Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
5Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pendidikan Sebagai Pusat Pendidikan Dunia

Pendidikan Sebagai Pusat Pendidikan Dunia

Ratings: (0)|Views: 883 |Likes:
Published by siti nabila aishah

More info:

Published by: siti nabila aishah on Aug 20, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/17/2012

pdf

text

original

 
Dengan satu jangkaan perkembangan ekonomi, peningkatan tenaga kerja dan penekanan kepada pendidikan tinggi diramal berlaku pada masa terdekat,soal pendidikan menjadi salah satu daripada objektif utama Iskandar Malaysia dalam soal mempertingkatkan atau menyediakan satu persekitarankehidupan yang berterusan dan berkembang.Iskandar Malaysia mempunyai laluan pendidikan masa depan untuk anak-anak anda diberi pertimbangan rapi dengan kemudahan-kemudahan seperti:
Tadika
Sekolah Rendah / Menengah
Universiti / Kolej-Kolej 
EduCity
 EduCity di Nusajaya dijangka akan menjadi sebuah pusat pendidikanserantau dan sebuah destinasi untuk pendidikan bertaraf dunia yangberkualiti dalam lingkungan radius penerbangan selama 6 jamdaripada bandaraya utama Asia.Kawasan pendidikan 600 ekar tersebut adalah dibayangkan sebagai“Satu komuniti dengan Amalan-amalan Terbaik dalam DuniaPengajian” dan mengamalakn pendekatan asuhan terbaik dalammembawa pendidikan bertaraf dunia ke Malaysia. Hasilnya, iadiselaraskan dengan objektif Rancangan Malaysia Kesembilan untukmenjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlanganpendidikan. Ia dikonsepkan untuk menjadi sebuah pusat akademikyang merangkumi keseluruhan ekologi pendidikan yang merangkumiprasekolah, sekolah rendah, menengah bawah, menengah atas, prauniversiti dan pengajian tinggiAntara projek-projek penting EduCity adalah universiti yangdiuruskan iCarnegie, Universiti Antarabangsa Al-Bukhari dan kampusunik pelbagai-varsiti yang merupakan kawasan tertumpunya fakulti-fakulti universiti yang terbaik di duniaEduCity akan menjadi satu pusat bersepadu penuh yang berasaskanpengetahuan yang merangkumi universiti-universiti bertaraf dunia, pemimpinindustri berasaskan pengetahuan, kelompok industri sentrik R & D, pusattindakan industri pendidikan, sekolah-sekolah antarabangsa & kolej-kolej,kemudahan tempat tinggal & rekreasi dan kemudahan-kemudahanpersidangan dan pameran bertaraf dunia 
Universiti Newcastle
Universiti Newcastle yang berperstij di Britain bercadang untuk membuka sebuah kampus perubatan di Johor pada tahun 2011Pesuruhjaya Tinggi British, Boyd McCleary menyatakan bahawa kampus tersebut akan menjadi kampus cawangan antarabangsa yang pertama UniversitiNewcastle. Selain itu, 18 universiti-universiti lain di Britain turut berminat untuk mempunyai perikatan di Malaysi
Bersama Jadikan Malaysia Pusat Pendidikan Serantau
 
