You are on page 1of 10

1.

0 PENGENALAN

Noriati A. Rashid et. al. (2009) telah mengemukakan pendapat Hunt dan
Sullivan (1974) yang mencadangkan agar guru atau ibu bapa memerhati seseorang
anak dari “saluran yang memudahkan” dari aspek kognitif, motivasi, nilai dan
orientasi sensori. Ini bermaksud guru mengenali murid melalui pendekatan atau
saluran yang mudah untuk membolehkan guru memahami kehendak dan mendekati
murid seterusnya menyesuaikan strategi pembelajaran dengan gaya pembelajaran
murid tersebut.
Teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum
pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. Teori-
teori pembelajaran terdiri daripada teori behaviorisme, teori pembelajaran sosial,
teori kognitif dan konstruktivisme serta pendekatan humanistik. Pendekatan
pengajaran guru yang berkesan di dalam bilik darjah dilaksanakan hasil daripada
aplikasi teori-teori pembelajaran dengan menyesuaikan teori-teori tersebut dengan
iklim pembelajaran dan tahap pemikiran murid-murid. Sebagai seorang guru, kita
harus memahami dengan mendalam teori-teori pembelajaran tersebut agar suasana
pembelajaran yang kondusif di dalam bilik darjah dapat diwujudkan.

2.0 KONSEP SUASANA PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF


DI DALAM BILIK DARJAH

Menurut Ee Ah Meng (1994), bilik darjah merupakan satu sistem sosial yang
mana interaksi berlaku melalui aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan berlandaskan
sesuatu strategi pengajaran dan pembelajaran. Konsep suasana pembelajaran yang
kondusif di dalam bilik darjah ialah satu aspek yang penting dalam melaksanakan
suatu pembelajaran.
Bilik darjah merupakan tempat dimana sekumpulan manusia dikumpul dan
diajar. Noriati A. Rashid et. al. (2009) menyatakan bahawa menurut Ormrod (1995),
pembelajaran merupakan satu proses yang melibatkan pemikiran, emosi,
persekitaran dan pengalaman yang menghasilkan perubahan tingkah laku,
1
pengetahuan, kemahiran, nilai dan pandangan. Oleh itu pembelajaran merupakan
proses di mana kita memberi fokus kepada perkara yang berlaku semasa belajar.
Suasana pembelajaran merujuk kepada norma-norma serta sikap staf dan murid
yang dapat mempengaruhi pembelajaran di sekolah. Sikap dan amalan norma
tersebut wujud berpunca daripada dasar yang telah dikuatkuasakan. Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat, kondusif pula bermaksud sesuai atau baik untuk
membantu, mencapai dan mendorong menghasilkan sesuatu.
Ee Ah Meng (1994 berpendapat ciri-ciri bilik darjah yang kondusif adalah
adanya hubungan saling menghormati antara guru dengan murid, kesukarelaan
murid untuk menerima dan mematuhi peraturan yang ditetapkan, timbulnya
semangat kekitaan dalam kalangan murid dengan guru serta penglibatan murid yang
aktif di dalam kelas. Ini bermakna iklim bilik darjah yang kondusif adalah suasana
yang menggalakkan murid dan guru berinteraksi dengan bebas dan gembira.
Tiga faktor untuk menghasilkan suasana pembelajaran yang kondusif di
dalam bilik darjah ialah faktor fizikal, sosial dan emosi. Faktor fizikal bagi suasana
pembelajaran yang kondusif adalah melalui persekitaran fizikal bilik darjah yang
menarik dan kondusif untuk pembelajaran. Aspek penting bagi persekitaran fizikal
adalah pencahayaan, peredaran udara yang baik, bersih, selesa dan susunan yang
sistematik. Susunan bilik yang kondusif akan menggalakkan pembelajaran dan
sekaligus dapat mengawal displin murid. Faktor emosi pula melibatkan gaya
kepimpinan membentuk emosi dalam bilik darjah. Gaya kepimpinan demokratik
adalah paling sesuai kerana guru berkongsi tanggungjawab antara murid,
mengambil berat, saling menghormati, mesra tetapi tegas dapat membina
penghargaan diri murid.

Guru haruslah bijak mengaplikasikan teori-teori pembelajaran untuk


memastikan keberkesanan P&P. Perancangan guru perlulah melibatkan aspek
fizikal dan psikologi pendidikan demi mewujudkan suasana pembelajaran yang
kondusif di dalam bilik darjah.

