Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
7Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab Berasaskan Web

Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab Berasaskan Web

Ratings: (0)|Views: 1,472|Likes:
Published by arbanisaliha1310

More info:

Published by: arbanisaliha1310 on Aug 21, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/24/2012

pdf

text

original

 
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Berasaskan Web
olehRahimi Bin Md. Saad Zawawi Bin IsmailUniversiti MalayaWan Nordin Bin Wan AbdullahUniversiti Islam Antarabangsa MalaysiaABSTRAK  Pendidikan bahasa Arab sebagai bahasa asing/kedua semakin mendapatperhatian di Malaysia. Kepentingan penguasaannya kini bukan sahaja dilihatdari aspek pendidikan agama Islam sahaja tetapi turut mengambil kira usahapengembangan pelbagai sektor ekonomi negara. Namun, amalan pengajarandan pembelajaran bahasa tersebut masih berada di tahap yang belummemuaskan. Pelbagai kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa tahappenguasaan bahasa Arab di kalangan pelajar Malaysia masih belum beradapada tahap yang amat memuaskan berbanding pembelajaran bahasakedua/asing yang lain di Malaysia. Jika diperhatikan, banyak faktor yangmenghalang keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran bahasatersebut termasuklah kelemahan dalam amalan pedagogi, penggunaanalat/bahan bantu mengajar (BBM) dan kegagalan memanfaatkanperkembangan teknologi semasa. Kertas kerja ini cuba mengutarakan satualternatif yang relevan dengan perkembangan teknologi terkini untukditerapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab iaitumenerusi penggunaan laman web. Ia akan meninjau pandangan dan kajianyang berkaitan di samping mengemukakan saranan-saranan yang bolehmembantu guru-guru yang terlibat dalam pengajaran bahasa tersebutmendapat idea untuk mewujudkan inovasi baru dalam amalan pengajaranmereka di dalam atau di luar bilik darjah.
 
 
1. Pendahuluan
Penguasaan bahasa Arab merupakan asas pemahaman danpenghayatan al-Quran. Ini amat penting kerana penghayatan al-Quran salahsatu cara untuk memartabatkan diri seseorang dan umahnya. Selain itu,penguasaan bahasa Arab juga dapat meningkatkan pencapaian dalampendidikan agama Islam khususnya dalam bahagian tilawah al-Quran. Oleh ituadalah menjadi tanggungjawab institusi pendidikan untuk memberi didikankepada pelajar-pelajar untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonisdari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dankepatuhan kepada Tuhan sejajar dengan matlamat Falsafah PendidikanNegara. Menyedari hakikat inilah, pihak Kementerian Pendidikan Malaysiatelah memperkenalkan mata pelajaran Bahasa Arab untuk sekolah rendah dantermasuk dalam komponen program J-QAF.Isu pengajaran bahasa Arab dibincangkan secara berterusan olehpakar-pakar pendidikan dalam pengkhususan ini. Cabaran yang dihadapi olehmereka yang terbabit dengan 2perancangan untuk menarik minat pencintabahasa Arab bukannya sedikit. Pelbagai usaha dijalankan untuk memastikanpengajaran bahasa ini berkesan dan mendatangkan manfaat semaksima yangmungkin. Di antara usaha tersebut termasuklah program latihan untuk parapengajar, meluaskan pengajaran bahasa ini ke sekolah menengah kebangsaandan sekolah rendah, penghasilan bahan bantu mengajar yang sesuai dan lain-lain. Namun, perkembangan dalam teknologi maklumat dan komunikasi kinatelah melahirkan satu cabaran baru dalam dunia pengajaran danpembelajaran bahasa Arab. Usaha-usaha patut dijalankan agar ia turutmemanfaatkan revolusi teknologi tersebut yang sedang berlaku dengan pesatagar pengajaran dan pembelajaran bahasa ini tetap menarik perhatian umumdan menjadi semakin meluas sebagaimana bahasa-bahasa lain di dunia.
 
2. Teori Pembelajaran Melalui Laman WebLaman Web
Pembelajaran melalui laman web ialah pembelajaran secara elektronikatau dikenali sebagai E-Pembelajaran. Ia merupakan kombinasi di antaraelemen pendidikan dan teknologi elektronik. Kaedah ini membolehkan individumengikuti sesi pembelajaran secara lebih terbuka dan bebas berdasarkankeinginan dan keupayaan sendiri tanpa perlu mengikuti jadual ataumenghadiri kelas yang ditetapkan. Pembelajaran elektronik sebeginimemerlukan kepada penyediaan kelengkapan dan perlatan tertentu sepertikomputer, talian telefon dan Internet dan sebagainya. E-pembelajaranmemerlukan rangkaian komputer (
Computer Networking
). Sistem rangkaiankomputer menjadikan suasana pembelajaran lebih kreatif, menarik sertamudah untuk kerana para pengguna mampu berkongsi maklumat yangterkandung di dalam rangkaian tersebut. Pembelajaran dalam bentuk begini juga mampu menggabungkan media penyampaian dalam pelbagai formatmeliputi teks, audio, grafik, animasi dan penggunaan video dengan aplikasiteknologi terkini untuk menghasilkan sesuatu pengajaran. Rangkaian antaraperalatan-peralatan tersebut dan alat telekomunikasi membolehkan penggunayang berada pada kedudukan taburan geografi yang pelbagai mampuberkongsi manfaat. Menurut Bullen M (2001), penggunaan laman web (WWW)mula diperkenalkan sejak lebih lima belas tahun yang lalu, tetapi penggunaanalat telekomunikasi dalam pembelajaran bermula sejak kira-kira sembilantahun yang lalu.
Teori Pembelajaran Melalui Laman Web

Activity (7)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
ssitinora liked this
Nurul Akmal liked this
yykyrol liked this
arbanisaliha1310 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->