Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
Sejarah Badminton
Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula dimainkan diYunani silam dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki telah dimainkanseawal abad ke-16. Di kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yangdipanggil battledore and shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulutangkis di udara menggunakan raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di Indiasemasa abad ke-18, dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India semasakembali ke England pada 1860an, yang mana ia dimainkan di rumah kediamankebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual anak patung London,menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new game" pada 1860,tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan.Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House, Gloucestershire,yang dimiliki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "TheGame of Badminton," dan, nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton.[3]Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat diIndia. Bath Badminton Club mempiawaikan peraturan dan mengaplikasikan sukan inidalam versi Inggeris. Undang-undang asas itu telah dicipta pada 1887.[3] Pada 1893,Badminton Association of England diterbitkan sebagai set peraturan pertama mengikutketetapan, seakan-akan menyamai peraturan ketika ini, dan secara rasmi dilancarkansebuah peraturan iaitu "Dunbar" di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13September tahun yang sama.[4] Mereka juga mula menganjurkan KejohananBadminton Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertamd di dunia, pada1899.Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai PersekutuanBadminton Dunia) yang telah ditubuhkan pada 1934 yang dianggotai Kanada,Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan Walessebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936. PertubuhanBWF kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan
 
ini secara global.Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkatantarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia,termasuk Denmark dari Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan, dan Malaysiamerupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf-dunia secara konsistensejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi pertandingan peringkatantarabangsa, yang mana China sering menjadi pendominasi sejak kebelakangan ini.
 
K
emudahan dan peralatan
1. GelanggangGelanggang badminton berbentuk empat segi bujur berukuran 13.40 meter panjang dan 6.10 meter lebar. Manakala bagi acara perseorangan, ukuran panjangadalah sama, tetapi ukuran lebar adalah 5.18 meter. Manakala garisan untuk pukulanpendek berukuran 1.98 meter dari jaring. Pemukul hendaklah berdiri di belakanggarisan ini untuk membuat pukulan mula di dalam kawasan pukulan. Hantaran pukulanmestilah bertentangan dengan pihak lawan untuk memulakan permainan. Kawasanpukulan belakang pula berukuran 3.96 meter dari kawasan pukulan pendek hinggagarisan pukulan belakang. Untuk kawasan belakang berukuran 0.76 meter dari garisanpukulan belakang hingga garisan sempadan belakang. Garisan tengah bertujuan untukmemisahkan antara gelanggang pukulan kanan dan gelanggang pukulan kiri.
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more