You are on page 1of 11

1.

0 Pengenalan

Setiap negara di dunia tidak kiralah apa jua bentuk kerajaan itu sama ada demokrasi,
sosialis mahupun monarki mempunyai dua haluan politik di dalam kerajaannya iaitu parti
berhaluan kanan dan juga parti berhaluan kiri. Kebiasaannya, parti yang berhaluan kanan
adalah parti yang menyokong kerajaan ataupun pro-kerajaan, manakala parti yang
berhaluan kiri seringkali dikaitkan dengan anti-kerajaan. Dengan itu, gerakan oleh parti
berhaluan kiri ini lebih dikenali dengan panggilan radikal yang memilih cara dengan tidak
berkompromi dengan penjajah. Walaupun golongan berhaluan kiri ini seringkali ditakrifkan
sebagai satu golongan yang tidak menerima ataupun menentang kerajaan, tetapi golongan
inilah yang telah banyak membangkitkan semangat nasionalisme di dalam diri penduduk di
Tanah Melayu pada pra dan pasca kemerdekaan. Hal ini kerana, golongan ini sanggup
berjuang dengan sedaya-upaya untuk membebaskan Tanah Melayu dari terus dijajah dan
menuntut kemerdekaan daripada pihak penjajah.

Lantaran itu, golongan yang berhaluan kiri ini telah menyebabkan timbulnya idea
atau pendapat yang berbeza di dalam pentadbiran sesebuah negara itu. Hal ini kerana,
pendapat daripada pelbagai pihak amat diperlukan dalam menjadikan sebuah negara itu
terus aman dan teratur dari segi pentadbiran. Di Tanah Melayu, gerakan radikal seperti
Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam, Parti Kebangsaan Melayu
Malaya (PKMM) pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmy, dan beberapa lagi parti berhaluan kiri
yang aktif sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Selain daripada tokoh-tokoh yang
disebutkan tadi, tokoh-tokoh berhaluan kiri yang termasyhur selepas Perang Dunia Kedua
adalah seperti Ishak Haji Muhammad, Mustapha Hussein, Khatijah Sidek, Tan Cheng Lock,
Musa Ahmad, Rashid Maidin, Abdullah CD dan juga Ibrahim Karim 1. Merekalah yang
menjadi pelopor gerakan berhaluan kiri dengan berbekalkan semangat kental dan radikal.

Dengan itu, saya bersetuju dengan pandangan yang mengatakan Ahmad


Boestamam sebagai tokoh radikal Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Ahmad
Boestamam merupakan seorang pejuang yang melibatkan diri di dalam politik berhaluan kiri
sehingga akhir hayatnya. Usahanya untuk menggabungkan Tanah Melayu dengan
Indonesia Raya atau Melayu Raya tetap menjadi idamannya kerana kebanggaannya
dengan negara jiran itu yang mencapai kemerdekaan yang lebih awal daripada Tanah
Melayu. Oleh yang demikian, Ahmad Boestamam dikenang sebagai tokoh berhaluan kiri
yang popular di zamannya.

1
Antara tokoh berhaluan kiri selepas Perang Dunia Kedua adalah seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji
Muhammad, Ahmad Boestamam, Mustapha Hussein, Khatijah Sidek, Tan Cheng Lok, Musa Ahmad, Rashid
Maidin, Abdullah CD, Abdul Majid Salleh, Cikgu Mohd. Yusof bin Ayub, Ibrahim Singgeh dan Ibrahim Karim.

