You are on page 1of 31

1

ISI KANDUNGAN
Pengenalan kepada Entiti Perniagaan

2.1 a) Bentuk-bentuk Pemilikan Perniagaan:

• Pemilikan Tunggal
• Perkongsian
• Syarikat ( Sendirian Berhad dan Awam )
• Koperasi
• Badan Berkanun

b) Kelebihan dan Kelemahan Bentuk-Bentuk Pemilikan

2
Pengenalan Entiti Perniagaan

Definisi Entiti Perniagaan :

- Merupakan satu badan perniagaan yang mempunyai fungsi tersendiri


(M.B. Muda et.al., 2000).

Perniagaan dikelaskan berdasarkan :

a) bentuk pemilikan perniagaan


b) aktiviti perniagaan yang dijalankan
c) sektor industri tempat perniagaan itu beroperasi
d) jenis keluaran yang dikeluarkan dan dipasarkan
e) peringkat perniagaan dalam aliran industri

3
4
• Dimiliki oleh seorang individu yang mempunyai tanggungjawab
• peribadi terhadap hutang (liabiliti tidak terhad)

• Di Semenanjung Malaysia tertakluk dibawah Akta Pendaftaran


• Perniagaan 1956,pindaan 1978 (Akta 197) manakala Sabah dan
• Sarawak tertakluk kepada enakmen negeri masing-masing.

• Merupakan jenis perniagaan paling banyak dan tertua di


Malaysia.

• Contoh : Kedai Runcit Ravi, Pasar Mini Kaya dan Kedai Dobi
Harum.

5
CIRI-CIRI PERNIAGAAN MILIKAN TUNGGAL

- Pemilik tunggal atau persendirian


- Modal diperolehi daripada simpanan dan pinjaman daripada rakan
dan saudara mara.
- Di uruskan oleh pemilik sendiri dengan bantuan saudara mara atau
bilangan pekerja yang sedikit dan kurang kemahiran.
- Mudah ditubuhkan iaitu tidak melibatkan prosedur yang rumit
- Menanggung liabiliti tidak terhad iaitu tanggungan pemilik
melibatkan aset peribadi.
- Berhak mendapat semua keuntungan dan menanggung kerugian
sendiri
- Dikenakan cukai perorangan iaitu cukai pendapatan.
- Jangkahayat milikan tunggal adalah terhad,jika pemilik meninggal
dunia perniagaan akan terbubar.Jika ingin meneruskan perniagaan
perlu didaftarkan semula.

6
7
Perkongsian adalah perniagaan yang dikongsikan dua
orang atau lebih (tidak melebihi 20 orang) mengikut Akta
Syarikat 1965,Seksyen 14(3) (b).

Didaftarkan dengan Pejabat Pendaftaran Perniagaan


(ROB).
Rakan-rakan kongsi berkongsi tanggungan terhadap
hutang syarikat.

Terikat dengan surat ikatan perjanjian


di antara rakan kongsi.Surat perjanjian
perkongsian tentukan kuasa dan
tanggungjawab rakan kongsi dan
syarat-syarat lain.

Rakan-rakan kongsi dikehendaki menyumbangkan modal


mengikut nisbah yang dipersetujui dlm Artikel Perkongsian.

Keuntungan diagih kan kpd rakan kongsi mengikut syarat-


syarat dan nisbah modal yg disumbangkan seperti dalam
Artikel Perkongsian. 8
BUTIR-BUTIR SURAT PERJANJIAN
PERKONGSIAN

• Pihak yang terlibat,perniagaan dan tempat perniagaan

• Nama perniagaan atau nama rakan kongsi

• Kaedah pembubaran

• Perakaunan dan modal

• Keluar masuk ahli perkongsian

• Cara menguruskan perniagaan.

9
CIRI-CIRI PERNIAGAAN PERKONGSIAN
• Bilangan ahli 2 hingga 20 orang
• Modal sumbangan rakan kongsi
• Diuruskan oleh rakan kongsi yang aktif,sebagai balasan
rakan kongsi berkenaan dibayar gaji atau elaun
mengikut syarat perjanjian
• Dikenakan cukai perorangan iaitu cukai pendapatan
• Pembahagian untung menurut perjanjian perkongsian
• Liabiliti perniagaan perkongsian adalah tidak terhad
tetapi bagi perkongsian berhad liabilitinya terhad.
• Jangkahayat perkongsian adalah terhad,jika rakan
kongsi menarik diri atau meninggal dunia maka
perkongsian terbubar.Jika ingin meneruskan perniagaan
perlu didaftarkan semula.

