You are on page 1of 10

Pendidikan di Malaysia

Pengajian Am
Pembentangan : 21 Julai 2010

Nama Ahli Kumpulan : Loo Fu Hong


: Hema

Nama Pensyarah : Ms Hong Saw Hoon.


Nama Kolej : Kolej Tunku Abdul Rahman.
Jalan Genting Kelang, Setapak 53300, Kuala Lumpur

Prakata
1
Sistem pendidikan di negara kita bermula dari sebelum kedatangan
penjajah lagi. Penduduk peribumi mempunyai pendidikan mereka sendiri
misalnya sekolah petang dan sekolah Madrasah di kampung-kampung.
Pendidikan tidak formal dari ibu bapa turut menjadi salah satu jenis
pendidikan pada zaman tersebut.Namun, selepas kedatangan penjajah
asing, pelbagai jenis sistem pendidikan digubal untuk memenuhi
kepentingan mereka sejajar dengan matlamat dasar pecah dan perintah
British yang berkehendakkan interaksi antara kaum tidak dapat dicapai.
Pendidikandijalankan oleh kaum masing-masing menggunakan sukatan
pelajaran dari negara asal mereka dan tiada langsung silang budaya dalam
sistem pelajaran Malaysia. Setelah Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan,
pemimpin-pemimpin pada ketika itu menghadapi cabaran dalam
menyusun semula sistem pendidikan negara yang masih berpaksikan
kepada kaum masing-masing. Dengan bermulanya Penyata Razak dan
Ordinan Pelajaran 1955, sehinggalah kepada Penyata Rahman Talib pada
1959 dan Akta Pelajaran 1961,perubahan kritikal terus dilakukan untuk
memantapkan pendidikan di Malaysia. Transformasi sistem pendidikan
ini sejajar dengan perubahan kehendak semasa dunia yang semakin
kompetitif dan berteraskan kepentingan global. Kita harus bangga akan
pencapaian yang dicapai sehingga hari ini dalam bidang pendidikan
adalah berkat usaha pemimpin terdahulu yang gigih memperjuangkan
kepentingan pendidikan kepada anak bangsa.
1
Penghargaan
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kedua dua
ibu bapa kami atas bantuan dan sokongan yang diberikan kepada kami
sepanjang kami menjalankan kajian .Selain itu, kami juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada guru Pengajian Am kami iaitu Ms
Hong Saw Hoon atas tunjuk ajar dan komitmen yang diberikan kepada
kumpulan kami.

Senarai isi kandungan


1
Senarai Muka surat
1. Prakata 2
2. Penghargaan 3
3. Senarai Isi kandungan 4
4. Contoh Karangan 5-9
5. Lampiran/Rujukan 10

