You are on page 1of 33

PENGENALAN KEPADA

PENGATURCARAAN C
CIRI-CIRI AM BAHASA
PENGATURCARAAN C
 Bahasa C menggunakan sebilangan notasi yang
nampak ganjil bagi mereka yang tidak pernah
membuat pengaturcaraan komputer.
 Struktur am suatu bahasa pengaturcaraan C
adalah seperti berikut :
a)bahagian #include iaitu arahan pemproses
b)main()
c)pembuka blok ‘{‘
d)badan aturcara
e)penutup blok ‘}’
CIRI-CIRI AM BAHASA
PENGATURCARAAN C
 Contoh:
/* Aturcara pertama dalam C */
#include <stdio.h>
int main(void)
{
printf (“Contoh aturcara pertama dalam C \n”);
return 0;
}

Output :
Contoh aturcara pertama dalam C
CIRI-CIRI AM BAHASA
PENGATURCARAAN C
KOMEN (/*……*/)
 Teks yang dimulakan dengan simbol “/*” dan diakhiri dengan simbol “*/”
menandakan satu komen.
 Pengaturcara memasukkan komen untuk tujuan mendokumentasikan dan
meningkatkan pemahaman aturcara.
 Komen tidak akan menyebabkan sebarang tindakan semasa aturcara itu
dilaksanakan.
 Komen
“Aturcara pertama dalam C”
menerangkan tujuan aturcara itu.
 Komen juga menolong orang lain membaca dan memahami aturcara kita.
 Komen yang terlalu banyak pula akan menyebabkan aturcara itu susah untuk
dibaca.
 Jadi pengaturcaraan harus bijak meletakkan komen pada tempat yang
difikirkan perlu.
CIRI-CIRI AM BAHASA
PENGATURCARAAN C
BARIS int main(void)
 main() adalah sebahagian daripada aturcara bahasa C. Simbol ()
menunjukkan bahasa main adalah satu blok pembangunan aturcara yang
dipanggil fungsi.
 Aturcara bahasa C mengandungi 1 atau lebih fungsi di mana salah satu
daripadanya adalah main dan mesti wujud dalam setiap aturcara C. Fungsi
main adalah fungsi yang pertama sekali yang dilaksanakan oleh pengkompil
C.
 Perkataan int dan void dalam baris aturcara di atas ialah kata kunci atau
kata simpan dalam C yang memberi maksud tertentu kepada pengkompil.
Perkataan int menunjukkan bahawa fungsi main mengembalikan nilai int
kepada sistem pengoperasian manakala perkataan void pula memberi
maksud bahawa fungsi main tidak memerlukan sebarang parameter.
 Baris
return 0;
merupakan satu penyataan kembali. Ia menyebabkan satu nilai sifar
dipulangkan kepada sistem pengoperasian. Nilai yang dipulangkan ini boleh
digunakan sekiranya perlu oleh sistem pengoperasian tersebut. Fungsi akan
dibincang dengan lebih lanjut di dalam unit 7.
CIRI-CIRI AM BAHASA
PENGATURCARAAN C
SIMBOL ‘{‘ dan ‘}’
 Simbol ‘{‘ digunakan untuk memulakan setiap
badan fungsi manakala simbol ‘}’ akan mengakhiri
setiap fungsi.
 Simbol ‘{‘ dan ‘}’ serta bahagian aturcara antara
simbol-simbol ini dipanggil satu blok.
 Blok adalah satu unit yang penting dalam bahasa
C.
 Penggunaan simbol ’}’ pada baris terakhir aturcara
dalam contoh aturcara menunjukkan penghabisan
fungsi main.
CIRI-CIRI AM BAHASA
PENGATURCARAAN C
 Lengkapkan aturcara di bawah dengan
meletakkan simbol ciri-ciri am dalam bahasa
C.
Aturcara memaparkan maklumat pelajar */
#include <stdio.h>
printf (“Nama saya ialah Azi”);
printf (“Umur saya ialah 19 tahun”);
return 0;
}
MENGENALPASTI KEGUNAAN ARAHAN-
ARAHAN ASAS DALAM PROGRAM C
 Aturcara di bawah adalah satu aturcara ringkas yang meminta
pengguna menaip satu nombor dan kemudian mencetaknya
kembali.