10
11
a) Syarikat Sendirian Berhad

• Syarikat ini boleh dikenali dengan mudah,ada perkataan


Sendirian Berhad atau Sdn. Bhd. pada akhir nama syarikat.
• Pemilik atau pemegang saham syarikat terdiri daripada 2 –
50 orang
• Ia dikawal dibawah Akta Syarikat 1965 (Seksyen 15 (b)) dan
merupa kan entiti yang sah terpisah daripada pemilik.
• Saham syarikat Sendirian Berhad boleh dijual beli tetapi
tidak dilaku kan dalam pasaran terbuka.
• Pemegang saham yang memiliki 51% atau lebih daripada
jumlah saham Syarikat Sendirian Berhad berhak untuk
mengawal syarikat tersebut.

12
CIRI-CIRI SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD

• Pemilik atau pemegang saham terdiri daripada 2 hingga 50 orang


• Pemilik syarikat mempunyai liabiliti terhad dan segala hutang
syarikat terhad kepada syarikat sahaja. Ini kerana syarikat satu
entiti yang terpisah daripada pemiliknya.
• Syarikat Sendirian Berhad mempunayi hak dan tanggungjawab
boleh memiliki harta, boleh didakwa dan didakwa.
• Pemilik atau pemegang saham syarikat menyumbangkan modal
perniagaan. Mereka dilarang mengutip hutang daripada orang
awam.
• Jangka hayat panjang selagi tidak dibubarkan.
• Syarikat dianggotai lembaga pengarah (sekurang-kurangnya 2
orang) untuk menentukan dasar dan matlamat syarikat.
• Pengarah berkuasa dalam semua perkara yang tidak tercatat di
dalam Tataurusan Syarikat dan bertanggungjawab kepada
kesalahan syarikat.
13
b) Syarikat Awam Berhad

• Dikenali melalui perkataan “BERHAD/BHD.” pada Penghujung


nama syarikat. Contoh EON Bank Berhad, Olympia Berhad.

• Syarikat Berhad adalah syarikat awam yang dimiliki oleh


pemegang-pemegang saham.

• Ia tertakluk dibawah Akta Syarikat 1965.

14
CIRI-CIRI SYARIKAT AWAM BERHAD

• Bilangan pemegang saham lebih 2 orang hingga tiada had maksimum


bergantung kepada jumlah saham yang dipegang oleh ahli syarikat dan jenis
saham yang dikeluarkan.
• Modal syarikat dikumpulkan melaului penjualan saham dan bon kepada
orang awam.
• Pemegang saham syarikat awam berhad bebas menjual dan membeli
saham di pasaran saham iaitu Bursa Saham Malaysia.
• Pemilik perniagaan mempunyai liabiliti terhad atas jumlah modal atau saham
yang dilaburkan dalam syarikat.
• Pengurusan dan kawalan syarikat adalah tanggungjawab lembaga pengarah
yang dipilih oleh pemegang saham dalam mesyuarat agong tahunan.
• Pembahagian untung dan dividen bergantung kepada keuntungan syarikat.
• Mesti menerbitkan prospektus (laporan kewangan syarikat) dan
mengumumkan untung rugi dalam akhbar.

15
16
• Perniagaan yang dijalankan oleh sekumpulan individu
secara sukarela untuk menjaga kebajikan ahli-ahlinya.
• Koperasi dimiliki dan dikawal oleh ahli-ahlinya.
• 2 bentuk koperasi iaitu koperasi keahlian terhad kpd jenis
pekerjaan, kawasan dan latar belakang seperti Koperasi
Guru-guru Semenanjung Malaysia dan koperasi yang
keahlian bebas seperti koperasi perumahan dan koperasi
pengguna.
• Mengikut Akta Koperasi 1948, koperasi mempunyai
prinsip-prinsip seperti Keanggotaan sukarela dan
terbuka, perjalanan pengurusan secara demokrasi,
bayaran untung atas saham yang terhad, pembahagian
untung secara saksama, menggalakkan pendidikan
koperasi dan bekerjasama secara aktif disemua
peringkat koperasi.
17
CIRI-CIRI KOPERASI

