Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
8Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kertas Kerja Kajian Sistem Pendidikan Kebangsaan

Kertas Kerja Kajian Sistem Pendidikan Kebangsaan

Ratings: (0)|Views: 262 |Likes:
Published by arepis_inside

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: arepis_inside on Aug 21, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/07/2014

pdf

text

original

 
KERTAS KERJA KAJIAN SISTEM PENDIDIKANKEBANGSAAN (MTT2353)
TINJAUAN MENGENAI CABARAN-CABARANPENDIDIKAN VOKASIONAL DI MALAYSIA
Pengenalan
Perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi, sosio ekonomi serta politik duniaadalah di antara faktor yang merubah bentuk dan tahap kemahiran yang diperlukan untuk sesuatu pekerjaan. Zaman Teknologi Maklumat ini bertambah sukar untuk diramalkan jenis dan bentuk pekerjaan yang akan wujud pada masa depan dengan tepat.Adalah menjadi matlamat kerajaan Malaysia untuk mencapai status sebagai sebuahnegara yang maju pada tahun 2020. Untuk ini, peningkatan dari teknologi berasaskan proses yang mudah kepada teknologi yang lebih canggih akan memerlukan kepakaran153,000 jurutera dan pembantu teknik. Jumlah tenaga kepakaran dan pembantu teknik ini pernah dibincangkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Keperluan sumber manusiayang begitu banyak pasti memberi cabaran yang besar kepada pendidikan teknik danvokasional. Semasa kegawatan ekonomi yang melanda negara kita sekarang. Mungkinada soalan tentang keperluan tenaga kerja di saat kegawatan ini, kerana kita selaludikhabarkan tentang pekerja-pekarja dibuang kerja.Utusan Malaysia yang bertarikh 15 januari 1998, yang tajuk "Krisis ekonomi Graduanmenganggur berulang kembali" menurut Yulpisman Asli, terdapat banyak pihak mengunjurkan bahawa situasi graduan menganggur akan berulang, kalau melihat kepada penurunan permintaan pihak swasta terhadap butiran diri atau resume'siswa tahun akhir di IPTA atau IPTS. Kursus-kursus tertentu sahaja yang banyak mendapat permintaan dari pihak swasta. misalnya di Institut Teknologi Mara (ITM), permintaan ketara adalah untuk kursus-kursus Teknologi Maklumat, sementara di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), kepada kursus-kursus kejuruteraan. Keadaan ini juga diakui oleh Pengarah UnitRundingan Pelajar UKM, Mohd.Tohir Hashim yang berkata, permintaan untuk mendapatkan lulusan UKM agak berkurangan berbanding tahun lepas.Tantawi Jauhari sebagai ketua Unit Kaunseling & Kerjaya ITM, turut mengakui bahawakemelesetan ekonomi sedikit sebanyak mempengaruhi peluang pekerjaan pelajar ITMsecara keseluruhannya. Pelajar-pelajar ITM juga menerima tawaran peluang pekerjaandaripada syarikat-syarikat swasta tetapi jumlahnya agak kecil berbanding sebelum ini,dan kebanyakannya membabitkan bidang berkaitan denganTeknologi Maklumat.Kaunselor Jabatan Kaunseling dan Kerjaya Universiti Islam Antarabangsa (UIA), jugamenjelaskan bahawa syarikat menawarkan jawatan kosong yang agak kecil dan berkurang dari tahun-tahun sebelumnya.. Manakala Pengerusi Koleh SAL, Abdul RashidAbdul Ghani berkata, situasi ekonomi pada masa kini sudah pasti akan menjejaskansedikit sebanyak peluang pekerjaan para graduan. Bagaimanapun menurut beliau,
 