/* Aturcara mengambil input dan mencetak output */


#include <stdio.h>
main()
{
int nombor; /* isytihar pembolehubah*/
printf (“Masukkan satu nombor dan tekan Enter : ”);
scanf (“%d”, &nombor); /* ambil input */
printf (“Nombor yang anda taip ialah %d”, nombor);
return 0;
}

Output :
Masukkan satu nombor dan tekan Enter : 5
Nombor yang anda taip ialah 5
MENGENALPASTI KEGUNAAN ARAHAN-
ARAHAN ASAS DALAM PROGRAM C

PENYATA KELUARAN printf()


 Arahan printf digunakan untuk mencetak output di
skrin. Format bagi arahan ini ialah:
printf (“<apa yang hendak dicetak, diletakkan di
sini>”);
 Baris printf (“Masukkan satu nombor dan tekan
enter”) dalam aturcara di atas adalah satu
kenyataan mencetak. Ia mengarah komputer
mencetak di skrin satu muatan aksara yang
disempadani dengan tanda ‘”’.
 Setiap kenyataan bahasa C mesti diakhiri dengan
tanda ‘;’ Komputer akan mencetak “Masukkan satu
nombor dan tekan Enter” di skrin apabila aturcara
itu dilaksanakan.
MENGENALPASTI KEGUNAAN ARAHAN-
ARAHAN ASAS DALAM PROGRAM C

PENYATA MASUKAN scanf()


 Arahan scanf digunakan untuk mengambil input
dari papan kekunci. Format bagi arahan ini ialah :
scanf (“<penyata jenis
data>,&<pembolehubah>”);
 Tanda ‘&’ yang diletakkan sebelum nama
pembolehubah ialah untuk membolehkan komputer
mengetahui kedudukan pembolehubah tersebut
dalam ingatan komputer. Komputer perlu
mengetahuinya bagi membolehkannya mengubah
kandungan pembolehubah.
MENGENALPASTI KEGUNAAN ARAHAN-
ARAHAN ASAS DALAM PROGRAM C

PENYATA MASUKAN scanf()


 Baris

scanf (“%d”,&nombor);
dalam aturcara di atas mengarahkan komputer
menunggu pengguna menaip satu nombor di papan
kekunci.
 Setelah pengguna menaipnya, nilai nombor itu akan
dimasukkan dalam pembolehubah bernama nombor.
 Dalam penyataan scanf di atas, penyata jenis data
‘%d’ digunakan, nombor adalah data berjenis
integer.
 Sekiranya nilai yang hendak dibaca itu dari jenis data
lain maka penyata jenis data lain pula digunakan.
MENGENALPASTI KEGUNAAN ARAHAN-
ARAHAN ASAS DALAM PROGRAM C
PENGGUNAAN BARIS printf UNTUK MENCETAK KEMBALI
NILAI PEMBOLEHUBAH YANG DIMASUKKAN.
 Dalam aturcara di atas anda dapati baris printf
digunakan untuk mencetak kembali nilai nombor
yang dimasukkan.
 Format penggunaan printf untuk mencetak nilai
semasa pembolehubah ialah :
printf (“%<penyata jenis data>”,<pembolehubah>);
 Dalam aturcara tersebut ’%d’ digunakan untuk
mencetak nilai pembolehubah integer nombor.
 Sekiranya pembolehubah yang dicetak mempunyai
jenis data lain, maka penyata lain pula digunakan.
MENGENALPASTI KEGUNAAN ARAHAN-
ARAHAN ASAS DALAM PROGRAM C
Pernyataan puts,putchar dan getchar
/* Aturcara mengambil input dan mencetak output */
#include <stdio.h>
main()
{
int nombor;
puts ("Masukkan satu nombor: ");
nombor=getchar();
puts ("nombor yang anda masukkan ialah: ");
putchar (nombor);
return 0;
}
MENGENALPASTI KEGUNAAN ARAHAN-
ARAHAN ASAS DALAM PROGRAM C