• Ditubuhkan dibawah Ordinan Akta Koperasi Malaysia


• Liabiliti terhad
• Modal diperolehi melalui yuran sama ada yuran
bulanan, tahunan atau saham yang dibeli ohli ahli.
• Didaftarkan dengan Jabatan Pembangunan Koperasi.
• Agihan risiko, keuntungan dan kerugian berdasarkan
pegangan saham dan penglibatan ahli-ahli.
• Diuruskan oleh Lembaga Pengarah yang dilantik oleh
ahli-ahli koperasi semasa mesyuarat agong tahunan.
• Keuntungan koperasi diagihkan kepada ahli sama ada
satu kali atau dua kali setahun dalam bentuk dividen
atau bonus atau kedua-duanya.

18
19
Ditubuhkan oleh kerajaan yang bertujuan untuk membangunkan
sesuatu industri atau menjaga kepentingan rakyat.

Penubuhannya dibawah Akta Parlimen atau Enakmen negeri. Di


tubuhkan secara perbadanan. Mempunyai entiti khas dan kaedah
operasi mirip sektor.

Contoh Perbanan Kemajuan Negeri (PKN), Perbadanan Pembangunan


Bandar (UDA) dan Perbadanan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ).

Beberapa badan berkanun Di Malaysia telah diswastakan melalui dasar


Penswastaan dan Pensyarikatan tahun 1980an seperti Tenaga Elektrik
Nasional (TNB) dan Syarikat Telekom Malaysia

20
21
KELEBIHAN PEMILIKAN TUNGGAL

1) Kebebasan
- Dimiliki oleh seorang pengusaha, bebas menentukan corak
perniagaan. Hak kebebasan keatas perniagaan terhadap untung dan
rugi. Bebas untuk membuat keputusan perniagaan

2) Mudah ditubuhkan dan dibubarkan


- Perniagaan mudah ditubuhkan dan dibubarkan kerana tidak banyak
prosedur yang perlu diikuti.

3) Kos penubuhan yang rendah


- Modal yang kecil untuk memulakan perniagaan. Kos seperti
guaman, pendaftaran syarikat, kos lesen perniagaan tidak tinggi.

4) Cukai dikenakan sekali


- Cukai yang dikenakan ialah cukai pendapatan. Akaun peniaga tidak
perlu diaudit.
22
KELEMAHAN PEMILIKAN TUNGGAL
1) Tanggungan liabiliti tidak terhad
- Peniaga terpaksa memegang tanggungjawab ke atas semua
libilitinya. Harta persendirian peniaga akan dijadikan ganti
sekiranya gagal menjelaskan hutang tersebut.
2) Sukar berkembang
- Perniagaan sukar berkembang kerana modal yang terhad dan
kecil.
3) Sukar untuk mendapatkan sumber kewangan
- Kebanyakkan peniaga tidak mempunyai sumber kewangan yang
mencukupi. Ini menyukarkan pinjaman daripada pihak bank untuk
memulakan perniagaan dan mengembangkan perniagaan.
4) Jangka hayat perniagaan pendek
- Apabila peniaga meninggal dunia, perniagaan perlu didaftarkan
semula untuk beroperasi.
5) Pergantungan terhadap seorang individu
- Peniaga sendiri melakukan semua operasi perniagaan. Peniaga
kurang kemahiran. 23
KELEBIHAN PERKONGSIAN
1) Mudah mendapatkan sumber kewangan
- Bilangan rakan kongsi yang ramai memudahkan
mendapatkan sumber kewangan yang banyak. Pekongsi akan
berkongsi modal. Pihak bank merasa yakin untuk memberi
pinjaman. Ini dapat mengembangkan perniagaan.
2) Mudah ditubuhkan
- Tidak melibatkan prosedur yang rumit.
3) Kemahiran pengurusan yang pelbagai
- Bilangan rakan kongsi yang ramai menyebabkan perniagaan
mempunyai kemahiran pengurusan yang pelbagai.
4) Cukai sekali
- Cukai yang dikenakan ialah cukai pendapatan.
5) Berkongsi risiko
- Risiko perniagaan akan ditanggung bersama rakan kongsi.
24
KELEMAHAN PERKONGSIAN

