You are on page 1of 25

LAPORAN PENYELIDIKAN

AMALAN BID’AH DALAM PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN


JENAZAH : KAJIAN DI KUBANG PASU

MOHD NIZHO BIN ABD RAHMAN


MOHD KHADAFI BIN HAJI ROFIE
DR MUHAMMAD KHAIRUL ANWAR OSMAN

SEKOLAH PEMBANGUNAN SOSIAL


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
OGOS 2003

2
LAPORAN PENYELIDIKAN

AMALAN BID’AH DALAM PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN


JENAZAH : KAJIAN DI KUBANG PASU

OLEH:

MOHD NIZHO BIN ABD RAHMAN


MOHD KHADAFI BIN HAJI ROFIE
DR MUHAMMAD KHAIRUL ANWAR OSMAN

SEKOLAH PEMBANGUNAN SOSIAL


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
SINTOK KEDAH DARUL AMAN

OGOS 2003

3
KUMPULAN PENYELIDIK

……………………………………………………..
MOHD NIZHO BIN ABD RAHMAN
(KETUA PENYELIDIK)

……………………………………………………..
MOHAMAD KHADAFI HJ ROFIE

………………………………………………………
DR MUHAMMAD KHAIRUL ANUAR OSMAN

PENGAKUAN TANGGUNGJAWAB
(disclaimer)

4
PENGAKUAN TANGGUNGJAWAB

(DISCLAIMER)

Kami dengan ini, mengaku bertanggungjawab di atas ketepatan semua pandangan, komen
teknikal, laporan fakta, data, gambar rajah, ilustasi dan gambar foto yang telah diutarakan
di dalam laporan ini. Kami bertanggungjawab sepenuhnya bahawa bahan yang
diserahkan ini telah disemak dari aspek hakcipta dan hak keempunyaan. Universiti Utara
Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap ketepatan mana- mana komen, laporan dan
maklumat teknikal dan fakta lain, dan terhadap tuntutan hakcipta dan juga hak
keempunyaan.

We are responsible for the accuracy of all opinion, technical comment, factual report,
data, figures, illustrasions and photographs in the article. We bear full responsibility for
the checking whether material submitted is subject to copyright or onwnership rights.
UUM does not accept any liability for the accuracy of such comment, report and other
technical and factual information and the copy right or ownership rights claims.

5
PENGHARGAAN

Segala puji-pujian bagi Allah tuhan sekelian alam, yang memberikan hidayah dan
petunjukNya kepada para penyelidik sehingga berjaya menyempurnakan penyelidikan
ini. Melalui kajian ini diharap dapat memberikan nilai tambah dalam bidang pengurusan
Islam dan seterusnya mengembangkan lagi ruang lingkup sains sosial. Ucapan
penghargaan dan terima kasih dikalungkan kepada Sekolah Pembangunan Sosial
khususnya dan Universiti Utara Malaysia amnya di atas peluang dan geran penyelidikan
kepada kami.

Selain itu, penghargaan turut diberikan kepada pegawai-pegawai dan ahli jawatankuasa
masjid yang sudi membantu dalam penyelidikan ini. Begitujuga kepada pusat
penyelidikan dan perundingan, jawatankuasa penyelidikan Sekolah Pembangunan Sosial
dan juga rakan-rakan pensyarah di atas galakan dan sokongan anda yang sudi membantu
bagi menjayakan penyelidikan ini. Untuk ahli keluarga, terima kasih yang tidak terhingga
diucapkan di atas sokongan dan pengorbanan yang diberikan semoga Allah membalasnya
di akhirat kelak.

Akhir sekali kepada semua yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung,
khidmat anda tidak kami lupakan. Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang
terlibat dalam memberi sumbangan dan buah fikiran yang baik kepada kami. Semoga
dengan sedikit ilmu yang dipaparkan ini akan memberi kesedaran dan keinsafan kepada
kita tentang keagungan dan ketinggian Allah S.W.T serta dapat memberikan manfaat
kepada masyarakat. Sesungguhnya segala kejayaan dan kebaikan penyelidikan ini datang
dari Allah S.W.T dan segala kekurangan dan kelemahan yang wujud hasil daripada sifat
kami, insan yang hina lagi lemah.

