You are on page 1of 35

Kumpulan 8

Norfazilah bt Halim
Nordalila bt Bahari
Syafinaz bt Md Zain
Siti Zuleha bt Md Isa
TEORI PLAT
TEKTONIK DAN
PEREBAKAN
DASAR LAUT
Teori Plat Tektonik
• Mengikut Teori Plat Tektonik lapisan kerak bumi
boleh dibahagikan kepada kepingan-kepingan
yang dikenali sebagai plat.
• Plat ini terbahagi kepada 2 bahagian:
a)plat benua
b)plat lautan
• Plat benua-plat yang membawa benua
• Plat lautan-plat yang membawa lautan
• Di permukaan bumi terdapat tujuh plat benua
yang besar dan beberapa plat benua yang kecil.
Plat Pasifik
Plat Antartika
Plat Amerika
Utara

Plat Indo-
Plat benua
Australia
yang besar
Plat Amerika
Selatan
Plat Afrika
Plat Eurasia
Plat benua yang
kecil:
 Plat Nazco
 Plat Cocos
Plat lautan:
 Plat Filipina
 Plat Pasifik
 Plat Karibia
 Plat Antartika
 Plat Arab
 Plat Scotia
• Plat-plat ini sentiasa bergerak.
• Pergerakan plat-plat adalah disebabkan
wujud pergerakan arus pergolakan magma
yang panas di lapisan astenosfera yang
terletak di atas mantel bumi.
• Arus perolakan dalam magma mempunyai
daya yang kuat untuk menggerakkan plat
yang terapung-apung di atas lautan magma
itu.
Pergerakan ini berlaku secara perlahan-lahan
iaitu hanya beberapa sentimeter setahun.
Kadar dan arah pergerakan antara plat-plat
tersebut juga berbeza-beza antara satu sama
lain.
Plat-plat tektonik ini bergerak secara 3 cara:
a)secara pertembungan
b)secara pencapahan@pemisahan
c)secara perselisihan
Secara pertembungan
• Zon plat lautan yang terjunam dinamakan sebagai
zon subduksi@zon benam.
• Di zon ini,terbentuk jurang lautan yang sangat
dalam(Contoh:Jurang Mindanao di Filipina yang
terhasil melaui pertembungan Plat Pasifik dengan
Plat Filipina).
• Seterusnya plat yang terbenam ke bawah akan
mengalami pencairan dan peleburan akibat suhu
dan tekanan yang sangat tinggi dalam mantel bumi.
• Plat ini akan cair membentuk magma.
• Magma ini pula akan bergerak ke luar ke
permukaan kerak bumi di dasar laut membentuk
barisan-barisan gunung berapi di dasar laut.
Pertembungan plat terjadi apabila dua sempadan plat
bertembung antara satu sama lain.
Petembungan antara plat-plat ini boleh berlaku
antara :
a)plat benua dengan plat benua
b)plat lautan dengan plat lautan
c)plat benua dengan plat lautan.
Apabila dua plat lautan bertembung antara satu sama
lain maka plat yang tumpat akan terjunam atau
terbenam ke bawah.
• Menerusi proses ataman(pengangkatan
kerak bumi),lama-kelamaan barisan-
barisan gunung berapi ini akan timbul dan
muncul di permukaan laut membentuk
pulau dan rangkaian gunung-gunung
berapi.
• Contoh:a)di Kepulauan Jawa,Indonesia
b)di Kepulauan Filipina
Pertembungan plat lautan dengan plat
benua
• Apabila plat lautan berkembang dengan plat benua maka proses
yang hampir sama berlaku.
• Plat lautan yang lebih tumpat berbanding dengan plat benua
akan terbenam ke bawah.
• Di zon benam,plat lautan akan mencair berbentuk magma.
• Manakala di sepanjang sempadan pertembungan antara plat
lautan dengan plat benua tadi akan terdapat juga jurang benua.
• Ini berbeza di bahagian plat benua.
• Di bahagian ini kerak bumi akan termampat.
• Proses mampatan kerak bumi akan menghasilkan gunung lipat
yang selari dengan jurang lautan tersebut.