3.0 PERKAITAN TEORI PEMBELAJARAN DENGAN SUASANA


PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF DI DALAM BILIK DARJAH

2
3.1 TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS B.F. SKINNER

Teori belajar behaviorisme menjelaskan belajar adalah perubahan perilaku


yang dapat diamati, diukur dan dinilai secara konkrit. B.F. Skinner mengemukakan
prinsip peneguhan dan hukuman. Beliau mempercayai bahawa sesuatu tingkah laku
dipengaruhi faktor peneguhan sama ada ganjaran atau dendaan. Oleh yang
demikian, beliau menganggap motivasi sebagai satu unsur yang penting dalam
pembelajaran untuk mempertingkatkan minat murid terhadap pembelajaran.

Peneguhan bertujuan mengukuhkan lagi tingkah laku yang memungkinkan


tingkah laku diteruskan. Skinner telah mengemukakan dua jenis peneguhan iaitu
peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif diberikan sebagai
rangsangan kepada tingkah laku seterusnya, misalnya guru memberi ganjaran
kerana murid menunjukkan perbuatan yang baik untuk memotivasikan perbuatan
tersebut diulang. Guru memberi ganjaran seperti memberi pujian kepada murid yang
berjaya dalam perperiksaan atau menyiapkan tugasan yang diberikan dengan atau
member murid tersebut hadiah sebagai galakan. Cara ini juga akan memotivasikan
murid lain untuk terus meningkatkankan usaha mereka untuk berjaya dan mendapat
ganjaran daripada guru. Peneguhan negatif pula diberikan agar tingkah laku yang
tidak disenangi disingkirkan contohnya, murid yang tidak menyiapkan tugasan akan
didenda untuk menyiapkan kerja dengan segera jika mereka mahu keluar rehat.
Kesannya, murid akan segera menyiapkan tugasan tersebut secepat mungkin dan
tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.

Hukuman ialah peristiwa yang mengurangkan kemungkinan tingkah laku


diulangi dan dua jenis hukuman yang telah diperkenalkan oleh Skinner iaitu
hukuman beri dan hukuman tarik. Hukuman beri merupakan hukuman yang
menyakitkan seperti tamparan dan rotan misalnya, guru merotan murid yang tidak
menyiapkan kerja yang diberikan. Hukuman tarik pula adalah dengan cara
rangsangan yang selesa ditarik balik contohnya, guru mendenda murid keluar rehat
lambat kerana mereka membuat bising di dalam bilik darjah. Guru juga wajar
meletakkan murid bermasalah dan sukar dikawal di bahagian hadapan agar senang

3
untuk guru memantau murid tersebut. Oleh yang demikian, murid tersebut akan lebih
berjaga-jaga dan tidak menganggu orang lain semasa P&P kerana mereka berada
hampir dengan guru.

Kesimpulannya, prinsip peneguhan dan hukuman amat berkesan kerana ia


mampu mengawal disiplin murid di samping memberi galakan kepada murid untuk
bersikap positif dan tekun belajar. Suasana pembelajaran yang kondusif yang
diwujudkan berupaya memotivasikan murid untuk belajar, mengawal disiplin murid
dan mewujudkan kelas yang bersih dan teratur.

3.2 TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL & SOSIAL KOGNITIF ALBERT BANDURA

Albert Bandura dalam teori beliau menyatakan bahawa tabiat dan tingkah
laku individu dipelajari secara semula jadi melalui proses peniruan atau pemerhatian
daripada interaksi dengan masyarakat sekeliling. Individu akan meniru apabila
melihat orang lain mendapat ganjaran atau hukuman berdasarkan perlakuan yang
dibuat. Dalam hal ini, kanak-kanak sangat mudah untuk terpengaruh dengan apa
yang mereka perhatikan. Terdapat tiga bentuk peniruan iaitu peniruan secara
langsung, peniruan sekat lakuan dan tak sekat lakuan serta peniruan elisitasi.
Langkah-langkah yang terlibat dalam pembelajaran ini adalah tumpuan,
penyimpanan dalam ingatan, pengeluaran dalam bentuk perbuatan dan motivasi

