You are on page 1of 35

NAMA:

 MARLINA BT MOHAMED

KELAS :

 4 CEKAL

NAMA GURU :
 P
N
.
NUR AINOL FARILAH BT ABDULLAH

BIL TAJUK MUKA SURAT


1 2.1 Tajuk Projek

2 2.2 Matlamat Projek

3 2.3 Objektif Projek

4 2.4 Kaedah Pengumpulan

5 2.5 Pelaksanaan Projek

6 2.6 Hasil Projek

7 2.7 Menbuat Refleksi

8 2.8 Penghargaan

9 2.9 Senarai Lampiran


a) Mengaplikasi pengetahuan dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik
darjah.
b) Menyedarkan murid tentang pentingnya semangat patriotik terhadap negara.
c) Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin, dan bertanggunggjawab
terhadap masyarakat dan Negara.
d) Menyedarkan akan pentingnya jasa yang telah perajurit Negara
mempertahankan Negara demi memerdekakan Malaysia.
a) Mengetahui biodata tokoh.
b) Mengenal pasti sumbangan kepada masyarakat yang telah diberikan.
c) Mengenal pasti jasa beliau yang telah dicurahkan ke tanah air.
d) Mengetahui cerita patriotik dengan lebih dekat.
e) Menanam sikap patriotik balam diri murid.
f) Menghormati tokoh yang pernah berjasa dan berbakti kepada negara.
a) Mengkaji bahan-bahan rujukan seperti buku sejarah, majalah, dan berita-
berita tertentu.
b) Membuat perbincangan atau temu bual dengan guru sejarah atau tokoh
tempatan yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman tentang sejarah
berkenaan.
c) Menggunakan alat perakam yang bersesuaian semasa sesi temu bual atau
perbincangan.
d) Mencatat, menulis, dan menaip bahan-bahan yang diperoleh dengan lengkap
dan menyerahkan kepada ketua kumpulan untuk tindakan selanjutnya.
 Mengatur tugas setiap ahli yang menyertai kumpulan kami.
 Menyediakan gambar, peta, dan bahan-bahan yang berkaitan sebagai
lampiran.
 Mengarang atau menulis bahan-bahan dalam betuk yang mudah difahami dan
sempurna.
 Menemu bual guru sivik.
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni
Sultan Abdul Hamid Halim Shah
(31 Ogos 1957 hingga 21 September 1970)
"Bapa Kemerdekaan"

 KEHIDUPAN PERIBADI :

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid
Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan
Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada
tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah
satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku",
beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".
Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai
Istana Pelamin, Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua
puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya
Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara, ialah
anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah Thailand.
Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti
Sultan Kedah. Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid,
telah pun berumur 30 tahun ketika itu.

 KELUARGA :

Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan Cina-
Siam yang merupakan anak perempuan tauke lombong di Alor Star. Beliau
dikurniakan dengan dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku
Khadijah. Mariam meninggal dunia pada tahun 1934 kerana menghidapi penyakit
malaria di Kuala Nerang, Kedah.

Selepas kematian Mariam, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson, bekas tuan
rumahnya di England. Antara saksi perkahwinannya di Geylang Serai, Singapura
ialah Syed Ahmad al Sagoff. Sebenarnya, kerabat diraja Kedah dilarang berkahwin
dengan wanita Inggeris kerana peristiwa penipuan Pulau Pinang oleh Kapten Francis
Light, seorang Inggeris.

Tunku mengalami nasib yang sama seperti Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid.
Dititahkan untuk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah, Tunku kemudian
berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, seorang saudara jauh yang
juga merupakan adik Syed Omar Barakbah, rakan sekuliahnya di England, pada tahun
1939. Perkahwinan ini direstui kerana berketurunan Arab yang ternama dan kaya di
Kedah (Islam disamakan dengan Arab). Oleh sebab perkahwinan ini tidak mendapat
seorang anak pun, mereka mengambil tiga anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan
Mariam. Tunku juga telah mengahwini seorang yang berbangsa Cina pada tahun 1963
dengan rahsia dan telah mendapat dua orang cahaya mata perempuan yang diberi
nama Tunku Noor Hayati dan Tunku Mastura.

 KERJAYA POLITIK :

Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, Tunku ditugaskan untuk bekerja
di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Beliau kemudian meminta
perpindahan ke Kuala Lumpur di mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan
selepas itu, dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah Sesyen. Pada tempoh itu,
semangat nasionalisme bertambah hebat di kalangan kaum Melayu di tengah-tengah
pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh Britain. Datuk Onn Jaafar mengetuai
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk menentangi Malayan Union
(sila lihat: Sejarah Malaysia) dan Tunku menyertai partinya. Pada Ogos 1951, suatu
krisis di dalam UMNO memaksakan Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai presiden
parti dan Tunku dilantik sebagai presiden yang baru. Beliau memegang jawatan itu
selama 20 tahun.

 LALUAN KE KEMERDEKAAN :

Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk


memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak
berjaya. Pada tahun yang berikut, pilihan raya persekutan yang pertama diadakan.
Parti Perikatan yang pada saat itu merupakan parti campuran UMNO dengan MCA
memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua
Menteri Malaya yang pertama. MIC yang mewakili kaum India kemudian menyertai
Parti Perikatan pada tahun 1955.

Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding
tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957
diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala
Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak
"Merdeka!". Gambar-gambar Tunku dengan tangan yang diangkat naik, dan
perakaman-perakaman suaranya yang penuh emosi tetapi berazam mengetuai sorakan,
kini merupakan lambang kemerdekaan Malaysia yang biasa.

 SEBAGAI PERDANA MENTERI :

Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik Malaya dan memimpin Parti


Perikatan ke kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964.
Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaian
Tunku yang teragung. Tunku pertama sekali mencadangkan sebuah persekutuan
Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak, dan Brunei dalam ucapannya kepada "Persatuan
Wartawan Asing Asia Tenggara" pada tahun 1961 di Singapura. Pada 16 September
1963, dengan persekutuan negeri-negeri tersebut kecuali Brunei, beliau menjadi
Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Bagaimanapun, faktor-faktor perkauman bertambah buruk dengan pemasukan


Singapura yang menaikkan bahagian kaum Cina sehingga hampir-hampir 40%.
Kedua-dua UMNO dan MCA berasa tegang terhadap daya tarikan Parti Tindakan
Rakyat (PAP pada waktu itu, diperlihatkan sebagai sebuah parti sosialis yang radikal)
Lee Kwan Yew kepada pengundi-pengundi di Malaya. Untuk mengatasi kebimbangan
itu, Parti Perikatan mencuba membentukkan sebuah parti di Singapura untuk
mencabar kedudukan Lee di sana. Sebagai gerak balas, Lee mengancam bahawa PAP
akan menyertai Pilihan Raya Persekutuan 1964 di Malaya, walaupun terdapatnya
perjanjian awal bahawa beliau tidak akan berbuat demikian (sila lihat Hubungan PAP-
UMNO. Ini membangkitkan kemarahan Tunku yang mendesak supaya Singapura
meninggalkan Malaysia.

Pada 7 Ogos 1965, Tunku mengumumkan kepada Parlimen Malaysia di Kuala


Lumpur bahawa Parliamen haruslah mengundi untuk menyokong peninggalan
Singapura daripada Persekutuan. Dalam perkataannya, Parliamen harus memilih
untuk "memutuskan semua pertalian dengan sebuah Kerajaan Negeri yang tidak
mempertunjukkan sebarang kesetiaan kepada Kerajaan Pusat" berbanding kaedah
yang tidak diingini untuk menindas tindakan PAP. Pemisahan dan kemerdekaan
Singapura menjadi rasmi pada 9 Ogos 1965.

