2.0PEMBANGUNAN WILAYAH ISKANDAR MALAYSIA2.1 Latar belakang
Pembangunan Iskandar Malaysia dilancarkan pada 30 Julai 2006. Dahulunyadikenali sebagai Koridor Wilayah Iskandar. Manakala pelancaran secara rasmidiperkenan oleh sultan Johor, Almarhum Duli Yang Maha Mulia BagindaAlmutawakkil’alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada 4 November 2006. Rancangan pembangunan merupakan rangka pembangunan yang paling besar dilaksanakan di negeri Johor selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Pembangunanyang mengambil masa sehingga tahun 2025 ini meliputi kawasan selatan Johor danmemerlukan kos sebanyak RM 47 billion dan terbahagi kepada 5 zon ekonomi iaituJohor Bharu, Nusajaya Pintu Pembangunan Barat, Pintu Pembangunan Timur, dankawasan Senai hingga Skudai.Objektif utama rancangan pembangunan ini ialah menjana pertumbuhanekonomi wilayah Selatan Johor dan mencapai pertumbuhan ekonomi sebanyak 8peratus untuk tempoh lima tahun yang pertama. Selain itu, pembangunan Iskandar Malaysia merangkumi tiga lokasi utama iaitu, Lapangan Terbang Senai, PelabuhanTanjung Pelepas (PTP) dan Pelabuhan Pasir Gudang. Perdana Menteri Malaysia padamasa itu dalam ucapan utamanya menegaskan bahawa kerajaan telahmemperuntukkan perbelanjaan RM 4.3 bilion di bawah Rancangan MalaysiaKesembilan (RMK-9) untuk dijadikan modal permulaan. Mantan Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi juga berharap Iskandar Malaysia mampumelahirkan bandar metropolis yang pertama di Johor selepas tahun 2025. (ZaharudinMohd Ali dan Lukman Ismail. 4 November 2006. Utusan Malaysia)Kawasan yang diterokai ialah seluas 2, 217 kilometer persegi atau 3 kalikeluasan Singapura. Terdapat empat komponen penting dalam pembangunan Iskandar Malaysia. Antaranya ialah penggubalan Pelan Induk Perniagaan, penubuhan badanpenyeliaan yang kukuh iaitu di bawah Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), penubuhan Pemaju Raya atau dikenali dengan South Johor InvestmentCorporation Berhad (SJICB), dan pemberian pakej insentif untuk menggalakkan inisiatif untuk pemangkin pembangunan.Berdasarkan pelan pembangunan Iskandar Malaysia, kerajaan telahmenumpukan ekonomi yang pelbagai. Contohnya, bidang elektrik dan elektronik,
3