- DUA RUANG MASIH KOSONG -
Puasa tapi tak Solat, Raya tapi tak Puasa
Posted on Sunday, August 22 @ 19:00:00 PDTDilulus untuk paparan olehCyberSniper Oleh:
"Apakah sah puasa orang tak solat ? Apakah sah raya orang yangtak puasa ? Hari Raya Puasa sehari atau sebulan ? Main mercun dapat pahala atau dosa ? Inilah soalan yang sering kedengaran walaupunkita dah nak menyambut 53 tahun merdeka. Masih ramai tak tahu yang mana lebih penting, solat, puasa, zakat atau raya ? Maka tidak hairanlah Malaysia sekarang ini ditimpa pelbagai bala bencana, ributtaufan, kencing tikus, buang bayi, bakteria kuda, denggi, H1N1, AIDS dansebagainya.Perkara yang paling utama iaitu solat wajib 5 waktu tidak boleh nak selesai, danmajoriti umat Islam tidak faham keutamaan solat macamana kita nak bincang perkaralain , muammalat Islam, perbankan Islam, persijilan halal dan sebagainya.Solat ialah perkara pertama yang akan dihitung atau disoal diakhirat nanti, kalau solat bermasalah, maka amalan lain juga akan bermasalah. Macam kita kena tahan polislah. Polis mula-mula tanya mana lesen, kalau lesen tak ada habislah. Polis tak tanya dulu geran kereta, insuran kereta, cukai jalan kereta, tayar cukup bunga ke tak dan sebagainya.Jadi mari kita sama-sama menyeru kepada semua umat Islam terutama orang Melayuyang leka dengan Bazar Ramadan, persiapan raya, lagu raya, lemang, ketupat, rumahterbuka , mercun , mercun bola , bunga api dan sebagainya supaya utamakan solat 5waktu terlebih dahulu.Sebelum nak laksanakan pendidikan seks di sekolah rendah dan sekolah menengah, pastikan semua pelajar beragama Islam solat 5 waktu apabila mereka berada disekolah. Di sekolah pelajar tak sembahyang, guru , jabatan dan kementerian pelajaran