Mar 19th, 2010 | Byadministrator  | Category: Berita Pilihan 
PETALING JAYA, 19 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menggariskan empat elemen bagi Malaysia muncul sebagai hab pendidikan serantau, dengan pertamanya komitmen mantap kepada kecemerlangan akademik dan program berdasarkan merit.Perdana Menteri berkata elemen kedua membabitkan inklusi sosial di mana golongan miskin danyang terpinggir diberi peluang untuk berjaya.“Mereka tidak boleh ketinggalan dalam mengejar arus pembangunan di peringkat tertinggi,”katanya semasa berucap melancarkan Yayasan Jeffrey Cheah di Bandar Sunway di sini malamsemalam.Penaung Diraja Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut hadir pada majlis itu.Elemen ketiga, menurut Najib, adalah memantapkan lagi kaedah pendidikan negara denganmengguna pakai amalan terbaik antarabangsa.Elemen terakhir adalah memupuk kumpulan graduan cemerlang dalam pemikiran strategik dankreativiti.“Semua elemen ini adalah kritikal jika Malaysia ingin bersaing dengan negara terbaik di persadaantarabangsa,” kata Najib.Selain itu, katanya kemahiran berkomunikasi dan penguasaan bahasa lain termasuk Inggerisadalah penting.Beliau turut menegaskan bahawa sokongan sektor swasta adalah mustahak bagi Malaysiamencapai wawasan menjadi hab pendidikan bagi rantau ini“Mengiktiraf sektor pendidikan sebagai kunci dan jentera pertumbuhan dan transformasi negara,maka kami sedang menimbang insentif tambahan bagi menyokong sektor itu bagi memastikansistem pendidikan memenuhi keperluan semasa dan masa depan,” katanya. Najib menjelaskan Model Ekonomi Baru akan mementingkan usaha memupuk kreativiti daninovasi dan dalam hubungan ini, adalah penting bagi universiti awam dan tempatanmenumpukan kepada aplikasi penyelidikan dan inovasi serta membangunkan kemahiran berfikir.Dalam ucapannya juga, Najib meminta semua sekolah dan institusi pengajian tinggi supayamemperkukuhkan falsafah gagasan 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.“1Malaysia merupakan satu cara kehidupan dan mencerminkan komitmen tidak berbelah bagioleh kerajaan dalam membentuk satu Malaysia kepada Semua Rakyat Malaysia – tempat yangmenghargai dan menilai penerimaan dan menyambut kepelbagaian,” jelasnya.
 
Pada majlis itu, pengasas dan pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Jeffrey Cheah menyumbangRM20 juta kepada yayasan tersebut. Najib berkata penubuhan yayasan itu merupakan contoh cemerlang badan korporat dan nilai bermurah hati yang masih segar di Malaysia.“Saya harap usaha ini menjadi contoh kepada pengusaha dan tokoh perniagaan lain untuk mengikutinya,” katanya.
Malaysia perlu memperkasa sekolahantarabangsa
Oleh DR. MOHAMAD NOR MOHAMAD TAIB (Pengarah Jabatan Pelajaran Swasta,Kementerian Pelajaran.)
KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), TheAssociation of International Malaysian Schools (AIMS) dan Malaysian InternationalChamber of Commerce and Industry (MICCI) pernah mengemukakan pandanganbahawa sekolah antarabangsa dapat memainkan peranan untuk menarikpelaburan (FDI).Ambil sahaja contoh sekolah antarabangsa di negara jiran yang lebih berkembang pesat.Thailand mempunyai lebih 90 buah dan Singapura melebihi 16 buah sekolah antarabangsa yang sebahagian besar sekolahtersebut mempunyai enrolmen melebihi 2,000 pelajar.Jadi, satu dasar baru yang lebih liberal perlu digubal, untuk memperkasa sekolah kebangsaan.Di sini, bilangan sekolah antarabangsa ialah 32 buah. Sebahagian besarnya di Lembah Klang dan Pulau Pinang, dan selebihnya diPulau Pinang, Ipoh, Johor Bharu, Melaka, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan, Kota Kinabalu, Kuching, Miri dan Labuan.Terdapat beberapa jenis sekolah antarabangsa. Ada yang menggunakan kurikulum luar negara seperti British (26 buah), USA(empat), Australia (sebuah) dan Singapura (satu). Pengurusannya berorientasikan perniagaan.Sementara itu terdapat sekolahekspatriat menggunakan kurikulum negara asal untuk warganegara mereka sahaja yang berada di Malaysia dan bukanberorientasikan perniagaan.
Oleh DR. MOHAMAD NOR MOHAMAD TAIB.

Activity (5)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Suriati Rosli liked this
Shieyma Glemora liked this
Sofi Opiey liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->