Pada tahun 1961, Tunku menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) yang
memperkumpulkan Malaya, Thailand dan Filipina Perkumpulan ini kemudian
digantikan dengan perkumpulan yang lebih besar, iaitu Persatuan Negara-negara Asia
Tenggara (ASEAN), pada 8 Ogos 1967.

Dalam Pilihan Raya Umum 1969, majoriti Parti Perikatan dikurangkan dengan hebat.
Perhimpunan-perhimpunan tunjuk perasaan yang mengikuti pilihan raya itu
mencetuskan rusuhan kaum pada 13 Mei di Kuala Lumpur. Sebahagian pemimpin-
pemimpin UMNO yang diketuai oleh Tun Abdul Razak kritis terhadap cara
pengendalian krisis itu oleh Tunku, dan MAGERAN, sebuah jawatan kuasa darurat,
mengambil alih kuasa dan mengisytiharkan keadaan darurat.

Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar, dan pada 22 September
1970, beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Tunku kemudian
meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971 di tengah-tengah
penentangan hebat oleh 'Turki Muda' yang terdiri daripada penentang-penentang parti
seperti Dr Mahathir dan Musa Hitam. Pasangan itu kemudian masing-masing menjadi
Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

 KEHIDUPAN KEMUDIAN :

Pada 1977, setelah memperolehi sebahagian besar hak milik The Star, sebuah syarikat
surat khabar yang berasaskan di Pulau Pinang, Tunku menjadi pengerusinya. Ruang-
ruangnya, "Mengenang kembali" ("Looking Back") dan "Sebagaimana yang Saya
Perlihatkan" ("As I See It") kritis kepada kerajaan, dan pada tahun 1987, Perdana
Menteri Dr Mahathir mengharamkan surat khabar itu. Ini menyebabkan perpecahan di
dalam UMNO, dengan Tunku dan bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn
menubuhkan sebuah parti baru yang digelar "UMNO Malaysia", tetapi
pendaftarannya dibatalkan oleh Dr Mahathir yang menubuhkan UMNO Baru. Tunku
kemudian menyokong Semangat 46 yang merupakan kumpulan serpihan UMNO
yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau berkempen dengan cergas
untuk Semangat 46 dalam Pilihan Raya Umum 1990, tetapi sewaktu itu, kesihatannya
telah merosot.

Dalam tahun-tahun terakhirnya, Tunku tinggal di sebuah rumah di Pulau Pinang.


Beliau meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu berumur 87, dan disemadikan
di Makam Diraja Langgar, Alor Star.

Allahyarham Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein


(22 September 1970 hingga 14 Januari 1976)
"Bapa Pembangunan"

 KEHIDUPAN PERIBADI :

Allahyaraham Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (11 Mac 1922 - 14 Januari
1976) merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari tahun 1970
sehingga 1976. Beliau termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (1971)
(NEP) yang bertujuan untuk mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial
yang telah membangkitkan antagonisme perkauman dalam kalangan masyarakat
Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas kematiannya, beliau telah dikenang sebagai
"Bapa Pembangunan".

Dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang, Allahyaraham Tun Abdul Razak


merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah
bt Daud. Beliau keturunan bangsawan Bugis yang telah lama merupakan ketua-ketua
suku kaum Pahang. Y.A.B. Tun Abdul Razak mengahwini Toh Puan Rahah Tan Sri
Hj Mohd Noah pada bulan September 1952 dan mempunyai lima orang anak lelaki.

Abang ipar Abdul Razak, Tun Hussein Onn, ialah penggantinya sebagai Perdana
Menteri ketiga. Anak sulungnya, Dato' Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak, menjadi
Perdana Menteri Malaysia keenam menggantikan Tun Abdullah bin Haji Ahmad
Badawi pada tahun 2009. Anak-anaknya yang lain ialah Datuk Ahmad Johari Razak,
Mohamed Nizam, Mohamed Nazim dan Mohamed Nazir.

 PENDIDIKAN :

Sejak di sekolah rendah lagi, Abdul Razak telah menunjukkan kepintaran dan
kecemerlangan dalam bidang pelajaran dan sukan. Beliau kemudian dipilih untuk
menyambung pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Selepas
pendidikannya tamat di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Abdul Razak bertugas dengan
Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu. Pada tahun 1939, beliau ditawarkan
biasiswa untuk menuntut di Kolej Raffles, Singapura pada 1940. Bagaimanapun,
pendidikannya terpaksa ditamatkan sewaktu pencetusan Perang Dunia II.

Selepas peperangan, Abdul Razak pergi ke Britain pada tahun 1947 untuk belajar
jurusan undang-undang. Sewaktu menuntut di England, beliau bertemu dengan Tunku
Abdul Rahman yang sedang membuat percubaan yang ketiga untuk memperoleh
ijazah undang-undangnya. Abdul Razak menjadi ahli Parti Buruh British dan sebagai
ahli Kesatuan Melayu United Kingdom (KMUK), dipilih sebagai setiausaha di bawah
Tunku yang dipilih sebagai presiden kesatuan itu. Bersamping itu, Abdul Razak juga
menubuhkan "Forum Malaya", sebuah wadah untuk perbincangan persoalan-
persoalan politik negara untuk penuntut-penuntut Malaya. Pada tahun 1950, Abdul
Razak menerima ijazahnya daripada Lincoln's Inn di London.

 KERJAYA :

Y.A.B. Tun Abdul Razak telah menyertai Angkatan 136 (Force 136) yang merupakan
gabungan askar yang dilatih oleh Pegawai British untuk mengambil semula Tanah
Melayu daripada Jepun. Pada tahun 1947, melalui biasiswa Malayan Union, Y.A.B.
Tun Abdul Razak melanjutkan pelajarannya dalam bidang undang-undang di Britain.
Pada tahun 1950, beliau menerima ijazah undang-undangnya daripada Lincoln's Inn
di London. Y.A.B. Tun Abdul Razak merupakan ahli Parti Buruh British dan
pemimpin pelajar Kesatuan Melayu Great Britain yang terkenal. Beliau juga
merupakan salah seorang "King Scolar". Selain itu, beliau telah menubuhkan Malayan
Forum yang dipengaruhi oleh Parti Buruh British untuk memberi kesedaran politik
kepada pelajar-pelajar Malaya. Beliau juga menganggotai Persatuan Fabian dan
Malayan Students Union.

Sekembalinya ke tanahair, Y.A.B. Tun Abdul Razak telah dilantik menggantikan


bapanya yang telah meninggal dunia sebagai Orang Kaya Indera Syahbandar dan
pada masa yang sama turut menyertai Perkhidmatan Awam Malaya. Y.A.B. Tun
Abdul Razak juga mula bergiat aktif dalam bidang politik. Ini terbukti apabila pada
tahun 1950, beliau telah dilantik menjadi Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu (UMNO). Dua tahun kemudian, beliau berkhidmat sebagai Penolong
Setiausaha Negeri Pahang dan pada Februari 1955, beliau telah dilantik sebagai
Pemangku Ketua Menteri Pahang. Beliau seterusnya dilantik menjadi Menteri
Pendidikan selepas beliau memenangi pilihan raya umum negara yang pertama pada
Julai 1955.

Y.A.B. Tun Abdul Razak juga merupakan salah seorang ahli rombongan ke London
bagi menuntut kemerdekaan daripada British pada Februari 1956. Selepas pilihanraya
umum 1959, beliau menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar di samping memikul
tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan. Beliau merupakan
seorang pemimpin yang memberi sumbangan besar kepada sistem pendidikan
kebangsaan, pembangunan infrastruktur, pertahanan dan sosioekonomi. Maka gelaran
"Bapa Pembangunan" yang diberikan kepada beliau amatlah tepat.