• Jika terdapat rekahan-rekahan di banjaran
gunung lipat tadi,maka magma boleh
keluar melaluinya sebagai fenomena
gunung berapi di bahagian daratan/benua.
• Misalnya pertembungan antara plat Nazca
dengan plat Amerika Selatan yang
menghasilkan Jurang Peru-Chile dan
Banjaran Andes sebagai gunung lipatnya.
• Pertembungan plat juga boleh berlaku antara plat benua
dengan plat benua yang lain.
• Apabila dua plat benua bertembung maka pinggir kedua-
dua plat tersebut akan dimampatkan dan terlipat.
• Proses lipatan ini berlangsung kerana adanya kuasa
tolakan dari kedua-dua arah plat yang bertembung tadi.
• Dalam pertembungan ini tidak ada sempadan plat yang
terbenam ke bawah kerana kedua-dua plat benua
mempunyai ketumpatan yang sama.
• Seterusnya,lapisan kerak bumi akan terlipat membentuk
banjaran gunung lipat.
• Misalnya sistem pergunungan Himalaya adalah terhasil
melalui pertembungan Plat Indo-Australia dengan Plat
Eurasia.
Secara pencapahan
• Dalam pergerakan ini,plat-plat akan terpisah dan
bergerak menjauhi antara satu sama lain.
• Pencapahan menghasilkan tegangan yang kuat pada
lapisan kerak bumi,kesannya kawasan sempadan
pencapahan yang akan merekah.
• Ini menyebabkan wujud satu garis kelemahan pada kerak
bumi yang membolehkan magma yang panas dari lapisan
mantel mengalir keluar.
• Jika plat lautan yang mengalami pencapahan ini,maka
magma tersebut akan menyejuk dan membeku di dasar
laut membentuk lapisan kerak yang baru yang dikenali
sebagai permatang tengah lautan.
• Contoh:Permatang Tengah Lautan Atlantik yang berada
di tengah lautan Atlantik.
• Kewujudan permatang tengah lautan akibat proses
pencapahan kerak bumi menunjukkan berlakunya
perebakan dasar laut.
Secara berselisih
• Berlaku di sepanjang garis
gelinciran(sesar).
• Garis sempadan berlakunya perselisihan
ini dinamakan sebagai sempadan neutral
iaitu sempadan plat-plat yang tidak
bertembung atau bergerak menjauhi
antara satu sama lain tetapi sekadar
berselisih dan bergeseran sahaja.
• Selain itu,fenomena yang sering berlaku
di semapadan neutral ialah gempa bumi.
-Gempa bumi-Merujuk kepada gegaran yang dialami oleh
kerak bumi apabila tenaga dilepaskan akibat
perselisihan@geseran plat.
-Gegaran akan mengeluarkan gelombang seismik yang
berbentuk bulatan bermula di pusat gempa tersebut.
-Gegaran berlaku dalam tiga peringkat:
a)gegaran awal
b)gegaran utama
c)gegaran penghujung
-Semakin kuat gegaran maka semakin besar gelombang
seismik yang dikeluarkan dan fenomena gempa bumi
menjadi semakin dahsyat.
-Berdasarkan teori ini,geseran antara dua plat membolehkan
tenaga berkumpul.
-Tenaga ini tidak boleh dipendamkan lagi dan terpaksa
dilepaskan.Akibatnya lapisan kerak bumi akan bergegar.
• Gempa bumi biasanya berlaku di
sepanjang sempadan plat benua dan
75% daripada gempa bumi di dunia
berlaku di “Lingkaran Api Pasifik”.
• Fenomena gempa bumi yang berlaku di
dasar laut boleh menyebabkan
gelombang ombak besar yang dikenali
sebagai tsunami.
Struktur Benua dan
Lautan Pada Masa Kini
dan Akan Datang
• Mengikut teori plat tektonik,pergerakan kerak
bumi yang berlaku kira-kira 200 juta tahun
lampau telah wujudkan sepuluh plat utama dan
beberapa plat kecil yang lain.