Penggunaan model atau model hidup sebenar amat membantu guru dalam
P&P kerana ia menunjukkan cara-cara yang lebih jelas kepada murid. Demonstrasi
menanam pokok bunga oleh tukang kebun dengan bimbingan guru adalah contoh
penggunaan model sebenar kerana murid dapat melihat cara-cara sebenar
menanam pokok bunga. Guru hendaklah memastikan semua murid dapat melihat
model tersebut dengan jelas dan mengulanginya demonstrasi jika perlu. Setelah itu,
guru akan memaparkan hasil kerja murid yang terbaik untuk merangsang murid lain
berusaha sebagaimana murid berkenaan. Selain itu, guru perlu memberi pujian
kepada murid yang rajin, baik dan pandai dalam pelajaran di hadapan murid lain
agar mereka akan bermotivasi untuk meneladani rakan mereka yang dipuji.

4
Noriati A. Rashid et. al. menulis mengenai pembelajaran melalui pemerhatian
oleh Bandura (1961, dalam Ormord, 2007) yang berkehendakkan guru sebagai rol
model amat berkesan kerana murid akan menumpukan perhatian kepada model dan
memproseskan input sebelum melakukan perkara yang dipelajari. Guru juga boleh
menjadi model sebenar melalui sikap dan personaliti guru itu sendiri. Dalam hal ini,
guru perlu menjadi teladandan contohkepada murid dengan mempamerkan sikap
yang positif seperti bersahsiah baik, sistematik dan menggunakan perkataan yang
baik ketika bercakap dengan murid, misalnya guru menegur murid yang tidak
menyiapkan tugasan dengan menggunakan kata-kata nasihat yang berguna.

Model simbolik merupakan model yang mana kita akan meniru apa yang kita
lihat atau perhatikan dalam buku, gambar, kartun, filem dan pelbagai media massa
lain contohnya, kanak-kanak berlagak seperti ultraman, superman, batman dan
sebagainya akibat menonton rancangan televisyen. Dalam P&P, guru boleh memilih
model yang mempunyai ketokohan dalam bidang akademik, sahsiah dan berkerjaya
untuk menjadi teladan kepada murid contohnya, guru boleh memperkenalkan
angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar kepada murid. Guru berperanan untuk
memotivasikan murid untuk mencontohi beliau. Oleh yang demikian, guru haruslah
bijak dalam pemilihan model untuk dijadikan bahan atau aktiviti dalam P&P.

Secara kesimpulannya, teori peniruan amat berguna dalam menghasilkan


suasana pembelajaran yang kondusif di dalam bilik darjah yang mana buktinya
adalah murid akan melakukan apa yang mereka lihat dan mereka pelajari.

3.3 TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF BRUNER

Jerome Bruner memperkenalkan pembelajaran konsep melalui proses


penemuan iaitu cara membeza dan mengkategori perkara-perkara yang mempunyai
ciri-ciri tertentu. Ia melibatkan proses mengingat kembali, membuat perkaitan
maklumat baru dengan lama serta membuat subkategori. Bruner membahagikan
konsep yang saling berkait ini kepada tiga kategori iaitu enaktif, ikonik dan simbolik.
Pembelajaran ini merupakan pembelajaran aktif yang mana murid mengambil
bahagian dalam P&P serta murid boleh mereka dan membina pengetahuan sendiri.
5
Pembelajaran ini merupakan proses pembinaan pengetahuan kerana
melibatkan proses membuat hipotesis dan melihat ciri-ciri yang perlu ada untuk
menentukan konsep. Pembelajaran dilakukan dengan menyediakan contoh dan
bukan contoh dari konsep- konsep yang guru ajarkan. Contohnya guru mahu
mengajar bentuk segi empat dan bukan contoh yang diberikan adalah segi tiga,
pentagon dan sebagainya. Kemudian, guru akan membantu murid untuk melihat
hubungan antara konsep-konsep dan memberi pertanyaan untuk murid mencari
jawapannya sendiri. Misalnya, guru bertanya nama bentuk dan ukuran jubin yang
sering digunakan untuk menutupi lantai rumah. Seterusnya, guru memberi semangat
kepada murid untuk memberikan pendapat serta membimbing murid untuk berfikir
untuk mencari jawapan sebenar. Pembelajaran penemuan akan berlaku apabila
murid berjaya membina definisi konsep segi empat.