Wassalam

MOHD NIZHO BIN ABD RAHMAN


MOHAMAD KHADAFI HJ ROFIE
DR MUHAMMAD KHAIRUL ANWAR OSMAN

20 OGOS 2003

6
JADUAL KANDUNGAN

HALAMAN
PENGAKUAN PENYELIDIK ii

PENGHARGAAN iv

JADUAL KANDUNGAN v

SINOPSIS vii

SENARAI JADUAL ix

BAB I PENDAHULUAN

Pengenalan 1
Penyataan masalah 2
Objektif kajian 3
Skop kajian 4
Kepentingan kajian 5
Definisi konsep dan istilah 6

BAB II ULASAN KARYA

Pengenalan 8
Definisi Bid’ah 10
Amalan Dan Bentuk Bid’ah 11
Hukum Bid’ah mengikut Syara’ 15
Larangan Melakukan Perkara Bid’ah 16
Bid’ah Dan Pengurusan Jenazah 17
i Memandikannya 20
ii Mengkafankannya 22
iii Mengiringgi dan menyembahyangkannya 24
iv Mengkuburkannya 29

7
BAB III METODOLOGI KAJIAN

Pendahuluan 39
Lokasi 39
Populasi Kajian 40
Pengedaran borang 41
Kaedah Pengumpulan Data 41
Alat ukuran dan amalan bid’ah 43
Penganalisaan Data 44

BAB IV DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Pendahuluan 45
Maklumat Demografi dan Latar belakang Responden 45

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kesimpulan 62
Cadangan 63

BIBLIOGRAFI 67

LAMPIRAN

Borang soalselidik

8
SINOPSIS

Firman Allah yang bermaksud;


Setiap yang hidup pasti akan merasai mati.
(Surah al-Anbiya’: 35)

Setiap muslim yang mengaku beriman pasti menerima hakikat bahawa kematian bukan
bererti segala-galanya akan berakhir di situ bahkan ia merupakan babak baru untuk
menempuhi babak-babak seterusnya. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kepada waris si
mati mengurus dan menyelenggara jenazah sebaik-baiknya kerana si mati akan berada di
suatu tempat yang disebut Alam Barzakh untuk di soal oleh Allah. Tanggungjawab ini
dikenakan ke atas mereka bermula dari rumah sehinggalah ke tanah perkuburan. Dewasa
ini situasi ini berbeza kerana timbulnya amalan-amalan bid’ah dalam pengurusan jenazah
kerana sesetengah masyarakat menjadikannya sebagai sumber pendapatan tetap
(komersial).

Selain itu pihak atau keluarga simati terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi
bahkan bagi golongan yang kurang berada terpaksa berhutang bagi mengurus dan
menyelenggara jenazah. Fenomena ini berlaku kerana hilangnya keiklasan dan konsep
tolong menolong di kalangan masyarakat kini akibat wang menjadi agenda utama apabila
berlakunya sesuatu kematian. Apa yang membimbangkan perkara ini akan menjadikan
masyarakat bukan Islam membuat tanggapan yang negatif terhadap Islam sedangkan
Islam itu adalah agama yang mudah.

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti serta mengukur tiga perkara iaitu, tahap
kefahaman masyarakat terhadap perbuatan bid’ah dalam pengurusan jenazah , perbuatan
bid’ah yang dilakukan di dalam pengurusan dan penyelenggaraan jenazah dan
mengenalpasti faktor- faktor yang menyebabkan berlakunya perbuatan bid’ah dalam
pengurusan dan penyeleggaraan jenazah di kalangan masyarakat Melayu.
Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik untuk mengukur ketiga-tiga perkara di atas
dan ianya dilakukan secara deskriptif. Seterusnya data-data akan dianalisis dengan
menggunakan pakej komputer Statistical Package For Social Sciences (SPSS)

Kajian ini telah memperlihatkan terdapat ketidakfahaman masyarakat terhadap perbuatan


bida’h dan perlakuannya berdasarkan faktor pendidikan, pengalaman dan umur
responden. Seterusnya kajian ini mempelihatkan terdapat faktor-faktor yang mendorong
berlakunya perbuatan bid’ah akibat menurut kebiasaan, penyerahan kepada institusi
tertentu dan tiada kefahaman yang baik tentang pengurusan dan penyelenggaraan
jenazah.

