You are on page 1of 6

Pembelajaran Penguasaan (Mastery Learning)

Pembelajaran Masteri adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran


alternatif yang mendorongkan pelajar sampai kepada satu tahap penguasaan
unit – unit pengajaran tertentu sebelum mereka dibenarkan maju atau
meneruskan pembelajaran ke unit seterusnya. Selain itu, pembelajaran masteri
juga adalah pembelajaran yang berasaskan andaian bahawa pelajar boleh
menguasai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan sekiranya pelajar
diberikan arahan yang jelas dan masa yang mencukupi (Boom,1968, dan lain –
lain dalam Woolfolk,1998 ms 334) .

Pembelajaran Masteri bukan satu konsep yang baru dan ia telah


diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Amerika melebihi 70 tahun dahulu. Ia
adalah satu proses di mana pelajar mencapai aras yang sama terhadap
kandungan Masteri tetapi pada tahap – tahap jarak jangka masa “interval” yang
berlainan. Sistem sekolah yang melaksanakan pembelajaran Masteri mendapati
ia berkesan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran. Selain itu pada
zaman Comenius, Pestalozzi dan Herbert (Bloom 1974) pendekatan
pembelajaran masteri telah digunakan. Tetapi penggunaannya pada zaman
moden ini banyak terhasil dai kajian dan penulisan Bloom.

Satu perubahan asas dalam pemikiran tentang sifat semula jadi


pengajaran telah bermula pada tahun 1963 apabila John B. Carol berhujah
mengenai satu idea tentang pembelajaran penguasaan. Pembelajaran
penguasaan mendakwa bahawa fokus pembelajaran adalah masa yang
diperlukan untuk pelajar – pelajar yang berbeza mempelajari bahan – bahan
yang sama. Ini berbeza dengan model – model klasik yang diasaskan kepada
teori – teori inteligensia. Di mana, semua pelajar diberikan peruntukan masa
yang hampir sama untuk belajar dan berfokus kepda keupayaan yang berbeza –
beza. Carooll juga berhujah bahawa kecekapan adalah satu ukuran masa yang
diperlukan untuk belajar.
Idea untuk Pembelajaran Masteri bergerak pada satu tahap anjakan di
mana tanggungjawab pembelajaran adalah bergantung sepenuhnya kepada
guru. Kegagalan dalam pembelajaran terletak pada pengajaran guru dan bukan
kepada kurangnya pada pihak pelajar. Dalam persekitaran Pembelajaran
Masteri, cabaran adalah memberi cukup masa dan menggunakan strategi –
strategi pengajaran supaya semua pelajar boleh mencapai satu aras
pembelajaran yang sama. (Levine,1985; Bloom, 1981) elemen penting bagi
Pembelajaran Masteri adalah menentukan dengan jelas apa yang dipelajari dan
bagaimana ia akan dinilai, membenarkan pelajar belajar mengikut keupayaan
mereka. Menilai kemajuan pelajar dan menyediakan pemulihan atau tindak balas
yang sesuai dan menguji untuk melihat sama ada kriteria pembelajaran telah
dapat dicapai atau tidak.

Konsep Pembelajaran Masteri sebenarnya telah diperkenalkan di sekolah


– sekolah di Amerika pada tahun – tahun 1920-an melalui kerja – kerja yang
dilakukan oleh Washburne ( 1922, seperti yang dinyatakan oleh Block, 1971).
Program pembelajaran tersebar dalam abad tersebut. Bagaimanapun tanpa satu
teknologi yang dapat menampung program yang berjaya, minat dikalangan
pengembang – pengembang dan pelaksana semakin pudar (Block)
Pembelajaran Masteri mendapat kekuatannya semula dalam bentuk program –
program pengajaran pada akhir tahun – tahun 1950-an. Melalui percubaan untuk
menyediakan pelajar dengan bahan – bahan yang membolehkan mereka
bergerak maju berasakan kebolehan sendiri dan menerima maklum balas secara
konstan pada setiap aras penguasaan mereka.

Pada tahun 1960-an Pembelajaran Masteri berfokus kepada fenomena


baru, iaitu yang berasakan falsafah Pembelajaran Masteri Bloom (1968 )
akhirnya secara umum diiktiraf sebagai pembentuk teori klasik terhadap
Pembelajaran Masteri. Beliau secara meluas dilihat sebagai Pengamal Teori
Masteri yang utama. Bloom membuat beberapa andaian dan ramalan secara
khusus tentang faedah yang boleh diperoleh daripada prosedur pembelajaran
masteri. Bloom berpendapat, selain menguasai bahan – bahan yang dipelajari
Pembelajaran Masteri mampu meningkatkan sikap dan minat ( Fehlen, 1976 ).
Prosedur pembelajaran dapat meningkatkan hasil pembelajaran dalam semua
pelajaran.

