You are on page 1of 31

ANALISIS

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


BAHASA MELAYU
Di sediakan oleh :
Mohd Syahmi Bin Azmi
Mohd Amerul Bin Hillmy
Muhd Saufi Bin Abdul Wahab
Nur Shafina Binti Tahir
Nur Azmina Bin Razmi
PENDEKATAN PENGAJARAN
Definisi pendekatan
• Pendekatan adalah berlandaskan teori, prinsip atau
kaedahtertentu yang mendokong sesuatu teori.

• Cara pengajaran juga adalah berdasarkan objektif


yang ditentukan.

• Pendekatan adalah beraksiomatik iaitu kenyataan


dianggap benar tanpa bukti dan alasan.

• Contohnya dalam sesi pengajaran, guru


menggunakan pendekatan daripada mudah
sehinggalah susah agar pengajaran dapat difahami
oleh murid.
Pendekatan Induktif
• Pendekatan induktif merupakan satu pendekatan
mengajar yang melibatkan satu proses penaakulan
yang tinggi.

• MenurutJohn, M. Kierzek dan Walker Gibson


( 1960), pendekatan induktif dimulakan dengan
sesuatu sebab atau contoh dan bergerak kehadapan
kepada satu generalisasi.

• Dalam hal ini, guru-guru akan mengumpul contoh-


contoh daripada teks, menunjukkan dan
menerangkan bagaimana ia bekerja dan berfungsi,
dan membantu pelajar-palajar untuk mengait
simpul satu kesimpulan yang sesuai.
Cth di dalam RPH
• Set induksi
i. Guru mempamerkan poster yang
mengandungi bandar-bandar utama di malaysia.
ii. Murid meneliti sambil memahami gambar
yang terdapat di poster.
Pendekatan deduktif
• Pendekatan deduktif merupakan satu pendekatan
mengajar yang mengasaskan pengajaran dan
pembelajaran pelajar kepada hukum-hukum tertentu
dan menggunakan proses penaakulan yang tinggi.

• Dalam pengajaran kaedah deduktif ini, beberapa prinsip


perlu dipatuhi iaitu Teori, hukum, atau masalah tertentu
perlu didedahkan dahulu.

• Kemudian bimbingan diberi bersama dengan contoh


yang sesuai. Dalam kaedah ini pemahaman pelajar
adalah amatdipentingkan
Cth di dalam RPH
• Guru bertanya kepada murid pada langkah 1 :
▫ Di manakah putrajaya ?
▫ Apakah yang kamu tahu tentang putrajaya ?
▫ Apakah yang kamu ingin tahu tentang putrajaya ?
• Guru mengedarkan teks putrajaya kepada murid
dalam langkah ii
• Guru berbincang dengan murid tentang kata
nama khas dan kata nama am yang terdapat
dalam teks Putrajaya
Pendekatan Eklektik
• Eklektik merupakan kaedah yang menggabungkan
kedua-dua pendekatan awal yang sudah dibincangkan di
atas dan kaedah ini mengambil kelebihan yang ada pada
kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif.

• Guru tidak perlu terlalu terikat dengan mana-mana


pendekatan tetapi pengajarannya mestilah lebih luas dan
mudah diubahsuai mengikut keperluan pelajar.

• Pendekatan ini boleh bermula dengan guru memberikan


contoh-contoh dahulu, galakkan pelajar berfikir
mengenai rumusannya dan selepas itu mengemukakan
contoh-contoh lain sebagai pengukuhan.
Cth di dalam RPH
• Terdapat dalam langkah iv
▫ Murid diminta untuk mengisi ruang H tentang
putrajaya
▫ Guru berbincang dengan murid tentang cara
untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang
putrajaya.
▫ Murid mengemaskini ruang H berdasarkan
perbincangan dengan guru.
Pendekatan Komunikatif
• Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan
yang berpusatkan pelajar iaitu berfokuskan kepada
bentuk-bentuk komunikatif seperti meminta maaf,
bercerita, melapor dan lain-lain.Situasi ini berlaku
dalam amalan masyarakat sehari-hari.

• Penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal


adalah bagi tujuan komunikasi

• Penguasaan komunikasi adalah perlu agar pelajar


dapat membuat pemilihan struktur ayat yang betul
mengikut konteks bahasa
Cth di dalam RPH
• Terdapat dalam penutup
▫ Guru berbincang dengan murid tentang pelajaran
yang telah mereka pelajari hari ini
▫ Secara sumbang saran, guru bertanyakan murid
tentang nilai-nilai murni yang talah dinyatakan
tadi
• Dan terdapat juga dalam aktiviti yang
melibatkan perbincangan dengan murid.
KAEDAH PENGAJARAN
KAEDAH PENGAJARAN
• Kaedah natural
• Kaedah terus
• Kaedah kod kognitif
• Kaedah Oral – Aural
KAEDAH NATURAL
• Kaedah ini melihat bahasa sebagai satu alat
untuk menghubungkan makna dan mesej.
• Ini bermakna, penguasaan hanya akan berlaku
apabila orang memahami mesej dalam bahasa
sasaran.
• Berdasarkan RPH :
▫ Guru mengedar teks Putrajaya kepada murid
supaya dibaca dan difahami pada langkah 2.
KAEDAH TERUS
• Kaedah terus mengutamakan prinsip-prinsip
mengajar yang berdasarkan psikologi kanak-
kanak.
• Kaedah ini bertujuan membolehkan kanak-
kanak menguasai keempat-empat kemahiran
bahasa itu secara berkesan dan membolehkan
mereka menggunakan bahasa yang dipelajari
itu.
• Berdasarkan RPH :
▫ Guru menanya murid soalan tentang bandar-
bandar utama di Malaysia pada set induksi.
KAEDAH KOD KOGNITIF
• Kaedah ini merupakan pembaharuan &
pengubahsuaian kaedah nahu terjemahan.
• Menurut Chomsky pula, bahasa merupakan
sistem rumus-rumus bahasa yang ternyata
melalui bentuk linguistik.
• Kaedah ini lebih menekankan bentuk dan
makna.
• Berdasarkan RPH :
▫ Pada set induksi, guru mempamerkan poster-
poster kepada murid. Selepas itu, murid meneliti
dan memahami poster tersebut.
KAEDAH ORAL – AURAL
• Kaedah Oral-Aural ini ialah menggunakan dialog
untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan.
• Kaedah ini diajar adalah bagi tujuan
membolehkan pelajar memperkembang
keempat-empat kemahiran bahasa iaitu
kemahiran mendengar, kemahiran bertutur,
kemahiran menulis dan kemahiran membaca.
• Berdasarkan RPH :
▫ Murid diminta untuk membaca pantas secara
luncuran untuk mendapatkan gambaran umum
tentang
TEKNIK
TEKNIK
• Teknik latih tubi dan hafalan
• Teknik perbincangan
• Teknik penyoalan
• Teknik sumbang saran
• Teknik inkuiri
TEKNIK LATIH TUBI DAN HAFALAN
• Teknik latih tubi adalah merupakan
pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
diajar.
• Tujuannya teknik ini diajar ialah untuk
mencapai taraf kemahiran tersebut atau untuk
melekatkan sesuatu perkaitan supaya menjadi
kekal.
• Berdasarkan RPH :
- guru megedarkan lampiran 4 kepada murid-
murid pada langkah 5.
TEKNIK PERBINCANGAN
• Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu
aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat
tentang sesuatu tajuk.
• Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan
fikiran dan pendapat dengan bernas
(Kementerian Pendidikan 1990:85).
• Berdasarkan RPH :
- di bahagian langkah 1,guru menanyakan soalan-
soalan berkaitan dengan tajuk pengajaran.
(Putrajaya)
TEKNIK PENYOALAN
• Merupakan teknik yang paling lama dan paling
popular digunakan dalam bidang pendidikan.
• Mewujudkan interaksi guru dengan murid
secara berkesan.
• Berdasarkan RPH:
- guru bertanya secara spontan akan jawapan
yang ada dalam borang KWLH.
TEKNIK SUMBANG SARAN
• Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan
fikiran (brainstorming) yang merupakan salah
satu sesi perbincangan yang membolehkan
setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat
dan idea.
• Berdasarkan RPH:
- dibahagian penutupan, guru bertanya murid
tentang nilai-nilai murni yang telah dinyatakan
oleh murid-murid semasa guru membuat
rumusan pengajaran.
TEKNIK INKUIRI
• Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat.
• Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk
mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang
berorientasikan masalah.
• Berdasarkan RPH:
- Guru mengedarkan lampiran 3 untuk murid-
murid menyenaraikan isi-isi penting yang ada di
dalam petikan.

You might also like