9
Hasil kajian ini sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat mengetahui dan memahami
keadaan yang sebenar berhubung pengurusan dan penyelenggaraan jenazah seperti yang
dituntut oleh Islam. Kajian ini juga dapat membantu pihak yang bertanggungjawab
menjadikan kajian ini sebagai rujukan dan menilai fenomena yang berlaku dan
mengenalpasti permasalahan tersebut agar ianya tidak bertentangan dengan syariat Islam.

10
SENARAI JADUAL

Halaman

JADUAL 1 Bilangan Pegawai Dan Ahli Jawatankuasa Masjid 39

JADUAL 2 Borang Soal Selidik Yang Diedarkan Dan Yang Diperolehi 40

JADUAL 3 Umur Responden 45

JADUAL 4 Masjid Mengikut Tempat 46

JADUAL 5 Tahap Pendidikan 47

JADUAL 6 Jawatan 48

JADUAL 7 Tempoh Perkhidmatan 49

JADUAL 8 Frekuensi Dan Peratusan Tahap Kefahaman Pegawai Dan 50

Ajk Masjid Tentang Konsep Bid’ah

JADUAL 9 Frekuensi dan Peratusan Perbuatan Bid’ah Yang 51

Berlaku Dalam Pengurusan Jenazah

JADUAL 10 Faktor Bid’ah 52

11
BAB I

PENDAHULUAN

Pengenalan

Firman Allah yang bermaksud;

Di mana sahaja kamu berada, maut pasti akan mendatangi kamu


sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang kukuh.
(Surah al-Nisa’: 78)

Kematian adalah suatu lumrah kehidupan setiap makluk yang bernyawa. Apabila sampai

masa dan ketikanya, maut pasti akan menjadi suatu kepastian yang perlu dirasai dan

ditempuhi oleh makhluk yang ‘hadith’ yang antaranya ialah manusia. Ianya datang

menjemput kita apabila tiba masanya tanpa mengira sesorang itu kaya ataupun miskin,

tua ataupun muda, mulia ataupun hina, berkuasa ataupun rakyat biasa. Itulah sistem tuhan

yang Qadim yang tidak boleh dilawan oleh kehendak dan kepandaian manusia samada

yang beriman mahupun tidak beriman. Semuanya akan kembali kepangkuanNya yang

Maha Esa yang pergi tidak akan kembali buat selama- lamanya. Bagi insan yang beriman,

kematian bukanlah penghujung bagi sesebuah hayat tetapi ia adalah permulaan kehidupan

baru iaitu kehidupan akhirat.

Bagi mereka yang dicabut rohnya ataupun telah mati, jasadnya sudah tiada daya dan

ikhtiar lagi, yang kalau dibiarkan ianya sudah tentu akan reput dan dimakan ulat begitu

sahaja. Oleh itu Islam memberi garis panduan yang lengkap kepada waris simati untuk

mengurus simati atau jenazah, bermula dari saat selepas kematian sehinggalah ke

peringkat perkebumian. Dengan itu, menjadi tanggungjawab kepada waris si mati

12
mengurus dan menyelenggara jenazah simati sebaik-baiknya kerana si mati akan berada

di suatu tempat yang disebut Alam Barzakh untuk di soal oleh Allah tentang amal

perbuatannya semasa hidup.

Sekalipun Islam telah memberi garis panduan yang lengkap, namun masih lagi ada di

kalangan umatnya dan masyarakat Melayu tanpa pengecualian melakukan perkara-

perkara yang dikategorikan bid’ah menurut perspektif perundangan Islam.

Memandangkan bid’ah merupakan perkara yang besar yang dilarang oleh Islam, namun

ianya masih lagi banyak berlaku dikalangan masyarakat Melayu yang berkaitan

pengurusan dan penyelenggaraan jenazah. Sayugia, dirasakan amat perlunya suatu kajian

yang terperinci dilaksanakan untuk menangani permasalahan bid’ah di dalam perkara-

perkara yang berkaitan dengan jenazah.

