You are on page 1of 8

1.

PENGENALAN DAN KONSEP KAJIAN TINDAKAN

1.1 Senario Penyelidikan Pendidikan

Secara umumnya terdapat empat kumpulan penyelidik yang aktif menjalankan


penyelidikan pendidikan.

Keempat-empat kumpulan penyelidik ini menjalankan penyelidikan di sekolah sama


ada ke atas guru mahupun murid. Guru-guru menjadi subjek kepada penyelidik
bukan sahaja individu yang menghasilkan penyelidikan atau target untuk diselidik.
Oleh itu, adalah penting bagi guru melaksanakan penyelidikan secara aktif terhadap
amalan pengajaran sendiri daripada membiarkan diri dijadikan objek kajian oleh
penyelidik-penyelidik luar.

1.2 Jenis Penyelidikan Pendidikan

Secara umum bidang penyelidikan pendidikan boleh dibahagikan kepada tiga jenis
utama berdasarkan kepada matlamat menjalankan penyelidikan tersebut.

PENYELIDIKAN PENDIDIKAN

PENYELIDIKAN PENYELIDIKAN PENYELIDIKAN


AWAM GUNAAN TINDAKAN

Penyeldidikan Asas – Kajian yang dijalankan khusus bagi menghasilkan dapatan


baru atau teori.
Penyelidikan Gunaan – Kajian yang dijalankan bagi meneroka fenomena,
mengenalpasti masalah dan sebagainya bagi tujuan merancang strategi tindakan
untuk penambahbaikan.
Penyelidikan Tindakan – Kajian yang dijalankan oleh individu atau kumpulan
terhadap masalah yang dihadapi oleh tindakan intervensi bagi tujuan menyelesaikan
masalah atau meningkatkan keberkesanan amalan pengajaran.
1
1.3 Rasional Guru Sebagai Penyelidik

Rasional untuk melibatkan guru sebagai penyelidik adalah untuk mengembangkan


kemahiran menyiasat pengajaran diri sendiri disamping memupuk keinginan
memperbaiki pengajaran pembelajaran serta keadaan bekerja guru dan murid.
Dengan cara ini, guru mempunyai kesempatan membuat pilihan bagi amalan
pendidikan yang lebih baiik.

Bagi melahirkan guru yang;

Bersikap Kritikal
(critical attitude)

Guru Reflektif dan menyelidik amalan pengajaran


(Reflective practiotioner and Research into teaching)
Guru
Sebagai Bertanggung Jawab/Akauntabiliti
Penyelidik (Accountability)

Menilai Kendiri
(self-evaluative)

Peningkatan Profesionalime Keguruan


(Professionalisme as teacher)

Kajian Tindakan dapat menyumbang kepada pembangunan profesionalisme


keguruan. Sikap kritikal, pengamal yang reflektif, sikap tanggungjawab serta menilai
kendiri adalah asas kepada perkembangan profesionalisme keguruan. Ahli-ahli
profesionalisme adalah bertanggung jawab ke atas tindakan mereka. Oleh itu melalui
kajian dan menyemak semula amalan secara berterusan, guru boleh membuat
justifikasi terhadap amalan mereka secara bertanggung jawab selepas melakukan
refleksi kendiri dan penilaian kendiri. Amalan ini akan menghasilkan guru yang betul-
betul professional. Melalui amalan kajian tindakan guru akan berubah daripada
teknokrat yang tidak kritikal kepada guru dan penyelidik yang kritikal.

2
1.4 Definisi Kajian Tindakan

Kajian tindakan merupakan satu kajian yang dilakukan oleh peserta samada secara
individu atau kolabratif terhadap masalah mereka sendiri melalui tindakan atau
perubahan bagi tujuan untuk memperbaiki dan menigkatkan amalan mereka sendiri
di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di
mana amalan itu dilakukan.
Kemmis & Mc Taggart (1988)

Kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara
kolektif, dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial tujuan
meningkatkan kerasionalan dan keadailan amalan-amalan kemasyarakatan dan
Pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang
amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan.
Somekh (1989)

“Kajian tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi social yang melibatkan peserta
dalam situasi social itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki
kualiti amalan masing-masing.”
Kember dan Gow (1992)

“Kajian Tindakan melibatkan pengamal (guru) dalam mencuba membaiki pengajaran


mereka melalui kitaran yang melibatkan proses perancangan, pelaksanaan,
pemerhatian dan refleksi.”
Emily Calhoun (1994)

Kajian tindakan merupakan satu kajian yang dilakukan oleh peserta sama ada
secara individu atau kolaboratif terhadap masalah mereka sendiri melalui tindakan
atau perubahan bagi tujuan untuk memperolehi dan meningkatkan amalan mereka
sendiri di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi
di mana amalan itu dilakukan.

