You are on page 1of 2

Sinopsis Novel MENCARI CINTA - Leeya

Myra
MENCARI CINTA adalah sebuah novel cinta
remaja hasil karya penulis muda berbakat iaitu
LEEYA MYRA.

Novel MENCARI CINTA ini mengisahkan tentang


kemelut cinta seorang gadis bernama Annessa
yang terbelenggu dalam cinta remajanya.
Sentiasa mengingati kenangan manis di zaman
persekolahannya. Menjadi perindu menunggu
kehadiraan lelaki bernama Ilham Hazami.

Munculnya Faris bersama lamarannya


membuatkan Annessa kebinggungan. Keliru
untuk membuat keputusan. Lantas
membiarkannya tergantung tanpa menolak
mahupun menerima. Hakikatnya Annessa masih
mahu mengejar bayang Ilham dan masih enggan
membiarkan bayang itu pergi dari hidupnya.

Namun, penantian Annessa berakhir dengan


kekecewaan apabila ilham pulang dari Jepun dengan status suami orang.
Annessa kecewa kerana penantiannya sia-sia dan yang lebih mengecewakan lagi
bila mendapat tahu bahawa isteri Ilham adalah sahabat baiknya sendiri iaitu
Sofia.

Bersama luka yang parah dia berpaling kepada Faris. Menyambut lamaran Faris
yang dulunya dibiarkan sepi. Berjanji akan berusaha untuk bahagia bersama
Faris walaupun jiwanya meronta setiap saat. Masih gagal menyingkir bayangan
Ilham dari hidupnya. Walaupun bersama Faris namun jiwanya masih mengejar
bayangan Ilham.

Hanya kerana saling memendam perasaan mereka jadi penasaran. Sekeping kad
ucapan kiriman Ilham menimbulkan seribu penyesalan.Kalaulah Annessa berani
meluahkan rasa hatinya mungkin mereka sedang berbahagia di saat ini. Di mana
silapnya? Siapa yang bersalah antara mereka? Atau inikah perjalanan takdirnya.

Cinta itu duri. Cinta itu duka. Namun, cinta bukan sekadar hitam putih! Tidak
juga betul atau salah! Cinta adalah sesuatu yang sukar di kawal. Ilham suatu
mimpi dan Faris pula suatu realiti. Tapi, mimpi itu juga yang dikejarnya. Dia
mahu merebut cinta Ilham yang tidak pernah dimilikinya selama ini.

Tapi wajarkah cinta dijadikan alasan untuk bersikap keji? Wajarkah dia merebut
sesuatu yang bukan miliknya? Walaupun Sofia memberi peluang itu kepadanya,
tapi tegakah dia mengkhianati sahabatnya sendiri. Tidak! Annessa tidak sekejam
itu.

Di saat Annessa mencuba untuk menerima Faris, kejadian yang tidak diduga
terjadi. Sofia, isteri Ilham mendapat kemalangan dan meninggal dunia. Annessa
keliru. Tidak berdaya menghadapi dilema ini. Terasa diri bergitu ketakutan.Tidak
percaya kepada lakaran takdir di depannya. Sahabat baik yang suatu waktu
dahulu berkongsi suka dan duka bersamanya telah pergi meninggalkannya.
Mungkinkah ini satu petunjuk? Peluang untuk dia kembali bersama Ilham?
Annessa buntu.

Dalam kekalutan fikiran, Annessa menolak kembali Faris. Lupa dengan janjinya;
untuk bahagia bersama Faris. Kekerasaan hatinya tidak mampu dilembutkan
walaupun dengan airmata Faris. "Takkan saya langsung tak bernilai pada awak?"
Sukar untuk menangkis kata-kata Faris. Annessa akui memang dia yang
bersalah. Namun, keikhlasan hati Faris meruntun jiwanya. Betulkan tindakannya
ini? Membiarkan lelaki sebaik Faris pergi dari hidupnya.

Namun, Annessa kecewa bila Ilham langsung tidak menunjukkan rasa sedih di
atas kematian Sofia. Entah kenapa tiba-tiba perasaan cintanya kepada Ilham
menjadi hambar. Walaupun masih berbekas cintanya kepada Ilham namun tidak
mampu mengatasi rasa kecewa dan hampa yang menyelinap di jiwanya. Hatinya
tiba-tiba rasa kekosongan.

Annessa redha. Membiarkan kedua-dua lelaki itu pergi dari hidupnya. Namun,
dia bersyukur kerana cinta yang selama ini membelenggu dirinya telah hilang.
Bertahun dia gagal menyingkir rasa itu, akhirnya dia berjaya.

Perjalanan hidup masih jauh. Dan Annessa kena teruskan kehidupannya dengan
sebaik mungkin. Namun, dalam pada itu ada getar rasa yang mula menyelinap di
sanubarinya. Sebaris nama itu mula mendapat tempat di hatinya. Ada rindu
yang berputik buat lelaki yang bernama Ahmad Faris.

Untuk mengambil keputusan itu, Annessa bermohon agar dilorongkan hatinya


pada yang sepatutnya. Annessa tidak pernah menyesal dengan keputusannya
dahulu. Lalu, bila hatinya tergerak untuk melangkah, Annessa percaya itu satu
ketentuan.

Bersama keyakinan Annessa menemui Faris, menyatakan hasrat di hati. Dan


Faris menyambutnya dengan rela hati. Episod cinta antara mereka baru
bermula. Dan Insya-Allah, kesudahannya pasti tidak akan sama seperti sebelum
ini.

You might also like