Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
4Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Surat Pekeliling Am Bil 1/2009 - Tatacara Memohon Kelulusan Teknikal Projek ICT Agensi Kerajaan

Surat Pekeliling Am Bil 1/2009 - Tatacara Memohon Kelulusan Teknikal Projek ICT Agensi Kerajaan

Ratings: (0)|Views: 411 |Likes:
Published by Nurul Afiza

More info:

Published by: Nurul Afiza on Aug 21, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/28/2010

pdf

text

original

 
 
KERAJAAN MALAYSIASURAT PEKELILING AM BILANGAN 1 TAHUN 2009GARIS PANDUAN MENGENAITATACARA MEMOHON KELULUSAN TEKNIKALPROJEK ICT AGENSI KERAJAAN
 
JABATAN PERDANA MENTERIMALAYSIA30 APRIL 2009
Dikelilingkan kepada:Semua Ketua Setiausaha KementerianSemua Ketua Jabatan PersekutuanSemua Y.B. Setiausaha Kerajaan NegeriSemua Ketua Pengurusan Badan Berkanun PersekutuanSemua Ketua Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan
 
 
Rujukan Kami : UPTM(S) 159/267/2 Klt 26 (8)Tarikh : 30 April 2009 Semua Ketua Setiausaha KementerianSemua Ketua Jabatan PersekutuanSemua Y.B. Setiausaha Kerajaan NegeriSemua Pihak Berkuasa BerkanunSemua Pihak Berkuasa Tempatan
GARIS PANDUAN MENGENAITATACARA MEMOHON KELULUSAN TEKNIKALPROJEK ICT AGENSI KERAJAANTUJUAN
Surat Pekeliling Am ini bertujuan untuk menggantikan garis panduan kepada agensi-agensi Kerajaan bagi merujuk dan mendapatkan kelulusan dari segi teknikal bagiperolehan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) daripada JawatankuasaTeknikal ICT (JTICT) yang berurus setia di MAMPU.
LATAR BELAKANG2. Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2006 Bertajuk ”Pengukuhan Tadbir UrusJawatankuasa IT Dan Internet Kerajaan”
telah menetapkan agensi di semuaperingkat pentadbiran merujuk dan mendapatkan kelulusan teknikal bagi perolehanICT daripada JTICT. JTICT sebagai jawatankuasa di bawah JITIK akan menyelarasdan melaporkan perolehan ICT kepada JITIK.
SURAT PEKELILING AM BILANGAN 1 TAHUN 2009
JABATAN PERDANA MENTERI MALAYSIAKOMPLEKS JABATAN PERDANA MENTERIPUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN62502 PUTRAJAYATelefon : 603-88881199Faks : 603-88883721
 
 
KANDUNGAN GARIS PANDUAN
3. Garis Panduan Mengenai Tatacara Memohon Kelulusan Teknikal Projek ICTAgensi Kerajaan menyediakan panduan dalam perkara-perkara berikut:(a) Keahlian JTICT;(b) Penubuhan dan Peranan Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT);(c) Skop Projek ICT Yang Memerlukan Kelulusan Teknikal JTICT;(d) Tatacara Permohonan Kelulusan Teknikal Projek ICT;(e) Pelaporan Kemajuan Projek Yang Diluluskan Oleh JTICT;(f) Pelaporan Projek ICT Yang Diluluskan/Diselaraskan Di PeringkatKementerian/Negeri; dan(g) Tempoh Sah Laku Kelulusan Teknikal JTICT.
TANGGUNGJAWAB AGENSI
4. Semua agensi Kerajaan adalah dikehendaki mematuhi Garis Panduan MengenaiTatacara Memohon Kelulusan Teknikal Projek ICT Agensi Kerajaan. Sehubungan itu,setiap agensi adalah bertanggungjawab mengambil tindakan-tindakan berikut:(a) Memastikan penubuhan Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) di semuaperingkat pentadbiran iaitu Kementerian, Jabatan Persekutuan, BadanBerkanun Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri,Jabatan Negeri, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan;(b) Mematuhi tatacara memohon kelulusan teknikal perolehan ICT sepertiyang ditetapkan di dalam garis panduan;(c) Bagi agensi Kerajaan Persekutuan iaitu Kementerian, JabatanPersekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan, hendaklah mendapatkankelulusan perolehan ICT daripada JPICT di peringkat Kementerian. JPICTKementerian berfungsi menyelaras dan mengemukakan permohonanperolehan ICT bagi agensi-agensi di bawahnya kepada JTICT untukkelulusan teknikal. JPICT Kementerian perlu melaporkan kemajuanprojek-projek yang diluluskan oleh JTICT setiap enam (6) bulan dari tarikhkelulusan sehingga projek selesai. JPICT Kementerian perlu melaporkankepada JTICT empat (4) kali setahun, untuk perolehan ICT yangdiluluskan di peringkat JPICT Kementerian di mana had nilainya tidakmemerlukan kelulusan JTICT;(d) Permohonan kelulusan teknikal perolehan ICT bagi agensi-agensi dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) hendaklah diselaraskan olehJPICT di peringkat agensi dan dikemukakan terus kepada JTICT. JPICTsetiap agensi perlu melaporkan kemajuan projek-projek yang diluluskanoleh JTICT setiap enam (6) bulan dari tarikh kelulusan sehingga projekselesai. JPICT agensi perlu melaporkan kepada JTICT empat (4) kalisetahun, untuk perolehan ICT yang diluluskan di peringkat JPICT agensidi mana had nilainya tidak memerlukan kelulusan JTICT;

Activity (4)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
amhalim liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->