keadaan sekarang berbeza dengan apa yang dihadapi oleh negara pada tahun 80an. Inikerana, pelajar bidang IT kurang merasai kesannya berbanding pelajar lain.Agenda Koridor Raya Multimedia (MSC) negara sedikit sebanyak membantu pelajar  bidang IT daripada menerima tamparan kejatuhan ekonomi. Tetapi kita tidak tahu apayang akan berlaku seterusnya jika keadaan ini berlarutan. Dari apa yang telah dijelaskanini, maka situasi di sekolah vokasional juga akan menghadapi satu cabaran yang genting.Pendidikan vokasional bukan lagi cuma mengikut apa yang telah dirancang dua tigatahun yang lepas, pengubahsuaian perancangan perlulah demi memenuhi kehendak semasa. Pendidikan vokasional tidak ketinggalan dalam soal menghadapi situasikegawatan ini. Pihak Kementerian Pendidikan Teknik dan vokasional perlu meneroka bidang-bidang baru yang dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang luas dan terjamin.Semua pelajar vokasional juga perlu mempersiapkan diri mulai sekarang untuk menghadapi sebarang kemungkinan.Kegawatan ekonomi seperti yang dinyatakan di atas, merupakan cabaran yang besar kepada latihan vokasional. Pertumbuhan di dalam ekonomi dan industri negara adalah bergantung kepada keupayaan kita untuk mempertahankan kadar produktiviti yang tinggidan daya saingan diperingkat antarabangsa. Daya saing dan produktiviti industri bergantung pula kepada adanya tenaga kerja yang berpendidikan, mahir dan bermotivasitinggi.Oleh itu, hasrat dan harapan negara terhadap pendidikan dalam bidang teknik danvokasional adalah amat tinggi. Kepincangan di dalam sistem latihan ataupun pendidikanvokasional akan mengakibatkan kekurangan tenaga mahir yang seterusnya akanmenyebabkan pertumbuhan industri menjadi lembab dan pengeluaran nasional menjadirendah. Oleh itu juga kami cuba membuat kajian tentang cabaran-cabaran pendidikanvokasional di kala kegawatan ekonomi Malaysia.
Sejarah pendidikan di Malaysia
Sebelum kita membincangkan isu-isu cabaran pendidikan vokasional secara kritis, elok sekiranya kita menyingkap kembali sejarah pendidikan di Malaysia. Di awal tahunMalaysia menuju kemerdekaan, keutamaan pendidikan telah diberikan sepenuh perhatiandengan tertubuhnya satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui PenyataRazak pada tahun 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Penyemakansemula Dasar Pendidikan telah dilakukan pada tahun 1960 dengan lahirnya LaporanRahman Talib yang kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961. Kemudian,sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semulaDasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamatuntuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhikeperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. LaporanJawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979(Lampiran A)Setelah melihat sejarah pendidikan di Malaysia cuba kita kaji sejarah Pendidikanvokasional pula. Pendidikan Vokasional telah di cadangkan lebih awal lagi, ini boleh
 
dilihat dalam Laporan Cheeseman. Dari sini dapat kita lihat bahawa pendidikanVokasional telah diutamakan dan dianggap penting bagi sesebuah negara. BahagianPendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia telah ditubuhkansecara rasminya pada tahun 1964 . Sehingga tahun 1982, hanya terdapat 29 buah sekolahmenengah vokasional diseluruh negara. Sistem baru pendidikan vokasional di sekolahmenengah vokasional telah dimulakam dalam tahun 1987, dari perkembangan pendidikanini telah bertambahnya 41 buah sekolah menengah vokasional dengan jumlahkeseluruhan sebanyak 70 buah., bahagian ini bertanggungjawab untuk memperkembangkan pendidikan teknik dan vokasional. Dari kajian sejarah pendidikanvokasional, pendidikan vokasional telah hampir 40 tahun dilaksanakan dalam pendidikankebangsaan kita. Tetapi akhir-akhir ini pendidikan vokasional telah mengalami perubahan yang ketara sekali. Kegawatan ekonomi juga sedikit sebanyak telahmendorong perubahan dilakukan demi mencapai pendidikan Wawasan 2020.
Pendidikan Vokasional perlu seiringan dengan kehendak alam pekerjaan semasa.
Pendidikan vokasional mempunyai peranan untuk memperkenalkan konsep dunia pekerjaan kepada pelajar-pelajar. Adalah tepat sekali bahawa pendidikan vokasional perlulah memberi pendedahan yang secukupnya kepada alam pekerjaan. Di samping itu,ramai lulusan sekolah vokasional telah dihantar ke luar negara, terutamanya ke Jepununtuk mendalami kemahiran masing-masing, tetapi sejak kita dikejutkan dengankejatuhan nilai ringgit Malaysia pada penghujung tahun 1997. Kementerian Pendidikantelah membekukan penghantaran pelajar keluar negara, kesan dari kegawatan ekonomiini juga telah memberi satu tamparan kepada pendidikan vokasional. Pendidikanvokasional akan menghadapi tugas yang lebih mencabar lagi berat untuk menyediakantenaga manusia bagi membantu mencapai negara maju menjelang tahu 2020 di waktuekonomi dunia tidak menentu ini.Penggunaan tenaga pengajar dalam negara perlulah dapat memberi kemahiran-kemahiranyang diperlukan dalam melahirkan tenaga kerja yang diharapkan. Kemahiran membaca,mengira dan menulis (3M) adalah sesuatu yang perlu diperkukuhkan, dan pelajar hendaklah dimaklumkan betapa pentingnya kemahiran asas bagi semua corak pekerjaan.Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Encik Frederick Wong Kong Kuong berkata, pelajar hari ini adalah aset negara untuk merealisasikan matlamat Wawasan 2020negara.Sehubungan itu, beliau menyeru golongan pelajar agar bersedia untuk bergerak kehadapan serta meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik untuk memenuhi tenagakerja mahir negara pada masa akan datang."
 Negara memerlukan rakyat yang berpendidikan tinggi serta memiliki kemahiran dalam pelbagai bidang menjelang tahun 2020 apabila negara sudah mencapai status sebuahnegara perindustrian yang maju," 
katanya ketika berucap pada majlis makan tengah haridan penyampaian insentif Kesatuan Guru Sarawak Cawangan Sarikei di sini baru-baruini.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->