/  10
 
SOALAN TUGASAN
SOALAN 1Perancangan yang teratur dan bersistematik akan menyediakan skop yang tersusun dan berturutan serta mampu memberikan pengalaman pembelajaran yang baik kepada murid bagi memupuk gaya hidup aktif dan sihat demi mencapai matlamat yang ditetapkan.Dalam merancang dan melaksanakan aktiviti Pendidikan Jasmani berbagai-bagai fakto perlu dititik beratkan. Faktor utama perancangan perlu diteliti dengan baik dan perludilihat sebagai aset utama yang bakal menentukan kejayaan perlaksanaan aktivitiPendidikan Jasmani di sekolah.
 Berdasarkan petikan di atas, klasifikasikan faktor utama perancangan aktiviti yang menjadi tunjang kepada pelaksanaan Pendidikan Jasmani yang terancang di sekolah.
PENGENALAN
Perancangan adalah perbuatan iaitu tindakan atau usaha merancang sesuatu. Perancanganadalah langkah awal proses pengajaran sebelum sesuatu program pengajarandilaksanakan. Oleh itu guru Pendidikan Jasmani perlu terlebih dahulu perlu merancang bagi memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.Di sini disenaraikan beberapa faktor-faktor utama yang perlu diteliti dalammelaksanakan pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Di antaranya ialah:a. Jumlah masa pengajaran yang terhad b. Persekitaran pembelajaranc. Latar belakang gurud. Latar belakang pelajar e. Rancangan kerja tahunan1
 
FAKTOR-FAKTOR UTAMA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARANPENDIDIKAN JASMANI DI SEKOLAHa. Jumlah Masa Pengajaran yang Terhad
Seperti yang telah diketahui umum, sejak Disember 1993, Kementerian PendidikanMalaysia telah membuat keputusan menambahkan satu masa kepada waktu PendidikanJasmani dan kesihatan untuk Tahap satu menjadi tiga waktu dan mengekalkan dua waktuuntuk Tahap dua. Walau bagaimanapun, masa yang diperuntukkan itu masih lagi tidak mencukupi. Masa yang terhad diperuntukkan menyebabkan aktiviti yang dijalankanterbatas. Guru-guru perlu memastikan tidak terlalu banyak kandungan atau sedikit sahajamaklumat yang disampaikan dalam waktu pengajaran.Dengan adanya pelbagai aktiviti latihan, pelajar akan lebih tertarik dengan programPendidikan Jasmani (Coelho, 2000). Di dalam pengajaran Pendidikan Jasmani lebih banyak masa melibatkan aktiviti latihan. Aktiviti latihan sangat perlu dalammelaksanakan pengajaran Pendidikan Jasmani. Guru perlu bijak menentukan isikandungan antara satu waktu pengajaran 30 minit dan satu waktu pengajaran untuk 60minit. Ini kerana dalam jumlah masa tersebut ada masa untuk sesi pengenalan, pemanasan badan, demonstrasi guru, demontrasi pelajar, gerak kerja kelas, gerak kerjakumpulan, permainan kecil, pengenduran, dan penutup.
b.Persekitaran Pengajaran
Faktor-faktor yang mempengaruhi persekitaran pengajaran ialah saiz kelas, peralatan dan kemudahan. Faktor-faktor tersebut perlu diberi perhatian untuk memastikankejayaan kelas Pendidikan jasmani. Saiz kelas yang besar akan menambahkan masalahdari segi kekurangan alatan dan kemudahan. Justeru, perancangan diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut. Sesuatu kurikulum yang dibentuk bergantung kepadakemudahan dan peralatan yang sedia ada (Stillwell & Willgoose, 1997). Ini menunjukkan bahawa kemudahan dan peralatan merupakan salah satu aspek yang penting dalam pelaksanaan sesuatu kurikulum, termasuk kurikulum Pendidikan Jasmani. Penglibatan2
 
 pelajar akan menjadi lebih aktif sekiranya peralatan yang digunakan adalah mencukupi(Mohd Sofian, 2006).Pendidikan Jasmani tidak dapat dijalankan tanpa peralatan yang lengkap. Dalammembuat perancangan berkaitan dengan peralatan, pertimbangan perlu dibuat tentanglokasi dan kawasan aktiviti yang akan digunakan (Schempp, 2003). Ini kerana ketikamengendalikan aktiviti pengajaran, is akan dapat mengurangkan masa peralihan kelas.Selain daripada mempunyai alat yang lengkap, sekolah juga perlu ada kemudahan bilik atau stor Pendidikan Jasmani yang sesuai untuk menyimpan peralatan tersebut(Pangrazi, 1977). Di dalam stor tersebut peralatan hendaklah diletakkan dengan betul.Semua guru perlu tahu cara meminjam dan memulangkan peralatan yang diambil daristor; jika tidak, sukar untuk mendapatkan semula peralatan yang akan digunakan untuk  pengajaran. Justeru, perancangan diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut.
c.
Latar Belakang Guru
Kejayaan program pendidikan jasmani bergantung kepada tenaga pengajarnya.Keupayaan guru mengajar itu penting untuk menjayakan pengajaran. Dengan latihanyang diberikan oleh maktab-maktab perguruan di Malaysia, tidak dapat dinafikan bahawamereka memang mampu untuk mengajarkan pendidikan jasmani di sekolah. Minat dansikap guru itu sendiri adalah penting untuk memastikan objektif tercapai. Untumelaksanakan pengajaran dan pembelajaran, guru boleh menggunakan pelbagai teknik  pengajaran asalkan mencapai objektif pelajaran. Guru yang berkesan adalah guru yangmenggunakan pelbagai pendekatan dalam pengajaran.. Oleh itu guru seharusnya tidak terikat dengan hanya satu atau dua kaedah dan teknik sahaja sebaliknya perlumempelbagaikan kaedah kerana tahap keupayaan pelajar dan cara pembelajaran merekaadalah berbeza. Komponen kandungan pengajaran adalah idea utama guru merancanguntuk mengajar 3

Share & Embed

More from this user

Recent Readcasters

Add a Comment

Characters: ...