You are on page 1of 12

PENGENALAN

Seperti yang diketahui umum, pengambilan makanan yang sihat dan seimbang amat penting
sewaktu mengandung bagi memastikan ibu sentiasa sihat dan anak di dalam kandungan
membesar dengan baik. Bayi membesar di dalam rahim ibu selama 9 bulan. Proses ini
bermula apabila sperma telah berfertilisasi dengan ovum maka terhasilnya zigot. Zigot ini
akan membesar dari semasa ke semasa dan membentuk bayi yang sempurna pada bulan ke-4.
Pemakanan ibu harus dijaga semasa dalam proses penghamilan. Ini kerana semua zat-zat
makanan yang di ambil ibu turut sampai kepada janin. Jika ibu mendapat penyakit sewaktu
proses kehamilan keadaan ini mungkin akan membahayakan janin yang berada di dalam
kandungan. Bakal ibu memainkan peranan penting sepanjang proses sebelum, semasa dan
selepas kehamilan. Pemilihan makanan yang berkhasiat mengikut piramid makanan juga perlu
dititikberatkan. Protein dan karbohidrat merupakan antara zat makanan terpenting sebelum
hamil.Berjumpa dengan doktor bagi memastikan ibu-ibu bebas daripada penyakit kronik
seperti darah tinggi dan kencing manis. Hal ini bagi memudahkan proses kehamilan kelak.
Jika ibu-ibu seorang perokok, hentikan amalan tidak sihat itu untuk menjamin kesihatan bayi
yang dikandung. Jauhi juga perokok, dadah dan alkohol. Selain itu, umur ibu juga penting
bagi menentukan sama ada tubuh sudah matang untuk hamil atau tidak. Umur yang sesuai
untuk wanita hamil adalah 20 hingga 35 tahun. Jika terlalu muda, risiko untuk mendapat bayi
tidak cukup bulan adalah besar. Manakala, jika terlalu berumur pula, risiko mendapat anak
cacat tinggi kerana organ peranakan tidak lagi begitu aktif. Semua faktor-faktor ini akan
dibincangkan dengan lebih lanjut pada helaian yang seterusnya.

Proses pembentukan janin

1
1.0 FAKTOR PEMAKANAN

Fetus di dalam kandungan bergantung sepenuhnya kepada nutrient yang terdapat di dalam
badan ibunya bagi membolehkan mereka terus hidup dan membesar dengan sempurna di
dalam rahim. Hasil daripada kajian mendapati perempuan mengandung seharusnya
mengambil 2000 hingga 2800 kalori sehari mengikut diet yang seimbang termasuklah
vitamin serta mineral dengan secukupnya (Nasional Academy of Science,1989).
Perempuan mengandung juga harus mengambil asid folik,yang selalunya terdapat pada
sayur hijau dan buah-buahan, kalsium serta zat besi yang tinggi semasa proses kehamilan
(Rosso,1990). Makanan-makanan tersebut dipercayai dapat membantu menguatkan gigi
bayi (Adair,1989). Susu pula merupakan sumber kalsium yang paling baik dan perempuan
mengandung digalakkan mengambil segelas susu sehari. Selain daripada menguatkan gigi,
kalsium dan fosfurus amat penting untuk perkembangan tulang dan fetus. Zat besi pula
diperlukan untuk pembinaan sel-sel darah merah fetus. Vitamin dapat mencegah penyakit
dan menyempurnakan perkembangan fetus. Penting bagi ibu memvariasikan makanannya
bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan
semasa mengandung ialah :
 Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk
snek, jus dan salad.

 Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat,
whole grain)
 Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya).
Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
 Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
 Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai
makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

2
2.0 FAKTOR EMOSI

Jika perempuan mengandung mengalami rasa takut yang amat sangat,kerisauan yang
melampau atau pelbagai emosi serta berada dalam perasaan yang tidak seronok,perubahan
psikologi yang berlaku mungkin mempengaruhi fetusnya sendiri (Glynn &
others,2008;Talge & other,2007). Tekanan ibu mengandung mungkin mempengaruhi fetus
tersebut secara tidak langsung dan ibu tersebut berkemungkinan terjerumus kepada
aktiviti yang tidak sihat seperti mengambil dadah dan kurangnya penjagaan janin sebelum
lahir. Emosi ibu mengandung dalam masa kehamilan juga boleh mempengaruhi proses
kelahiran. Emosi ibu mengandung yang tidak keruan berkemungkinan akan menyebabkan
kontraksi semasa proses kelahiran dan boleh menyebabkan kekurangan aliran oksigen ke
bayi atau masalah lain selepas kelahiran. Menurut Talge & others,2007 kerisauan dan
tekanan yang tinggi semasa mengandung akan meningkatkan risiko untuk mendapat anak
yang mengalami masalah kognitif, hiperaktif, dan lambat pertuturan. Emosi yang positif
juga akan memberikan perbezaan kepada fetus. Kajian telah menunjukkan ibu yang
berhadapan dengan tekanan atau rasa sedih dari segi emosi akan melepaskan hormon
seperti adrenalin yang akan melalui plasenta dan mempengaruhi aktiviti motor fetus ( Van
Der Bergh,1992). Walaupun terdapat bukti-bukti yang masih tidak lengkap, beberapa
kajian lain turut menemui kaitan di antara tekanan psikologi dan masalah kehamilan.

3
3.0 FAKTOR KESIHATAN SECARA UMUM

Semasa proses kehamilan selama sembilan bulan, kesihatan ibu merupakan perkara utama
yang harus dititikberatkan. Kadangkala para ibu akan berasa sedikit kabur tatkala berjalan
atau pun bersenam. Keadaan ini menandakan tubuh badan ibu tersebut mengalami dehidrasi.
Cara yang baik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan cara meminum lebih banyak air
bagi menstabilkan kembali jumlah cecair dalam tubuh ibu-ibu yang mengandung tersebut.
Pada kebiasaannya ini mungkin petanda preeklampsia. Iaitu simpton pandangan kabur yang
diikuti dengan rasa sakit kepala, pening-pening, sakit ulu hati, loya dan muntah merupakan
simptom tekanan darah anda yang semakin tinggi. Keadaan ini akan lebih buruk sekiranya
preklampsia tadi menyebabkan bekalan darah gagal disalurkan ke plasenta. Antara gejala lain
termasuklah bengkak di tangan, muka dan kaki serta adanya protein di dalam air kencing.
Penyakit darah tinggi berpotensi terjadi kepada setiap wanita hamil dengan peratusan antara
10 hingga 15 peratus, di mana ia boleh dikategorikan sebagai agak tinggi.Keadaan ini berlaku
pada wanita tidak kira sama ada di negara sedang membangun mahupun negara yang maju
daripada aspek perubatannya. Pakar Obstetrik dan Ginekologi dari Pusat Perubatan Kelana
Jaya, Dr. S. Silvam berkata, tekanan darah tinggi di kalangan wanita hamil biasanya berlaku
ketika kandungan berusia 20 minggu ke atas. Tetapi, sekiranya ia berlaku lebih awal dari
tempoh itu, pemeriksaan terhadap pesakit perlu dilakukan untuk melihat sama ada terdapat
penyakit lain yang berkaitan buah pinggang atau sejarah perubatan keluarga yang
sememangnya ada menghidap darah tinggi.Menurutnya, darah tinggi terjadi kepada ibu
mengandung kerana perubahan yang berlaku pada proses perkembangan uri. Jadi para ibu
haruslah menjaga pemakanan dengan mengurangkan pengambilan bahan makanan yang
masin. Gestational diabetes adalah sejenis diabetes atau penyakit kencing manis yang timbul
semasa hamil, penyakit ini mula muncul sekitar bulan kelima atau keenam masa kehamilan.
Sekitar 4-5 % wanita hamil diketahui menderita gestational diabetes dan umumnya dapat
ditangani dengan baik. Oleh sebab itu para ibu tidak perlu terlalu bimbang dengan masalah
yang timbul. Walaubagaimana pun penjagaan yang baik perlu diberi perhatian terhadap
penyakit ini kerana jika tidak dirawat dengan betul ia akan memberi implikasi kepada proses
kelahiran dam memberi impak yang negatif terhadap kesihatan ibu mahupun bayi yang bakal
di lahirkan.