Kejayaan yang dicapainya termasuk merangka satu dasar pembangunan yang meliputi
setiap aspek keperluan negara. Ini dikenali sebagai "Buku Merah" dan dilengkapi pula
dengan "Bilik Gerakan" yang mencatit butir-butir rancangan di setiap tempat
termasuk segala kemajuan dan kegagalan rancangan-rancangan tersebut. Beliau
berusaha dengan gigihnya untuk menjamin supaya petani-petani mendapat
pendapatan yang setimpal dengan usaha-usaha mereka. Antara lain, ini diuruskan
melalui Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan dan Negeri-negeri.

Y.A.B. Tun Abdul Razak juga dikenali sebagai orang yang bertanggungjawab dalam
melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971. DEB meletakkan dua
matlamat asas iaitu untuk mengurangkan dan menghapuskan kemiskinan tanpa
mengira kaum dan menyusun semula masyarakat. DEB merupakan projek
pembangunan negara yang dijalankan secara berperingkat melalui Rancangan-
rancangan Malaysia dari tahun 1970-1990. Beliau turut menubuhkan Barisan
Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan parti memerintah, Parti Perikatan.
Beliau telah berjaya menambah bilangan ahli parti dan menjana perpaduan untuk
membentuk ketahanan nasional melalui kestabilan politik.

Pada 13 Mei 1969, berlakunya peristiwa 13 Mei dan perlembagaan negara telah
digantung, parlimen dibubarkan dan darurat diistiharkan di seluruh negara. Majlis
Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan dan mengambil alih pentadbiran
kerajaan. Y.A.B. Tun Abdul Razak telah dilantik oleh Tuanku Abdul Rahman Putra
Al-Haj sebagai Pengarah MAGERAN dan di bawah MAGERAN, ketenteraman
awam berjaya dipulihkan semula. MAGERAN dibubarkan pada tahun 1971 dengan
pemulihan Parlimen.
 KEHIDUPAN KEMUDIAN :

Y.A.B. Tun Abdul Razak meninggal dunia di London pada 14 Januari 1976 ketika
berusia 54 tahun. Jenazah beliau telah dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid
Negara, Kuala Lumpur. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar bagi
seluruh rakyat Malaysia.

Bagi memperingati segala jasa dan sumbangan Allahyarham kepada negara, kerajaan
telah membina Memorial Tun Abdul Razak yang terletak di Jalan Perdana, Kuala
Lumpur. Memorial ini pada asalnya merupakan bekas kediaman rasmi beliau dan
keluarga semasa hayatnya. Momorial ini siap dibina pada bulan Oktober 1961 sebagai
kediaman rasmi beliau dan kemudiannya diubahsuai menjadi sebuah memorial pada
tahun 1994. Memorial ini menempatkan bahan-bahan pameran seperti gambar potret,
dokumen-dokumen, buku-buku, bahan-bahan pandang dengar, hadiah-hadiah dan
anugerah-anugerah kebesaran dan memorabilia kepunyaan dan mengenai
Allahyarham Tun Abdul Razak sejak kecil sehingga akhir hayat beliau. Kenderaan
seperti speedboat dan golf cart yang pernah diguna oleh beliau turut dipamerkan di
sini. Keseluruhan perabut dan bilik tidur Allahyarham masih lagi dikekalkan untuk
tatapan generasi sekarang dan akan datang.

Tun Abdul Razak semasa hayat beliau telah banyak mencurahkan tenaga dan usianya
kepada perjuangan menegakkan kedaulatan negara, kesejahteraan rakyat dan
keamanan dunia. Jasanya yang tidak ternilai ini diharapkan dapat dicontohi serta
diteladani oleh semua pemimpin-pemimpin dan juga seluruh rakyat Malaysia.
Penubuhan Memorial Tun Abdul Razak ini dikira sebagai perintis usaha-usaha
menghargai dan mengabdikan sumbangan-sumbangan beliau dan juga pembuka jalan
kepada kajian lebih mendalam untuk mengenali beliau, pentadbirannya dan pasang
surutnya politik.
Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn
(15 Januari 1976 hingga 15 Julai 1981)
"Bapa Perpaduan"

 KEHIDUPAN PERIBADI :

Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 - 29 Mei 1990)
merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976
sehingga 1981. Beliau diperlihatkan sebagai seorang yang amat ikhlas dalam
perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak
keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam
negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat
Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".

Dilahirkan di Johor Bahru, Hussein Onn adalah anakanda kepada Dato' Onn Jaafar
yang menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun
1946. Bondanya Datin Halimah Hussein. Hussein Onn menerima pendidikan awalnya
di Telok Kurau School Singapura, kini Telok Kurau Primary School (Sekolah Rendah
Telok Kurau) dan di English College (kini digelar "Maktab Sultan Abu Bakar"), Johor
Bahru. Selepas persekolahannya, Hussein Onn menyertai Pasukan Tentera Johor
sebagai kadet pada tahun 1940. Setahun kemudian, beliau dihantar ke Maktab Tentera
Sandhurst di Dehradun, India. Selepas ditauliahkan, beliau menyertai Regimen
Hyderabad (Tentera India) dan berkhidmat di Timur Tengah sewaktu peperangan.
Selepas peperangan, kerajaan British melantik Hussein Onn sebagai pengajar di
"Pusat Perekrutan dan Latihan Polis Malaya" di Rawalpindi.
Hussein Onn pulang ke Malaysia pada 1945 dan dilantik sebagai Komandan Depot
Polis Johor Bahru. Pada tahun berikut, beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya
sebagai Penolong Pegawai Pentadbir di Segamat, Johor. Hussein Onn kemudian
ditugaskan untuk bekerja di negeri Selangor, di mana beliau menjadi pegawai daerah
untuk Klang dan Kuala Selangor.

 PENDIDIKAN :

Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn menerima pendidikan awal di English


College (kini Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahr u. Malangnya pendidikan
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn tidak dapat diteruskan selepas menamatkan
Senior Cambridge kerana meletusnya Perang Dunia ke II. Allahyaraham Tun Hussein
bin Dato'Onn terus menyertai Pasukan Tentera Johor (Johor Military Forces) dan
menjalani latihannya di Maktab Tentera Sandhurst di Dehra Dun, India dan setelah
ditauliahkan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn menyertai Regimen Hyderabad
ke 19.

Perkhidmatan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn sebagai Kapten tentera


membawa beliau ke Mesir, Syria, Palestine, Iran dan Iraq.
Bermula tahun 1942 Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn terlibat secara aktif
dalam peperangan di Mesir, Syria, Palestin dan Iraq. Apabila Perang Dunia Kedua
meletus di rantau Asia, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn ditempatkan di
Cawangan Perisikan Ibu Pejabat Tentera British, India di New Delhi.
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn kemudiannya dipinjamkan ke unit
pengambilan orang-orang baru dan melatih para pejuang bawah tanah Malaya
menentang tentera Jepun yang menawan Malaya. Dari Madras Allahyaraham Tun
Hussein bin Dato'Onn merancang dan menggerakkan operasi peperangan gerila
terhadap Jepun.

Apabila Perang Dunia Kedua tamat pada tahun 1945, Allahyaraham Tun Hussein bin
Dato'Onn kembali ke Tanah Melayu dan memulakan tugasnya sebagai Pemerintah
Polis Depot, di Johor Bahru. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn kemudiannya
bersara dari perkhidmatan ketenteraan dengan berpangkat kapten, satu pencapaian
yang cukup cemerlang bagi seorang bumiputera semasa penjajahan British. Selama 6
tahun berkhidmat dalam tentera, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dikenali
sebagai seorang yang berdisiplin dan menepati masa.
 KERJAYA :

Kemudiannya Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn menjadi ahli Perkhidmatan


Pentadbiran Melayu. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dihantar ke beberapa
tempat di Johor dan Selangor sebagai Penolong Pegawai Daerah.
Semangat Allahyaraham Datuk Onn b Jaafar menentang Malayan Union turut
mengapikan semangat Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn untuk bersama
bapanya menentang Malayan Union.

Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn kemudian menyertai ayahandanya dalam


bidang politik apabila ayahandanya menubuhkan Pergerakan Melayu Johor
Semenanjung. Apabila UMNO ditubuhkan, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn
dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung UMNO dan kemudiannya sebagai Ketua
Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama pada usia 28 tahun. Allahyaraham Tun
Hussein bin Dato'Onn kemudiannya menjadi Setiausaha Agung UMNO dan
Allahyaraham Tun Abdul Razak pula mengambil alih sebagai Ketua Pemuda UMNO.

Disamping penglibatannya dalam politik, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn


memasuki Perkhidmatan Pentadbiran Melayu dan berkhidmat di Kuala Selangor dan
Kelang sebagai Penolong Pegawai Daerah. Pada tahun 1950 Allahyaraham Tun
Hussein bin Dato'Onn dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan disamping
menduduki Majlis Mesyuarat Perundangan Negeri Johor dan Majlis Kerja Negeri
Johor.

Walau bagaimanapun penglibatan Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn mulai


pudar apabila cadangan bapanya untuk membuka pintu UMNO kepada orang bukan
Melayu tidak dapat diterima oleh orang Melayu. Apabila Datuk Onn bin Jaafar
menarik diri dari UMNO, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn kemudianya
menyertai ayahandanya keluar dari UMNO dan menubuhkan Independent of Malaya
Party (IMP) pada tahun 1951 dan kemudiannya Parti Negara. Allahyaraham Tun
Hussein bin Dato'Onn kemudiannya meninggalkan alam politik apabila menukar arah
dengan melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Lincoln's Inn, England
dan lulus pada tahun 1958.

Sekembalinya ke tanah air Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn membuka firma
guamannya sendiri di Kuala Lumpur. Pada masa itu beliau telah pun berumah tangga
dengan Toh Puan Suhaila binti Tan Sri Hj Mohd Noah dan mempunyai 6 orang
anak.Ibarat sireh pulang ke ganggang beliau menyertai UMNO semula atas pelawaan
birasnya, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein, Yang DiPertua UMNO
pada tahun 1964. Pada Jun 1969 Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn dilantik
sebagai ahli jawatankuasa Kerja UMNO (kini Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Walaupun Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn telah lama menghilangkan diri
dari arena politik, tapi UMNO yang mempunyai kepercayaan atas kebolehan
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn mencalonkannya sebagai calon Perikatan
bagi kawasan Parlimen Johor Bahru Timur. Kepercayaan ini tidak meleset kerana
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn memenangi kerusi Parlimen ini dengan
mudah sahaja pada Mei 1969.

 PERANAN DAN SUMBANGAN :

Penyertaannya dalam kabinet Malaysia bermula pada September 1970 apabila dilantik
menjadi Menteri Pelajaran oleh Perdana Menteri Allahyaraham Tun Abdul Razak
Dato' Hussein. Di bawah pentadbiran Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn,
Kementerian Pelajaran terus meningkat maju. Allahyaraham Tun Hussein bin
Dato'Onn maju setapak lagi apabila dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun 1972,
beliau menjadi salah seorang daripada tiga orang Naib Presiden yang dipilih. Di
dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 8 Ogos 1973 Allahyaraham Tun
Hussein bin Dato'Onn dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO berikutan
kematian Tun Dr. Ismail.

Apabila Tun Dr Ismail meninggal dunia, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn
dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos 1973, merangkap Menteri
Perdagangan dan Perindustrian. Kepulangan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein ke Rahmatullah pada 14 Januari 1976 telah mengejutkan seluruh negara.
Berikutan itu dalam satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi pada 17 Januari
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn telah disahkan sebagai pemangku Presiden
UMNO. Pada hari Khamis, 15 Januari 1976, Allahyaraham Tun Hussein bin
Dato'Onn mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketiga di
Istana Negara. Pada 1978 Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn menang tanpa
bertanding bagi jawatan Presiden UMNO. Ketika menjadi Perdana Menteri
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn telah meneruskan agenda pembangunan
yang telah digariskan oleh Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein khususnya
dalam menggerakkan 'Dasar Ekonomi Baru'.

Sebagai seorang perwira, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn fasih tentang hal
ehwal keselamatan. Di bawah pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysia telah
diperbesarkan dan dipermodenkan apatah lagi rantau Asia Tenggara ketika itu gempar
ekoran jatuhnya Vietnam Selatan ke tangan komunis dan termashyurnya cita-cita
'Teori Domino' komunis. Semasa pentadbirannya usaha membenteras pengganas
komunis di hutan dan di bandar-bandar semasa tempoh darurat, telah diperhebatkan
malah golongan yang bersimpati dengan aliran komunis dipulihkan menerusi
gerakan-gerakan pengitipan (intelligen) yang berjaya.

Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin
yang melayari Malaysia meniti arus pembangunan dengan konsisten tanpa banyak
kontroversi. Dasar-dasar dan program-program yang diketegahkannya tidak pernah
lari dari sasaran Dasar Ekonomi Baru. Walaupun pada masa itu ekonomi negara
terjejas oleh kemelesetan ekonomi dunia, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn
berjaya mengawal keadaan dan membantu Malaysia berkembang dari segi ekonomi
dan sosial. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn pernah menjalani rawatan
jantung pada awal 1981. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn berjaya
melancarkan Rancangan Malaysia yang ke 4 pada bulan April 1981. Seperti bapanya,
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn sentiasa mencuba meningkatkan taraf hidup
masyarakat Melayu yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain
terutamanya dari segi ekonomi. Dengan itu, pada 20 April 1981, Allahyaraham Tun
Hussein bin Dato'Onn melancarkan pula Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang
merupakan satu dana amanah bumiputera yang membantu peningkatan ekuiti
bumiputera dalam ekonomi negara.

Keamanan negara yang diperkukuhkannya telah menarik pelabur luar menjadikan


Malaysia sebuah negara yang stabil politik dan ekonominya. Sumbangan
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn yang terbesar ialah menegakkan tiang
keamanan yang kukuh. Akibat kesihatan beliau yang merosot, Allahyaraham Tun
Hussein bin Dato'Onn menyatakan hasratnya untuk tidak mempertahankan jawatan
Presiden UMNO sekaligus mengundurkan diri dari kepimpinan negara. Allahyaraham
Tun Hussein bin Dato'Onn meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia
pada 15 Mei 1981 atas sebab kesihatan dan diambil alih oleh Dato' Seri Dr Mahathir
bin Mohamad pada 18 Julai 1981. Tetapi beliau masih aktif dalam pertubuhan-
pertubuhan kebajikan seperti Tabung Mata dan ISIS.

 KEISTIMEWAAN :

Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn adalah seorang yang amat berhati-hati
apabila membuat keputusan yang melibatkan hal-ehwal negara. Beliau sangat tegas
dan berpegang teguh kepada prinsip hidupnya. Pengalaman ketenteraan menjadikan
Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn seorang yang berdisiplin dan mementingkan
ketepatan masa. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn memberi kebebasan akhbar
dan majalah untuk memberi kritikan dan komentar dengan harapan ini akan
meningkatkan prestasi pentadbirannya. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn
adalah seorang negarawan yang disegani dan dihormati. Allahyaraham Tun Hussein
bin Dato'Onn terkenal dengan sifat merendah diri serta jujur dan beliau disanjungi
oleh masyarakat Malaysia sebagai seorang pemimpin.