Penyataan Masalah

Sebenarnya penghayatan masyarakat pada zaman awal permulaan Islam terhadap

pengurusan jenazah adalah berdasarkan kepada amalan dan perbuatan yang telah

ditunjukkan oleh Nabi S.A.W. Dewasa ini, situasi ini berbeza kerana timbulnya amalan-

amalan bid’ah dalam pengurusan jenazah kerana sesetengah masyarakat telah

menjadikannya sebagai sumber pendapatan tetap (komersial). Selain itu pihak atau

keluarga simati terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi bahkan bagi go longan

yang kurang berada terpaksa berhutang bagi mengurus dan menyelenggara jenazah.

Fenomena ini berlaku kerana hilangnya keikhlasan dan konsep tolong menolong di

kalangan masyarakat kini akibat wang menjadi agenda utama apabila berlakunya sesuatu

13
kematian. Apa yang membimbangkan perkara ini akan menjadikan masyarakat bukan

Islam membuat tanggapan yang negatif terhadap Islam sedangkan Islam itu adalah agama

yang mudah. Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud;

"Permudahkanlah segala urusanmu dan janganlah menyusahkannya"

(Riwayat al-Bukhari)

Objektif Kajian

Secara umumnya kajian ini meninjau fenomena dan amalan bid’ah yang berlaku dalam

pengurusan jenazah di kalangan masyarakat Melayu. Dengan itu secara khususnya kajian

ini akan meneliti 3 aspek iaitu;

1. Mengenal pasti tahap kefahaman mereka yang terlibat dengan pengurusan jenazah

terhadap amalan-amalan yang bertentangan dengan perundangan Islam.

2. Mengenalpasti perbuatan-perbuatan bid’ah di dalam pengurusan dan

penyelenggaraan jenazah.

3. Mengenalpasti faktor- faktor yang menyebabkan berlakunya perbuatan bid’ah

dalam pengurusan dan penyelenggaraan jenazah di kalangan masyarakat Melayu.

Skop Kajian

Memandangkan jangka masa dan bajet yang terhad untuk menyelesaikan kajian ini, maka

kajian ini mempunyai beberapa limitasi seperti yang akan diterangkan di bawah.

14
Kajian ini hanya memberikan tumpuan kepada ahli jawatan kuasa dan pegawai masjid

lelaki sahaja. Ini kerana terdapat beberapa faktor yang utama iaitu meraka lebih mudah

untuk dihubungi berbanding dengan kaum wanita. Keduanya secara keseluruhan

penglibatan ahli jawatan kuasa wanita dalam pengurusan jenazah hanya pada peringkat

memandi dan mengkafankan jenazah manakala upacara seterusnya akan dikendalikan

oleh kaum lelaki. Dengan itu penglibatan kaum wanita agak tehad dan pada kebiasaanya

juga mereka akan meminta pandangan dan pertolongan dari pihak kaum lelaki.

Kajian ini juga akan menyentuh tentang tahap kefahaman mereka yang terlibat dalam

pengurusan jenazah, realiti perbuatan bid’ah dan faktor berlakunya perbuatan tersebut

yang menular dalam masyarakat kini. Persoalan dan permasalahan di dalam kajian ini

juga akan menyentuh dan meninjau tentang persepsi para pegawai dan ahli jawatan kuasa

masjid terhadap tahap kefahaman mereka dan perbuatan bid’ah yang disedari ataupun

tidak disedari berlakunya perbuatan tersebut. Lanjutan daripada kajian ini akan

dikemukakan beberapa cadangan kepada pihak yang berwajib terutamanya Jabatan

Agama Islam, Jakim, Jabatan Mufti dan lain- lain supaya memandang serius terhadap

amalan dan perbuatan bid’ah dalam pengurusan jenazah yang semakin hari semakin

bertambah perkara-perkara yang menyalahi adab dan kesusilaan Islam. Ini adalah

bertujuan untuk melahirkan seorang muslim yang benar-benar memahami tuntutan dan

kehendak agama Islam yang sebenar dalam kehidupan harian mereka memandangkan

Islam merupakan agama yang mudah dan tidak pernah membebankan penganutnya dalam

setiap perkara termasuklah Ibadah, aqidah, muamalah dan lain- lainnya.