4
4.0 FAKTOR UMUR

Menurut Chen & others,2007; Maconochie & others,2007, mereka yang remaja dan
berumur 35 tahun ke atas amat berisiko untuk melahirkan bayi yang kurang sempurna.
Satu kajian telah menyatakan bahawa kadar kelahiran oleh ibu remaja dan yang berumur
35 tahun ke atas semakin meningkat dari semasa ke semasa (Baterman & Simpson).
Kadar kematian bayi yang dilahirkan oleh para remaja adalah dua kali ganda daripada ibu-
ibu yang berumur 20-an. Masalah ini disebabkan oleh sistem peranakan yang belum
mencapai kematangan,kekurangan nutrisi,kurangnya penjagaan semasa proses kehamilan
dan status ekonomi yang rendah (Lendere, McElrath & Scholl,2000). Kekurangan
penjagaan dan pemerhatian semasa mengandung juga akan menyebabkan ibu-ibu remaja
ini berkemungkinan mendapat anak yang cacat secara fizikal. Faktor umur ibu-ibu yang
mengandung juga berkait rapat dengan risiko melahirkan anak-anak yang terencat akal
( Down Syndrome) (Soergel & others,2006). Kebiasaanya kanak-kanak down syndrome
ini akan mempunyai bentuk muka yang tersendiri, tangan atau kaki yang pendek dan
terbantut dalam pergerakkan motor halus serta menghadapi masalah keupayaan mental
yang rendah. Jika ibu tersebut mencapai umur 40 tahun, kadar untuk melahirkan anak
yang mengalami down syndrome ialah1/100 dan mungkin akan mencapai 1/10 jika
berusia 50 tahun ke atas. Sewaktu ibu mengandung mencapai umur 35 tahun dan ke atas,
risiko untuk mendapat bayi yang kurang berat badan, lahir tidak cukup bulan dan
kematian janin adalah tinggi ( Delbaere & others,2007). Dalam satu kajian yang lain
kematian janin adalah rendah bagi wanita yang berumur 30 hingga 34 tahun dan
meningkat dengan mendadak bagi wanita yang berumur 35 hingga 44 tahun (Canterino &
others,2004). Kita mestilah banyak mempelajari peranan umur semasa mengadung.
Langkah-langkah ini akan membawa kita kepada kehidupan berkeluarga yang lebih
bahagia dan tiada masalah kesihatan.

5
5.0 FAKTOR TERATOGEN

Faktor yang ke lima ialah faktor teratogen. Teratogen ialah agen persekitaran yang boleh
menyebabkan ketidakseimbangan dalam perkembangan normal dan boleh menjerumus
kepada keadaan yang abnormal atau kematian. Faktor yang berkait rapat dengan teratogen
termasuklah dadah dan jangkitan, radiasi dan pencemaran.