3
1.5 Latar Belakang Kajian Tindakan

LATAR BELAKANG DAN PERKEMBANGAN KAJIAN TINDAKAN

DIPERKENALKAN OLEH KURT LEWIN (1946)


(Ahli Psikologi Sosial)
Dua Idea Utama Konsep Kajian Tindakan
Keputusan Bersama
Komitmen Untuk Penambahbaikan

Idea Lewin digunakan oleh


Stephen Corey di Teachers’ College, Columbia University ,
New York (1953)
Sebagai pendekatan kajian di sekolah

Tahun 1970an
KT mendapat perhatian antarabangsa
Lawrence Stenhouse
memperkenalkan Kosep Guru Sebagai Penyelidik
1975 – Humanities Curriculum Project (HCP)
1978 – Research as a for teaching
(di UEA, Norwich, England)

Tahun 1976
John Elliot dan Rakan-rakan memperkenalkan
For Teaching Project di CARE, UEA, Norwich,
Classroom Action Research Network (CARN)
Projek PALM (1998 – 1990)

Kajian Tindakan berkembang


Di Eropah, Autralia dan U.S.A

Di Malaysia, KT mula berkembang sekitar 1990an

Konsep KT pertama kali diperkenalkan secara formal kepada seramai 41 orang.


Pensyarah institut/maktab perguruan serta pegawai BPG.
Pada 11 hingga 20 Disember 1988.
4
oleh Profesor Stephen Kemmis dari School of Education, Deakin University,
Australia.

Dalam tahun 1990an


Idea “guru sebagai penyelidik” telah menjadi sebahagian daripada kandungan
kursus-kursus program pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan di
institut/maktab perguruan.

Dalam tahun 1993 hingga 1996,


BPPDP melaksanakan
“Program for Innovation Excellence and Research” (PIER)

Kini
Tindakan menjadi sebahagian mata pelajaran dalam komponen kursus DPM di
Institut/Maktab Perguruan
Kursus Diploma Pendidikan dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Di Universiti.

1.6 Ciri-ciri Kajian Tindakan (Dalam Pendidikan)

a. Merupakan suatu pendekatan untuk memperbaiki mutu pendidikan melalui


perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran
b. Dilakukan oleh guru atau pendidik dalam konteks tugas seharian atau dalam
konteks mata pelajaran mata dan kelas yang mereka ajar.
c. Fokus utama ialah ke atas amalan diri guru tersebut iaitu memahami dan
memperbaiki.
d. Dilakukan secara berkumpulan dan secara kolaboratif dengan membentuk
kumpulan-kumpulan guru yang bersifat kritis kendiri (self – critical) dan
berkomitmen untuk menigkatkan kefahaman praktif mereka.
e. Dilakukan dalam situasi sebenar bilik darjah, bukan suasana kawalan.
f. Melibatkan tindakan praktis (intervensi) bagi menyelesaikan masalah dan
mengembangkan pengetahuan secara serentak. Pengkaji terlibat secara
langsung dalam usaha memperbaiki amalan pendidikan dan menambahkan
kefahaman terhadap amalan tersebut.
g. Melibatkan guru membina ‘teori-teori’ daripada pengalaman sebenar yang
mereka lalui.

5
h. Dilakukan secara berterusan, berkembang mengikut kitar refleksi kendiri iaitu
tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan renungan atau refleksi.

Tiga pra syarat yang perlu dipatuhi sebelum sesuatu projek kajian layak dikenal
sebagai kajian tindakan.

Projek tersebut membuat kajian ke atas satu amalan sosial yang dilihat sebagai satu
tindakan strategik yang boleh diperbaiki.

a. Projek berjalan mengikut satu kitaran pusingan dimana setiap pusingan terdiri
daripada urutan aktiviti merancang, bertindak, memerhati dan mereflek, yang
dilaksanakan secara sistematik dan berhubungkait.

b. Projek tersebut dilaksanakan oleh orang yang bertanggung jawab ke atas


setiap aktiviti tersebut dan beransur-ansur melibatkan projek-projek kajian
tanpa kehilangan kawalan ke atas proses penyelidikan.

c. Projek penyelidikan yang cuma mempunyai satu pusingan sahaja tidak boleh
dianggap sebagai penyelidikan tindakan, sebaliknya hanyalah sebagai satu
projek penyelesaian masalah.

