pengisyaratan adalah di antara (rujuk Rajah 1.7):

♦ Pemanggil dengan ibu sawat


♦ Ibusawat dengan ibusawat
♦ Ibusawat dengan yang dipanggil
PENSUISAN & PENGISYARATAN E5122/U1/11
SISTEM KOMUNIKASI

Pemanggil Ibusawat A Ibusawat B Penerima

Pengisyaratan Isyarat hadapan Isyarat Kembali

Rajah 1.7 Proses pengisyaratan

Dalam proses komunikasi di antara dua pengguna telefon, terdapat dua jenis
pengisyaratan yang biasa digunakan iaitu;
i. Pengisyaratan antara pemanggil atau yang dipanggil dengan
ibusawat.
ii. Pengisyaratan antara ibusawat dengan ibusawat

1.4.1. Pengisyaratan antara pemanggil atau yang dipanggil dengan


ibusawat

Kaedah ini merupakan cara komunikasi di antara si pemanggil atau si


penerima, dengan ibusawat yang bertindak sebagai media perantaraan.
Jenis-jenis pengisyaratan adalah seperti berikut;

a) Antara pemanggil kepada ibusawat

Jenis isyarat Maksud


Isyarat merampas (seizure) isyarat apabila ganggang diangkat (off-
hook)
Isyarat ‘clear forward’ isyarat apabila ganggang diletakkan (on-
hook)
Isyarat ‘address’ Denyut-denyut pendailan ke ibusawat.
PENSUISAN & PENGISYARATAN E5122/U1/12
SISTEM KOMUNIKASI

b) Antara ibusawat kepada yang dipanggil

Jenis isyarat Maksud


Isyarat deringan Isyarat yang menunjukan adanya
panggilan masuk

c) Antara yang dipanggil kepada ibusawat

Jenis isyarat Maksud


Isyarat menjawab Apabila yang dipanggil mengangkat
ganggang telefon (off-hook)
Isyarat ‘clear back’ Apabila yang dipanggil meletakkan
ganggang (on-hook)

d) Isyarat daripada ibusawat kepada pemanggil atau yang dipanggil


(nada-nada khidmat piawai)

Jenis nada Maksud


Nada dail Nada yang terhasil pada pemanggil
setelah pemanggil mengangkat
ganggang. Bunyi nada yang
berpanjangan (contoh ; tuuuuuuuuuu…)
Nada sibuk Nada yang akan diterima oleh pemanggil
apabila nombor yang didial sedang
digunakan (contoh ; tuut,tuut,tuut……)
Nada tiada nombor Suatu pesanan suara akan dihasilkan
apabila nombor yang didial tiada dalam
perkhidmatan (contoh ; Harap maaf,
nombor yang anda dial tiada dalam
perkhidmatan)
Nada dering Nada yang diterima oleh pemanggil
apabila panggilan yang dibuat berjaya
disambungkan. (contoh ; tut tuut, tut tuut,
tut tuut,…………)
PENSUISAN & PENGISYARATAN E5122/U1/13
SISTEM KOMUNIKASI

1.4.2. Kaedah pengisyaratan antara ibusawat dengan ibusawat.

Apabila si pemanggil membuat panggilan jarak jauh yang memerlukan


lebih daripada satu ibusawat sebagai perantara maka, setiap ibusawat
tersebut mestilah mampu untuk menghantar dan menerima isyarat antara
satu sama lain. Dalam pengisyaratan antara ibusawat dengan ibusawat dua
kaedah pengisyaratan boleh digunakan iaitu:

a) Pengisyaratan Saluran Bersekutu (Channel Associated Signalling,


CAS)
CAS merupakan satu kaedah pengisyaratan dimana isyarat suara
dan isyarat kawalan dihantar pada saluran atau litar yang sama.
Kaedah ini boleh dikawal oleh ibusawat digital atau bukan digital.
Kelajuan pengisyaratan adalah rendah.

Ibusawat A Ibusawat B
Litar trafik

Penghantar atau Penerima Pengisyaratan

Rajah 1.8 Pengisyaratan Saluran Bersekutu - CAS

b) Pengisyaratan Saluran Sepunya(Common Channel Signalling,


CCS)
CCS merupakan satu kaedah pengisyaratan dimana isyarat suara
dan isyarat kawalan dihantar melalui saluran yang berlainan.
Isyarat kawalan akan dikesan dan melaksanakan tugas kawalan
serta pensuisan talian. Kaedah ini dikawal sepenuhnya oleh
komputer. CCS bertindak sebagai rangkaian data/isyarat yang
berasingan untuk melaksanakan pertukaran isyarat-isyarat kawalan
antara komputer-komputer. (used only for control signal)
PENSUISAN & PENGISYARATAN E5122/U1/14
SISTEM KOMUNIKASI

Ibusawat C Ibusawat D
Litar trafik

Talian Pengisyaratan

Penghantar dan Penerima Pengisyaratan

Rajah 1.9 Pengisyaratan Saluran Sepunya - CCS

You might also like