DADAH
Kebanyakkan wanita mengandung di Amerika Syarikat mengambil ubat-ubatan semasa
proses kehamilan seperti ubat alergik atau ubat tidur. Kebanyakkan daripada dadah-dadah
ini tidak membahayakan ibu mahupun janin tetapi terdapat juga dadah-dadah yang
berbahaya kepada ibu mengandung. Dianggarkan terdapat segelintir wanita yang
mengambil dadah tanpa pengesahan pihak-pihak yang berkitan seperti kafein, alkohol dan
bahan kimia yang terdapat dalam rokok seperti kokain dan heroin. Kebanyakkan daripada
dadah-dadah ini adalah berbahaya kepada perkembangan janin dalam kandungan
(Cunningham et al.,1997)

KAFEIN
Dadah jenis ini dijumpai di dalam kopi, teh dan kola dan digunakan oleh kebanyakkan
ibu-ibu mengandung. Tiada bukti yang menyatakan kafein boleh menyebabkan kecacatan
kepada fetus. Walaubagaimana pun satu kajian telah mendapati mengambil kafein dalam
dos yang tinggi boleh menyebabkan kandungan gugur secara tiba-tiba dan lahirnya bayi
yang kurang berat badan.

6
ALKOHOL
Wanita yang mengambil alkohol secara berlebihan semasa sedang hamil berkemungkinan
tinggi akan mendapat bayi yang mengalami kecacatan yang serius. Dalam satu kajian
mendapati 71% bayi yang lahir daripada ibu yang kerap mengambil alkohol adalah tidak
normal (Niebyl,1994). Kebanyakkan daripada bayi-bayi ini menderita penyakit fetal
alcohol syndrome, penyakit yang merangkumi kepala kecil yang abnormal, otak tidak
berkembang, kecacatan mata. Penyakit jantung dan pembentukkan muka yang tidak
normal. Perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak ini juga terbantut.

KOKAIN
Kokain ialah sejenis dadah yang cepat memberi ransangan dan ketagihan kepada
pengguna. Dadah jenis ini boleh menyebabkan komplikasi perubatan kepada ibu-ibu
seperti sakit jantung, strok, kepecahan salur darah aorta dan penyakit yang tiba-tiba
menyerang otak (Cunningham et al.,1997). Bayi-bayi yang lahir daripada ibu yang ketagih
kokain mempunyai pelbagai jenis masalah kesihatan seperti lahir pramatang, mempunyai
berat badan yang kurang, strok dan kecacatan (Mebyl.1994). Menurut Alessandri et
al.,1993;Benderky & lewis,1998, bayi-bayi yang lahir daripada ibu-ibu yang ketagih
kokain boleh dianggap sebagai pemarah lambat bertindak kepada ransangan dan lambat
belajar sesuatu perkara.

7
RADIASI
Dos radiasi yang tinggi boleh menyebabkan kecacatan yang serius kepada perkembangan
organisma dan boleh menyebabkan kematian janin serta gugur kandungan secara tiba
(Moore & Persoud, 1993). Sesetengah kes yang berdos rendah mungkin dapat
menyelamatkan nyawa janin tetapi perkembangan mereka akan terganggu disebabkan
kecacatan selepas lahir.Contoh yang paling mudah untuk dilihat ialah kelahiran bayi-bayi
daripada ibu-ibu yang hamil pada letupan bom di Hiroshima semasa perang dunia ke-2.
Kebanyakkan daripada bayi-bayi yang lahir mempunyai kecacatan fizikal yang kekal
sepanjang hayat.

PENCEMARAN
Beribu-ribu bahan kimia yang digunakan dalm industri pemakanan dan kosmetik tidak
pernah dicuba untuk melihat kesannya kepada perkembangan jani walaupun sesetengah
daripada bahan ini dapat melepasi plasenta terus kepada janin (Jones,1997). Insiden
kecacatan kelahiran banyak berlaku di kawasan yang mengalami pencemaran atmosfera
yang teruk. Lebih 1000 bayi yang lahir di Cubatao meninggal akibat kegagalan otak untuk
berkembang kerana bahan kimia yang dilepaskan di udara.

