Keusahawanan Sosial untuk MasaDepan...
Untuk apakah elemen sosial dalam aktiviti keusa-hawanan? Kalau diajukan soalan ini kepada saya, jawapan saya ialah untuk masa depan, dan mung-kinnya bukan untuk kita sendiri tapi untuk anak-anak muda generasi pelapis dan pastinya anak-anak anda. Ya, Malaysia telah bergerak progresif ke arah men- jadi negara maju, Insya Allah dalam masa sepuluhtahun lagi menjelang 2020, ataupun lebih enamdekad selepas kemerdekaan negara, tapi siapakan yang akan memacu kemajuan negara kita ketikaitu? Pastinya bukan hanya kerajaan dan syarikat-syarikat gergasi yang kebanyakannya berkaitankerajaan seperti Petronas, Proton, Maybank, TM-Axiata, Pos Malaysia, Sime Darby dan sebagainya.Begitu juga dengan industri pendidikan dan kesi-hatan.Sektor koperasi misalnya juga wajar selari denganpencapaian di negara-negara maju yang lain me-nyumbang sekurang-kurangnya 20% produktivitinegara, daripada hanya serendah 2% setakat tahunini.Bagaimana dengan pemilikan hartanah dan kuasaekonomi oleh orang tempatan, khususnya di Balik Pulau yang pesat berkembang dengan pembangu-nan hab pendidikan dan pelancongan. Sediakahkita?Sambutan “MuG 2010” yang lebih dikenali sebagai “Global Entrepreneurship Week (GEW)” di seluruh dunia dijangka lebih meriah dan seharapnya juga bakallebih terkesan. Rakan-rakan usahasama dari lebih 100 buah negara telahpunmengesahkan penyertaan, dan di Malaysia, sokongan padu sedang dirakamkandaripada lebih banyak organisasi termasuk hampir semua institusi pengajian tinggiutama di seluruh negara. Program 1MIT atau
1Malaysia Innovation Tournament
telahpunbermula seawal Julai lagi, dengan tarikh tutup penyertaan pada 31 OGOSini. DiGi pula telahpun memulakan jelajah negara dengan kempen “Cabaran Un-tuk Perubahan” (
Green Tech & Social Idea Ventures
) - Hadiah untuk juara termasuk mewakili Malaysia ke San Francisco, Amerika Syarikat. Bagaimana di Balik Pulau?
Minggu Keusahawanan Global bakal kembali...
Tahun lepas menyaksi pergerakan keusahawanan terbesar dunia di lebih 80 buah negara!Lebih ramai rakan usahasama akan menyertai kempen penggalakan keusahawanan kali ini ter-masuk syarikat-syarikat terkemuka seperti DiGi Telecommunication dan Microsoft.
KUS akan bekerjasama dengan rakan-rakan usahasama MuG 2010 termasuk Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Bhd (KUMU-DA) dan Persatuan Usahawan ICT Pulau Pinang (ICT Penang) untuk pelbagai aktiviti bermula seawal Oktober nanti! Untuk maklumatlanjut tentang kempen sejagat ini, rujuk www.gewmalaysia.com dan www.unleashingideas.org.
Add a Comment