You are on page 1of 9

KESELAMATAN BANGUNAN

KESELAMATAN FIZIKAL

Memastikan keselamatan fizikal bangunan, premis atau tempat termasuk yang digunakan
bagi mengurus perkara-perkara terperingkat dan sensitif.

KESELAMATAN BANGUNAN

Cadangan pembinaan, pengubahsuaian, pembelian bangunan-bangunan kerajaaan,


penempatan dan pemindahan pejabatan-pejabat kerajaan di bangunan-bangunan Kerajaan
dan swasta dirujuk kepada Pegawai Keselamatan Kerajaan

TUJUAN

 Untuk mengawal supaya terhad kepada yang mempunyai kebenaran.


 Untuk menghalang ekses kepada dokumen rasmi kerajaan.
 Untuk menghalang kegiatan sabotaj ke atas peralatan atau kelengkapan penting.
 Untuk menghadkan pergerakan penceroboh bagi tempoh yang pendek.

PRINSIP PERLINDUNGAN

i) Kenalpasti apa yang perlu diberi perlindungan keselamatan.

ii) Penilaian terhadap ancaman keselamatan.

iii) Perlindungan secara mendalam.

iv) Langkah-langkah keselamatan asas yang minima.

v) Asas Perlu Mengetahui.

vi) Langkah-langkah keselamatan diterima akal ( sensible).


PERLINDUNGAN BERASASKAN ANCAMAN

Langkah-langkah keselamatan fizikal ( bangunan)


 Keselamatan Bangunan – mengisitiharkan sebagai kawasan larangan / tempat
larangan / terperingkat.
 Mengadakan pagar dan lampu keselamatan serta mengehadkan pintu ekses.
 Mengadakan pengawal keselamatan sama ada mempunyai kuasa khas atau tidak di
bawah undang-undang.
- Semua cadangan penggunaan perkhidmatan awam atau swasta perlu merujuk
kepada KPKK.
 Mengadakan papan kenyataan di tempat-tempat yang sesuai bagi menunjukkan
kawasan atau tempat itu sebagai tempat larangan atau kawasan larangan.
 Mewujudkan sistem pas keselamatan atau kad pengenalan jabatan.
 Memperkukuh tingkap, pintu, dinding dan siling bagi mengelakkan mudah di ceroboh
masuk.
 Mengadakan kaunter, menyediakan tempat atau bilik khas untuk pelawat-pelawat.
 Pemilihan dan penggunaan kunci keselamatan bermutu dan berkualiti.
 Pemasangan alat-alat pengalisan bunyi, penggera ceroboh kad ekses, CCTV, PID’S
dan lain-lain alatan.
 Kelengkapan keselamatan termasuk peti besi, kabinet keluli berpalang dan bilik kebal
perlu diadakan.

PERKHIDMATAN PENGAWALAN KESELAMATAN

Semua cadangan pengwujudan jawatan, pengambilan dan latihan penjawat-penjawat awam


yang menjalani tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk penggunaan
perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan dirujuk terlebih dahulu kepada
Ketua Pengawai Keselamatan Kerajaan.

KELENGKAPAN DAN BAHAN RASMI BERCIRI KESELAMATAN

Semua cadangan pembelian, kegunaan,kawalan dan keselamatan kelengkepan serta bahan-


bahan rasmi yang mempunyai ciri-ciri keselamatan untuk kegunaan Jabatan Kerajaan dirujuk
terlebih dahulu kepada Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan.
KAWALAN KUNCI KESELAMATAN

- Ketua jabatan bertanggung untuk memberi kawalan yang rapi serta mengeluarkan arahan
keselamatan

- Peraturan berikut perlu dipatuhi:

 Pegawai Keselamatan Jabatan dipertanggungjawabkan ke atas semua perkara


berkaitan kunci dan anak kunci termasuk kunci keselamatan. Perlu menyelenggarakan
sebuah buku daftar, mengemaskini dan membuat audit.
 Penjawat awam yang diamanahkan dengan kunci jabatan atau kunci kunci
keselamatan bertanggungjawab ke atas keselamatan kunci tersebut.
 Peti keselamatan hendaklah digunakan bagi menyimpan semua anak kunci yang tidak
dipakai termasuk anak kunci pendua.
 Anak kunci tidak boleh dilabel atau ditanda dan tidak boleh dirangkai dengan anak
kunci lain seperti kunci persendirian.