Pembelajaran penemuan merupakan pembelajaran dalam bentuk inkuiri.


yang melibatkan situasi penyelesaian masalah. Murid perlu mengaitkan pengalaman
lepas dengan pengetahuan semasa untuk mendapatkan penyelesaian serta
menemui maklumat baharu yang dipelajari. Misalnya, murid dapat melihat perkaitan
antara bentuk segi empat yang mereka belajar di dalam kelas dengan kegunaannya
dalam kehidupan seperti jubin, televisyen, almari dan sebagainya . Dengan cara ini,
murid akan mudah mengingati apa yang dipelajari kerana mereka mendapatkan
penyelesaian dengan sendiri.

Secara ringkasnya, teori pembelajaran Bruner dapat mewujudkan suasana


pembelajaran yang kondusif di dalam kelas memandangkan murid berasa seronok
sepanjang P&P berlangsung kerana mereka dapat meneroka ilmu dengan sendiri.

3.4 TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME SOSIAL

Konsrtruktivisme sosial menekankan hubungan dan bimbingan orang lain ke


atas pembelajaran individu iaitu tokohnya Lev Vygotsky yang berpendapat bahawa
perkembangan konsep kanak-kanak berkembang secara sistematik, logikal dan

6
rasional dengan bantuan dan bimbingan verbal orang lain. Beliau memperkenalkan
teknik scaffolding dalam Zon Perkembangan Terdekat (ZPD). ZPD merujuk kepada
tugasan pembelajaran yang sukar dilakukan sendiri oleh murid yang memerlukan
bimbingan orang lain untuk menguasainya manakala scaffolding merupakan suatu
proses di mana murid dibantu untuk memahami suatu masalah tertentu yang
melebihi perkembangan mentalnya melalui bantuan seorang guru atau orang yang
memahaminya.

Menurut Vygotsky guru harus memberikan bantuan pada tahap awal belajar
dan bimbingan akan dikurangkan apabila murid telah menguasai peringkat demi
peringkat seterusnya bimbingan dilepaskan apabila murid telah dapat melakukan
sendiri. Contohnya, semasa mula mengajar konsep penambahan, guru perlu
memberi bimbingan sepenuhnya dan bimbingan itu akan dikurangkan secara
beransur-ansur apabila sehingga murid mampu menguasai konsep tersebut. Ini
adalah penting agar murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri dan
mengelakkan pergantungan.

Guru juga dapat membimbing murid dengan mengadakan eksperimen atau


membuat aktiviti hands-on semasa memperkenalkan konsep baharu kepada murid-
murid. Di samping itu, guru boleh mengadakan pelbagai aktiviti berkumpulan agar
murid dapat berbincang, berkongsi idea, mendapat pemahaman dengan lebih jelas
dan membuat kajian dalam kumpulan mereka. Murid yang berkemahiran akan
bertindak sebagai ketua untuk membantu murid yang lemah untuk memahami apa
yang dipelajari kerana murid akan lebih mudah faham apabila rakan sebayanya
yang membimbing. Justeru, adalah wajar untuk guru mengadakan Pembimbing
Rakan Sebaya (PRS) dalam kalangan murid agar murid dapat saling membantu
dalam pembelajaran sesama mereka. Interaksi sosial ini akan membantu dan
menyokong pembelajaran selain akan menggalakkan penglibatan aktif dalam
kalangan murid dalam P&P untuk murid terus membina pengetahuan.

Rumusannya, scaffolding amat berkesan untuk mewujudkan suasanan


pembelajaran yang kondusif yang mana guru dan murid yang berkemahiran akan
menjadi fasilitator untuk membantu murid-murid lain.

7
3.5 TEORI PEMBELAJARAN HUMANISME ABRAHAM MASLOW

Pendekatan humanisme melihat murid sebagai insan yang berpotensi,


bermotivasi dan berkeupayaan untuk belajar dan berkembang. Abraham Maslow
dalam teori hierarki keperluan mengemukakan tujuh peringkat keperluan manusia
iaitu keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang, penghargaan, pencapaian
intelek dan keperluan estetika sebelum mencapai peringkat aktualisasi kendiri.

