You are on page 1of 8

EDU 3103 [Type the document title]

“Terdapat lapan jenis kecerdasan pelbagai yang membenarkan cara pengajaran


berbanding dengan satu cara.Pelajar berfikir dan belajar dalam pelbagai cara. Secara
realitinya murid berada pada pelbagai tahap perkembangan dan kebolehan walaupun
pada peringkat umur yang sama” (Gardner,1993).

A. Aspek-aspek yang membezakan tiap murid.

Menurut Plato, tiada dua orang manusia yang sama; setiap orang berbeza dari
segi bakat, potensi dan kebolehan; setiap individu adalah sesuai untuk satu jenis
perkerjaan sahaja.

Mengikut Dictionary of phychology (1973), perbezaan individu dihuraikan


sebagai satu variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan, sama ada
sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial, bakat dan lain-lain aspek
mungkin terdapat di kalangan individu dalam sesuatu kumpulan. Tuhan telah
menciptakan manusia dengan keistimewaan masing-masing namun tidak ada diantara
seseorang individu itu sama dengan seseorang yang lain, sedangkan bayi kembar juga
mempunyai perbezaan.

Perbezaan seseorang individu dengan individu yang lain dikenali sebagai


perbezaan intraindividu menurut Woodcock (2000). Terdapat beberapa aspek yang
membezakan seseorang individu dengan individu yang lain.

Perbezaan yang pertama ialah dari aspek fizikal. Menurut Mok Soon Sang,
setiap individu adalah berbeza dari segi jantina, rupa dan saiz badan serta kemahiran
jasmaninya. Terdapat dua jantina yang berbeza di dunia ini iaitu lelaki dan perempuan.
Perempuan boleh disifatkan sebagai seorang yang lemah lembut manakala lelaki pula
disifatkan sebagai seorang yang tegas dan berani.

Perbezaan dari aspek fizikal juga boleh dilihat melalui bentuk tubuh badan
seseorang individu. Menurut Mohd Taib Bin Harun, terdapat 3 jenis bentuk badan tubuh
badan manusia iaitu endomorf, mesomorf dan ektomorf manakala obesiti dan aneroksia
merupakan masalah kesihatan pada zaman sekarang. Endomorf merupakan bentuk
tubuh badan yang yang gempal kerana banyak lemak terkumpul di bawah kulit
EDU 3103 [Type the document title]

manakala mesomorf pula merujuk kepada individu yang mempunyai badan yang
berotot, tegap dan mempunyai raangka badan yang menarik dan yang bentuk tubuh
badan yang terakhir ialah ektomorf dimana individu ini mempunyai bentuk tubuh badan
yang kurus dan tinggi lampai kerana kekurang lemak dibawah lapisan tisu kulitnya.

Perbezaan bentuk tubuh badan seseorang memainkan peranan penting dalam


kehidupan seharian. Hal ini adalah kerana bentuk tubuh badan seseorang individu
mampu mempengaruhi keyakinan diri seseorang individu. Selain itu bentuk tubuh
badan juga mempengaruhi kebolehan individu untuk melakukan sesuatu perkerjaan
ataupun aktiviti. Sebagai contoh orang yang mempunyai bentuk tubuh badan endomorf
sukar untuk melibatkan diri dalam aktiviti lari pecut.

Aspek emosi merupakan perbezaan individu yang kedua. Terdapat beberapa


jenis emosi manusia antaranya ialah marah, sedih, gembira, gelisah, dan sebagainya.
Menurut Mok Soon Sang, setiap individu mampu menunjukkan emosi yang berbeza
dalam masa yang sama. Sebagai contoh sekiranya seseorang murid merasa sangat
gembira kerana telah mendapat markah yang paling tinggi di dalam kelas belum tentu
rakan-rakan yang lain juga turut gembira. Kemungkinan ada diantara rakan-rakan murid
tersebut yang merasa takut dimarahi oleh ibubapa kerana mendapat markah yang
rendah.

Menurut Ee Ah Meng, perkembangan dan pertumbuhan emosi yang sihat bagi


seseorang individu yang merujuk kepada seseorang yang berupaya mengawal
perasaan dan mampu mengeluarkan perasaan suka, duka, marah dan sayang terhadap
individu yang lain. Namun walaupun begitu masih terdapat individu yang agak sukar
untuk mengawal perasaan ataupun tidak mampu menunjukkan emosinya dihadapan
individu yang lain.