15
Kepentingan Kajian.

Hasil kajian ini dapat membantu masyarakat mengetahui dan memahami keadaan yang

sebenar berhubung pengurusan dan penyelenggaraan jenazah seperti yang dituntut oleh

Islam. Selain itu hasil kajian ini juga dapat membantu pihak yang bertanggungjawab

dapat menjadikan kajian ini sebagai rujukan dan mengenal pasti permasalahan yang

berlaku serta menjelaskan kembali kepada masyarakat perkara yang sebenar yang

semestinya dilakukan oleh mereka, agar ianya tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Di samping itu, kajian ini juga dapat menyedarkan masyarakat betapa pentingnya

hubungan persaudaraan di dalam Islam dan tolong menolong di antara satu sama lain.

Selain itu, masyarakat juga secara tidak langsung diharap tidak menjadikan kematian

sebagai salah satu sumber mata pencarian terutamanya ganjaran solat jenazah.

Sebaliknya, masyarakat perlu bersifat ikhlas dalam menyelenggara dan menguruskan

jenazah tanpa mempunyai niat yang mengharapkan sebarang bayaran atau ganjaran

sepertimana yang dituntut oleh syara’. Situasi yang murni ini akan meringankan beban

kesedihan serta kewangan yang ditanggung oleh keluarga si mati.

Definisi Konsep Dan Istilah

Konsep dan pembolehubah utama dalam kajian ini adalah pegawai-pegawai tadbir

masjid, AJK-AJK masjid, bid’ah, tahap kefahaman, perbuatan dan pengurusan jenazah.

16
Pengoperasian Konsep dan Pembolehubah Utama

Pentakrifan dan pengoperasian konsep kepada pembolehubah utama kajian ini adalah

seperti berikut:

Pegawai-Pegawai Tadbir Masjid

Merujuk kepada pegawai-pegawai tetap mentadbir masjid yang dilantik oleh Majlis

Agama Islam Negeri Kedah yang selalunya terdiri daripada Imam, dua orang Bilal dan

dua orang Siak.

Ahli Jawatankuasa Masjid (AJK)

Merujuk kepada ahli-ahli jawatankuasa masjid seramai tujuh orang yang dilantik oleh

ahli masyarakat atau ahli kariah setempat untuk menyelenggarakan pengurusan masjid

dari segi kemajuan, aktiviti, kewangan, kebersihan dan sebagainya.

Bid’ah

Merujuk kepada perkara-perkara baru yang dilakukan dalam agama Islam yang

menyalahi Sunnah Rasulullah S.A.W atau perkara-perkara baru yang dilakukan dalam

agama sesudah kewafatan Rasulullah S.A.W.

Tahap Kefahaman

Merujuk kepada peringkat kemampuan atau keupayaan seseorang untuk menilai sesuatu

perkara yang berlaku itu samada bid’ah ataupun tidak.

17
Amalan Atau Perbuatan

Merujuk kepada sesuatu tindakan yang dilakukan secara individu ataupun kolektif

sehingga ianya diterima menjadi satu kebiasaan dalam sesebuah masyarakat di dalam

pengendalian jenazah.

Pengurusan Jenazah

Merujuk kepada urusan untuk menyelenggarakan mayat bermula daripada saat kematian

sehingga ke tanah perkuburkan.

18
BAB II

ULASAN KARYA

Pengenalan

Dewasa ini, menjadi isu yang hangat diperkatakan tentang pengurusan dan

penyelenggaraan jenazah adalah kerana disebabkan terdapat pihak-pihak yang tidak

bertanggungjawab menjadikan perkara ini sebagai satu sumber rezeki (mata pencarian).

Masalah ini berlarutan tanpa ada penghujungnya bahkan bertambahnya amalan bid’ah

yang bertentangan dengan syariat Islam. Amatlah malang suatu amalan yang baik pada

mulanya bertukar menjadi bid’ah disebabkan pengurusan dan penyelenggaraan yang

menyimpang dari ajaran Nabi S.A.W. yang sebenar.

Jika kembali kepada sejarah Nabi S.A.W kita akan dapati setiap perkara yang berkaitan

dengan urusan dan penyelenggaraan jenazah tid ak menimbulkan sebarang permasalahan

dan kekecohan. Keluarga si mati merasakan diri mereka mendapat pertolongan dan

simpati tanpa memikirkan persoalan bagaimana hendak mengurus dan menyelenggarakan

janazah sepertimana yang berlaku sekarang. Para sahabat me mahami perintah dan

suruhan Nabi S.A.W tanpa sebarang kompromi dalam mengurus dan menyelenggarakan

jenazah. Kesemua amalan ini dilakukan dengan penuh yakin bahawa Allah akan memberi

balasan pahala kepada hamba- hambanya apabila melakukan sesuatu kebajikan

terutamanya membantu dan menolong orang di dalam kesusahan dan kesedihan.