1
2.0 Sejarah Hidup Ahmad Boestamam

Ahmad Boestamam adalah merupakan seorang nasionalisme Melayu yang terulung di


Tanah Melayu pada era pra dan pasca kemerdekaan. Beliau dilahirkan pada 30 November
1920 di Kampung Behrang Uu, Tanjung Malim, Perak. Ahmad Boestamam merupakan anak
bongsu daripada 3 orang adik-beradik. Nama sebenar beliau bukanlah Ahmad Boestamam,
tetapi Abdullah Thani bin Raja Kechil. Beliau menggunakan nama Ahmad Boestamam
kerana minat dan sanjungannya kepada seorang pemimpin India yang bernama Subhas
Chandra Bose. Kehidupan Ahmad Boestamam sewaktu kecil tidaklah mewah kerana
bapanya, Raja Kechil hanya bekerja sebagai petani dengan menanam padi dan menjadi
penoreh getah. Pada zaman persekolahan, Ahmad Boestamam bersekolah di sekolah
Melayu dan juga Anderson School Ipoh di Perak. Beliau merupakan seorang pelajar yang
pintar dan sering mendapat keputusan yang baik di dalam peperiksaan.

Beliau amat meminati bidang penulisan dan kewartawanan. Minatnya kepada bidang
penulisan lahir ketika di bangku sekolah lagi. Hal ini kerana, beliau amat suka membaca dan
berfikir daripada melakukan aktiviti di luar rumah contohnya bersukan. Ahmad Boestamam
amat gemar dengan bahan bacaan daripada Indonesia kerana pengaruh daripada abang
iparnya yang merupakan bekas pelajar Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) yang banyak
menggunakan buku-buku rujukan daripada negara itu. Selain buku-buku yang dibawa
masuk dari seberang, beliau juga amat menggemari majalah Cenderamata, akhbar Majlis
dan juga Warta Malaya kerana kandungan naskhah ini mengandungi perjuangan-
perjuangan politik Melayu dan juga kritikan tentang dasar yang dijalankan oleh pihak British.
Di sinilah bermula kebangkitan semangat nasionalisme di dalam diri Ahmad Boestamam
dan telah menyedarkannya katanya:

“…semua rencana-rencana itu saya baca belaka, saya fahami dan


kemudian saya telan bulat-bulat. Kata orang jika belakang parang diasah akan
tajam juga sudahnya. Demikianlah saya dengan pembacaan saya ini. Lama-
kelamaan semangat kebangsaan yang ditiupkan itu telah tertancap dalam hati
sanubari saya, subur dan menyubur.”2

Bakat Ahmad Boestamam dalam bidang kewartawanan telah diakui oleh beberapa buah
majalah seperti Majalah Saudara, Warta Perak, Majlis dan Utusan Melayu. Hal ini kerana,
sejak di bangku sekolah lagi beliau sudah berjinak-jinak dengan bidang penulisan. Karier
beliau sebgai wartawan telah menyebabkan beliau mengenali tokoh-tokoh politik tanah air
seperti Ishak Hj. Muhammad dan A. Samad Ahmad. Lantaran itu, semangat beliau untuk

2
Ahmad Boestamam, “Dari Nasionalis ke Sosialis”, hlmn. 11 kutipan daripada buku Ahmad Boestamam Satu
Biografi Politik, hlmn.6.

2
terjun ke dalam bidang politik semakin membuak-buak dan akhirnya nama Ahmad
Boestamam tercatat di dalam sejarah politik tanah air dimana beliau terlibat di beberapa
buah parti politik seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf
(API), Parti Tenaga Rakyat (PUTERA), Parti Rakyat Malaysia (PRM), Socialist Front, Parti
Marhaen dan juga Parti Keadilan Masyarakat (PEKEMAS). Hal ini telah menyebabkan
beliau dihormati oleh rakan-rakan seangkatan dengannya walaupun beliau merupakan tokoh
politik yang radikal.