Contoh Karangan
1
Amalan membaca merupakan salah satu daripada amalan nilai murni
yang perlu diterapkan dalam setiap individu. Ini kerana amalan membaca
ini mempunyai banyak faedah didalamnya.
Membaca boleh dijadikan sebagai sebuah hobi pada waktu senggang.
Oleh itu, waktu lapang tidak terbuang begitu sahaja dengan perkara yang
tidak berfaedah seperti bermain permainan video.
Banyak jenis bahan bacaan yang boleh dibaca. Ianya bukan sekadar
sahaja terdiri daripada buku cerita, malahan surat khabar dan majalah
juga boleh dijadikan sebagai bahan bacaan. Kita boleh memperoleh
banyak pengetahuan dan informasi terkini di dalam dan di luar negara
dengan membaca surat khabar.
Selain itu, kita juga boleh memperkayakan bahasa kita melalui
amalan membaca ini. Contohnya kita membaca buku cerita dalam Bahasa
Inggeris. Sudah tentu kita dapat meningkatkan pemahaman kita dalam
Bahasa Inggeris seterusnya memperbaiki perbualan dalam Bahasa Inggeris
dan sememangnya ia membantu kita.
Di samping itu, kita juga dapat berkongsi ilmu pengetahuan dengan
rakan - rakan tentang apa yang kita telah dapati melalui pembacaan. Oleh
itu, kita dapat meluaskan pengetahuan sedia ada.
Dengan ini, terbuktilah bahawa banyak faedah yang boleh didapati
dalam amalan membaca ini.
1
Amalan membaca merupakan satu amalan yang mulia. Membaca amat
penting dalam membentuk masyarakat berilmu. Setiap anggota
masyarakat harus menjadikan membaca sebagai satu amalan. Dalam hal
ini, ibu bapa perlu berusaha untuk mewujudkan keluarga berilmu dengan
menyemai minat membaca dalam kalangan anak-anak. (38)
Salah satu usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam memupuk
minat membaca dalam diri anak-anak adalah dengan membawa anak-
anak ke perpustakaan. Amalan ke perpustakaan akan menanam perasaan
cinta dan sayang akan buku. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa
anak-anak mereka ke perpustakaan awam pada setiap hujung minggu
atau semasa cuti sekolah. Di sini, anak-anak boleh memilih pelbagai buku
yang digemari. Lantas, anak-anak akan gemar membaca buku seumur
hidup. (64)
Selain itu, ibu bapa boleh mewujudkan perpustakaan mini di rumah.
Perpustakaan ini dapat dijadikan tempat menyimpan buku dan majalah.
Malahan, boleh menjadi tempat anak-anak membaca dan belajar.
Perpustakaan mini di rumah mestilah dilengkapi dengan buku-buku yang
bersesuaian dapat menarik minat anak-anak untuk membaca. Sebagai
contoh, majalah, buku cerita dan surat khabar. Ruang perpustakaan ini
juga mestilah dalam keadaan selesa. Lantaran itu, ibu bapalah memainkan
peranan yang sangat penting dalam mendidik anak-anak mereka agar
gemar membaca buku ketika berada di rumah.. (70)
Di samping itu juga, ibu bapa perlulah menunjukkan contoh teladan yang
baik untuk dicontohi oleh anak-anak mereka.Tidak dapat dinafikan,
contoh teladan yang baik dari ibu bapa mempengaruhi jiwa dan minda
anak-anak. Sebagai contoh, sikap gemar membaca surat khabar, majalah,
buku dan sebagainya patutlah diamalkan oleh ibu bapa dalam mengisi
1
masa lapang. Lama-kelamaan, tabiat ini akan menjadi ikutan anak-anak.
Bak kata peribahasa Melayu ‘bagaimana acuan, begitulah kuihnya’. Oleh
itu, jelaslah bahawa ibu bapa perlu menunjukkan contoh terbaik untuk
dicontohi anak-anak.(69)
Tambahan pula, ibu bapa boleh membawa anak-anak ke pameran buku.
Sehubungan dengan itu, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak
mengunjungi kedai buku ketika pergi ke pusat beli-belah. Dengan
mengunjungi tempat-tempat tersebut, minat mereka untuk membaca
akan dapat ditingkatkan, Di samping itu, mereka akan dapat mempelajari
cara memilih bahan-bahan bacaan yang sesuai. Bahan bacaan yang dijual
adalah berkualiti. Harganya pula adalah berpatutan. Natijahnya, ibu bapa
yang membawa anak-anak ke pameran buku atau kedai buku sebenarnya
membawa kepada mewujudkan budaya suka membaca dalam kalangan
ahli keluarganya. (73)
Seterusnya, ibu bapa juga boleh menghadiahkan buku kepada anak-anak.
Ibu bapa perlu memberikan hadiah atau ganjaran kepada anak-anak
apabila anak-anak berjaya dalam peperiksaan dan sempena hari kelahiran.