19
Namun terdapat sesetengah umat Islam khususnya di negeri Kedah yang kurang

mengetahui hukum- hakam dan pengurusan yang sebenar menurut al-Sunnah. Malah

mereka lebih terpengaruh dengan amalan dan perbuatan orang-orang yang terdahulu, adat

setempat, bahkan terdapat tradisi masyarakat barat turut diamalkan dan dilaksanakan

dalam pengurusan dan penyelenggaraan jenazah (Abdullah al-Qari, 1995). Perkara ini

menyebabkan semakin hari semakin bertambah permasalahan bid’ah yang timbul dalam

pengurusan jenazah akibat kejahilan, kepentingan diri, hilang konsep tolong menolong

dan sebagainya. Ia juga tidak dilihat lagi sebagai satu ibadah dan kewajipan membantu

rakan taulan yang menghadapi kesusahan, kesedihan, kedukaan dan kesulitan. Kadang-

kadang hubungan persaudaraan boleh menjadi renggang akibat perasaan cemburu atau iri

hati terhadap saudaranya yang lain dalam pengurusan jenazah akibat mengejar wang

dalam mengendalikan pengurusan dan penyelengga raan jenazah. Tujuan atau matlamat

asal ini boleh menyimpang akibat perbuatan atau amalan yang dilakukan oleh sesetengah

golongan tersebut yang mempunyai kepentingan tertentu. Mereka sepatutnya mengambil

berat perkara ini dan dapat membezakan perbuatan-perbuatan bid’ah di dalam

pengurusan jenazah. Ini kerana Islam telah meletakkan garis panduan yang jelas tentang

perkara-perkara yang disunnahkan dan yang bid’ah dalam permasalahan ibadat,

munakahat, muamalat dan lain- lain.

Definisi Bid’ah

Bid’ah dari sudut bahasa membawa maksud; mencipta sesuatu yang baru tanpa contoh

yang sebelumnya. Manakala perkataan bid’ah dari sudut istilah syara’ bermaksud;

20
sesuatu yang diadakan selepas selesai turunnya risalah dengan tujuan untuk mendekatkan

diri kepada Allah. Perkara tersebut tidak pernah dilakukan, disuruh atau diakui oleh

Rasulullah S.A.W dan para sahabat. Oleh itu, amalan bid’ah bukanlah sesuatu amalan

yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W tetapi amalan tersebut dilakukan oleh individu

atau orang perseorangan dengan menyandarkan perbuatan atau amalan yang dilakukan itu

kepada Rasulullah S.A.W. Sebenarnya hukum asal di dalam ibadah dan muamalah,

seseorang itu dituntut mengikut segala suruhan Rasulullah S.A.W dan meninggalkan

larangannya. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“Dan setiap perkara yang dibawa oleh Rasul hendaklah kamu ambil dan
setiap perkara yang dilarang hendaklah kamu tinggalkan.

(Surah al-Hasyr:7)

Ayat di atas menjelaskan setiap bid’ah yang menyanggahi sunnah Rasulullah S.A.W

adalah bid’ah yang tidak diredhoi oleh Allah dan RasulNya. Bid’ah yang menyerupai

hukum syariat dalam hal- hal ibadah tetapi tidak dinaskan dalam al-Quran mahupun hadis

adalah sesat dan setiap perlakuannya akan ditolak (Kajian fikrah semasa, 1999). Maksud

daripada sebuah hadis:

"Sesiapa yang mengada-adakan dalam pekara agama kita ini akan


sesuatu yang tidak termasuk dalam agama itu maka hal itu wajib ditolak.

