Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
76Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
ISU-ISU SEMASA PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA

ISU-ISU SEMASA PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA

Ratings: (0)|Views: 5,145 |Likes:
Published by arnie_suharnie

More info:

Published by: arnie_suharnie on Aug 22, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/08/2013

pdf

text

original

 
 
ISU-ISU SEMASA PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATANPEKERJAAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA
PENGENALAN
Salah satu langkah untuk membantu negara di dalam usaha membangunkanimej industri pembinaan adalah dengan menyediakan persekitaran kerja yang selamat.Kejadian kemalangan seperti yang sering berlaku di sektor pembinaan telahmengakibatkan kehilangan begitu ramai tenaga kerja dan kerugian harta benda berjuta- juta ringgit pada setiap tahun di negara ini. Sekiranya situasi ini tidak dibendung, sudahtentu sedikit sebanyak ianya akan menjejaskan perkembangan ekonomi negara sertahasrat untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.Kejadian kemalangan di dalam industri binaan sering dikaitkan dengan kecuaiandalam pelaksanaan pekerjaan, pengabaian aspek keselamatan, pengabaian programprogram kesedaran dan latihan, tiadanya displin, kurangnya komunikasi serta lain-lainlagi gangguan luar yang meningkatkan lagi faktor pengaruh terjadinya kes kemalanganyang semakin meningkat hari ini. Dengan mengambil kira situasi ekonomi dalamindustri binaan, isu-isu dan masalah-masalah berikut telah dikenal pasti sebagai isuyang dianggap penting dalam industri binaan dan harus dilihat dengan lebih seriusuntuk mencari penyelesaian; iaitu kualiti yang rendah, tahap produktiviti yang rendah,imej, tahap etika yang rendah, kekurangan tenaga kerja mahir dan tahap kemalanganyang tinggi.
 
KEMALANGAN DI TAPAK PEMBINAAN
Isu Kemalangan Dalam Industri Binaan
Kualiti dan keselamatan merupakan dua isu penting di dalam industri pembinaanmasa kini. ISO 9000 telah dengan kadar yang aktif dipromosikan dalam industripembinaan bagi memastikan kualiti pembinaan yang disiapkan oleh kontraktor. Selainfaktor kualiti, keperluan menyediakan persekitaran kerja yang selamat tidak bolehdipinggirkan dalam situasi industri pembinaan yang sememangnya berisiko tinggi.Semakin banyak projek yang kompleks, keselamatan semakin menjadi isu penting bagimemastikan keselamatan nyawa dan harta benda terjamin. Banyak negara maju sepertiUK dan Australia mewartakan peraturan pengesahan amalan keselamatan dalampraktik pekerjaan kontraktor di tapak pembinaan. Revolusi dan perubahan dalampengurusan sistem keselamatan telah menjadikan ianya suatu mandat dalammempraktikkan amalan keselamatan dapat diuruskan secara berkesan (Low,
et al.
,2000). Industri pembinaan masih mengamalkan proses kerja yang berintensifkan buruh
(labour intensive)
berdasarkan tred-tred kerja basah
(wet trades)
. Ini adalah faktor penyumbang utama kepada kualiti kerja yang rendah kerana tenaga kerja yangmelaksanakan kerja ini tidak berkemahiran dan terlatih.Kejadian kemalangan di dalam industri binaan sering dikaitkan dengan kecuaiandalam pelaksanaan pekerjaan, pengabaian aspek keselamatan, pengabaian programprogram kesedaran dan latihan, tiadanya displin, kurangnya komunikasi serta lain-lainlagi gangguan luar yang meningkatkan lagi faktor pengaruh terjadinya kes kemalanganyang semakin meningkat hari ini (Bold, 1996).
 
A
malan Keselamatan Di Tapak Binaan
Pelaksanaan amalan keselamatan di tapak bina perlu dipraktikkan oleh semuapihak yang terlibat dalam industri binaan bertujuan untuk mengelakkan kemalangan dariberlaku di tapak bina. Kerajaan telah menggubal akta bagi memastikan amalankeselamatan menjadi keutamaan di tapak bina, seperti Akta Kilang dan Jentera 1967.Kemudiannya, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah digubal pada 1984bagi meningkatkan keberkesanan dan mempertingkatkan amalan keselamatan di dalamindustri binaan (A. Abdeli, 1994). Dalam pengurusan keselamatan tapak bina, pelbagaikos diperuntukkan bagi menjamin tahap keselamatan yang mencukupi dan bagimenjamin pelaksanaan kerja di tapak bina tidak diganggu akibat kejadian kemalangan(Mac Collum, 1993).Keselamatan ialah keadaan yang bebas daripada risiko yang berbahaya. Iniadalah berkaitan dengan bahaya yang boleh mendatangkan kecederaan fizikal danrisiko terhadap kesihatan dalam jangkamasa tertentu (Davies dan Tomasin, 1996).Dalam industri pembinaan, kebanyakan kes kecederaan berlaku di tempat kerja adalahdisebabkan oleh pekerja tidak diberi latihan keselamatan yang mencukupi ataulangsung tiada diberi latihan (Grossman, 1996). Sejak isu mengenai keselamatanmeningkat dalam industri binaan, banyak kajian berkaitan keselamatan telah dijalankanbagi kerja-kerja bangunan. Sehubungan dengan itu, kajian lebih mendalam perludilakukan bagi mengenalpasti kos pengurusan dan perancangan bagi kerjakejuruteraan awam agar dapat dijadikan panduan perancangan projek dan anggaranprojek akan diketahui.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->