Pernyataan puts,putchar dan getchar


Output:
Masukkan satu nombor:
5
Nombor yang anda masukkan ialah:
5
MENGENALPASTI KEGUNAAN ARAHAN-
ARAHAN ASAS DALAM PROGRAM C
Kod Penerangan
Forma
KOD-KOD t
FORMAT %d Mempamerkan nombor dalam
bentuk integer
 Terdapat beberapa
%f Mempamerkan nilai titik terapung
kod format dalam atau perpuluhan
bahasa C untuk %e Mempamerkan nilai titik terapung
memformat output. dalam notasi eksponen
%c Mempamerkan satu nilai aksara
Jadual di bawah
memberi penerangan %s Mempamerkan satu nilai rentetan
bagi setiap kod %g Mempamerkan satu nilai titik
format tersebut: terapung sama ada dalam
bentuk titik terapung atau
bentuk eksponen
%lf Mempamerkan nombor dalam
bentuk double
MENGENALPASTI KEGUNAAN ARAHAN-
ARAHAN ASAS DALAM PROGRAM C

SIMBOL ‘&’
 Simbol ‘&’ yang diletakkan sebelum
nama pembolehubah dalam arahan
scanf ialah untuk membolehkan
komputer mengetahui kedudukan
pembolehubah tersebut di dalam
ingatan komputer.
MENGENALPASTI KEGUNAAN ARAHAN-
ARAHAN ASAS DALAM PROGRAM C
Aksara Lepas Penerangan
AKSARA LEPAS
 Terdapat beberapa
\n Menggerakkan kursor ke baris baru
aksara lepas yang
digunakan dalam \b Menggerakkan kursor ke belakang satu kedudukan di
baris semasa

program C. Jadual
di bawah memberi
\f Menggerakkan kursor ke permulaan muka seterusnya

penerangan bagi \r Menggerakkan kursor ke permulaan baris semasa

setiap aksara lepas \t Menggerakkan kursor ke tab mengufuk seterusnya

tersebut. \v Menggerakkan kursor ke tab menegak seterusnya


MENGENALPASTI KEGUNAAN ARAHAN-
ARAHAN ASAS DALAM PROGRAM C

Latihan:
 Berdasarkan keratan aturcara di bawah apakah
output yang akan dipaparkan.
i) printf (“Selamat Datang ke \n”);
printf (“\n\tPoliteknik Ungku Omar”);
ii) int nombor1, nombor2;
float jumlah;
printf(“Masukkan nombor 1 : “);
scanf (“%d”,&nombor1);
printf(“Masukkan nombor 2 : “);
scanf (“%d”,&nombor2);
jumlah = nombor1 + nombor2;
printf (“Jumlah kedua-dua nombor ini ialah : %.2f”, jumlah);
MENULIS, MENGKOMPIL DAN
MENJALANKAN CONTOH PROGRAM
 Contoh :
 Tulis aturcara untuk mencetak “Selamat Belajar Bahasa C”.
Penyelesaian :
/* Aturcara mengambil input dan mencetak output */
#include <stdio.h>
int main(void)
{
printf (“Selamat Belajar Bahasa C”);
return 0;
}

Output :
Selamat Belajar Bahasa C
MENULIS, MENGKOMPIL DAN
MENJALANKAN CONTOH PROGRAM
 Latihan :
Tulis satu aturcara untuk mencetak “Selamat
Belajar Bahasa C” dalam baris yang berlainan
(1 perkataan sebaris) menggunakan hanya
satu arahan printf sahaja.
MENULIS, MENGKOMPIL DAN
MENJALANKAN CONTOH PROGRAM
Penyelesaian:
/* Aturcara mengambil input dan mencetak output */
#include <stdio.h>
int main(void)
{
printf (“Selamat\nBelajar\nBahasa\nC\n”);
return 0;
}