(Riwayat al-Bukhari)

21
Hakikat agama ini adalah terbahagi kepada dua perkara pokok iaitu;

a. Tidak mengabdikan diri melainkan Allah

b. Mengabdikan diri mengikut apa yang telah disyariatkan

Sekiranya berlaku penambahan dan pengurangan di dalam permasalahan ibadah, maka

setiap perlakuan tersebut dikira sesat kerana Allah sahaja yang layak mengubal atau

memutuskan syariat yang telah diturunkan. Ibn Taimiyyah pernah menyebut bahawa

“tindakan seseorang hamba samada dari segi perkataan atau perbuatannya adalah

berkaitan dengan Ibadat yang ada hubungkait dengan agama (al-Din) dan adat yang

diperlukan untuk kepentingan hidup mereka. Setiap perkara yang berkaitan dengan

persoalan ibadat samada yang difardukan atau yang digalakkan oleh Allah, tidak

diwahyukan melainkan melalui utusan rasulNya tanpa ada penambahan dan

pengurangan”

Imam Ahmad juga menyebut bahawa “Asal sesuatu Ibadah itu adalah berbentuk ‘Tauqif’

(terhenti). Tidak boleh melakukan sesuatu ibadah itu, melainkan mengikut setiap perkara

yang disyariatkan oleh Allah. Jika perkara tersebut dilakukan tanpa mengikut syariat

Allah seseorang itu akan termasuk di dalam golongan yang disifatkan oleh Allah dalam

firmannya yang bermaksud;

“Apakah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang mengadakan syariat


untuk mereka daripada agama yang tidak diizinkan oleh Allah”.
(Surah As-Syura : 21)

22
Amalan Dan Bentuk Bid’ah

Bid'ah dibahagikan kepada dua iaitu keduniaan dan keagamaan. Bid'ah pada keagamaan

adalah sesat dan ditolak. Manakala Bid'ah keduniaan tidak ditolak selama mana ia

memberi manfaat dan maslahat kepada kehidupan dunia dan tidak mendatangkan

mudarat umpamanya mencipta kenderaan seperti kereta, motosikal, basikal dan lain-lain.

Umumnya, terdapat dua jenis bid'ah iaitu bid'ah Hasanah dan bid'ah Dholalah. Bid'ah

Hasanah adalah perbuatan atau perkara baru yang belum pernah dilakukan oleh

Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya tetapi dipandang baik kerana mempunyai

kemaslahatan dan manfaat kepada orang ramai, kelonggaran diberikan oleh Islam untuk

menambahkan dan mempermudahkan perlaksanaan agama Islam serta mencegah

daripada pekara-pekara kejahatan. Rasulullah menghormati dan mengasihi umatnya dan

hak mereka dalam urusan keduniaan dari kebaikan dan kesempurnaan dalam

menjalankan ibadah. Bid'ah Hasanah ini dibolehkan kerana tidak mempunyai kaitan

dengan aqidah dan ibadah.

Bid'ah Dholalah atau Madzmumah pula merupakan perbuatan dan pekara baru yang

belum pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya. Perbuatan dan

perkara-perkara ini adalah sesuatu yang tercela umpanya tawaf mengelilingi kubur,

menambah raka’at dalam sembahyang, berpuasa sehari semalam tanpa berbuka,

mengutamakan pekara ibadah yang sunat dan mengabaikan ibadah yang wajib,

melakukan perkara-perkara yang menyalahi syara’ dalam pengurusan jenazah dan

sebagainaya. Bid'ah seperti ini dilarang keras oleh agama Islam kerana ia mengandungi

23
pekara-pekara yang mengelirukan dan mendatangkan kemudharatan dan kerosakkan

kepada Islam dan umatnya.

Sesuatu perbuatan itu dikira sebagai bid’ah Dholalah apabila terdapatnya perkara-perkara

berikut;

i. Perkara yang dilakukan itu berkaitan dengan ibadah

ii. Perkara yang dilakukan bertujuan menghampirkan diri kepada Allah

iii. Perkara yang dilakukan tidak ada dalil syara’

Di dalam persoalan ibadah, aqidah dan halal- haram, seseorang itu hendaklah berada pada

batasan yang disyariatkan oleh Allah. Mengada-adakan sesuatu atau menambah perkara

yang tidak disyariatkan adalah dikira sebagai satu penyelewengan dan dikira melakukan

bid’ah pada agama. Bid'ah Dholalah atau Mazmumah ini dibahagikan kepada dua jenis,

pertama Bid'ah Qauliyah I'tiqadaliyah. Bid'ah seperti ini adalah segala pendapat dan juga

