You are on page 1of 15

AIZAM SIZA BT ZINADIN

761220-14-5428
KEPIMPINAN PENDIDIKAN PPP6013

KUI

1
AIZAM SIZA BT ZINADIN
761220-14-5428
KEPIMPINAN PENDIDIKAN PPP6013

KUI

2
AIZAM SIZA BT ZINADIN
761220-14-5428
KEPIMPINAN PENDIDIKAN PPP6013

KUI

3
AIZAM SIZA BT ZINADIN
761220-14-5428
KEPIMPINAN PENDIDIKAN PPP6013

KUI

4
AIZAM SIZA BT ZINADIN
761220-14-5428
KEPIMPINAN PENDIDIKAN PPP6013

KUI

5
AIZAM SIZA BT ZINADIN
761220-14-5428
KEPIMPINAN PENDIDIKAN PPP6013

KUI

6
AIZAM SIZA BT ZINADIN
761220-14-5428
KEPIMPINAN PENDIDIKAN PPP6013

KUI

b) Apakah pandangan anda tentang gaya kepimpinan ini dalam kontek kepimpinan sekolah

di Malaysia.

Pendahuluan

7
AIZAM SIZA BT ZINADIN
761220-14-5428
KEPIMPINAN PENDIDIKAN PPP6013

KUI
Kepimpinan merupakan satu aktiviti pengurusan yang selalu diperkatakan dalam mana-mana

institusi atau organisasi. Pemimpin biasanya diharapkan dapat memainkan peranan yang

efektif dalam berbagai aspek termasuk merancang, berkomunikasi, membuat keputusan,

mengawal serta mengendalikan konflik. Manakala para pentadbir pula, selalu melihat diri

mereka sebagai mempunyai keupayaan untuk mengalih panduan organisasi yang mereka

pimpin. Mereka menerima kedudukan baru dengan harapan akan memperbaiki masalah yang

dihadapi oleh pentadbir sebelumnya (Aminuddin 1994).

Umumnya kepimpinan boleh dinyatakan sebagai satu konsep yang merangkumi keseluruhan

tanggungjawab pentadbiran atau pengurusan. Menyentuh tentang soal kepimpinan dalam

pentadbiran pendidikan, sememangnya tidak dinafikan bahawa pertumbuhan dan perkembangan

dalam pendidikan masa kini membayangkan keinginan individu, masyarakat dan negara untuk

berubah. Keinginan untuk berubah merupakan satu hasrat yang murni kerana ia memperlihatkan

kesediaan ahli masyarakat untuk menilai kembali matlamat dan corak kepimpinan dalam

pentadbiran pendidikan itu sendiri.

Tren kepimpinan pendidikan masa kini tidak lagi melihat pengetua memikul semua

tanggungjawab sebagai pemimpin sekolah. Tren kepimpinan kini bukan sekadar member fokus

kepada keupayaan, kemahiran atau bakat individu tetapi lebih memberi tumpuan kepada

bagaimana menghasilkan satu budaya kebertanggungjawaban sepunya dan perkongsian budaya

pembelajaran serta membangunkan keupayaan kepimpinan sekolah (Harris, 2008). Senge et. al.

8
AIZAM SIZA BT ZINADIN
761220-14-5428
KEPIMPINAN PENDIDIKAN PPP6013

KUI
(2005) dalam kajiannya menyatakan tren model kepimpinan kini beralih daripada struktur hirarki

di mana pemimpin berada pada kedudukan teratas kepada kepimpinan yang lebih distribusi.

Gaya Kepimpinan

Kepimpinan sekitar tahun 80-an mengiktiraf peranan pengetua sebagai amat penting dalam

kejayaan atau kegagalan sebarang perlaksanaan program pendidikan (Hussein, 1997).

Walaubagaimanapun Lashway (2003), menyatakan mengurus sekolah tidak lagi menjadi tugas

utama seseorang pengetua kerana pengetua mempunyai tugas-tugas lain yang lebih kompleks.

Kajiannya mendapati para pendidik, ahli komuniti, penyelidik dan penggubal polisi bersetuju

bahawa pengetua hari ini tidak dapat memimpin sekolah secara bersendirian disebabkan tugas

yang semakin kompleks dan mencabar.

Tren kepimpinan masa kini tidak lagi melihat pengetua memikul semua tanggungjawab sebagai

pemimpin sekolah. Malah lebih memberi tumpuan kepada bagaimana menghasilkan satu budaya

kebertanggungjawaban sepunya dan perkongsian budaya pembelajaran serta membangunkan

keupayaan kepimpinan sekolah (Harris,2008). Menurut Buckner et al (2000) pengetua atau guru

besar telah dikenalpasti memainkan peranan penting dalam membangunkan kepimpinan di

peringkat guru. Selain daripada mengenalpasti, membangunkan dan memberi sokongan kepada

guru, pengetua perlu menggalakkan guru-guru menjadi pemimpin di kalangan mereka. Pengetua

9
AIZAM SIZA BT ZINADIN
761220-14-5428
KEPIMPINAN PENDIDIKAN PPP6013

KUI
juga perlu memperkembangkan kemahiran memimpin dalam kalangan guru mereka dengan

menyediakan maklumbalas yang positif.