8
6.0 FAKTOR PENYAKIT

Penyakit atau jangkitan daripada ibu boleh menghasilkan zuriat yang cacat kerana
penyakit-penyakit tersebut boleh melepasi halangan plasenta dan boleh mendatangkan
masalah semasa kelahiran (Avgil & Ornoy,2006). Rubella (campak Jerman) ialah salah
satu penyakit yang boleh menyebabkan kecacatan janin. Menurut Kobayashi &
others,2005, kecacatan janin yang teruk terjadi apabila ibu mengandung mendapat
jangkitan ini pada minggu ketiga dan keempat. Sifilis (jangkitan daripada hubungan
kelamin ialah penyakit yang berbahaya kepada perkembangan janin. Penyakit ini
merosakkan organ bayi apabila ia sudah terbentuk. Kecacatan termasuklah kerosakkan
mata yang berbahaya yang boleh membawa kepada kebutaan mata dan kerosakkan kulit.
Selain itu penyakit yang berbahaya yang tersebar luas ialah penyakit yang disebabkan
oleh virus di kemaluan. Menurut Hollier & Wendel,2008;Shapiro Mendoza &
others,2008, kebanyakkan bayi mendapat penyakit ini semasa mereka dilahirkan melalui
vagina ibu yang dijangkiti penyakit tersebut. Lebih daripada 1/3 bayi yang yang dilahirkan
melalui saluran kelahiran yang dijangkiti meninggal dunia dan lagi ¼ mengalami
kerosakkan otak. Jika penyakit ini dikesan ada pada ibu mengandung sewaktu tarikh
kelahiran semakin hampir pembedahan akan dilakukan bagi mengelakkan virus tersebut
menjangkiti bayi (Baler,2007). AIDS ialah penyakit seksual yang tersebar disebabkan
oleh human immunodeficiency virus ( HIV) yang boleh memusnahkan sisitem imun
badan. Seseorang ibu boleh menjangkitkan virus tersebut kepada zuriat masing-masing
melalui 3 cara iaitu :

1. kapilari darah ibu ke bayi


2. penyusuan badan
3. plasenta

9
Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai AIDS ini mungkin dilahirkan dengan 3
keadaan iaitu :
1. dijangkiti dan menunjukkan simptom-simptom AIDS
2. dijangkiti tetapi tidak menunjukkn simptom-simptom AIDS
3. tidak dijangkiti langsung

RUMUSAN

Kesimpulannya, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan janin dalam


kehidupan seharian kita. Para-para ibu hendaklah mengambil berat tentang pemakanan
seharian dan bersikap berdisiplin menjauhkan diri daripada dadah yang berbahaya.
Kebanyakkan risiko kecacatan atau masalah ibu yang hamil datang daripada ibu itu
sendiri. Keadaan ini terjadi kerana tiadanya penerapan sahsiah moral dalam diri setiap
individu.Ibu-ibu juga diminta menjaga diri daripada mendapat penyakit yang memberi
komplikasi kepada ibu dan bayi semasa proses kelahiran. Salah satu penyakit tersebut
ialah darah tinggi. Ia boleh menyebabkan ibu mengalami tekanan yang melampau dan
akan memberi kesan kepada anak di dalam kandungan. Ibu-ibu yang mengandung juga
harus mengambil makanan yang sihat kerana ia akan memastikan perkembangan janin
yang sihat, mengekalkan kesihatan ibu dan memenuhi keperluan nutrien dan memastikan
penambahan berat badan yang bersesuaian semasa mengandung.

10
RUJUKAN

John W. Santrock (2009), Child Developement : McGraw.


Hill International Edition

Michael Cole, Shiela r. Cole (2001), The Developement of


Children : Worth Publishers

Alison Clarke-Stewart, Marion, Perlmutter & Susan


Friedman (1988), Lifelong Human Development John Willey
& Son New York Chinchester Toronto Singapore

Penny Tassoni (2006) Early Year 2nd Edition Helnemann Ede


Publisera, Halley Court,Jordan Hill Oxfard, Part Of Harcout
Education

Robert V. Kail (2006) Children And Their Development


Fourth Edition, Upper Saddle River, New Jersey

11
12

You might also like