Sebagai tokoh politik berhaluan radikal, Ahmad Boestamam pernah dipenjarakan


selama kira-kira 12 tahun dan sebanyak tiga kali iaitu pada pertama kali pada tahun 1941-
1942, kali kedua pada tahun 1948-1955 dan yang terakhir dari tahun 1963-1967. Beliau
dipenjarakan berdasarkan pelbagai sebab. Sebagai contohnya, beliau membabitkan diri di
dalam kegiatan anti-British atas jawatannya di dalam Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang
bekerjasama dengan pihak Jepun. Penangkapan Ahmad Boestamam kali kedua kerana
beliau terlibat di dalam hartal yang yang merupakan satu pemogokan oleh peniaga dengan
menutup perniagaan mereka dengan tujuan untuk menyusahkan orang ramai mendapatkan
barangan. Hartal ini dilakukan kerana berdasarkan penentangan beliau terhadap British dan
juga UMNO. Selain itu, penangkapan Ahmad Boestamam kali yang ketiga adalah
disebabkan laporan oleh Parti Perikatan yang mengatakan beliau merupakan seorang ahli
politik yang menentang pembentukan Malaysia kerana selama ini beliau amat berharap
Tanah Melayu ini akan menjadi sebuah gagasan Melayu Raya atau Indonesia Raya.

Setelah dibebaskan daripada penangkapannya kali ketiga, pada tahun 1970, Ahmad
Boestamam ditawarkan bekerja di Sarawak oleh Datuk Patinggi Abdul Rahman Yaakub
yang merupakan bekas Menteri Pelajaran Malaysia. Tujuan Datuk Patinggi Abdul Rahman
Yaakub ini membawa masuk beliau ke Sarawak adalah untuk menawarkan pekerjaan
kepada Ahmad Boestamam daripada terus hidup melarat dan disia-siakan bakatnya. Beliau
ditawarkan pekerjaan sebagai pembantu politik peribadi Datuk Patinggi Abdul Rahman
Yaakub dan berkempen di dalam parti Barisan Rakyat Jati Sarawak, BARJASA. Beliau juga
pernah menerima pingat Bintang Panglima Negara, Bintang Kebesaran Kerajaan Negeri
Sarawak yang dianugerahkan oleh yang Di-Pertuan Negeri Sarawak, Datuk Patinggi Abdul
Rahman Yaakub. Pada tahun 1978, Ahmad Boestamam telah bersara dari bidang politik
kerana berasa sudah berada di puncak kariernya. Beliau meninggal dunia pada usia 63
tahun kerana mengidap barah paru-paru. Maka berakhirlah perjuangan Ahmad Boestamam
di dalam bidang politik yang telah banyak memberikannya pengalaman dan juga ranjau
hidup suka dan duka. Jasa beliau di dalam bidang politik yang berhaluan kiri tidak dilupakan
oleh negara.

3
3.0 Suara Radikalisme Melayu

Pada peringkat awal, perjuangan Ahmad Boestamam hanyalah di dada-dada akhbar di


mana ketika beliau menjadi penulis di beberapa buah akhbar seperti Suara Rakyat, Majlis,
Saudara dan juga Warta Kinta. Beliau menggunakan saluran media cetak untuk
menyebarkan maklumat tentang penjajahan British yang telah memonopoli hasil bumi di
Tanah Melayu pada ketika itu. Akhbar-akhbar ini menjadi pengantara antara ahli politik
seperti Ahmad Boestamam dengan para pengikutnya. Di samping itu, akhbar juga
berperanan sebagai wadah dan medium untuk menyampaikan maklumat kepada orang
ramai tentang dasar British yang lebih mengutamakan kaum-kaum lain berbanding kaum
Melayu pada ketika itu. Akhbar-akhbar yang diterbitkan ini telah banyak menyedarkan
bangsa Melayu bahawa mereka harus bangun dan menentang British untuk membela
nasib mereka di tanah air sendiri.