Dalam institusi sekolah, pengetua atau guru besar yang mengamalkan gaya kepimpinan

distributif adalah merupakan pemimpin, pentadbir dan pengurus yang melaksanakan pelbagai

fungsi dan perlu cekap dan bijak untuk melaksanakan tugas kepimpinan tersebut. Kualiti

kepimpinan yang tinggi adalah sangat diperlukan untuk mengurus dan mentadbir sekolah bagi

melahirkan generasi berkualiti (Musa 2002). Tercapai atau tidak misi dan visi pendidikan yang

dihasratkan adalah bergantung kepada kecekapan pengetua dalam mengurus sumber utama di

sekolah. Sekolah-sekolah yang mencapai kejayaan yang tinggi dalam bidang akademik dipimpin

oleh pengetua yang mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang berkesan (Atan Long et al 1990,

Dunford et al. 2000; Shahril 2000).

Secara umumnya pada pandangan saya, gaya kepimpinan distributif sesebuah organisasi yang

berjaya mengandungi tiga komponen utama iaitu terdiri daripada strukturnya, pengikut-pengikut

dan pemimpinnya. Setiap satu memainkan peranan bagi menentukan matlamat dan kejayaan

sesebuah organisasi. Struktur organisasi membentuk hala tuju organisasi dan merupakan asas di

mana interaksi dan komunikasi dapat berjalan. Pengikut sesebuah organisasi pula memberi

respon kepada struktur dan pemimpin. Manakala pemimpin adalah orang-orang yang

menentukan keberkesanan sesebuah organisasi dalam menggembleng ciri-ciri dan kemahiran

10
AIZAM SIZA BT ZINADIN
761220-14-5428
KEPIMPINAN PENDIDIKAN PPP6013

KUI
yang ada pada mereka yang dapat membantu bagi penemuan kaedah terbaik dalam

melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan bagi mencapai kecemerlangan.

Bukan menjadi satu perkara yang mudah bagi menentuka ciri atau gaya kepimpinan yang terbaik

dan berkesan. Kepimpinan adalah satu bidang yang sangat luas dan paling diminati. Pelbagai

teori kepimpinan dan kajian-kajian tentang kepimpinan tidak dapat memberikan satu kerangka

yang kukuh untuk menentukan pemimpin berkesan. Kepimpinan berkesan tetap menjadi satu

konsep yang tersirat. Pemimpin yang mengamalkan kepimpinan distributif adalah seorang yang

pemimpin kredibel, mempunyai integriti dan percaya kepada kebolehan diri dan persekitarannya

sehingga mampu untuk menciptakan perubahan dan membina satu pasukan petugas serta

menjana satu sistem kerja di mana setiap anggota organisasi dapat sama-sama diberi peluang

untuk menyelesaikan masalah dengan kreatif dan penuh komitmen dengan meletakkan satu

matlamat dan arah tuju yang dinamik supaya matlamat organisasi dapat tercapai. Kredibel

bermaksud kualiti yang membolehkan seseorang beroleh kepercayaan orang lain, boleh

bergantung dan dipercayai dan diyakini (being believable, dependable and worthy of people’s

trust and confidence).

Cabaran Kepimpinan Distributif

Kepimpinan Distributif merupakan faktor utama yang membezakan antara organisasi yang

berkesan dengan organisasi yang tidak berkesan (Abdul Shukor 1998). Dalam konteks

11
AIZAM SIZA BT ZINADIN
761220-14-5428
KEPIMPINAN PENDIDIKAN PPP6013

KUI
pengurusan dan pentadbiran sekolah, pengetua atau guru besar merupakan pemimpin yang

berpengaruh dan sangat penting dalam menentukan keberkesanan sesebuah sekolah. Sebagai

seorang pemimpin, skop bidang tugas seseorang pengetua atau guru besar adalah sangat luas,

meliputi bidang pengurusan dan pentadbiran dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan proses

pengajaran dan pembelajaran. Pengetua atau guru besar memainkan peranan dalam menentukan

kejayaan serta membuat perubahan kepada sekolah yang ditadbirnya. Kepimpinan mereka

menjadi penting kerana pengetua atau guru besar merupakan orang yang diharapkan dapat

menentukan arah tuju sekolah, menyediakan garis panduan dan bimbingan, menjelaskan peranan

dan prosedur kerja, memotivasi dan member inspirasi kepada guru-guru dan murid-murid di

samping menyediakan sumber dan sokongan serta menilai dan mengambil tindakan susulan dan

melakukan perubahan-perubahan yang diperlukan oleh sekolah (Sergiovanni 2001; Ubben,

Hughes & Noris 2001).