Peti keselamatan yang dipasang dengan kunci tatakira perlu :

 Menukar nombor tiap-tiap setahub sekali atau orangyang mengetahui nombornya


bertukar / tinggalkan perkhidmatan.
 Menulis nombor dalam sekeping kertas dan memasukkannya ke dalam sampul surat
yang Dimetri
 Individu yang menyimpan kunci tidak dibenarkan mengetahui nombor tidak dibenarkan
mengetahui nombor tatakira.

Kehilangan kunci :

 Perlu melaporkan segera kepada pegawai keselamatan jabatan atau ketua jabatan.
 Laporkan kepada pegawai keselamatan dalam tempoh 24 jam.
 Laporan mengandungi pandangan atau taksiran bahaya.

    SIJIL KELAYAKAN MENDUDUKI (CFO) 

Sijil Kelayakan Menduduki atau CFO merupakan satu dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengesahkan sesuatu bangunan telah siap dibina
selamat dan selesa untuk didiami. Mengikut Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1994
(UKBS), tiada seorang pun boleh menduduki atau membenarkan menduduki mana-mana
bahagian bangunan melainkan CFO atau Sijil Kelayakan Menduduki Sementara (TCFO) telah
dikeluarkan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133). Sekiranya tidak mematuhi
kepada Akta ini boleh menyebabkan orang berkenaan didakwa.
   
CFO boleh dikeluarkan setelah syarat-syarat yang ditetapkan dalam Undang-Undang Kecil
25 UKBS 1984 dipatuhi. CFO akan dikeluarkan setelah :

 Orang yang mengemukakan pelan seperti arkitek telah memperakui dalam borang
permohonan iaitu Borang E secara bertulis mereka telah mengawasi pembinaan
bangunan itu dan sepanjang pengetahuan dan kepercayaan mereka bangunan
tersebut dibina mematuhi UKBS dan bersetuju menerima tanggungjawab sepenuhnya
mengenai bahagian-bahagian yang berkaitan dengan mereka.
 Pegawai PBT telah memeriksa bangunan berkenaan
 Syarat-syarat yang ditetapkan oleh PBT semasa kelulusan pelan bangunan bagi
keperluan asas seperti jalan akses, landskap, tempat letak kereta, parit, air dan
elektrik, lif, pili bomba, pembetungan dan pembuangan sampah dan lain-lain
disediakan. Lazimnya, keperluan asas ini diakui oleh agensi teknikal berkenaan seperti
Jabatan Bekalan Air (JBA), Tenaga Nasional (PNB), Jabatan Pembetungan, Jabatan
Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya
(JKR) dan lain-lain. Syarat lain seperti pembayaran sumbangan bagi infrastruktur, hal
tanah seperti kelulusan pelan bangunan juga perlu dipatuhi.
       
 Dengan lain perkataan, permohonan kelulusan CFO hanya boleh dikemukakan oleh
orang yang mengemukakan pelan seperti arkitek (pemaju) yang mengesahkan dalam
Borang E bahawa ia telah mengawasi pembinaan penyiapan bangunan berkenaan.
   
 PBT hanya akan meluluskan pengeluaran CFO apabila segala syarat-syarat yang
ditetapkan dipatuhi. Ini adalah untuk memastikan bangunan tersebut selamat didiami
oleh pembeli.
   
Pindaan kepada UKBS 1984 telah buat pada tahun 1999 bagi membolehkan;
    
 Banglo yang dibina berasingan tidak perlu memohon CFO tetapi arkitek atau pelukis
pelan berdaftar perlu mengeluarkan Sijil Pengakuan Siap dan Pematuhan (Certificate
of Completion and Compliance).
   
 Bagi bangunan lain, CFO dianggap telah dikeluarkan walaupun PBT berkaitan masih
belum mengeluarkannya dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan permohonan
CFO (borang E) yang lengkap diterima.
    
 Walau bagaimanapun, pindaan kepada UKBS ini hanya akan berkuatkuasa setelah
semua negeri mewartakan pindaan ini.
   
 Pembeli-pembeli rumah yang ingin membuat pengubahsuaian atau menambah
bangunan kediaman hanya dibolehkan setelah CFO dikeluarkan oleh PBT. Walau
bagaimanapun, tuan rumah perlu memohon kebenaran daripada PBT terlebih dahulu.
   