Ketika Perang Dunia Kedua, pihak British telah mengalami kekalahan yang teruk
dengan Jepun. Dengan kemenangan Jepun, ia teleh memberikan semangat baru kepada
semua penduduk di Tanah Melayu. Hal ini kerana, Jepun merupakan negara yang terletak
di Asia Timur dan merupakan negara yang terletak di Asia. Oleh itu, pihak Jepun telah
menyeru dan memperkenalkan slogan Asia untuk Asia untuk membantu dan mengambil
kuasa pentadbiran daripada pihak British. Slogan ini juga telah menyedarkan orang Melayu
bahawa orang Timur mampu bangun mempertahankan diri sendiri tanpa perlu bergantung
kepada kuasa-kuasa Barat.3 Atas kesedaran ini juga, pada Ogos 1945, Ahmad Boestamam
dengan beberapa tokoh nasionalisme yang lain telah merampas dan mengambil alih
Pejabat Percetakan Perak Shimbun untuk menerbitkan akhbar sendiri. Pengambilalihan ini
dilakukan semasa peralihan pemerintahan Jepun, MPAJA dan British. Akhbar yang
diterbitkan diberi judul ‘Suara Rakyat’ dan diterbitkan di Ipoh, Perak.

Dengan penerbitan Suara Rakyat ini, apa sahaja yang tidak memuaskan hati
pemimpin berhaluan kiri ini disampaikan dan ditulis di dalam akhbar. Idea dan pendapat
tentang bangsa Melayu berkenaan dengan kemunduran kaum majoriti di Tanah Melayu ini
telah dibangkitkan oleh Ahmad Boestamam. Dalam setiap penulisan Ahmad Boestamam, ia
telah dapat membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu untuk
menentang penjajahan British. Hal ini kerana, beliau banyak mengutarakan idea-idea dan
pandangan yang bernas serta bijak menyinggung perasaan pihak British kerana rata-
ratanya penulisan beliau ini pedas dan berbisa kerana seringkali mengkritik tindakan British.
3
Liputan akhbar-akhbar tempatan ini telah menyedarkan bangsa Melayu tentang pentingnya mereka bangun
dan bersatu untuk membela nasib sendiri. Kekalahan British di tangan Jepun di dalam Perang Dunia Kedua
telah memberikan semangat baru bagi bansga Melayu. Slogan Asia untuk Asia yang berkumandang, mula
menyedarkan orang Melayu bahawa orang Timur mampu bangun mempertahankan diri sendiri tanpa perlu
bergantung kepada kuasa-kuasa Barat.

4
Akhbar ‘Suara Rakyat’ ini juga ada diterbitkan di dalam bahasa Inggeris iaitu ‘Voice
of The People’. Penerbitan akhbar ini di dalam bahasa Inggeris adalah untuk menggalakkan
bangsa asing dan golongan elit Melayu untuk membacanya. Isi kandungan akhbar ini sama
iaitu untuk menyedarkan orang Melayu untuk bangkit menentang penjajahan British.
Dengan penerbitan Akhbar Voice of The People, maka Parti Kebangsaan Melayu Malaya
(PKMM) telah ditubuhkan pada 20 Oktober 1945. Parti ini ditubuhkan bertujuan untuk
menjamin hak-hak kaum Melayu kerana pada waktu itu sudah ada pertubuhan-pertubuhan
kaum lain yang berbaur politik. Dengan ini, PKMM telah menjadi salah satu parti yang
penting dan khusus untuk kaum Melayu pada ketika itu.

4.0 Perjuangan Ahmad Boestamam Sebagai Tokoh Radikalisme Melayu


4.1 Penglibatan Ahmad Boestamam Di Dalam PKMM

Ahmad Boestamam adalah merupakan seorang yang berjiwa radikal. Sikap radikalnya ini
mula terserlah sejak di bangku sekolah lagi dimana ketika itu beliau terlibat di dalam bidang
kewartawanan dengan menjadi penulis di beberapa akhbar. Beliau bijak mengutarakan
pendapatnya dengan disokong oleh hujah-hujah yang bernas. Oleh itu, tidak hairanlah
nama Ahmad Boestamam ini tersenarai di dalam kategori perancang utama gerakan radikal
menentang British.