I'tiqad pegangan golongan-golongan Jahmiyyah, Mu'tazilah, Rafidah dan lain-lain puak

yang sesat. Kedua, Bid'ah dalam ibadah , beribadah kepada Allah dengan ibadah yang

tidak disyara’kan samada dalam al-Quran atau hadis. Bentuk ibadah ini terbahagi kepada

beberapa jenis:

1. Sesuatu perkara yang memang bukannya ibadah.

Contohnya melalui di bawah keranda jenazah dengan tujuan supaya tidak

melupainya, menyambut Maulid Nabawi, menunaikan solah sunat Nifsu Sya'ban

dan lain-lain

24
2. Menambah-nambah amalan ibadah yang disyara'kan.

Contohnya: menambah raka’at yang ketiga di dalam sembahyang subuh dan lain-

lain.

3. Sesuatu perkara yang merupakan ibadah, tetapi ditunaikan dalam bentuk yang

tidak menurut syara'.

Contohnya: berzikir ketika khatib membaca khutabah dan lain-lain.

4. Mengkhususkan ibadah yang telah disyariatkan dalam waktu yang tidak

dikhususkan syara'.

Contohnya, mengkhususkan siang hari dan malam Nifsu Sa'ban dengan berpuasa

dan solat. Sememangnya mengkhususkan ibadah tersebut pada waktu tertentu

hendaklah bersandarkan kepada dalil.

Terdapat beberapa sebab yang membawa kepada munculnya bid'ah antaranya, jahil

terhadap hukum agama, iaitu apabila manusia semakin jauh daripada risalah maka

semakin sedikit ilmunya dan makin tersebarnya kejahilan. Tiada yang dapat menentang

bid'ah melainkan ilmu dan ulama'.Apabila hilangnya ilmu dan ulama' maka terbukalah

ruang bagi kemunculan bid'ah. Keduanya, Mengikut hawa nafsu, iaitu orang-orang yang

mengikut hawa nafsu adalah mereka yang berpaling daripada al-Quran dan sunnah.

Pekara ini jelas menerusi firman Allah bermaksud:

"Sesungguhnya mereka hanya mengikut hawa nafsu mereka dan tidak ada
yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsu tanpa
berdasarkan hidayah pertunjuk daripada Allah" (al-Qasas : 50)

25
Ketiga, taksub dan kagum dengan pendapat dan tokoh-tokoh tertentu. Keempat,

terpesona dengan budaya kafir dan mengikut gaya mereka. Contohnya, menyambut

kedatangan hari-hari atau tahun-tahun tertentu seperti Valentine Day, April Fool dan lain-

lain dengan satu amalan atau perayaan khusus yang bercanggah dengan norma dan nilai

Islam (al-Fawzan, 1994).

Hukum Bid’ah Mengikut Syara’

Para ulamak telah bersepakat menyatakan bid’ah yang menyerupai akidah dan hukum

syariat dalam hal- hal ibadah tetapi tidak dinaskan dalam al-Quran mahupun hadis adalah

sesat dan setiap perlakuan tersebut ditolak. Bagi menegaskan dan mengukuhkan perkara

ini, Imam Syafi’i menyatakan bahawa Bid’ah itu dua macam iaitu mahmudah dan

mazmumah, maka apa-apa yang sesuai dengan al-Sunnah itulah terpuji dan apa-apa yang

menyalahi sunnah itulah yang tercela. Pada dasarnya hukum bid'ah menurut syara’ itu

terbahagi kepada lima bahagian, pertama wajib seperti mengumpul dan menyediakan

dalil (bukti) kewujudan Allah untuk menolak pandangan golongan Athies, memasukkan

baris-baris di dalam al-Quran berdalilkan pada kaedah usul fekah. "Sesuatu yang tidak

akan sempurna kecuali dengannya maka ia dikira wajib. Kedua, sunat seperti

penyelidikan, mengarang buku-buku akademik, bina sekolah, pusat-pusat pengajian dan

lain- lain. Ketiga, makruh seperti menghiasi masjid dengan hiasan yang cantik-cantik

hingga menganggu para jemaah untuk khusyuk beribadat kepada Allah. Keempat, haram

iaitu perkara-perkara yang bertentangan dengan Sunnah Rasulullah s.a.w. Kelima, harus

26

You might also like