Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
72Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Inovasi Dalam Pedagogi

Inovasi Dalam Pedagogi

Ratings:

4.75

(4)
|Views: 3,485 |Likes:
Published by LadyZuely

More info:

Published by: LadyZuely on Jun 26, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/25/2013

pdf

text

original

 
Perhatian : Kajian berikut tidak begitu terikat kepada disiplin pedagogi semata-mata. Ianya merupakan kajian lebih liberal mengikut kacamata perunding bebas dan faktor-faktor empirikal juga diambilkira. Haipotesis pedagogi tidak begituditekankan secara khusus walaupun sedikit unsur-unsur berkenaan masih dijadikan panduan secara generik oleh pengarang dalam memantapkan isi kajiannya. Aplikasi mana-mana kandungan dibawah masih memerlukan perbincangansecara kolektif dikalangan semua pihak yang berkepentingantermasuk warga akademik secara keseluruhan. Perundingbersedia untuk membuat kursus, bengkel dan taklimat jikadiperlukan. Bagi pelajar IPT bidang pendidikan, andadikehendaki menghubungi perunding/pengarang/pengelolalaman web untuk keterangan selanjutnya.
http://www.geocities.com/nikzafri/pedagogi.html
Kajian Oleh : PN. TETTY HENNEY BTE ZULKIFLI dijalankandengan usahasama dengan NIK ZAFRI (Pengeditan Semula :November, 2006)
© 1999-2000-2006 Tetty Henney Zulkifli/Nik Zafri. Sebarang penyalinan kembali ke atas mana-mana isi kandungan hartaintelek berikut secara langsung atau tidak langsung perlumendapat keizinan bertulis dari pengarang atau pengelola Nik  Zafri Online. Pengarang tidak boleh disabitkan atas apa-apatindakan perundangan dan tidak akan bertanggungjawabsekiranya aplikasi tanpa kebenaran menyebabkan kegagalandalam perjalanan tradisi disiplin keilmuan pedagogi, pendidikan dan kurikulum.
Keunggulan di dalam bilik darjah tidak mungkin dapat dilaksanakanmenerusi kurikulum yang
standard 
untuk semua pelajar. Walaupun inimerupakan hakikatnya, masih banyak kita lihat sekolah-sekolah diMalaysia yang tidak memahami perkara ini. Inilah diantara sebabkenapa YB Tan Sri Musa Muhammad, mantan Menteri Pendidikan telah(secara tidak langsung) telah mencadangkan gabungan falsafahkonservatif dan liberal dalam pedagogi. Ini dapat dilihat dengancadangan beliau untuk memberikan sedikit kelonggaran bagi sekolahuntuk menguruskan sendiri premis mereka dan menggalakkan sekolahmemperkenalkan unsur-unsur ketrampilan/kemahiran dalam akademik.Selain itu konsep-konsep terkini seperti Sekolah Wawasan, Bestari dan
 
Premier juga perlu mendapat sokongan tenaga pendidik bagimenjayakannya. Kesemuanya adalah bertujuan untuk melahirkansuasana pendidikan yang lebih demokratik dan bukannya untukmerosakkan keharmonian kaum seperti yang didakwa oleh sesetengahpihak.Di alaf baru ini, perhatian serius perlu diberikan terhadap isu-isuseperti budaya, etnik dan bangsa yang belajar dengan cara yang lebihseragam. Soalan-soalan berikut perlu ditanyakan terlebih dahulu :a.Bagaimanakah kita dapat mengetahui bahawa keseluruhanpelajar tidak kira dari mana sekalipun mampu belajar sejajardengan panduan-panduan yang telah diberikan?b.Bagaimanakah caranya kita dapat menyeragamkan pengetahuandan kemahiran/ketrampilan untuk semua orang? Jika kita perhatikan suasana semasa sekarang, sudah tentu jawapan- jawapan yang bakal diberikan adalah 'tidak tahu! Jadi apakahsebenarnya yang dipanggil keunggulan hasil inovasi dalam pedagogi?Bagaimanakah caranya kurikulum kini dapat disesuaikan dengansekolah-sekolah dalam konteks budaya, etnik dan bangsa?Semua pentadbiran sekolah perlu diberikan peluang untukmenguruskan perkara ini secara bebas. Pengurusan yang bolehdilakukan ialah membangun dan menguji
standard 
kandungan bagimenakrifkan pengetahuan dan kemahiran untuk sekolah masing-masing. Menerusi ujian/
trial-run
sahaja, aras dapat dilakukan keataskeberkesanan pelaksanaan. Banyak agensi/perunding/organisasi bolehterlibat sama dalam membantu projek ini seperti Lembaga AkreditasiNegara, Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan, organisasi korporat,orang awam dll. Kesimpulan dari pendapat umum seperti inikadangkala amat bernas dan boleh menjadi input-input yang positif untuk aras
standard 
dan kurikulum akademik.Semua pengurusan dan standard perlu mendemonstrasikan skop kerjabagi mengenalpasti pengetahuan yang benar-benar diperlukan olehpelajar. Warga pendidik secara keseluruhan juga perlu komited untuksama-sama menentukan pelajar mencapai standard keunggulan.Apa yang perlu kita fikirkan sekarang ialah tradisi menilai pelajar yangberkaitan secara langsung dengan budaya normatif denganmembandingkan pelajar menerusi pengagihan kelok pencapaiandengan kelok keupayaan/kebolehan yang diperolehi menerusi Ujian IQ.
 