Penglibatan Ahmad Boestamam di arena politik jelas dilihat di dalam PKMM dan
juga API dimana beliau melibatkan diri di dalam penubuhan kedua parti ini. Di dalam
PKMM, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pemuda PKMM oleh Parti Komunis Malaya
(PKM). Walaupun PKMM ini dibawah naungan PKM, Ahmad Boestamam tetap bersama
dengan PKMM. Antara sebabnya adalah PKMM merupakan sebuah parti yang mahu
mengatasi pengaruh golongan kanan atau para pembesar Melayu yang bersifat konservatif
dan feudal. Selain itu, antara sebab lain adalah penguasaan PKM di Tanah Melayu selepas
kekalahan Jepun. Dengan bekerjasama dengan PKM, beliau dan rakan-rakannya akan
dapat memperluaskan pengaruh PKMM dalam kalangan semua bangsa. Hal ini akan
menjadikan PKMM merupakan sebuah parti yang kuat dan kukuh di Tanah Melayu.

Melalui PKMM ini, Ahmad Boestamam dan golongannya telah meletakkan dasar
Melayu Raya bagi menyeimbangkan pengaruh PKM di dalam PKMM. Hal ini telah dibuat di
dalam Kongres PKMM yang pertama dan telah mencapai persetujuan bahawa dasar yang
dibuat ini adalah untuk mencapai kemerdekaan bangsa dan tanah air dengan
menggabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia dan mendirikan Republik Malaya sebagai
satu anggota daripada Republik Indonesia Raya. Hal ini bermaksud, Tanah Melayu tidak

5
akan merdeka sebagai satu negara yang berdaulat, tetapi menjadi sebahagian daripada
Indonesia Raya. Ini adalah matlamat dan cita-cita Ahmad Boestamam kerana ramai dalam
kalangan orang Indonesia yang berada di Tanah Melayu akan menyokong pergerakan
PKMM.

Pada pertengahan tahun 1946, Ahmad Boestamam telah dilantik sebagai


Setiausaha Agung PKMM. Ini menjadikan beliau telah memegang jawatan yang
mengukuhkan kedudukannya di dalam PKMM yang merupakan sebuah parti radikal yang
dikenali di Tanah Melayu. Beliau telah merancang satu perubahan dimana ia telah
membawa satu kesan baik iaitu telah menyelamatkan PKMM daripada diterajui oleh
komunis. Hal ini kerana, Ahmad Boestamam tidak berpuas hati dengan sikap lembut dan
jujur pemimpin PKMM iaitu Dr. Burhanuddin yang telah menyebabkan PKMM tidak dapat
menunjukkan keradikalannya. Hal ini menjadikan ada pihak yang mengambil kesempatan
atas sifat lembut yang ditunjukkan Dr. Burhanuddin. Contohnya, ramai ahli komunis Melayu
telah menyertai PKMM. Selain itu, sifat Dr. Burhanuddin juga mengecewakan PKM kerana
parti dibawah naungannya iaitu PKMM tidak berjaya untuk menjatuhkan UMNO. Oleh sebab
itu, Ahmad Boestamam telah memujuk Dr. Burhanuddin menerima jawatan Penasihat
Agung PKMM agar beliau boleh memilih pemimpin baru yang lebih aktif dan berjiwa radikal
yang tinggi.

Pada tahun 1946, British telah memperkenalkan Malayan Union (MU) dengan
bertujuan untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah jajahan takluk British.
Penubuhan MU ini telah mendapat sokongan PKMM dimana PKMM mempunyai motif yang
tersendiri terutamanya untuk menghapuskan kuasa raja-raja Melayu. Selain itu, dasar
kerakyatan jus soli yang MU yang diperkenalkan telah menarik minat PKMM untuk
menyokong penubuhan MU. Hal ini kerana, dengan adanya dasar jus soli ini, akan
menjadikan pengikut PKMM semakin ramai kerana ramai orang Indonesia akan mendapat
taraf kerakyatan sama seperti bumiputera di Tanah Melayu. Walaupun pada peringkat
pertengahan Ahmad Boestamam dan juga PKMM berpihak kepada UMNO, tetapi itu
hanyalah sementara kerana perbezaan ideologi di antara kedua-dua buah parti ini. Hal ini
kerana, UMNO merupakan sebuah parti berhaluan kanan dan PKMM adalah sebuah parti
radikal yang berhaluan kiri. PKMM mengambil keputusan keluar daripada UMNO kerana
PKMM tidak diterima oleh British sebagai wakil orang Melayu walaupun menyokong
penubuhan MU.