Output :
Selamat
Belajar
Bahasa
C
MENULIS, MENGKOMPIL DAN
MENJALANKAN CONTOH PROGRAM

 Latihan:
Tuliskan aturcara yang membaca 2
nombor integer dan mencetak kedua-
dua nombor tersebut.
PENYATAAN ARAHAN PRA PEMPROSES
DAN KEPALA FAIL DALAM
PENGATURCARAAN C
 Terdapat 2 jenis arahan pra pemproses iaitu #include dan
#define.
 #include
a) #include adalah arahan untuk prapemproses C.
Baris-baris yang bermula dengan simbol ‘#’
diproses oleh prapemproses sebelum aturcara itu
dikompil.
b) Arahan #include perlu ditulis diikuti
dengan fail kepala yang mana akan dibincangkan
dalam bahagian seterusnya.
Contoh :
#include <stdio.h>
c) Fail stdio.h disertakan kerana di dalamnya terdapat definisi
arahan untuk mencetak output dan mengambil input yang akan
kita gunakan.
PENYATAAN ARAHAN PRA PEMPROSES
DAN KEPALA FAIL DALAM
PENGATURCARAAN C
 #define
a) Selain #include kita juga boleh menakrifkan pra pemproses yang
dipanggil #define.
b) #define juga boleh digunakan untuk mengisytiharkan sesuatu pemalar.
Sintaks :
#define <nama pemalar><nilai pemalar>

Contoh :
#define BIL_MAKS 999
#define PI 3.1459
c) Apabila baris ini ditemui dalam fail aturcara yang sedang dikompil,
prapemproses akan menukar semua pengecam BIL_MAKS yang dijumpai ini
dengan nilai 999 dan PI dengan 3.1459. Kecuali jika ianya adalah
komen. BIL_MAKS dan PI ini dikenali sebagai pemalar simbolik. Ia boleh
diletakkan di mana-mana dalam aturcara dan ia akan memberi kesan
kepada baris aturcara selepas ia diletakkan kebiasaannya ia diletakkan di
permulaan aturcara dan ditulis dengan huruf besar.
PENYATAAN ARAHAN PRA PEMPROSES
DAN KEPALA FAIL DALAM
PENGATURCARAAN C
 Kebanyakan daripada perlaksanaan bahasa C ada menyediakan perpustakaan piawai yang terdapat
banyak fungsi di dalamnya.
 Secara asasnya C piawai menyediakan 16 pengepala atau kepala fail yang setiap satunya mempunyai
banyak fungsi di dalamnya. 16 kepala fail itu ialah :
<assert.h>
<float.h>
<math.h>
<stdarg.h>
<stdlib.h>
<ctype.h>
<limits.h>
<setjmp.h>
<stddef.h>
<string.h>
<errno.h>
<locale.h>
<signal.h>
<stdio.h>
<time.h>
<conio.h>
PENYATAAN ARAHAN PRA PEMPROSES
DAN KEPALA FAIL DALAM
PENGATURCARAAN C
(a) <stdio.h>
 Terdapat beberapa fungsi dalam pustaka stdio.h yang
boleh digunakan untuk aksara dan rentetan. Jadual berikut
meringkaskan fungsi yang boleh diguna.
Prototaip fungsi Tugas

int getchar(void) Baca aksara yang dimasukkan dan kembali kod aksara dalam integer

char *gets(char *s) Baca input rentetan dan masukkan dalam tatasusunan s sehingga
berjumpa baris baru atau EOF. Aksara NULL akan ditambah
di hujung rentetan

int putchar(int c) Cetak aksara dalam c

int puts(const char * s) Cetak rentetan s dan tambah aksara baris baru
PENYATAAN ARAHAN PRA PEMPROSES
DAN KEPALA FAIL DALAM
PENGATURCARAAN C

 Fail kepala stdio.h ini mengandungi


maklumat yang diperlukan untuk
pengendalian masukan scanf dan
keluaran printf. Nama penuh fail ini
ialah standard input / output
header.
PENYATAAN ARAHAN PRA PEMPROSES
DAN KEPALA FAIL DALAM
PENGATURCARAAN C
CONTOH:

#include <stdio.h>
int main(void)
{
int umur;
printf (“Masukkan umur anda : ”);
scanf (“%d”,umur);
printf (“Umur anda ialah %d tahun”, umur);
return 0;
}

Output :
Masukkan umur anda : 18
Umur anda ialah 18 tahun
PENYATAAN ARAHAN PRA PEMPROSES
DAN KEPALA FAIL DALAM
PENGATURCARAAN C
(b) <math.h> Prototaip Fungsi Tugas

 Terdapat beberapa double acos(double x) Mengira kosin untuk

fungsi dalam double asin(double x)


sesuatu nilai x
Mengira nilai sin untuk x
pustaka yang boleh
digunakan untuk double atan(double x) Mengira nilai tan untuk x

melaksanakan double sinh(double x) Mengira sin hiperbolik


operasi matematik untuk x

asas. Jadual berikut double exp(double x) Mengira eksponen untuk x

meringkaskan fungsi double log(double x) Mengira logaritma asli


untuk x
yang boleh double pow(double Mengira x kuasa y
digunakan. x,double y)
double sqrt(double x) Mengira punca ganda dua
untuk x
PENYATAAN ARAHAN PRA PEMPROSES
DAN KEPALA FAIL DALAM
PENGATURCARAAN C

 Contoh:
#include <stdio.h>
#include <math.h>
int main(void)
{
double x = 3.0, y = 4.0;
double hasil;
hasil = pow (x, y);
printf (“Hasil = %lf ”, hasil);
return 0;
}

Output :
Hasil = 81.0
PENYATAAN ARAHAN PRA PEMPROSES
DAN KEPALA FAIL DALAM
PENGATURCARAAN C
Prototaip Fungsi Tugas
(c) <ctype,h>
 Antara fungsi-fungsi int isdigit (int c) Pulangkan 1 jika c adalah digit dan 0 jika c bukan digit
yang terkandung
dalam fail kepala ini int isalpha(int c) Pulangkan 1 jika c adalah abjad dan 0 jika c bukan abjad
ialah fungsi untuk int islower (int c) Pulangkan 1 jika c adalah huruf kecil dan 0 jika c huruf besar
menguji jenis aksara
dan fungsi untuk
int isupper (int c) Pulangkan 1 jika c adalah huruf besar dan 0 jika c huruf kecil
menukar aksara dari
abjad huruf kecil ke
abjad huruf besar. int isspace(int c) Pulangkan 1 jika c adalah ruang kosong dan 0 jika palsu
Berikut adalah
int toupper(int c) Pulangkan 1 jika c huruf kecil , kembalikan huruf besar bagi c
senarai fungsi-fungsi
dalam fail kepala
<ctype.h>. int tolower(int c) Pulangkan 1 jika c huruf besar, kembalikan huruf kecil bagi c
PENYATAAN ARAHAN PRA PEMPROSES
DAN KEPALA FAIL DALAM
PENGATURCARAAN C

 Contoh:
#include <stdio.h>
#include <ctype.h>
int main(void)
{
char aksara;
printf (“Masukkan satu aksara :”);
aksara = getchar();
if (isdigit (aksara))
printf (“%c adalah digit \n”, aksara);
if (isalpha (aksara))
printf (“%c adalah abjad \n”, aksara);
if (islower (aksara))
printf (“%c adalah huruf kecil \n”, aksara);
if (isupper (aksara))
printf (“%c adalah huruf besar \n”, aksara);
if (isspace (aksara))
printf (“%c adalah ruang kosong \n”, aksara);
printf (“tolower %c adalah %c\n”,aksara,tolower(aksara));
printf (“toupper %c adalah %c\n”,aksara,toupper(aksara));
return 0;
}
PENYATAAN ARAHAN PRA PEMPROSES
DAN KEPALA FAIL DALAM
PENGATURCARAAN C

Output :
Masukkan satu aksara : g
g adalah abjad
g adalah huruf kecil
tolower g adalah g
tolower g adalah G

You might also like