Plat Pasifik yang meliputi


Plat Amerika Utara
keseluruhan Lautan Pasifik

Plat Amerika Selatan Plat Afrika

Plat kecil Afrika Timur Plat Malagasi


Plat Eurasia yang meliputi Plat Australia yang
keseluruhan benua meliputi Australia,Papua
Eropah,sebahagian besar New Guinea dan New
benua Asia termasuk Zealand.
Malaysia dan Kepulauan
Indonesia dan Filipina

Plat India hingga ke


Plat Antartika yang meliputi Lautan Hindi.
keseluruhan benua
Antartika dan lautan
selatan.
• Lokasi yang paling penting dikaji dalam teori plat
tektonik ini ialah sempadan antara plat-plat
tersebut.
• Di kawasan sempadan ini berlaku pertembungan
dan pencapahan plat yang akan menghasilkan
fenomena gunung berapi serta gempa bumi.
• Contoh:a)sekitar Pulau Sunda
b)sekitar Pulau Jawa
c)sekitar Sumatera
d)sekitar Teluk Benggala(sempadan
pertemuan antara Plat Asia dengan Plat India).
• Selain itu,di Kepulauan Indonesia juga jadi
sempadan antara plat Asia dengan Australia.
• Kawasan ini menjadi kawasan gunung berapi aktif.
• Plat Eurasia pula bersempadan dengan plat-plat
pasifik di sepanjang siri jurang lautan yang dalam
iaitu jurang Filipina,jurang Mariana,jurang
Bonin,jurang Jepun dan jurang Kurile.
• Di sempadan plat ini aktiviti gunung berapi dan
gempa bumi sangat aktif sehingga kawasan ini
digelar sebagai “Lingkaran Api Pasifik”.
• Namun begitu,semakin jauh dari kawasan sempadan
plat,keadaan plat bumi menjadi semakin stabil dan
kukuh.
• Itulah sebabnya fenomena gunung berapi dan
gempa bumi tidak berlaku di Semenanjung Malaysia
dan negara-negara Asia Tenggara seperti Vietnam
dan Myammar kerana ia terletak di atas plat
Eurasia yang stabil dan terletak jauh dari
sempadan pertemuan antara plat-plat kerak bumi.
Kedudukan Zon
Tektonik Asia
Tenggara
• Di kawasan Asia Tenggara juga berlaku pergerakan
tektonik.
• Terdapat beberapa plat tektonik utama yang membentuk
Asia Tenggara iaitu:
a)Plat Eurasia
b)Plat Indo-Sinian
c)Plat Indo-Australia
d)Plat Pasifik
e)Plat Filipina
• Malaysia terletak di atas plat Eurasia.Plat ini adalah stabil.
• Selain Malaysia,sebahagian besar negara-negara Asia
Tenggara kebenuaan seperti
Thailand,Myammar,Laos,Kemboja terletak di atas plat
Eurasia yang stabil ini.
• Namun begitu,negara-negara Asia Tenggara
kepulauan seperti Indonesia dan Filipina adalah
terletak di zon yang tidak stabil iaitu di sempadan
plat-plat berkenaan.
• Misalnya,Indonesia terletak di sempadan antara
Plat Indo-Sinian dengan Plat Indo-Australia.
• Kedua-dua plat ini masih aktif dan sering kali
berlaku pertembungan.
• Kesannya,Kepulauan Indonesia seringkali
mengalami gempa bumi dan mempunyai
rangkaian gunung berapi yang aktif.
• Misalnya gunung berapi yang terkenal ialah
Krakatoa.
• Kepulauan Filipina pula terletak di sempadan@di
zon subduksi(zon benam) antara Plat Filipina dengan
Plat Pasifik.
• Kedua-dua plat ini sering kali bertembung dan
berselisih antara satu sama lain yang menyebabkan
Filipina sering kali diancam kejadian gunung berapi
dan gempa bumi kerana zon ini wujudnya pusat
gempa bumi.
• Antara letusan gunung berapi yang amat dahsyat
yang berlaku di Filipina ialah letusan Gunung Berapi
Pinatubo.
• Oleh kerana Filipina dan Indonesia terletak di zon
sempadan antara plat-plat tektonik maka kedua-dua
negara tersebut telah diletakkan di dalam zon api
pasifik.
Perebakan Dasar Laut
Teori perebakan dasar laut dikemukakan
apabila ahli geologi menemui permatang
dan lurah di dasar laut.
Magma yang panas dari Dasar lautan tersebut
lapisan mantel tertolak mengalami
naik ke lapisan kerak retakan.Tempat retakan
bumi yang menjadi ini dinamakan sebagai
dasar lautan. sempadan pencapahan.

Dasar lautan yang lama akan Di sepanjang sempadan


tertolak ke sebelah bagi ini,magma akan terus
membolehkan dasar lautan tertolak keluar dan
yang baru terbentuk.Dengan memenuhi retakan
perkataan lain,dasar lautan tersebut.
yang lama mengalami rebakan.

Proses yang berterusan Magma ini akan


ini ,retakan menjadi membeku,seterusnya
semakin besar dan membentuk permatang
magma berterusan di dasar laut.
keluar serta membeku.
•Kesimpulannya magma baru telah mengalir keluar dan
membeku di zon permatang atau sempadan pencapahan
dasar laut tersebut.
TAMAT…

You might also like