Pada 27 Jun 1946, Ahmad Boestamam dan PKMM telah menarik diri daripada
UMNO. Pihak British tidak memihak kepada PKMM kerana menganggap PKMM lebih
berbahaya daripada UMNO. Hal ini kerana, PKMM dipengaruhi oleh PKM dan pendekatan

6
politik yang dijalankannya juga sangat radikal. Keterlibatan Ahmad Boestamam di dalam
PKMM hanya bertahan pada akhir tahun 1946 sahaja. Hal ini kerana beliau diminta
menarik diri daripada kepimpinan PKMM kerana ahli-ahli PKMM yang lain merasakan
kepimpinan Ahmad Boestamam ini lebih menonjol di dalam Angkatan Pemuda Insaf (API).

4.2 Penglibatan Ahmad Boestamam Di Dalam API

Ahmad Boestamam menubuhkan API pada tahun 1946 di Ipoh, Perak. Tujuan beliau
menubuhkan API adalah untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang pemimpin parti
politik berhaluan kiri. API yang ditubuhkan ini juga merupakan badan politik yang paling
radikal dan ekstrem dengan dianggotai oleh barisan pemuda yang bersemangat tinggi. API
ini membawa maksud seperti api yang sedang marak membakar semangat para belia
Melayu pada waktu itu. Parti ini juga merupakan sebahagian daripada PKMM pada masa
dahulu dan dipisahkan dari parti itu kerana terlalu radikal. Hal ini kerana, Ahmad
Boestamam merupakan pemimpin api yang sangat tegas dan aktif di dalam kepimpinannya.

Parti politik yang telah diketuai oleh Ahmad Boestamam ini telah menakutkan pihak
Inggeris kerana berpendapat parti ini lebih radikal dan berbahaya berbanding dengan parti
orang Melayu yang lain contohnya UMNO. Hal ini kerana, API ini berorientasikan seperti
tentera dimana ia dilengkapkan dengan pakaian seragam serba putih dengan berlilitkan
kain merah tertera perkataan API di lengan4. Selain itu, API ini juga mengunakan slogan
yang telah membakar semangat anak-anak muda Melayu seperti Merdeka dan Merdeka
Dengan Darah selain mencipta beberapa buah lagu yang menaikkan semangat seperti
Darah Rakyat dan Dari Barat Sampai ke Timur . Kedua-dua buah lagu ini sering dimainkan
ketika memulakan perjumpaan ataupun setiap kali latihan ketenteraan API dijalankan.
Justeru itu, lagu ini juga telah menjadi simbol kepada semangat dan perjuangan mereka
selama ini.

Peglibatan Ahmad Bostamam di dalam API juga tidak lama kerana beliau ditangkap
dan dipenjarakan selaras dengan pengistiharaan darurat pada 16 Jun 1948. Pengistiharaan
darurat ini telah menyebabkan ramai tokoh-tokoh radikal Melayu dipenjarakan termasuklah
Ahmad Boestamam sendiri. Hal ini juga telah menyebabkan ahli API telah kehilangan
kepimpinannya. Selaras dengan itu, API juga telah diharamkan oleh British dengan alasan
API telah bekerjasama dengan Indonesia dan menjadi jambatan bagi negara itu menakluk
Tanah Melayu. Pengharaman API telah mengecewakan Ahmad Boestamam kerana perkara

4
Gambaran sedemikian memperlihatkan bahawa mereka begitu serius dalam usaha menuntut kemerdekaan
dan menentang penjajahan British.