1.7 Tujuan Kajian Tindakan

Tujuan kajian tindakan boleh dirumuskan seperti berikut:

Terdapat dua tujuan penyelidikan tindakan:


 bagi meningkatkan dan
 bagi melibatkan.

Penyelidikan tindakan ditujukan kepada peningkatan dalam bahagian ini:

 mula-mula, peningkatan amalan;


 keduanya, pemahaman kepada peningkatan amalan oleh pengamal-
pengamalnya;
 dan ketiga, peningkatan kualiti suasana atau keadaan.

Proses kajian tindakan mempunyai 4 fasa iaitu perancangan, bertindak, melihat dan
refleksi.

Tujuan kajian tindakan

6
a. Membantu guru dalam menghadapi cabaran dan masalah berhubung dengan
amalan pengajaran pembelajaran dan dengan itu memperkembangkan
kemahiran professional guru khususnya dalam mengenalpasti teknik atau
kaedah pengajaran pembelajaran yang berkesan.
b. Memberi peluang guru membuat sumbangan penting untuk mengukuhkan
asas pengetahuan profession mereka disamping membolehkan mereka
menyelesaikan masalah-masalah professional tanpa merujuk kepada arahan
luar.
c. Mengeluarkan guru dari kokongan amalan-amalan rutin dan meningkatkan
amalan-amalan professional khususnya dalam menguji sendiri dan
memperkembangkan idea-idea baru mengenai amalan. Dengan itu guru
mempunyai hakmilik (ownership) dalam memperkenalkan amalan-amalan
yang efektif.
d. Menggalakkan guru menyelesaikan masalan amalan harian dengan membuat
refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa
pembaharuan dan kemajuan.
e. Menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam
kerja mereka dalam bilik darjah, untuk membaiki tindakan dan menilai hasil
atau keberkesanan usaha itu. Melalui ini guru diberi kuasa (empowerment)
untuk membuat keputusan dalam bilik darjahnya sendiri.
f. Menggalakan guru berkongsi pengalaman dan memberi publisiti tentang
amalan-amalan professional dan dengan itu memperbaiki prestasi dan
kepuasan kerja.
g, Mendorong guru secara individu atau bersama membuat refleksi ke atas
amalan mereka, menganalisis peranan mereka dari segi kekuatan dan
kelemahan, mengambil tindakan yang wajar dan memantau kesannya. Ini
memberi peluang guru menjadi agen perubahan.

1.8 Perbandingan Kajian Tindakan dengan Kajian Lain


7
KAJIAN TINDAKAN PENYELDIDIKAN SAINTIFIK LAIN

OEBJEKTIF:
Untuk membaiki amalan sendiri serta Untuk membuat generalisasi,
menambah keberkesanan amalan. mengenalpasti pemasalahan, menguji teori
Membentuk teori peribadi yang peraktif. atau memperjelaskan fenomena.

REKABENTUK:
Fleksibel: Rigid:
Boleh diubahsuai berdasarkan keadaan Ditetapkan terlebih dahulu sebelum
dan keperluan situasi sebenar di sekolah. penyelidikan dilakukan.
Pada asasnya bergerak dalam satu kitaran
yang berterusan melibatkan empat
peringkat, iaitu tinjauan, perancangan,
pelaksanaan dan refleksi

SUBJEK KAJIAN :
Penyelidik adalah sebahagian daripada Penyelidik bukan subjek kajian (outsider).
subjak kajian (insider). Subjek/sampel kajian dipilih dengan
Subjek kajian adalah insitu. menggunakan kaedah tertentu.

KAEDAH KAJIAN:
Dilakukan dalam situasi sebenar. Analisis Nilai penyelidikan bergantung kepada
data secara kuantitatif dan kualitatif teknik persampelaan dan analisis statistik
menggunakan kaedah deskriptif naratif. yang canggih bagi memperkukuhkan
huraian data-data yang dikutip dan
dapatan kajian.

LAPORAN KAJIAN:
Menggunakan bahasa yang mudah Bersifat teknikal dan sukar difahami oleh
difahami guru. guru.
Ditulis secara naratif. Guru memerlukan pengetahuan khusus
Menggunakan gantinama pertama. untuk memahaminya.

You might also like