Dalam sejarah, Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn akan sentiasa dikenang
sebagai 'Penyambung Warisan Yang Terbilang'. Allahyaraham Tun Hussein bin
Dato'Onn juga dikenali sebagai 'Bapa Perpaduan' kerana berjaya memupuk semangat
perpaduan berbilang kaum yang lebih erat dalam masyarakat Malaysia. Allahyaraham
Tun Hussein bin Dato'Onn mewarisi kepimpinan UMNO yang pernah disandang oleh
ayahandanya, mewarisi program pembangunan yang dijana oleh sahabatnya dan
melaksanakannya dengan penuh setia. Malah Allahyaraham Tun Hussein bin
Dato'Onn pula mewariskan kerajaan kepada Dr. Mahathir dalam keadaan yang stabil
dan UMNO dalam keadaan yang begitu kukuh.

Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn pulang ke Rahmatullah pada 29 Mei 1990
dalam usia 68 tahun di San Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan sakit
jantung. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn disemadikan di Makam Pahlawan
Masjid Negara. Tun Hussein Onn kini dikenang sebagai Bapa Perpaduan bagi
mengenangkan segala jasa dan usahanya dalam memupuk perpaduan di negara ini.

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad


(16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003)
"Bapa Pemodenan"

 KEHIDUPAN PERIBADI :

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che
Det) dilahirkan pada 20 Disember 1925, di Kedah. Beliau merupakan anak bongsu
daripada 9 adik-beradik, keluarga Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan
Hanapi. Ayahnya, Mohamad Iskandar, adalah berbangsa India, anak kepada seorang
Malayalee Muslim (yang berasal dari Kerala, India) dan ibunya berbangsa Melayu.
Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah laki-laki melayu di sebeerang Perak,
Alor Setar untuk tempoh 2 tahun sebelum menyambung di sekolah kerajaan beraliran
inggeris di Alor Setar. Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika
penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau
menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan
kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.

Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian


dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui peningkatan golongan miskin
menjadi golongan pertengahan orang Melayu begitu ketara. Walau bagaimanapun,
beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan tidak dapat lari
dituduh bersifat kronisme seperti pemerintah-pemerintah lain di dunia.

Beliau juga merupakan seorang tokoh politik penting antarabangsa yang suka
berterus-terang dan disifatkan kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah
nilai-nilai Asia — kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh negeri — sebagai
alternatif kepada individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali
(laissez-faire). Dr Mahathir telah bertanggungjawab dengan apa yang dipanggil
pembangunan projek mega pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala
Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia
Super Coridor/MSC), yang akhirnya menjadi lambang kemegahan rakyat dan diterima
ramai.

 PENDIDIKAN :

Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor
Setar, Kedah. Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di
Government English School (GES), kini Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar pada
tahun 1932. Beliau akhirnya lulus Sijil Tinggi Pelajaran (Senior Cambridge) di
sekolah tersebut. Sewaktu Perang Dunia Ke-2, Dr. Mahathir menghabiskan masanya
dengan berniaga cendol, diikuti dengan membuka kedai kopi dan kemudiannya gerai
buah-buahan di Pekan Rabu, Alor Setar. Beliau seterusnya menuntut di Kolej
Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura, dan dianugerahkan Ijazah
Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953. Selepas
mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau
Pinang, Malaysia.

 KERJAYA DAN KELUARGA :

Pada tahun 1954, Dr. Mahathir berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar,
Jitra, Langkawi dan Perlis sehingga tahun 1957.Beliau kemudian melangsungkan
perkahwinan dengan Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali pada 5 Ogos 1956 dan
dikurniakan tujuh cahaya mata, iaitu empat lelaki dan tiga perempuan. Anak-anak
beliau ialah :

1. Marina Mahathir
2. Mirzan Mahathir
3. Melinda Mahathir
4. Mokhzani Mahathir
5. Mukhriz Mahathir
6. Maizura
7. Mazhar

Pada tahun 1957, beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka
kliniknya sendiri, MAHA Klinik yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim. Ketika itu,
beliau merupakan anak Melayu pertama yang membuka klinik persendirian di Alor
Star yang pada ketika itu terdapat lima buah klinik sahaja. Klinik ini kemudiannya
berpindah ke 1587, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar dan kekal sehingga
sekarang.

Penglibatan Dr. Mahathir di dalam arena politik tidak begitu ketara dalam tahun-tahun
1950an disebabkan beliau masih menuntut di Universiti. Walau bagaimanapun, beliau
terus menulis esei dan komentar mengenai isu-isu sosio-politik negara di akhbar The
Straits Times. Perletakan jawatan sebagai doktor kerajaan pada tahun 1957 telah
membolehkan Dr. Mahathir bergiat semula didalam bidang politik. Beliau telah
dipilih untuk bertanding pada pilihanraya negeri tahun 1959, tetapi menolaknya.
Semasa pilihanraya umum tahun 1964, Dr.Mahathir diberi kepercayaan menjadi calon
dan seterusnya berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Setar di atas tiket Parti
Perikatan. Bermula dari sinilah beliau menempa nama di kalangan masyarakat dan
senario politik negara. Selepas memenangi pilihan raya umum pada tahun 1964, Dr.
Mahathir dilantik sebagai Ahli Parlimen. Bagaimanapun, beliau hilang kerusi pilihan
raya umum berikutnya iaitu pada tahun 1969.

Kecenderungan dan minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan


membolehkan beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yang
pertama tahun 1968, Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Tinggi pada tahun 1972,
Member Of the University Court and University of Malaya council serta Chairman of
the National University Council pada tahun 1974. Dr. Mahathir dilantik sebagai
Senator pada tahun 1974. Beliau melepaskan jawatan ini untuk membolehkannya
bertanding pada pilihan raya umum tahun 1974 yang mana beliau menang tanpa
bertanding.

Berikutan daripada pilihanraya itu, Dr. Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran.
Sebagai Menteri Pelajaran, langkah pertama dalam perancangan beliau adalah
mengubah polisi pendidikan negara supaya ianya menggambarkan usaha-usaha ke
arah menghapuskan kemiskinan dan mewujudkan keadilan untuk semua dan
memastikan semua individu diberi peluang membaiki taraf hidup mereka. Sepanjang
menjadi Menteri Pelajaran, beliau mengekalkan pembaharuan seperti peluang yang
lebih kepada anak Melayu melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi,
mengubah kuota kemasukan, dan beberapa kriteria kemasukan ke pusat-pusat
tersebut, mengadakan biasiswa dan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara
(MRSM).

Beliau juga bertanggungjawab meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975
yang ditentang oleh ahli akademik dan mereka yang terlibat dengan pendidikan. Akan
tetapi sebagai seorang yang berdisplin dan tegas beliau berjaya melenyapkan kritikan
terhadap polisi-polisi pendidikan. Kini semua pusat pengajian tinggi diuruskan di
bawah Panduan Kementerian Pendidikan. Kemenangan beliau di dalam pertandingan
kerusi Naib Presiden dalam Perhimpunan Agong UMNO (Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu) tahun 1975 telah menyumbang kepada kejayaan politik beliau.

Berikutan kembalinya Tun Abdul Razak ke Rahmatullah dan perlantikan Tun Hussein
Onn sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-3 dan Presiden UMNO, Dr. Mahathir telah
dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dimasa yang sama menjadi Timbalan
Presiden Parti. Daripada jawatan Menteri Pendidikan, Dr. Mahathir berpindah ke
Kementerian Perdagangan dan Industri dalam tahun 1978. Beliau juga adalah
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Kabinet dimana beliau tidak putus-putus
menggalakkan perdagangan dan pelaburan asing. Kemenangan Dr. Mahathir dalam
pilihanraya umum tahun 1978 telah membolehkan beliau mengekalkan jawatannya di
dalam kabinet dan parti. Akhirnya, pada 16 Julai 1981 berikutan perletakan jawatan
Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir telah
dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun.

Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan Malaysia" dan merupakan pemimpin yang
paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981
hingga 31 Oktober 2003. Sepanjang 22 tahun beliau memegang jawatan pentadbiran
tertinggi negara, banyak kemajuan dan pembangunan yang telah beliau rancang dan
laksanakan. Walaupun kadangkala cetusan idea dan wawasan beliau kurang difahami,
namun hakikatnya beliau merupakan seorang yang berpandangan jauh dan
terkehadapan, malah lebih jauh daripada pemikiran orang Melayu khususnya.

Pada tahun 1997, majalah Asiaweek telah menamakan Dr.Mahathir sebagai antara 50
individu yang paling berkuasa di Asia, dimana beliau menduduki tempat kedua dalam
senarai yang dikeluarkan oleh majalah tersebut. Penamaan beliau memang tepat
kerana ekonomi dunia ketika itu berada dalam kegawatan manakala krisis matawang
melanda kebanyakan negara di dunia terutamanya negara-negara di Asia seperti
Indonesia, Thailand dan Filipina. Dr. Mahathir berjaya mengawal kegawatan ekonomi
dengan menambat ringgit kepada dollar Amerika, satu pendekatan yang mendapat
kritikan hebat pada mulanya oleh badan kewangan dunia seperti Bank Dunia dan
International Monetary Fund (IMF). Terbukti kesannya, Malaysia adalah satu-satunya
negara yang berjaya melepaskan diri daripada belenggu kegawatan tersebut tanpa
perlu 'mengikat diri' kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh IMF seperti yang
berlaku kepada negara-negara lain di Asia. Malah, Pengurus Besar IMF, Horst
Kohler, pernah memuji tindakan yang diambil Dr. Mahathir dalam mengawal
matawang negara.

Kedudukan beliau sebagai Chief Executive Officer (CEO) Malaysia adalah sesuai dan
tepat dengan visi yang beliau rancang dan sasarkan. Dr. Mahathir telah mengubah
sektor ekonomi asas negara daripada sebuah negara yang berasaskan pertanian kepada
sebuah negara berasaskan perindustrian. Detik-detik awal beliau diamanahkan
menjadi Perdana Menteri Malaysia, sektor ekonomi negara pada ketika itu banyak
bergantung kepada bahan komoditi utama seperti getah, kelapa sawit, timah dan
industri petroleum yang masih lagi diusahakan secara kecil-kecilan.

Memandangkan komoditi tidak dapat membantu mewujudkan lebih banyak peluang


pekerjaan, maka pada awal tahun 1980-an Dr. Mahathir telah membuat keputusan
untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara dan sekaligus mengurangkan
pergantungan terhadap bahan komoditi. Keputusan yang beliau ambil adalah tepat
kerana pada pertengahan tahun 1980-an, harga bahan-bahan komoditi jatuh dengan
teruk. Hal ini ditambah pula dengan peningkatan harga matawang Yen yang
menyebabkan berlaku kegawatan ekonomi selama beberapa tahun. Kini,
kebergantungan ekonomi negara terhadap bidang perindustrian begitu ketara apabila
sektor perkilangan membentuk 30% daripada asas ekonomi negara manakala sektor
pertanian menurun kepada 8% sahaja berbanding 23% kira-kira 22 tahun lalu.

Dr. Mahathir telah memperkenalkan dasar Persyarikatan Malaysia iaitu suatu dasar
dimana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyatnya sebagai pekerja
dan pemegang saham. Beberapa agensi kerajaan telah diswastakan untuk
meringankan bebebanan kewangan dan kerajaan. Dimasa pentadbirannya banyak
syarikat-syarikat utiliti seperti Lembaga Letrik Negara, Jabatan Telekom dan
sebagainya, telah disenaraikan sebagai korporat awam. Persyarikatan Malaysia telah
berjaya meningkatkan prestasi, daya pengeluaran serta imej negara. Di antara
langkah-langkah lain, ialah peningkatan pembagunan industri berat dan yang penting
juga pertukaran teknologi asing kepada teknokrat Malaysia. Salah satu kejayaan
didalam gerakan ini ialah penubuhan industri otomatif negara, yang menunjukkan
kereta-kereta dan motosikal nasional adalah yang terlaris di Malaysia. Persyarikatan
juga bertujuan menjana kerjasama dan bekerja sebagai rakan kongsi antara sektor
awam.

Antara yang terawal ketika beliau baru memegang jawatan sebagai Perdana Menteri
ialah projek pengeluaran kereta proton melalui HICOM (Heavy Industries
Corporation of Malaysia). Walaupun projek beliau ini dianggap agak keterlaluan
memandangkan negara ketika itu masih muda dalam projek pembuatan kereta
nasional namun negara kita boleh berbangga kerana projek ini begitu berjaya
sehingga mampu bersaing dengan pengeluar kereta lain di seluruh dunia. Sebagai
orang yang memegang tampuk tertinggi pengurusan negara, masalah kewangan sering
menjadi perhatian beliau dan antara tugas penting beliau adalah memastikan
perbelanjaan kewangan negara berada dalam keadaan terkawal.

Dasar penswastaan negara ialah contoh pengurusan kewangan beliau yang agak
memberangsangkan walaupun mencetus kontroversi di awal perlaksanaannya. Dasar
yang diperkenalkan di penghujung tahun 1980-an ini bertujuan mengurangkan
perbelanjaan oleh pihak kerajaan di samping memberi perkhidmatan yang lebih baik.
Walau banyak pihak mempersoalkan dasar ini, disebabkan terdapat tuduhan berlaku
sikap pilih kasih terhadap syarikat yang ditawarkan projek-projek kerajaan, namun
lebih ramai orang dapat menikmati hasil yang lebih baik daripada dasar yang dibuat
ini. Selain itu, dasar ini juga membawa perubahan yang sangat besar terutamanya
dalam bidang teknologi kerana pihak-pihak yang terbabit perlu mempunyai kepakaran
dalam bidang teknologi untuk memastikan perkhidmatan yang ditawarkan murah
tetapi bermutu tinggi.

Kebijaksanaan Tun Dr. Mahathir dalam mengurus 'perniagaan' sememangnya sesuatu


yang semula jadi kerana beliau pernah menjadi usahawan muda di Pekan Rabu, Alor
Setar semasa masih berada di alam persekolahan. Selain projek kereta nasional, satu
lagi projek besar (mega project) yang beliau cetus ialah Koridor Raya Multimedia
atau Multimedia Super Corridor (MSC). Projek ini ilhamkan dan direalisasikan
memandangkan Dr. Mahathir telah sedar akan peri pentingnya teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT) dalam dunia perdagangan masa kini dan masa depan.

Projek-projek besar yang dibangunkan dan direalisasikan semasa beliau menjadi


'CEO' Malaysia antaranya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA), Stadium Nasional Jalil, Litar Antarabangsa Sepang, tempat perlumbaan
sukan permotoran berprestij, Formula One dan Menara Berkembar Petronas. Projek-
projek ini secara tidak langsung berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara
sedang membangun yang dikenali dunia. Malah corak pentadbiran dan ketegasan
yang ditunjukkan oleh Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri menyebabkan
negara ini disegani dunia. Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Dr.
Mahathir telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan.

Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia
telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas dunia. Malaysia mampu
berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dikalangan negara-negara maju dunia.
Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul
di rantau ini telah diiktiraf dunia. Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Dr.
Mahathir dapat kita lihat berada di mana sahaja.

Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi


(31 Oktober 2003 hingga 2 April 2009)
"Bapa Pembangunan Modal Insan"

 KEHIDUPAN PERIBADI :

Dilahirkan dalam keluarga yang warak di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau
Pinang, beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan
Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang.
Abdullah memulakan kerjayanya sebagai guru. Beliau pada mulanya ingin belajar
Ekonomi di Universiti, namun setelah gagal dalam kertas Statistik, beliau tidak
dibenarkan melanjutkan kursus kepujian dalam bidang ekonomi dan memilih untuk
belajar Pengajian Islam. Selepas menerima Sarjana Muda Sastera dalam bidang
Pengajian Islam daripada Universiti Malaya pada tahun 1964, beliau menyertai sektor
perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam.
Pada tahun 1969, Abdullah berpindah ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN),
sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan
selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat
menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum
menjadi Timbalan Ketua Setiausaha dalam kementerian yang sama pada tahun 1974.
Abdullah berkahwin dengan Allahyarhamah Datin Seri Endon binti Dato' Mahmood
pada tahun 1965 dan dikurniakan dua orang cahayamata dan empat cucu. Pada 20
Oktober 2005, Endon Mahmood meninggal dunia selepas bergelut dengan penyakit
barah payu dara sejak 2003. Dalam tempoh kurang daripada 2 tahun menduda, beliau
berkahwin dengan Jeanne Abdullah dan melangsungkan akad nikah pada 9 Jun 2007.

Sebagai seseorang yang dibesarkan di Pulau Pinang, beliau amat gemar mencuba
pelbagai jenis makanan. Beliau juga sangat berminat dengan kereta. Malangnya beliau
tidak banyak berpeluang memandu kereta sendiri atas sebab-sebab keselamatan.
Untuk menghilangkan lelah bekerja, beliau mungkin bermain golf, melakukan
senaman atau meluangkan masa bersama cucu-cucunya. Abdullah juga gemarkan
pertunjukan muzikal – ‘My Fair Lady’ antara yang paling diminatinya – serta seniman
klasik seperti Nat King Cole. Beliau juga mempunyai alat iPod Nano. Beliau
menghargai hasil seni Malaysia, dan merupakan seorang pengumpul seni ukiran kayu,
serta anyaman rotan.
 KERJAYA DAN POLITIK :

Kerjaya politiknya kembali sempurna dengan perlantikan beliau sebagai Timbalan


Perdana Menteri serta Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri pada Januari 1999, selepas
pemecatan Anwar Ibrahim. Sebagai Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri, Abdullah
membatalkan pengharaman Kitab Iban. Seterusnya, Abdullah dilantik sebagai
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada Januari 1999,
sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober 2003. Selain
itu, Abdullah juga adalah Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam
Negeri.

Sejak menjadi perdana menteri, Abdullah telah berjanji mengetatkan kawalan rasuah
dengan memberikan lebih kuasa kepada agensi-agensi pencegah rasuah serta
memudahkan rakyat untuk mendedahkan amalan rasuah kepada pihak berkuasa.
Beliau juga membuat tuduhan rasuah ke atas beberapa tokoh masyarakat dari zaman
Mahathir, satu tindakan yang dipuji oleh orang ramai. Abdullah juga mengemukakan
Islam Hadhari, satu tafsiran Islam yang mengatakan bahawa perkembangan ekonomi
dan teknologi adalah secocok dengan ajaran Islam. Selain itu, pentadbirannya
menumpukan pemulihan sektor pertanian Malaysia. Pada 10 September 2004,
Abdullah, sebagai Menteri Kewangan, mengemukakan belanjawan sulungnya yang
dianggap oleh orang ramai sebagai berorientasi pengukuhan dan penyelenggaraan
berbanding dasar pertumbuhan yang ditekankan oleh Dr Mahathir.Abdullah juga
terkenal kerana menekankan keselamatan dalam negeri, selepas menyaksikan
pertumbuhan amalan rasuah seperti penyogokan dalam pasukan polis.

Dikenali dalam lingkungan orang Melayu di Malaysia sebagai Pak Lah (singkatan
untuk "Pak Cik Abdullah"), kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa
Abdullah harus tidak dirujuk dengan nama panggilannya dalam dokumen rasmi serta
dalam surat khabar; bagaimanapun, nama panggilan tersebut masih boleh digunakan
secara tidak rasmi. Sebenarnya, Abdullah sering menggunakan nama panggilan itu
untuk merujuk kepada diri sendiri dalam perhimpunan awam. Sejak menjadi Perdana
Menteri, Abdullah telah menjawat jawatan pengerusi untuk Pergerakan Negara-
Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Bermula dari
2005, beliau juga menjadi pengerusi untuk ASEAN.
Sebagai Presiden Barisan Nasional

Apabila Tun Dr. Mahathir berundur dari arena politik, beliau telah menggantikan
beliau sebagai pucuk pimpinan parti pemerintah, Barisan Nasional. Dalam Pilihan
Raya Umum Malaysia 2004 yang merupakan pilihan raya sulung Abdullah sejak
menjadi Perdana Menteri, beliau mencapai kemenangan besar untuk Barisan
Nasional, parti campurannya, dengan pencapaian 198 daripada 220 kerusi di
Parlimen. Di Terengganu, partinya menewaskan PAS yang merupakan kerajaan
negeri itu serta hampir-hampir menawan kubu PAS di Kelantan. Kemenangan ini
dianggap secara meluas sebagai tanda berkenan kepada visi Islam yang sederhana
berbanding fundamentalisme agama serta sokongan kepada dasar-dasar pencegah
rasuahnya.

Pada September 2004, sewaktu dilepaskan dari penjara, bekas Timbalan Perdana
Menteri, Anwar Ibrahim, yang telah dikurung oleh bekas Perdana Menteri, Dr
Mahathir, memuji Abdullah di khalayak ramai kerana tidak campur tangan sewaktu
mahkamah mengubah keputusan tentang sabitan liwatnya. Selepas kecemerlangan
besar dalam penggal pertama beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia apabila
menyapu banyak kerusi pada Pilihanraya Umum Malaysia 2004, beliau menerima
tamparan dan ujian hebat apabila Barisan Nasional yang diketuainya pada Pilihan
raya umum Malaysia 2008 telah gagal mempertahankan majoriti 2/3 kerusi Parlimen
dan kehilangan kuasa pemerintahan di 4 buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang,
Kedah, dan Perak kepada parti pembangkang serta sekali lagi gagal merampas balik
kuasa di Kelantan dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008. Oleh ini, bekas Perdana
Menteri Malaysia Mahathir Mohammad berpendapat bahawa Abdullah harus
mempertimbangkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah
kegagalan besar Barisan Nasional dalam pilihanraya tersebut.

Melepaskan jawatan Perdana Menteri

Abdullah tidak menawarkan diri untuk menjadi calon Presiden pada pemilihan Agung
UMNO pada 2009. Ini kerana beliau ingin menyerahkan jawatan tersebut kepada
pengganti beliau sebagai Presiden UMNO sekaligus sebagai Perdana Menteri
Malaysia ke-6. Modal Insan sentiasa mendapat tempat di hati Tun Abdullah Ahmad
Badawi sepanjang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. Ini kerana beliau
percaya modal insan merupakan aset terpenting untuk memacu negara ke hadapan.
Selain itu pemahaman Islam Hadhari juga menyumbangkan kepada pembangunan
modal insan ini. Itulah legasi Abdullah kepada Malaysia selepas mengundurkan diri
sebagai pemimpin No. 1 negara. Oleh itu, beliau telah dikenali sebagai Bapa
Pembangunan Modal Insan.
Dato' Seri Mohd Najib bin Haji Tun Abdul Razak
(Mulai 3 April 2009)
Mengorak Perubahan..