7
itu berlaku ketika API sedang mencapai kemuncaknya dan segala cita-cita dan harapan
beliau untuk menyatukan Tanah Melayu dan Indonesia terkubur begitu sahaja.

Walaupun pengharaman API ini menyebabkan kehidupan Ahmad Boestamam


kembali susah dan menderita sehingga memaksa beliau pulang ke kampungnya, beliau
tetap aktif berpolitik dengan menjadikan PUTERA iaitu Pusat Tenaga Rakyat sebagai
landasan politiknya. Beliau bekerjasama dengan AMCJA untuk menentang Perjanjian
Persekutuan 1948. Hal ini juga telah menunjukkan bahawa sifat kepimpinan dan jiwa
politiknya tidak pernah luntur walaupun dengan pengharaman API. Walaupun begitu,
pengharaman API telah menyebabkan ramai pengikut API telah menyertai Pemuda UMNO.
Hal ini telah menimbulkan kesan baik dimana ia telah mengubah matlamat perjuangan
UMNO yang selama ini hanya memperjuangkan Hidup Melayu tetapi lebih jauh lagi dengan
memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Hal ini juga telah memberikan faedah yang
besar kepada UMNO walaupun Ahmad Boestamam terpaksa dipenjarakan dan inilah
merupakan sumbangan beliau kepada arena politik negara.

5.0 Pandangan Terhadap Ahmad Boestamam Mengenai Perjuangan Berhaluan Kiri

Ahmad Boestamam memang merupakan seorang tokoh yang berhaluan kiri kerana
keterlibatannya di dalam beberapa buah parti yang berhaluan kiri. Hal ini dapat dilihat ketika
pendudukan Jepun di Tanah Melayu dimana Ahmad Boestamam ini menjadi penyokong
Jepun dengan menerima jawatan daripada pihak itu sebagai pegawai penapis filem, akhbar
dan bangsawan dan juga sebagai pegawai propaganda yang menyebarkan kebaikan dan
kekuatan Jepun kepada orang awam. Pada ketika ini, kehidupan beliau amat baik kerana
menerima gaji sebanyak RM15.00 sebulan dan disertai dengan bahan-bahan keperluan
harian yang lain walhal rata-ratanya orang awam sukar mendapatkan makanan ketika
pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Pada ketika ini Ahmad Boestamam mengganggotai Kesatuan Melayu Muda, KMM
yang telah menyokong Jepun dengan harapan Jepun akan membantu mereka untuk
memerdekakan Tanah Melayu dengan slogan Asia untuk Asia. Tetapi hal ini tidak terjadi
kerana Jepun menjajah Tanah Melayu hanya untuk menwujudkan satu kawasan
Kesemakmuran Asia Timur Raya dan meletakkan Tanah Melayu sebagai salah satu
kawasan jajahannya. Hal ini sama sekali seperti Komanwel British yang menjadikan negara
lain yang pernah dijajah sebagai tanah jajahannya. Oleh itu, Ahmad Boestamam ini tidak
ubah seperti golongan aristokrat Melayu pada ketika itu yang menyokong dasar British
semata-mata untuk menjaga kedudukan mereka di Tanah Melayu. Beliau takut kehilangan

8
kuasa dan kesenangan hidupnya selain tidak mahu dianiaya dan ditekan oleh pihak Jepun.
Hal ini juga telah menjadikan Ahmad Boestaman sebagai nasionalis yang pragmatik iaitu
seperti lalang ditiup angin kerana tidak mempunyai pendirian yang tetap. Pada dasarnya,
Ahmad Boestamam boleh memilih berbagai-bagai cara untuk tidak bekerjasama dengan
Jepun, contohnya beliau boleh menjadi seorang petani seperti Ishak Haji Muhammad yang
tidak terus bekerjasama dengan pihak Jepun. Beliau terus-terusan bekerjasama dengan
Jepun kerana tidak mahu hidup susah dan menderita.