 Pemaju adalah bertanggungjawab ke atas bangunan dalam tempoh selama 18 bulan
dari tarikh pengeluaran pemilikan kosong bangunan atau disebut serah kunci.
Sekiranya berlaku kecacatan bangunan seperti kebocoran bumbung, kebocoran paip
air dan sebagainya dalam tempoh tersebut ia merupakan tanggungjawab pemaju.
   
 Kegagalan struktur seperti keretakan tiang, rasuk, lantai atau mendapan bangunan
merupakan tanggungjawab jurutera perunding bagi sepanjang umur bangunan
berkenaan. Pemilik rumah yang menghadapi masalah ini hendaklah melaporkan
kepada PBT berkenaan berserta dengan butiran dan gambar bagi memudahkan kerja
penyiasatan. Di bawah, UKBS Undang-Undang Kecil 258, PBT boleh menyuruh
jurutera perunding asal yang mengemukakan pelan berkenaan membuat laporan
untuk menjelaskan punca kegagalan dalam tempoh yang ditetapkan oleh PBT.
Jurutera perunding yang gagal mematuhi atau tidak memberi kerjasama, pihak PBT
atau pemilik bangunan boleh membuat laporan kepada Lembaga Jurutera Perunding
bagi tindakan selanjutnya.

   PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC) 

Kerajaan telah bersetuju memperkenalkan sistem pengeluaran CCC yang dikeluarkan


oleh para Profesional sebagai menggantikan pengeluaran CFO yang dahulunya oleh PBT.
Pengenalan sistem perakuan baru ini dibuat setelah mengambilkira kelebihan dan
kebaikannya berasaskan kajian menyeluruh yang dijalankan oleh Kementerian Perumahan
Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama-sama dengan pihak-pihak yang terlibat secara
langsung atau yang mempunyai kepentingan dalam industri pembinaan.
   
Keadah pengeluaran CCC oleh para professional adalah satu usaha kea rah
pendekatan self-regulation dan self-certification, iaitu, konsisten dengan hasrat Kerajaan
seperti yang terkandung dalam langkah 70 (d) Strategi Baru Merangsang Pertumbuhan
Ekonomi Negara. Ia bertujuan mempertingkatkan lagi kecekapan sistem penyampaian
perkhidmatan pemajuan projek menerusi usaha-usaha mengurangkan karenah birokrasi.
Pengenalan CCC akan menyumbang kepada pengurangan kos menjalankan perniagaan di
negara ini di samoing memudahkan para pelabur berurusan denga pihak Kerajaan.
   
Sistem CCC bukan satu konsep baru. Ia merupakan peluasan sistem yang telahpun
digunapakai bagi rumah berasingan yang dibina secara tunggal kepada lain-lain ketegori
bangunan. Pindaan UKBS pada tahun 1999 telah membolehkan rumah berasingan seperti
banglo dikecualikan daripada memohon CFO dan bagi Arkitek Profesional atau Pelukis Pelan
Berdaftar mengeluarkan CCC selaku Orang Yang Mengemukakan (OMP). Sistem berkenaan
telah dilaksanakan tanpa masalah sejak diperkenalkan dan kini dalam sistem CCC
pemakaiannya diperluaskan kepada lain-lain kategori bangunan.
   
Dari sudut akauntabiliti terhadap keselamatan dan keselesaan bangunan,
pengambilalihan tugas mengeluarkan sijil perakuan ini oleh para professional lebih
merupakan satu formality. Ini adalah kerana di bawah sistem pengeluaran CFO, para
professional sememangnya diwajibkan memberi pengesahan terhadap isu keselamatan dan
kelayakan menduduki bangunan. Selain itu, pemberian tanggungjawab mengeluarkan sijil
perakuan bangunan oleh para profesional juga dianggap satu langkah wajar. Ini adalah
memandangkan mereka merupakan pihak yang paling memahami pemajuan sesuatu projek
kerana terlibat secara langsung dalam keseluruhan fasa pembangunannya; iaitu, dari
peringkat kerja-kerja persiapan memulakannya hingga ke peringkat-peringkat pembinaan dan
penyiapan projek.
   
Satu ciri penambahbaikan kepada sistem CCC ialah notis milikan kosong (notice of
vacant possession – VP) boleh dikeluarkan bersekali dengan CCC yang kini berada dalam
kawalan para professional. Faktor ini akan menyumbang kepada penyelesaian masalah yang
sering berlaku di bawah sistem pengeluaran CFO di mana pembeli rumah memperolehi kunci
rumah tetapi tidak boleh mendudukinya kerana CFO belum dikeluarkan lagi.

You might also like