Rasional Kepimpinan Distributif

Kemajuan sesebuah sekolah lazimnya dihubungkaitkan dengan pengetua atau guru besar yang

baik dan pembelajaran pelajar bergantung kepada kepimpinan yang baik di mana proses

pengajaran dan pembelajaran berlaku (Shahril 2000; Peter Neil et al.2001). Pemimpin yang

berkesan, berperanan untuk menubuhkan asas yang kukuh dan persekitaran yang kondusif

supaya budaya pembelajaran cemerlang dapat diwujudkan. Pentadbiran dan pengurusan di

peringkat sekolah boleh menyebabkan jatuh bangunnya sesebuah sekolah kerana ia bergantung

12
AIZAM SIZA BT ZINADIN
761220-14-5428
KEPIMPINAN PENDIDIKAN PPP6013

KUI
kepada pucuk kepimpinan iaitu pengetua yang membawa sekolah ke arah kejayaan (Ibrahim

Ahmad Bajunid 2000).

Bagi mendapatkan kualiti dalam pendidikan, kepimpinan perlu diwujudkan dan pengetua yang

berpotensi perlu diberi keutamaan. Sesungguhnya, sekolah-sekolah yang mencapai kejayaan

yang tinggi dalam bidang akademik dipimpin oleh pengetua yang mempunyai sifat-sifat

kepimpinan yang berkesan (Atan Long et al. 1991)

Kajian kepimpinan Sekolah Harapan Negara yang dijalankan oleh Khuan dan rakan-rakan pada

tahun 2003 mendapati bahawa ciri-ciri pemimpin yang mempraktikkan kepimpinan distributif

adalah merangkumi elemen ketahanan diri yang tinggi, kebolehan menyesuaikan diri dengan

baik, sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat,

seorang yang prihatin terhadap komuniti sekolah, mempunyai visi dan misi yang jelas,

kesungguhan terhadap penghasilan kerja yang berkualiti, seorang yang mampu menyelesaikan

masalah dengan cara yang kreatif dan juga berani mengambil risiko. Tret dan kualiti peribadi

seorang pemimpin mempengaruhi elemen-elemen budaya sekolah seperti persekitaran dan iklim

sekolah dan perhubungan antara warga sekolah dan masyarakat setempat.

Kesimpulan

Harris(2008) menyatakan bahawa keberkesanan sebarang bentuk kepimpinan distributif

bergantung kepada beberapa faktor. Faktor-faktor ini termasuk perkembangan sesebuah

13
AIZAM SIZA BT ZINADIN
761220-14-5428
KEPIMPINAN PENDIDIKAN PPP6013

KUI
organisasi, kesediaannya untuk berubah, budaya dan keperluan pembangunannya. Ia juga

bergantung kepada corak penyebaran (distribution) dan tujuan ia disebar. Sekolah merupakan

pihak pelaksana kepada semua dasar yang diluluskan oleh kementerian.. Pengetua atau guru

besar sebagai pengurus memastikan sekolah diurus dengan baik dan dasar-dasar reformasi

kementerian dilaksanakan dengan jayanya. Dalam masa yang sama pengetua atau guru besar

juga harus menjadi pemimpin yang meneraju sekolah untuk membawa perubahan dan

transformasi kepada murid-murid khususnya dan fizikal sekolah dan seluruh warga kerja sekolah

amnya.

Melontarkan idea dan mencadangkan kepimpinan distributif untuk diamalkan berasaskan kajian

yang dilaksanakan di luar negara khususnya kajian yang dibuat oleh Washington School

Research Centre menunjukkan ianya berjaya. Namun kajian dalam negara masih dalam

peringkat wujudnya amalan kepimpinan distributif di peringkat sekolah. Dalam struktur

organisasi Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) pengetua sekolah berada di lapisan yang

terakhir. Ada lapisan pemimpin PPD, pemimpin JPN, pemimpin setiap bahagian dan pemimpin

tertinggi KPM. Justeru, kepimpinan distributif itu haruslah ditunjukkan oleh pemimpin atasan

terlebih dahulu dan diterjemahkan dalam bentuk tindakan agar dapat dicontohi dan diamalkan

oleh pemimpin lapisan bawahan termasuk pengetua, penolong kanan dan ketua bidang.

Sehubungan dengan itu, sekolah sebagai sebuah institusi pembelajaran yang memenuhi tuntutan

negara, ahli politik, masyarakat dan ibu bapa dalam mendidik serta membangunkan keperibadian

14
AIZAM SIZA BT ZINADIN
761220-14-5428
KEPIMPINAN PENDIDIKAN PPP6013

KUI
pelajar dan amalan kepimpinan pengetua dan guru besar tidak harus terikat kepada hanya satu

jenis kepimpinan sahaja apalagi jika masih menggunakan cara tradisional yang berasaskan

autokratik, direktif, satu hala atau struktur menegak. Kepimpinan distributif bergantung kepada

hubungan dan saling percaya mempercayai antara ahli dalam organisasi. Secara keseluruhannya

didapati kepimpinan distribusi memang wujud dan diamalkan di negara kita.

15

You might also like