Anak-anak akan berasa gembira kerana kejayaannya dihargai oleh
keluarga mereka. Hadiah berbentuk buku lebih sesuai untuk anak-anak.
Ibu bapa boleh membelikan buku berbentuk pelajaran, novel ataupun
komik mengikut kesesuaian umur. Amalan ini sepatutnya diterapkan
sejak kecil lagi dalam kalangan anak-anak. Bersesuaian dengan peribahasa
Melayu, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. (73)
Kesimpulannya, terdapat beberapa peranan ibu bapa dalam usaha untuk
memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak kerana membaca
jambatan ilmu. Oleh itu,anak-anak yang rajin membaca akan menjadi
pandai dan bakal pemimpin pada masa akan datang. (33 )
1
Marcapada, anak-anak dalam zaman ini tidak suka membaca. Mereka
lebih suka menghabiskan masa lapang mereka dengan melepak di
kompleks beli-belah atau menonton televisyen daripada membaca bahan
bacaan yang berguna. Jika tidak membaca, mereka akan kekurangan ilmu
pengetahuan atau tidak mengetahui perubahan yang berlaku di sekeliling
mereka. Oleh itu,ibu bapa perlu memainkan peranan untuk memupuk
minat membaca dalam kalangan anak mereka.
Satu daripada peranan ibu bapa ialah ibu bapa hendaklah menyemaikan
tabiat suka membaca dalam kalangan anak mereka. Tabiat ini harus
ditanamkan sejak kecil lagi bak kata pepatah, "kalau hendak melentur
buluh biarlah dari rebungnya". Dalam hal ini, ibu bapa perlu
menyediakan bahan bacaan untuk anak-anak. Sebagai contohnya, ibu
bapa hendaklah mewujudkan perpustakaan mini di rumah untuk
menggalakkan anak-anak membaca. Apabila anak selalu membaca,
mereka akan menjadi seronok lalu menjadikan amalan membaca sebagai
hobi kerana alah bisa tegal biasa.
Selain itu, ibu bapa sendiri juga harus menanamkan sikap suka membaca
kepada diri sendiri sebagai teladan kepada anak-anak. Apabila melihat ibu
bapa membaca, anak-anak juga akan terpengaruh untuk mengikut jejak
langkah ibu bapa mereka yang suka membaca. Misalnya, ibu bapa yang
tidak suka membaca dan hanya menggalakkan anak-anak mereka
membaca dianggap bagai ketam mengajar anaknya berjalan betul. Oleh
yang demikian, ibu bapa mestilah menjadi contoh kepada anak-anak
dengan menjadikan amalan membaca sebagai hobi kerana bagaimana
acuan begitulah kuihnya.
Di samping itu,ibu bapa juga hendaklah sering membawa anak-anak ke
perpustakaan atau ke kedai-kedai buku.Apabila mereka berada di
1
perpustakaan atau di kedai buku, mereka berpeluang untuk memilih
buku-buku yang diminati untuk dibeli atau dibaca. Melalui cara ini, ibu
bapa dapat menyuburkan minat membaca dalam kalangan anak mereka.
Bukan itu sahaja, ibu bapa juga hendaklah menggalakkan anak-anak
untuk membaca buku dengan cara mendaftar anak mereka menyertai
kelab buku. Melalui penyertaan dalam kelab buku, anak-anak akan
menyertai pelbagai aktiviti dan mengetahui perkembangan buku yang
terkini.Sebagai contohnya, anak-anak boleh menjadi ahli Kelab Buku
Ilmiah yang ditubuhkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.Apabila anak-
anak menjadi ahli kelab buku, mereka didedahkan dengan pelbagai
perkara yang berkaitan dengan buku dan mereka tidaklah menjadi seperti
katak di bawah tempurung.
Kesimpulannya,ibu bapa harus sedar akan peri mustahaknya membaca
kerana para pujangga sering mengingatkan pembaca bahawa membaca
jambatan ilmu. Ibu bapa harus menanamkan sikap suka membaca dalam
kalangan anak mereka kerana membaca akan menjadikan minda anak-
anak mereka cerdas. Oleh hal yang demikian,ibu bapa mestilah menjadi
pendorong untuk menyemaikan minat membaca dalam kalangan anak
mereka. Jika anak-anak sudah jatuh cinta dengan aktiviti membaca,
kejayaan dalam bidang pelajaran akan terbentang luas di depan mereka
pada masa depan. Sebagai contohnya, ibu bapa hendaklah membawa
anak-anak seminggu atau dua minggu sekali ke kedai buku atau ke
perpustakaan.
1
Lampiran / Rujukan
Wikipedia
http://en.wikipedia.org/wiki/Education_in_Malaysia

Youtube
http://www.youtube.com/watch?v=9t0D5fLe8pk
Eduweb.gov.my
Kementerian Pelajaran Malaysia
http://www.kpm.gov.my/
Kementerian Pendidikan Tinggi
http://www.mohe.gov.my/
Pusat Maklumat Rakyat (PMR)
http://www.youtube.com/watch?v=SRG_hwL6i9Y

You might also like