Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
334Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
akauntabiliti guru

akauntabiliti guru

Ratings:

4.6

(5)
|Views: 12,626 |Likes:
Published by LadyZuely

More info:

Published by: LadyZuely on Jun 26, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/21/2013

pdf

text

original

 
Saya Lihat,Saya Dengar,Saya Baca ,Saya Fikir ,Saya Tulis
http://duniacikgu.wordpress.com/2008/06/10/akauntabiliti-perguruan/ 
Akauntabiliti keguruan
June 10, 2008 byyusriwahab 
1.0 Konsep keguruan
Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jikadihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara danmelatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakalakeguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempatmendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru.
2.0 Konsep Akauntabiliti
Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan ‘akauntabiliti’ di huraikan sebagai bertangungjawabkepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji ,konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasanmengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapandan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusanyang telah diambil.
3.0 Akauntabiliti keguruan.
Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan olehseseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengantanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawabseorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diriguru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya.
Akauntabiliti guru terhadap
:
3.1 Pelajar
Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaranmengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan,kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa,agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guruhendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang
 
 bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiahkepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasadan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid memperolehimodel yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya merekatidak di benci,di pandang serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya.
3.2 Diri
Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankantugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggutugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika gurugagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang bolehmenjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkanmelengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa disekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi danaktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental danfizikal.
3.3 Sekolah
Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga bertangungjawab terhadaptugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuahsekolah ,guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah.Dalam hal ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yanglain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha PIBG, panitiamata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.
3.4 Masyarakat dan Negara
Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita danmatlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Guruhendaklah Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyatMalaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat.Selain itu guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru danibu bapa pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segalaaktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaranyang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilaidalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan danagama. Di samping itu guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlumenggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamlkantingkah laku soppan yang diterima oleh masyarakat .

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->