You are on page 1of 2

Jenis - jenis kasyaf

Kasyaf adalah salah satu karamah atau kelebihan yang diberikan Tuhan kepada hamb
a-hambaNya yang dikasihiNya. Apa yang ingin disebut di sini adalah kasyaf yang d
ianugerahkan Tuhan kepada kekasihNya atau waliNya.Walaupun tidak dinafikan, ada
kasyaf yang didapati oleh orang awam, kasyaf sebegitu boleh menipu dan merosakka
n diri merka. Kasyaf itu jika tidak dipimpin dan dijaga, nescaya menjadi istidra
j kepada mereka.
Bagi wali Tuhan ini, hal-hal kasyaf sebenarnya telahpun dijanjikan Tuhan seperti
mana dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman yang maksudnya: Orang yang mendek
atkan diri kepadaKu, mengerjakan yang fardhu dan yang sunat, sehingga Aku cinta
kepada mereka lalu Aku menjadi pendengaran mereka dan Aku menjadi penglihatan me
reka.
Kasyaf kepada wali Allah ini ada banyak bahagiannya, seperti berikut:
1) Kasyaf Mata
Mata dapat melihat alam mawara-ul-maddah atau disebut sebagai alam yang seni-sen
i atau boleh disebutkan sebagai alam di luar kebendaan. Di sini, mata dapat meli
hat perkara-perkara ghaib seperti malaikat, jin dan syaitan. Kasyaf inilah yang
menjadikan orang seperti Sayyidina Umar nampak apa yang sedang berlaku pada tent
era-tenteranya. Karamah seperti ini penting kerana dapat menyelamatkan seluruh t
entera Islam.
2) Kasyaf Telinga
Kasyaf telinga disebut juga hatif. Telinga boleh mendengar benda-benda yang ghai
b. Mendengar suara tetapi tidak nampak lembaganya sama ada dari jin yang soleh,
malaikat atau waliullah. Suara itu adakalanya membawa berita gembira, adakalanya
berita yang negatif. Tujuannya ialah Allah hendak menghiburkan orang yang menda
patnya. Kalau berita itu berita gembira, boleh menggembirakannya. Sebaliknya, ka
lau berita itu berita duka, juga akan menggembirakannya kerana dia tahu terlebih
dahulu, sekurang-kurangnya dia boleh bersiap menghadapi ujian itu. Atau dia bol
eh mengelak daripada bahaya itu.
3) Kasyaf Mulut
Tuhan beri kepada orang itu, lidahnya masin seperti doanya kabul atau apa yang d
ia sebut terjadi sama ada jangka pendek atau jangka panjang. Juga, di mana saja
dia memberi kuliah, nasihat, tunjuk ajar, berdakwah dan sebagainya, ianya mudah
diterima masyarakat dan boleh mengubah hati mereka. Akhirnya berubahlah sikap ma
syarakat. Karamah seperti ini biasanya dikurniakan kepada pemimpin.
4) Kasyaf Akal
Mendapat ilmu yang seni-seni yang Allah kurniakan pada seseorang terus jatuh ke
hatinya. Ini terjadi tanpa dia belajar, tanpa membaca, tanpa mentelaah dan tanpa
berguru. Dinamakan juga ilham atau ilmu laduni. Agar tidak terkeliru, perlu dii
ngat orang yang hendak dapat ilmu laduni itu, dia mestilah dahulu ada ilmu asas
iaitu ilmu fardhu ain.
5) Kasyaf Hati
Dinamakan juga firasat. Inilah kasyaf yang tertinggi daripada kasyaf-kasyaf yang
disebutkan tadi. Biasanya dikurniakan kepada pemimpin. Itupun tidak banyak kera
na Allah kurniakan hanya kepada pemimpin-pemimpin yang sangat soleh, yang sangat
sabar menanggung ujian yang begitu berat ditimpakan kepada mereka. Kasyaf hati
ialah rasa hati atau gerakan hati yang tepat lagi benar. Dia boleh menyuluh mazm
umah yang seni-seni yang kadang-kadang kita membaca kitab tak mengerti. Termasuk
juga adalah rasa hati dapat membaca diri seseorang. Nabi pernah bersabda, "Hend
aklah kamu takuti firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan pandangan Allah
". Apa yang dimaksudkan dengan firasat itu ialah kasyaf hati. Orang yang mendapa
tnya dapat memimpin diri dan dapat memimpin orang lain. Kalau tidak, seorang itu
tidak layak jadi pemimpin. Kalau dia terus memimpin rosaknya lebih banyak darip
ada kebaikan.

You might also like