Perbezaan yang seterusnya dapat dilihat melalui aspek kognitif. Mok Soon Sang
berpendapat bahawa manusia mempunyai perbezaan dari segi keupayaan berfikir,
belajar, mengingat, menaakul dan menganalisis serta bakatnya. Setiap manusia
mempunyai kemahiran berfikir yang berbeza. Ada diantara individu yang lebih
menggunakan otak kiri untuk berfikir manakala ada yang lebih cenderung untuk berfikir
EDU 3103 [Type the document title]

menggunakan otak kanan. Individu yang menggunakan otak kiri lebih cenderung untuk
menyelesaikan masalah yang melibatkan nombor manakala individu yang berfikir
menggunakan otak kanan lebih cenderung untuk menyelesaikan masalah yang
melibatkan bahasa.

Selain itu terdapat individu yang hanya belajar di saat-saat akhir untuk menjawab
peperiksaan namuna terdapat juga individu yang tidak belajar di saat-saat akhir
sebelum menjawab peperiksaan. Teknik belajar seseorang individu adalah berbeza
diantara satu dengan yang lain.

Menurut Mok Soon Sang, aspek rohani juga merupakan salah satu perbezaan
individu. Setiap individu mempunyai falsafah hidup dan keagamaan yang berbeza
dengan individu yang lain. Masyarakat di Negara kita juga terdiri daripada pelbagai
agama dan kaum. Setiap agama mempunyai kepercayaan masing-masing dan
pegangan agama masing-masing. Menurut Dzulkifli Bin Ismail, seseorang individu
mampu mendisiplinkan diri dan bertindak berdasarkan kepercayaan dan pegangan
agama yang dianutinya.

Pegangan agama setiap individu dapat membezakan dirinya dengan individu


yang lain melalui perlakuannya. Sebagai contoh orang yang mendapat didikan agama
yang baik mampu mengawal perasaan dalam sesuatu hal yang berlaku dan tidak akan
memaki sesuka hati berbanding orang yang kurang mendapat didikan agama. Selain itu
seorang individu yang memmpunyai didikan agama yang sempurna juga akan lebih
bersikap bersopan santun.

Perbezaan individu yang seterusnya merujuk kepada aspek sosial. Menurut Mok
Soon Sang, setiap individu mempunyai cara kehidupan yang tersendiri dan berbeza
diantara satu dengan yang lain, termasuklah individu-individu dalam keluarga.
Pergaulan sosial amat penting dalam kehidupan seharian. Selain daripada
mengeratkan silaturahim diantara satu dengan yang lain, melalui pergaulan sosial juga
seseorang individu akan mempunyai lebih banyak pengalaman berinteraksi bersama
individu lain.
EDU 3103 [Type the document title]

Seseorang individu juga akan merasa lebih yakin ketika berhadapan dengan
orang ramai. Individu tersebut bukan sahaja mampu untuk menyuarakan pendapat
malah mampu untuk bertanyakan soalan terhadap sesuatu isu yang ditimbulkan.
Seorang murid yang mempunyai pengalaman sosial yang rendah akan menjadi agak
pemalu dan pasif sewaktu suatu pengajaran dan pembelajara berlaku. Sekiranya murid
tersebut disoal mengenai matapelajaran yang diajar walaupun murid tersebut
sebenarnya tahu jawapan akan soalan yang diajukan namun murid tersebut agak skar
untuk menjawabnya kerana merasa kurang yakin etradpa dirinya.

Selain itu menurut Ee Ah Meng, melalui perkembangan sosial juga seseorang


individu mampu menyedari perbezaan antara lelaki dan perempuan serta peranannya.
Individu tersebut turut menyedari pentingnya disiplin kumpulan serta penyesuaian
dengan rakan sebaya. Individu yang mempunyai pengalaman sosial yang banyak juga
mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi tidak kira sekiranya individu tersebut
berada di dalam golongan masyarakat yang tidak sebaya umur dengannya. Individu iu
juga mampu menjaga tatatertib ketika bergaul dengan orang lain.

Aspek perbezaan individu yang keenam ialah aspek tingkah laku. Menurut Mok
Soon Sang, perbezaan tingkah laku individu dapat dihayati dari segi pergaulan,
interaksi dan aktiviti sosial. Aspek tingkah laku merujuk kepada kelakuan ataupun
perangai seseorang individu. Terdapat pelbagai jenis tingkah laku individu yang dapat
kita lihat dalam pergaulan seharian kita antaranya ialah terdapat individu yang baik hati,
pemalu, pemarah, penyabar dan sebagainya. Perbezaan ini juga dapat dilihat melalui
pemikiran dan cara seseorang itu bertindak. Terdapat individu yang suka bertindak
melulu tanpa berfikir akan kesan daripada perbuatannya dan wujud juga individu yang
sebaliknya.

Secara keseluruhannya menurut Mok Soon Sang, terdapat enam aspek


perbezaan individu iaitu aspek fizikal, aspek tingkah laku, aspek kognitif, aspek sosial,
aspek emosi dan aspek rohani.
EDU 3103 [Type the document title]

B. Faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan cara pembelajaran dan pemikiran


murid.

Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan perbezaan cara pembelajaran


dan pemikiran murid iaitu faktor baka atau genetik dan faktor persekitaran. Menurut Ee
Ah Meng, baka dan persekitaran memainkan peranan penting dalam menentukan
perkembangan yang maksimum bagi seseorang individu.

Faktor perbezaan yang pertama ialah faktor baka. Menurut L. Munn, baka
merupakan ciri-ciri yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anaknya melalui gen.
W.E. Vinacke, pula menyifatkan baka sebagai penentu struktur-struktur organ, arah
sistem biologi yang akan berkembang serta potensi-potensi seseorang individu. Ee Ah
Meng, baka adalah ciri-ciri yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya
melalui gen. Oleh itu, ahli-ahli keluarga biasanya mempunyai sifat-sifat yang sama
seperti warna mata dan kulit, warna rambut, bentuk muka dan telinga, kecerdasan dan
penyakit.

Menurut Mok Soon Sang, pengaruh baka terhadap perkembangan manusia


dapat diperhatikan ke atas ciri perbezaan individu dari aspek fizikal, mental dan emosi.
Manakala Ee Ah Meng berpendapat bahawa baka memberi pengaruh terhadap fizikal,
fisiologi, mental, sahsiah dan kecerdasan seseorang individu.

Ciri-ciri bagi aspek fizikal ialah setiap bentuk fizikal yang dimiliki oleh seseorang
individu itu diwarisi sama ada daripada ibu bapanya. Bentuk fizikal yang dimaksudkan
ialah warna kulit, bentuk mata, warna rambut dan jenis darah seseorang individu adalah
diwarisi daripada kedua orangtuanya. Sebagai contoh adalah mustahil sekiranya
kedua-dua ibu bapa seseorang individu mempunyai darah jenis O manakala anaknya
mempunyai darah jenis AB kecualilah individu tersebut bukanlah anak kandung
sebenar dalam keluarga itu.

Aspek perbezaan yang kedua dari faktor baka pula ialah mental. Galton (1865),
Goddard (1890), Newman (1937) dan Sheldon (1962) telah membuktikan bahawa
setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan
rakan sebayanya. Menurut Ee Ah Meng, kerencatan akal juga dipengaruhi oleh warisan
EDU 3103 [Type the document title]

baka daripada kedua ibu bapa. Ketidakupayaan seseorang individu untuk berfikir
secara normal menyebabkan dirinya menjadi begitu berbeza dengan indivu yang
lain.Hal ini juga menggangu seseorang individu untuk mendapatkan pendidikan yang
sempurna apatah lagi bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman. Agak sukar
bagi mereka untuk menyekolahkan anak mereka di sekolah yang khas. Apatah lagi
sekiranya sekolah ini memerlukan bayaran bagi penjagaan dan pendidikan mereka.

Sahsiah merupakan aspek perbezaan yang ketiga dalam faktor baka. Menurut
Ee Ah Meng, walaupun sahsiah seseorang individu banyak dipengaruhi oleh
persekitaran, baka juga memainkan peranan yang penting. Sebagai contoh perangai
dan sifat introvert dan eksrevert adalah dipengaruhi oleh faktor baka. Menurut Mok
Soon Sang, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah
akan melahirkan anak yang bersifat autokratik dan agresif.

Selain itu kecerdasan merupakan aspek perbezaan yang keempat dalam faktor
baka. Choong Lean Keow berpendapat bahawa kecerdasan bermaksud kebolehan
belajar mengenai, belajar daripada, memahami dan berinteraksi dengan persekitaran.
Antara kebolehan umum yang dinyatakan ialah penyesuaian terhadap persekitaran,
kebolehan menambah ilmu dan sebagainya.

Ciri yang seterusnya dalam faktor baka ialah aspek perbezaan fisiologi. Menurut
Ee Ah Meng, sekiranya ibu bapa seseorang individu merupakan individu yang sihat
maka mereka juga tergolong dalam individu yang sihat tetapi sekiranya ibu bapa
individu tersebut mempunyai sesuatu penyakit adalah dipercayai bahawa penyakit yang
sama juga akan dihidapi oleh anaknya. Sebagai contoh sepasang suami isteri sedang
menunggu kelahiran anaknya namun dalam masa yang sama kedua suami isteri
tersebut merupakan pembawa talesemia maka anak di dalam kandungan kemungkinan
besar akan mewarisi penyakit yang sama.

Faktor perbezaan yang kedua ialah faktor persekitaran. Menurut Amram


Schienfeld, persekitaran merujuk kepada luaran seseorang individu. Norman L. Munn,
pula mentakrifkan persekitaran sebagai segala benda yang terdapat di sekeliling unit-
unit kebakaan. Menurut Mok Soon Sang di samping pengaruh genetik faktor-faktor
EDU 3103 [Type the document title]

seperti keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan kepercayaan


masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah pula mempengaruhi perbezaan
persekitarn individu.

