SOALAN 1Menghuraikan perkembangan kebudayaan di Malaysia.Pengertian Budaya
Budaya yang dikonsepsikan oleh orang ramai selalunya meliputi hal-hal mengenai
kesenian
. Sedangkan pengertian budaya dalam pengajian anthropologi adalah
suatu jalinanyang kompleks
. Perlakuan manusia yang dipelajari (learned behaviour) adalah menjadi asaskepada pertumbuhan budaya. Definisi budaya itu berbagai-bagai sebagaimana yang diberikanoleh sarjana-sarjana anthropologi budaya. A.L. Kroeber dan C. Kluckhohn pernah mengumpulsehingga
160 definisi budaya
yang telah digunakan oleh sarjana-sarjana. Kemudian merekamenganalisis dan membuat kesimpulan.Dalam bahasa Melayu
³budaya´
itu berasal daripada perkataan
³budi´
, iaitu kataSanskrit yang bermaksud akal. Budaya itu ialah perlakuan-perlakuan manusia yang berkaitandengan akal fikiran. Dalam intepretasi lain difahamkan bahawa budaya itu daripada rangkaian³daya´ dan ³budi´ yang dapat dikatakan segala yang berupa cipta, rasa dan penggunaan fikiranmanusia.
Kebudayaan itu bermaksud segala hasil dari ciptaan itu
. Budaya adalah katasingkat daripada kebudayaan.Budaya itu dapat dilihat dari aspek perlakuan dan hasil perlakuan anggota-anggotamasyarakat. Perlakuan manusia didorongkan oleh berbagai-bagai aspek lain, seperti norma, nilai, peraturan, adat resam, kepercayaan, undang-undang dan sebagainya. Perlakuan ini adalah hasildari berbagai-bagai proses dan ini juga yang melahirkan berbagai-bagai peralatan budaya.Sesuatu sistem itu merupakan perlakuan individu dan gabungan dengan alat-alat yang dihasilkan.