Selain itu, dengan penglibatan beliau di dalam Socialist Front yang telah
menggunakan ideologi sosialisme-marhaenisme ciptaan bekas Presiden Indonesia,
Sukarno ia telah menjadikan beliau seorang Ahli Parlimen Setapak yang juga telah
mengangkat nama beliau di dalam politik berhaluan kiri tanah air. Rentetan peristiwa ini
jugalah yang menyebabkan beliau ditahan untuk kali ketiga kerana dituduh terlibat dalam
usaha Indonesia menentang gagasan Malaysia yang diusahakan oleh Kerajaan Perikatan
pada waktu itu. Hal ini sedia maklum kerana Ahmad Boestamam sering memandang
Indonesia itu terbaik kerana beliau berketurunan Indonesia walaupun beliau dilahirkan di
Tanah Melayu. Hal inilah yang menyebabkan Ahmad Boestamam tidak mementingkan
orang Melayu di Tanah Melayu tetapi mengutamakan orang Indonesia seperti sokongannya
terhadap konsep jus soli oleh Malayan Union pada ketika dahulu.

6.0 Kesimpulan

9
Kesimpulannya, hal-hal inilah yang menyebabkan Ahmad Boestamam dikategorikan
sebagai seorang pejuang politik berhaluan kiri. Sifatnya yang suka menjadi pemimpin
sehingga sanggup berkomplot dengan rakan seangkatannya yang lain semasa berada di
dalam PKMM untuk menjatuhkan Dr.Burhanuddin telah menunjukkan sifatnya untuk
menjadi yang terbaik dan untuk menjadi seorang pemimpin yang radikal dan bersemangat
kental. Selain itu, usahanya di dalam API untuk berjuang supaya Tanah Melayu ini
bergabung dengan Republik Indonesia telah menjadikan beliau seorang yang amat
terpengaruh dengan negara jiran itu. Hal ini kerana, sejak remaja beliau telah membaca
bahan bacaan daripada negara itu dan lebih-lebih lagi beliau mempunyai pertalian darah
dengan negara itu.

Walaupun Ahmad Boestamam ini dikenali dengan pejuang politik berhaluan kiri,
namun beliau juga banyak memberikan sumbangan kepada Tanah Melayu kerana idea-
ideanya sering bermain di dada akhbar pada ketika itu. Pandangan dan ideanya yang luas
telah menaikkan semangat kebangsaan kepada orang Melayu untuk menentang penjajah
seperti British selanjutnya menuntut kemerdekaan. Selain itu, kehidupannya sebagai
seorang ahli politik lebih menonjol daripada atau ketika beliau menjadi seorang penulis dan
wartawan. Hal ini dapat dilihat dengan penglibatannya di dalam beberapa buah parti politik
seperti PKMM, API, PUTERA, Socialist Front, dan juga Parti Marhaen serta beberapa lagi
parti lain. Penglibatan beliau di dalam bidang politik ini juga telah mencelikkan mata
masyarakat tentang betapa pentingnya usaha untuk menuntut sebuah kemerdekaan dan
membebaskan negara daripada terus dijajah.

BIBLIOGRAFI

10
Buku
Ahmad Boestamam (1979). Memoir seorang penulis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Ishak Saat (2007). Sejarah politik Melayu pelbagai aliran. Shah Alam:
Karisma Publications Sdn. Bhd.

Ramlah Adam (2009). Ahmad Boestamam satu biografi politik. Hulu Kelang, Selangor:
Dawama Sdn. Bhd.

Ramlah Adam (2004). Gerakan radikalisme di Malaysia (1938-1965). Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Syariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin dan Ahmad Sohaimi Lazim
(2009). Kenegaraan dan ketamadunan. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

11

You might also like