Keluarga merupakan orang yang paling rapat dengan diri seseorang individu.
Sekiranya individu tersebut lahir daripada keluarga yang mempunyai masalah seperti
ibu bapa bercerai individu tersebut kemungkinan besar akan mengalami masalah
seperti kemurungan dan sentiasa berada dalam keadaan tertekan. Menurut Ee Ah
Meng, saiz sebuah keluarga boleh mempengaruhi pembentukan sahsiah seorang
kanak-kanak. Sebagai contoh keluarga yang kecil akan memberi layanan istimewa
terhadap anak-anaknya dan di kemudian hari kanak-kanak tersebut akan bersikap
angkuh dan terlalu bergantung kepada ibu bapa.

Rakan sebaya merupakan orang kedua yang rapat dan mengetahui segalanya
tentang diri kita. Menurut Ee Ah Meng, kanak-kanak akan mempelajari sikap yang
diamalkan oleh rakannya sekiranya rakannya menunjukkan sikap yang positif. Selain itu
juga rakan sebaya turut membantu individu meningkatkan kemahiran interaksi dan
komunikasi antara individu. Secara ringkasnya sikap, minat, bahasa dan falsafah hidup
seseorang banyak dipengaruhi oleh rakan sebaya.

Aspek perbezaan yang seterusnya yang terdapat di dalam faktor persekitaran


ialah faktor status sosio-ekonomi. Menurut Mok Soon Sang, status sosio-ekonomi
keluarga yang mewah akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak
ke tahap optimum kerana keluarga ini mampu memberikan makanan yang cukup berzat
dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna jika dibandingkan dengan
keluarga yang kurang mampu. Bagi keluarga mewah mereka boleh menghantar anak
mereka ke kelas tambahan bagi mendapatkan ilmu yang lebih jika dibandingkan
dengan orang yang kurang mampu. Keluarga yang kurang mampu juga tidak dapat
memberi makanan yang berzat kepada anak-anak mereka kerana ada diantaranya
cuma berpendapatan sekadar sahaja.

Menurut Mok Soon Sang, guru dan sekolah merupakan pengaruh yang paling
penting dalam perkembangan pelajar dari aspek fizikal, rohani, emosi, jasmani dan
EDU 3103 [Type the document title]

sosial. Iklim sekolah yang selesa dapat mewujudkan minat serta keselesaan pelajaran
semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Kreativiti seseorang guru
dalam manyampaikan pengajaran dan pembelajaran juga harus dititikberatkan.
Sekiranya seseorang guru tidak mampu menarik minat pelajarnya terhadap
matapelajaran yang diajar maka agak sukar bagi guru tersebut untuk melahirkan pelajar
yang berilmu ketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya memberi
kesejahteraan kepada diri sendiri. Hal ini kerana guru tersebut tidak mampu untuk
menjalankan tugasnya sebagai seorang pendidik kepada anak murid.

Sekiranya sebuah pusat pendidikan dilengkapi dengan kemudahan teknologi


sudah tentu murid-murid yang ada di sekolah itu mendapat pendedahan kepada
teknologi terkini dan tidak ketinggalan dengan pelajar di sekolah lain. Menurut Mok
Soon Sang, adalah diketahui umum bahawa pendedahan kanak-kanak kepada sumber
teknologi yang sihat akan meningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi dan
sosialnya. Antara teknologi yang sihat ialah surat khabar, majalah, iklan, filem, radio,
televisyen dan computer yang tidak berunsurkan keganasan ataupun kekuningan.

Aspek yang terakhir dalam faktor perbezaan persekitaran ialah kebudayaan dan
kepercayaan masyarakat. Mayarakat merupakan alam kehidupan manusia. Menurut
Mok Soon Sang, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat yang berbeza
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dalam aspek sosio-emosi, personaliti dan
mental. Suatu masyarakat yang menitikberatkan kebendaan akan mempengaruhi sikap
manusia yang mementingkan diri sendiri dan bersikap materialistik, serta mengabaikan
nilai kerohanian dan kejiwaannya. Selain itu, kebudayaan masyarakat yang
menitikberatkan keagamaan akan melahirkan individu yang beriman. Namun demikian
pada masa kini masih wujud kepercayaan dimana perempuan tidak harus diberikan
pendidikan yang tinggi kerana mereka beranggapan bahawa tugas seorang perempuan
adalah untuk berada di dapur.

Oleh yang demikian dapat dilihat bahawa sememangnya baka dan persekitaran
merupakan dua faktor utama yang menyebabkan perbezaan cara pembelajaran dan
pemikiran murid.

You might also like