1) Menanggung liabiliti tidak terhad


- Apabila perniagaan kerugian semua rakan kongsi
bertanggungjawab di atas kerugian tersebut. Tanggungan
melibatkan aset peribadi .
2) Modal yang terhad.
- Modal dikongsi sesama pekongsi sukar untuk mendapatkan
pinjaman daripada bank dan perniagaan sukar berkembang
berbanding syarikat.
3) Jangka hayat perniagaan pendek
- Apabila rakan kongsi meninggalkan perniagaan atau tarik diri
maka perniagaan terbubar. Perniagaan perlu didaftar jika ingin
beroperasi semula.
4) Mudah berlaku salah faham
- Oleh kerana bilangan rakan kongsi ramai maka mudah berlaku
salah faham dan proses pembuatan keputusan lambat.

25
KELEBIHAN SYARIKAT

- Mudah untuk mendapatkan modal sama ada melalui pinjaman


bank atau orang awam dengan cara menerbitkan saham.
- Jangka hayat yang panjang walaupun terdapat penukaran hak
milik saham atau kematian pemegang saham
- Liabiliti perniagaan terhad kepada sumbangan modal.
- Syarikat mudah berkembang kerana modalnya besar.
- Syarikat adalah satu entiti yang berbeza iaitu syarikat boleh
didakwa dan mendakwa atas namanya
- Pemegang saham dilindungi oleh undang-undang
- Saham syarikat mudah dijual
- Pengurusan syarikat lebih efisyen

26
KELEMAHAN SYARIKAT

- Pembentukan syarikat adalah rumit iaitu dibawah Akta Syarikat


1965.
- Saiznya besar dan banyak cawangan ia merumitkan pengurusan
iaitu banyak masalah yang timbul di kalangan pihak pengurusan dan
pekerja.
- Kos penubuhan syarikat adalah tinggi
- Pengurusan syarikat dikawal oleh lembaga pengarah dan bukannya
pemegang saham. Ini boleh menyebabkan salah guna kuasa.
- Operasi syarikat dikawal oleh undang –undang dan peraturan yang
ketat yang mana undang-undang bertujuan untuk melindungi
kepentingan pemegang saham.
- Pengurus dan pemilik syarikat terutama syarikat awam adalah
dipisahkan.
- Cukai dikenakan dua kali iaitu cukai pendapatan dan cukai syarikat

27
KELEBIHAN KOPERASI

- Menjaga kepentingan ahli dan bukannya mencari keuntungan

- Mewujudkan kerjasama dan tolong-menolong antara ahli-ahli dalam


menyelesaikan masalah mereka.

- Cukai dikenakan ke atas keuntungan iaitu lebih rendah daripada


cukai syarikat berhad

- Ditadbirkan secara demokrasi melalui pengundian


- Liabiliti terhad

- Wujud secara berterusan iaiti entiti yang berasingan.

28
KELEMAHAN KOPERASI

- Aktiviti koperasi dikuasai oleh segolongan individu tertentu


kerana ahli-ahli koperasi kurang aktif.
- Kedudukan kewangan agak lemah kerana koperasi ditubuhkan
oleh mereka yang berpendapatan rendah seperti petani dan
nelayan.
- Modal yang kecil menyebabkan koperasi tidak mampu bersaing
setara syarikat.
- Operasi dikawal rapi oleh Jabatan Pembangunan Koperasi.
- Laporan kewangan perlu diaudit oleh juruaudit luaran yang
bertauliah.
- Mesyuarat Agong Tahunan yang dihadiri oleh ramai ahli boleh
menggugat sistem pengurusan koperasi.
- Syer tidak boleh dipindah milik dan tidak disenaraikan oleh Bursa
Saham Malaysia.

29
KELEBIHAN BADAN BERKANUN

- Mementingkan kebajikan masyarakat iaitu matlamat utama ialah


kebajikan sosial

- Bebas dari dikenakan cukai

- Modal diperolehi daripada kerajaan dan mudah diperolehi

30
KELEMAHAN BADAN BERKANUN

- Bagi badan berkanun yang besar sistem pengurusan yang


kompleks dan rumit

- Proses pembuatan keputusan dipengaruhi oleh politik.


Lembaga pengarah dilantik oleh kerajaan

- Ketidakcekapan berlaku kerana tidak wujud persaingan.


Pekerja kurang motivasi untuk pekerja.

31

You might also like