Pembelajaran Masteri telah diaplikasikan secara meluas di sekolah.


Penyelidikan menunjukkan ia boleh memperbaiki dan meningkatkan
keberkesanan pengajaran (umpamanya, Block, Efthim & Burn,1989; Slavin
1987). Di sebaliknya, terdapat beberapa kelemahan teoretikal dan praktikal,
termasuk kepercayaan bahawa manusia adalah berlainan dan berbeza dalam
keupayaan mereka. Mereka cenderung untuk sampai kepada aras pencapaian
yang berbeza- beza (lihat Cox & Dunn, 1979). Tambahan pula, program
Pembelajaran Masteri cenderung untuk menggunakan sekian banyak masa dan
usaha untuk dilaksanakan yang mana kebanyakan guru dan sekolah tidak
bersedia untuk memahami konsep ini dan menerima serta berkembang.

Model Pembelajaran Masteri adalah selaras dengan penggunaan objektif


pengajaran dan reka bentuk yang sistematik terhadap program pengajaran.
Model Mager yang berkaitan dengan pengajaran rujukan kriteria adalah satu
percubaan untuk melaksanakan model Pembelajaran Masteri. Sebagai
tambahan rangka kerja teoretikal skinner dengan penekanan kepada
pembelajaran individu dan kepentingan tindak balas, iaitu pengukuhan adalah
juga relevan kepada Pembelajaran Masteri
Strategi Pembelajaran Masteri

Berdasarkan penyelidikan terhadap pembelajaran, tidak ada strategi yang


boleh menghasilkan satu penemuan yang baik selain pembelajaran masteri.
Dalam Pembelajaran Masteri, pelajar diperlukan mengusai bahan – bahan
sehingga ke satu tahap yang khusus sebelum mereka boleh meneruskan
pembelajaran mereka yang baru
John b caroll menamakan pembelajaran mengikut masa sebagai kadar
pembelajaran LR yang memakai formula seperti berikut ;

LR =F ( time spend learning / time needed to learn.)

IA menerangkan bahawa kadar pembelajaran adalah satu fungsi masa yang


dimiliki oleh pelajar untuk belajar yang dap memenuhkan masa sebenar yang
diperlukan bagi satu – satu situasi atau pengajaran yang diberi. Teori baru Caroll
telah diasaskan kepada idea bahawa semua pelajar mempunyai potensi untuk
belajar semua jenis pengajaran yang diberi, dengan syarat mereka diberi masa
yang berbeza – beza untuk melaksanakannya. Tidak terdapat pelajar yang
dianggap baik atau lemah atau sebagai pelajar yang pantas atau perlahan.
Carooll mengenal pasti dua faktor yang memberi kesan kepada kadar
pembelajaran pelajar, iaitu kesanggupan menunggu pelajar dan peluang untuk
belajar. Perkara pertama dikawal oleh pelajar, iaitu sebanyak mana masa
mereka gunakan untuk pembelajaran dan kedua ialah masa yang diperuntukkan
untuk belajar atau menilai bahan – bahan di bilik darjah.
Bagaimanapun, Bloomlah yang telah memperkembangkan sepenuhnya
konsep yang disebut sebagai Pembelajaran Masteri. Ini berlaku pada tahun 968.
pada tahun 1960-an Benjamin Bloom telah terlibat dalam satu penyelidikan
terhadap perbezaan - perbezaan individu yang diaplikasikan dalam
pembelajaran. Bloom terpesona dengan idea –idea Carooll dan menggunakan
idea tersebut untuk membuat rumusan tentangnya. Rumusan itu diperlihatkan
seperti berikut ;

a) Kecekapan boleh meramal kadar pembelajaran pelajar, dan beliau


mempercayai ia harus boleh menentukan kadar pembelajaran peljar yang
dijangka mencapai aras tertentu dalam prestasi penguasaan.
b) Melihat kepelbagaian pengajaran di bawah kawalan pengajar seperti
peluang – peluang belajar dan kualiti pengajaran
c) Pengajar harus boleh memastikan yang setiap pelajar berkebolehan
mencapai objektif khusus yang di tentukan.

Bloom membuat kesimpulan bahawa masa yang mencukupi dan berkualiti


pengajaran membolehkan semua pelajar boleh belajar. Teori pembelajaran
masteri berkesudahan dengan satu peralihan yang radikal dalam
tanggungjawab guru. Kegagalan pelajar bersandar kepada pengajaran guru
dan bukan keran ketidakupayaan pada pihak yang sejajar. Dalam
persekitaran pembelajaran jenis ini cabaran berlaku terutamanya dalam
penyediaan cukup masa dan menggunakan strategi pengajaran yang sesuai
supaya semua pelajar mampu mencapai aras pembelajaran yang sama.

You might also like