You are on page 1of 1

Perbezaan Individu.

Perkembangan berlaku pada kadar yang berbeza mengikut kematangan dan


pengalaman pembelajaran individu tersebut. Kematangan bermaksud perkembangan
ciri-ciri yang sedia ada dalam individu yang diperturunkan oleh gen masing-masing
( Hurlock,1978). Misalnya kebolehan merangkak, berdiri, berjalan dan berlari.
Kebolehan ini tidak perlu dilatih tetapi jika ada sekatan di dalam persekitaran kanak-
kanak tersebut ia boleh membantutkan perkembangan kanak-kanak ini.

Pembelajaran ialah perkembangan yang melibatkan latihan dan usaha. Seseorang


kanak-kanak belajar menggunakan potensi yang diperolehi melalui pembelajaran
( Hurlock, 1978).

Perbezaan antara individu boleh dilihat daripada beberapa aspek iaitu:

 Kognitif – kebolehan individu menyelesaikan masalah, berbahasa, berfikir


secara logik, menaakul dan mengira.
 Fizikal – perbezaan dari segi paras rupa, berat, ketinggian, jantina dan rambut.

 Sosial – kemahiran berinteraksi, bergantung sama ada individu tersebut bersifat


introvet atau ekstrovet.

 Emosi – kebolehan, mengenali, mengawal dan mengurus perasaan serta sikap


sabar dan toleransi terhadap orang lain.

 Kecerdasan – kecerdasan boleh didefinisikan sebagai kebolehan mendapat


pengetahuan untuk menyelesaikan masalah dan menyesuaikan diri dengan
kehidupan di dunia ini.

You might also like