 KEHIDUPAN PERIBADI :

Dato' Seri Najib lahirkan di Kuala Lipis, Pahang. Beliau merupakan anak sulung
kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohammad Noah. Pada
tahun 1976, Najib berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dan
mendapat tiga anak: Mohd Nizar Najib (lahir 1978), Mohd Nazifuddin Najib dan
Puteri Norlisa Najib. Pada tahun 1987 beliau bercerai dengan Ku Yie dan berkahwin
dengan Datin Seri Rosmah Mansor dan mendapat dua anak lagi: Mohd Norashman
Najib dan Nooryana Najwa Najib. Beliau juga sepupu kepada Datuk Hishamuddin
Tun Hussein. Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John,
Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire,
England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang
Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.

 POLITIK :
Najib mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya,
Tun Abdul Razak Hussein di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa
bertanding merebut kerusi Parlimen Pekan yang kosong, akibat kematian bapanya,
ketika berumur 23 tahun, dan merupakan ahli parlimen termuda yang pernah dipilih
ketika itu.

Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan
Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika usia 25 tahun. Kemudian,
pada tahun 1982 hingga 1986, beliau menjadi Menteri Besar paling muda dalam
sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berumur 29
tahun.

Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:

1. 1978-1980 - Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos


2. 1980-1981 - Timbalan Menteri Pendidikan
3. 1981-1982 - Timbalan Menteri Kewangan
4. 1982-1986 - Menteri Besar Pahang
5. 1986-1987 - Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan
6. 1990-1995, 1999-2008 - Menteri Pertahanan
7. 1995-1999 - Menteri Pendidikan

Najib juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan


(Majuternak) pada tahun 1977-1979. Kepimpinan beliau teruji dan terus diberi
tanggungjawab oleh pucuk pimpinan negara. Dalam UMNO, beliau dipilih sebagai
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan ahli EXCO Pemuda UMNO pada 1976.
Kemudian beliau dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO mulai tahun 1981. Pada
tahun 1982, Najib memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding
setelah Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan itu.

Pada 1987, beliau diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
oleh Anwar Ibrahim setelah Anwar didesak bertanding Naib Presiden UMNO. Beliau
menjadi ketua pada 25 Mei 1988 setelah UMNO ditubuhkan semula. Pada tahun 1993
pula, beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, ekoran langkah Anwar untuk
bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau terus mempertahankan jawatan
Naib Presiden dalam pemilihan parti pada tahun 1993, 1996 dan 2000.

Pada 7 Januari 2004, Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Datuk Seri Najib bertanding
menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen
Pekan , negeri Pahang. Datuk Seri Najib telah menang dengan mendapat undi
sebanyak 36262. Calon lawan ialah Khairul Anuar Bin Ahmad Zainudin dari PKR
mendapat 9,798 undi -kalah .

Selepas menjawat jawatan perdana menteri Malaysia ke-6 pada 3 April 2009, beliau
telah melancarkan kempen Satu Malaysia, sebuah gagasan yang menepati definisi
setiap rakyat Malaysia tanpa membezakan warna kulit, keturunan, agama dan latar
belakang.Beliau memperkenalkan beberapa langkah drastik tetapi populis iaitu
dengan menghapuskan dasar (PPSMI) sebagai langkah mendengar keluhan rakyat
apabila dasar yang diamalkan sejak 2003 itu mendapat reaksi negatif daripada banyak
pihak, dan Biasiswa Nasional di dalam memenuhi keperluan tajaan pendidikan untuk
pelajar cemerlang daripada semua kaum.

 DASAR LUAR ERA NAJIB TUN RAZAK :

Kerjasama dengan Amerika Syarikat

Malaysia dijemput menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear 2010. Di sana


Datuk Seri Najib sempat mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden A.S.
Barack Obama dan pemimpin perniagaan dan pengurus dana Amerika bagi
memberikan taklimat mengenai Model Ekonomi Baru (MEB). Najib juga bertemu
dengan Naib Presiden Joe Biden di Hotel Four Seasons bersama Datuk Seri Dr Rais
Yatim. Kemudian bertemu dengan Timbalan Setiausaha Negara Amerika James
Steinburg dan pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa Howard Berman.

Kerjasama dengan Jepun

Pada 18 April 2010, rombongan Najib Tun Razak dari Honolulu, Amerika Syarikat
sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo. Di Tokyo, Najib
mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Jepun Yukio Hatoyama.
Kemudian mengadap Maharaja Jepun Akihito dan Maharani Michiko di Istana
Imperial. Beliau melawat pusat kitar semula di Kawasaki. Kemudian menerima ijazah
Doktor Kehormat di Universiti Meiji.

Najib Tun Razak melawat Singapura

Pada 24 Mei 2010, Najib dan Lee Hsien Loong setuju memindahkan Stesen keretapi
Tanjong Pagar milik KTMB di Singapura ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api
Woodlands (WTCP) mulai 1 Julai 2011. Pejabat kastam, imigresen dan kuarantin
(CIQ) kereta api turut sama dipindahkan ke WTCP. Keputusan itu diumumkan di
Hotel Shangri-La, Singapura. Tanah yang dikosongkan akan dimajukan oleh syarikat
M-S Pte Ltd. Syarikat ini hasil usaha sama Malaysia-Singapura 60 % Khazanah
Nasional Berhad dan 40 % Temasek Holdings Limited. 271 hektar milik KTMB di
Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah tambahan di Bukit
Timah dibangunkan oleh syarikat tersebut. Jika setuju, tanah itu boleh ditukar dengan
tanah di Marina South dan Ophir Rochor. Sistem transit laju antara Tanjung Puteri di
Johor Baharu dan Singapura akan dimajukan secara bersama. Sistem transit ini akan
mempunyai kemudahan CIQ bersama di Singapura. Menjelang 2018, stesen KTMB
akan dipindahkan dari Woodlands ke Johor pula. Terminal penumpang stesen keretapi
Tanjong Pagar dan stesen kereta api Bukit Timah di Blackmore Drive akan kekal
sebagai warisan sejarah.

lawatan Presiden Mahmoud Abbas

Pada 26 Mei 2010, Presiden Palestin Mahmoud Abbas kali ke2 berunding dengan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Yang di-Pertuan Agong Sultan
Mizan Zainal Abidin di Istana Negara. Tahun 2007, Mahmoud Abbas pernah ke
Malaysia menemui bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

(A)Kejayaan Projek
• Projek ini berjaya mencapai objektif yang dihasratkan.
• Mengumpulkan cerita / kisah patriotik.
• Dapat menimba banyak pengajaran yang bermanfaat.

(B)Masalah Projek
• mengambil masa yang lama untuk mencari maklumat atau tugasan yang ditetapkan.
• Kekurangan rujukan tempatan tentang tokoh-tokoh tertentu.

(C)Cara Mengatasi Masalah


• meminta bantuan daripada guru dan rakan rakan.
• Mencari maklumat melalui internet.
Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala
petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, folio pendidikan sivik & kewarganegaraan
ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah
dianugerahkan oleh-Nya.

Terima kasih yang amat terhingga kepada kedua orang tua saya yang telah
mendidik dan mengasuh saya dari kecil hinggalah ke hari ini dalam keta'atan kepada
Allah s.w.t. Seinfiniti perhargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada Cikgu Ainol Farilah bt. Abdullah selaku penyelia folio sivik saya yang terlalu
banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudahcara saya sepanjang
proses menyiapkan folio ini. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada
beliau, mana mungkin saya akan dapat menghasilkan satu folio yang baik.

Tidak lupa juga untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-
rakan yang banyak memberi sokongan dan dorongan disamping idea-idea yang bernas
pada masa saya ketandusan idea.
Terima kasih sekalung budi.

Gambar-gambar Terkumpul:
Senarai Bahan Rujukan:

a)http://www.google.com.my/
b)http://www.scribd.com/
c) Mahathir Mohamad: an Illustrated Biography

You might also like