You are on page 1of 4

Pengenalan – Muzik zaman pertengahan

Secara kasarnya boleh dikatakan garis masa Zaman Medieval (zaman pertengahan/Dark
Ages) bermula pada kejatuhan empayar Rom (486 m) sehinggalah bermulanya zaman
pembaharuan atau Renaisance (1400). Dan muzik pada zaman pertengahan pula menjadi
sebahagian daripada kehidupan masyarakat pada masa itu. Muzik tersangatlah popular
ketika perayaan atau perhimpunaan yang melibatkan jumlah yang besar di zaman
pertengahan.

Perkembangan muzik

 Penyebaran agama kristian – dimana Gereja katedral menjadi pusat perkembangan


muzik pada masa ini
 Pekerjaan yang paling penting di biara adalah menyanyi
 Inspirasi dari kebudayaan Islam (empayar byzantine)
 Bandar-bandar mula berkembang
 Tertubuhnya universiti-universiti – Pelajar lelaki diajar muzik dengan bantuan gereja
akan tetapi nasib pelajar perempuan adalah disebalikknya.

Ciri-ciri muzik Zaman pertengahan


 Kebanyakkan muzik pada zaman pertengahan hanya menggunkan vokal sahaja
 Lagu yang selalu dimainkan di gereja adalah lagu gereja (chant) – Paling popular
adalah Gregorian Chant bersempena Pope Gregory Benedict The Great.

Orang Islam dan Kristian bermain kecapi (lutes) - Cantigas de Santa Maria of Alfonso X.
Pengenalan – Muzik di zaman Renaissance

Zaman ‘kelahiran semula’ ini merupakan zaman pergerakan budaya yang bermula dari
sekitar kurun ke-14 hingga kurun ke-17. Ia bermula di Itali pada akhir Zaman Pertengahan
dan kemudiannya merebak ke seluruh Eropah. Zaman Pembaharuan melambangkan
kelahiran semula Eropah dari tempoh ketandusan yang agak lama dengan kebangkitan dari
segi perdagangan, penjelajahan, seni ukir, lukisan, muzik dan sains. Pengekplorasian
berlaku secara meluas menyebabkan kebanykkan perkara berkembang pada zaman ini
termasukklah muzik.

Perkembangan muzik
 Sifat ingin tahu dan individualiti berkembang
 Kuasa mutlak gereja menurun
 Percetakan membantu perkembangan muzik
 Berlaku persaingan antara pemerintah-pemerintah siapa yang mempunyai komposer
terbaik

Ciri-ciri muzik Zaman pertengahan


 Era kegemilangan acapella (nyanyian tanpa bantuan instrumen muzik)
 Melodinya sesuai untuk nyanyian
 Setiap rangkap mempunyai aturan tersendiri
 Irama digubah secara teratur
 Pemuzik mendapat status dan bayaran
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KAMPUS PUNCAK PERDANA

40150 SHAH ALAM

SELANGOR

FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF & ARTISTIK

IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI KREATIF

(ANIMASI) KEPUJIAN: CT227

Muzik Dan Kemasyarakatan: CTF442

TAJUK TUGASAN:

Muzik Medieval dan Renaissance


NAMA: MUHAMMAD SYAKIR BIN NORAZHAR

NO. PELAJAR: 2009985181

SEMESTER: 02 (JULAI-DISEMBER 2010)

PENSYARAH : TUNKU MARINA ZUBIR

TARIKH: 19 Ogos 2010

You might also like