You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN

KOMPLEKS MENGABANG TELIPOT

KERTAS KERJA
BENGKEL ASAS IKATAN DAN
ASAS PERTOLONGAN CEMAS
UNIT PAKAIAN SERAGAM

TEMPAT:
DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN KOMPLEKS MENGABANG TELIPOT

TARIKH :
13 JULAI 2010

PROGRAM ANJURAN:
INTERNSHIP PISMP SEMSESTER 8
1.0 NAMA PROGRAM
Bengkel Asas Ikatan Tali dan Asas Pertolongan Cemas Unit Pakaian
Seragam Sekolah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot

2.0 PENDAHULUAN

Bengkel Asas Ikatan dan Asas Pertolongan Cemas adalah salah satu aktiviti
kokurikulum yang dianjurkan oleh pelajar Program Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato’ Razali Ismail yang
menjalankan internship di Sekolah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot.
Program ini boleh disertai oleh murid-murid tahun 4 dan tahun 5 dari badan-
badan unit beruniform. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak
Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam
bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum
untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam
kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti ini
bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

3.0 MATLAMAT

Matlamat bengkel ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan dengan


kemahiran asas ikatan dan asas pertolongan cemas kepada murid-murid
4.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam


menyertai program kepimpinan.
3.2 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan
diri dalam setiap situasi.
3.3 Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi,
bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar.
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti
yang disediakan.
3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea
yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis
sikap mementingkan diri sendiri.
3.7 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
sosial.

5.0 BUTIR-BUTIR PROGRAM


Tarikh : 13 Julai 2010
Hari : Selasa
Masa : 4.30 ptg – 6.30 ptg
Tempat : Dewan Sekolah
Penyertaan : Semua murid-murid tahun 4 dan 5
6.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN
(Rujuk Lampiran 1)

7.0 PERBELANJAAN
( Rujuk Lampiran 2)

8.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam
aktiviti perkhemahan bersepadu ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian
mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan
terbilang. Oleh itu, Kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.
Disediakan oleh,
..................................................
MOHD HASIF BIN A SAMAT

Disahkan oleh,

……………………………………. ..................................................

(EN MOHD PAUZI BIN TAHIR) (EN BAHARIN BIN ISMAIL)


Guru Penasihat Guru Penasihat

Ulasan Guru Besar


________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________

Diluluskan / Tidak Diluluskan

(TN HJ SELAMAT BIN HJ MAHMUD)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot
21030 Kuala Terengganu,
Terengganu

You might also like