Apakah ianya satu sistem yang baik? Atau hanya melahirkan lebihbanyak diskriminasi.Umum berpendapat bahawa kecermelangan pendidikan dapatdijayakan menerusi ukuran tahap prestasi pelajar akan menentukansasaran yang mencabar. Ada yang terlupa bahawa kurikulum yangseragam tidak mampu menghasilkan kecemerlangan untuk semua.Sebarang usaha ke arah mengelakkan pendekatan yang terlalu terikatkepada
sort-and-select 
bagi mendapatkan hasil berkualiti perludiberikan pujian. Ini sepatutnya menjadi sasaran bagi meminimakansistem pengesan pada 'peringkat bawah kelok berbentuk bola' yangsering 'menghantui' pembentukan kurikulum. Walaubagaimanapun,asas utama inovasi pedagogi yang menekankan integrasi sumber dankecukupan masa serta meningkatkan kemahiran dan pengetahuanperlu dikekalkan. Tidak dapat dinafikan, kadangkala kita perlumerenung dan menyemak kembali isi kandungan Penyata Razak dansesuaikan/tingkatkan dengan zaman teknologi alaf baru.Segala masalah berhubung inovasi pedagogi tidak akan dapatdiminimakan menerusi kurikulum/standard kandungan yangberdasarkan semata-mata kepada pembelajaran konsep-konsep yangpenting, kemahiran berfikir dan aplikasi pembelajaran situasi 'sebenar'.Masalah juga akan bertambah apabila ramai pihak berbalahan tentangformat kemahiran yang perlu diperkenalkan kepada pelajar mengikutkehendak pasaran pekerjaan alaf baru.Apabila kurikulum atau standard kandungan yang sama digunakan,sistem pendidikan tidak akan mencapai kejayaan sasaran untukmenjadikannya lebih demokratik dengan mengenepikan perbezaanindividu pelajar dari segi latarbelakang, pengalaman dan minat. Jika inidapat dipinda, tentunya, keunggulan daripada setiap pelajar akandapat dimaksimakan.Langkah susulan yang perlu dilakukan selepas ini ialah semakankembali ke atas tiga (3) falsafah pendekatan terhadapstandard/kurikulum pedagogi iaitu :- konservatif, liberal dan kiritikal.Ketiga-tiga pendekatan ini dapat menjelaskan isu berhubung takrif konsep standard dan keunggulan dalam konteks pendidikan yang lebihdemokratik. Pendekatan terhadap standard bagi membangunkanketiga-tiga falsafah ini perlu dikaji dari segi kebaikan dankeburukannya. Gabungan yang tepat ke atas ketiga-tiga elemen iniakan memudahkan satu panduan diwujudkan bertujuan untukmembangunkan standard yang lebih demokratik dan unggul sehinggake bilik darjah.

Activity (72)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Zahratul Jannah liked this
khyree liked this
InTan Diamond liked this
milfie liked this
Shuhaila Subhi liked this
Cannon Si Otok liked this
Abrar Maravilla liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->