Prinsip terpenting dalam teori ini adalah manusia bermotivasi untuk


memenuhi keperluan peringkat asas sebelum ke peringkat tinggi dalam hieraki
keperluan. Ini bermaksud keperluan manusia harus dipenuhi peringkat demi
peringkat. Sekiranya keperluan asas masih belum dipenuhi, peringkat seterusnya
tidak akan bermakna lagi. Individu akan terus berusaha untuk memenuhi keperluan
kekurangan agar mereka dapat bergerak ke hierarki yang lebih tinggi. Prinsip ini
bertepatan dengan perkembangan ‘ontological’ individu kerana setiap peringkat
perkembangan perlu dilalui oleh individu.

Perkara pertama yang guru harus lakukan memastikan keperluan fisiologi


murid dipenuhi. Guru perlu membenarkan murid untuk keluar rehat agar mereka
dapat makan sebelum meneruskan pembelajaran seterusnya. Ini adalah penting
agar murid dapat belajar dengan selesa dan mengelakkan penyakit. Guru juga perlu
menyediakan keadaan fizikal yang selamat untuk murid iaitu memastikan susun atur
bilik darjah yang sistematik, selamat dan mempunyai pengudaraan yang baik. Bagi
keperluan keselamatan, guru wajar mengadakan peraturan bilik darjah untuk
menangani ancaman buli dalam kalangan murid di dalak kelas. Implikasinya adalah
semua murid akan berasa selamat dan semangat setia kawan dapat dipupuk.

Setiap murid berhak menerima layanan sama rata dan kasih sayang oleh
guru kerana ianya penting agar murid tidak berasa terpinggir. Guru perlu memberi
perhatian kepada murid bermasalah kerana mereka sering menganggap diri mereka
tidak disayangi dan perhatian guru mampu mengubah sikap mereka untuk berubah
menjadi lebih baik. Di samping itu, penghargaan seperti memberi hadiah dan pujian
juga penting untuk meningkatkan keyakinan diri murid. Guru berperanan untuk
memastikan P&P adalah berkesan agar dapat memperkembang intelek murid di

8
samping penerapan nilai-nilai murni untuk agar mereka menjadi individu yang
mematuhi norma-norma masyarakat.

Suasana pembelajaran yang kondusif di dalam bilik darjah berjaya


diwujudkan apabila semua peringkat dipenuhi kerana murid dapat belajar dengan
selesa dan gembira. Maslow (1954) pernah mengatakan “A musician must make
music, an artist must paint, a poet must write poetry, if he is to be ultimately at peace
with himself. What a man can be, he must be. He must be true to his own nature.
This need we may call self actualization”. Konklusinya, kepuasan setelah memenuhi
keperluan peringkat tinggi akan membawa erti yang mendalam kepada diri murid.

4.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya teori pelaziman Skinner amat membantu


pembentukan suasana pembelajaran yang kondusif kerana mampu mengawal
tingkah laku murid dan dapat memotivasikan murid untuk melakukan
penambahbaikan dalam diri mereka. Teori peniruan Albert Bandura menjadikan guru
sebagai model kepada murid dan menghasilkan pembelajaran yang bermakna
kerana murid dapat melihat apa yang mereka pelajari dengan lebih jelas.

9
Teori penemuan Bruner pula menggalakkan penglibatan aktif murid untuk
menguasai konsep seterusnya mengaplikasikan konsep tersebut dalam kehidupan.
Ini juga menggalakkan pemikiran kreatif dalam kalangan murid. Suasana kondusif
dapat wujud dengan menggunakan teori scaffolding Vygotsky memandangkan teori
tersebut menekankan pembelajaran secara bimbingan yang teratur dan
pembelajaran koperatif. Ini dapat melahirkan murid yang mahir berinteraksi dan
saling membantu antara satu sama lain.

Teori keperluan Abraham Maslow merupakan teori yang terbaik untuk


melahirkan suasana pembelajaran yang kondusif kerana teori ini sangat
menekankan keperluan-keperluan yang perlu dipenuhi agar murid dapat mencapai
penghargaan kendiri. Guru merupakan salah seorang individu yang
bertanggungjawab dalam memenuhi keperluan murid agar murid dapat belajar
dengan selesa, terbuka dan kondusif.

Kesimpulannya, guru haruslah bijak membandingbezakan antara teori-teori


tersebut dan mengaplikasikan teori yang berbeza bagi situasi yang berlainan
bergantung kepada suasana di dalam bilik darjah serta tahap dan keadaan murid di
dalam kelas tersebut.

10

You might also like