You are on page 1of 125

PERTOLONGAN CEMAS

Pengertian Pertolongan Cemas


Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan
kepada mangsa yang mengalami kemalangan atau kecederaan
dengan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian
sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa
mendapat rawatan perubatan yang sempurna.

Tujuan-tujuan Pertolongan Cemas


a) Membantu menyelamatkan nyawa mangsa.
b) Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk.
c) Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa.

Sifat-sifat Pemberi Pertolongan Cemas Yang Baik


a) Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri di dalam
mengendalikan kes-kes kecemasan.
b) Pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat
di tempat kejadian atau sekelilingnya.
c) Tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dan gejala
sesuatu kes.
d) Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa.
e) Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan
semasa memberi keutamaan rawatan mangsa.
f) Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat
mengurangkan kesakitan si mangsa.
1
Tugas-tugas Ahli Pertolongan Cemas
a) Menyelamatkan mangsa secara permulihan pernafasan CPR
jika pernafasan mangsa terhenti, menahan pendarahan dan
mengelakkan mangsa dari terjadi renjatan.
b) Membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat
mengelakkan dari jangkitan kuman.
c) Memberi sokongan di bahagian yang cedera terutamanya
patah dengan tuap atau anduh supaya bahagian yang cedera
berkeadaan tetap dan tidak bergerak.
d) Elak mangsa dari mengalami renjatan.
e) Beri semangat kepada mangsa agar sentiasa berada dalam
keadaan tenang.
f) Atur bantuan agar mangsa mendapat rawatan perubatan.

Pengendalian Mangsa Kemalangan


a) Memberi bantuan dengan tenang dan pantas. Jangan panik
semasa menghadapi keadaan.
b) Beri semangat kepada mangsa agar berada dalam keadaan
tenang.
c) Uruskan bantuan supaya mangsa mendapat bantuan perubatan
dengan segera.
d) Lapor kejadian kepada pihak polis jika perlu.

2
Peraturan-peraturan Semasa Memberi Bantuan
a) Membuat penilaian keadaan,
- Menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan
selamat.
- Kemudahan-kemudahan yang terdapat seperti telefon bagi
kemudahan mendapatkan bantuan.
- Dapat menilai keterukan/keparahan mangsa
b) Membuat diagnosa – mendapatkan sejarah kejadian, tanda-
tanda gejala, keadaan sekeliling yang boleh dijadikan bukti
serta menjalankan pemeriksaan ke atas kecederaan mangsa.
c) Memberi rawatan sementara – menjalankan rawatan mengikut
prinsip dan memberi keutamaan kepada mangsa yang teruk.
d) Membuat dan memberi laporan – mengikut sejarah,
kecederaan, pernafasan, nadi, kesedaran dan rawatan yang telah
dilakukan ke atas mangsa.
Peringatan !!!
a) Elakkan dari melakukan bantuan yang berlebihan dari yang
sepatutnya supaya dapat mengelakkan mangsa menjadi lebih teruk.
b) Jangan tanggalkan pakaian mangsa terutama mangsa yang
tidak sedarkan diri. Lakukan dengan hanya melonggarkan
sahaja mana-mana bahagian yang ketat.
c) Cuba dapatkan bantuan perubatan seberapa segera.
d) Lakukan bantuan berdasarkan landas-landas selamatkan
nyawa, pendarahan dan kecederaan patah.
e) Beri kerjasama kepada pihak polis atau perubatan jika bantuan
diperlukan.
3
PEMBEBATAN

Tujuan pembebatan
a) Menahan pendarahan
b) Membantu mengelakkan luka atau kecederaan dari terdedah
kepada kekotoran yang boleh menyebabkan jangkitan.
c) Mencegah jangkitan di tempat luka.

Melakukan pembebatan perlu menggunakan kain pembebatan yang


bersih suci hama. Kebiasaannya jenis kain yang digunakan untuk
pembebatan adalah dari jenis kain kasa dan kain lint kerana kain
ini lembut dan mudah menyerap.

Pembebat Semasa Kecemasan


a) Sapu tangan yang bersih.
b) Kain biasa yang bersih dan mudah menyerap.

Semasa melakukan pembebatan, seboleh-bolehnya elakkan dari


memegang atau menempoh kain yang digunakan untuk melapik
tempat luka. Ini bertujuan meminimakan jangkitan kuman di
tempat cedera tersebut.

4
Pembalut (Bandages)
Terdapat berbagai-bagai jenis kain pembalut digunakan semasa
menjalankan rawatan mangsa kemalangan. Antara jenis-jenis
pembalut yang digunakan ialah:-
a) Pembalut tiga segi (triangular bandage).
b) Pembalut lebar (broad bandage).
c) Pembalut panjang (narrow bandage).
d) Pembalut gulung (rollar bandage).
Kegunaan Kain Pembalut
a) Penetapan tuap (sling) supaya tidak bergerak.
b) Menetapkan pembebatan yang dilakukan.
c) Mengampu bahagian yang cedera.
d) Membantu menghentikan pendarahan.
e) Mengurangkan bengkak.

Kain Anduh Tiga segi


Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting di dalam
pertolongan cemas kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai
kegunaan. Kain anduh yang baik berukuran 1 meter x 1.4 meter.
Antara kegunaan kain anduh ialah:-
a) Mengampu bahagian yang cedera atau patah.
b) Menghenti atau menahan pendarahan.
c) Menetapkan bahagian yang cedera.
d) Dapat digunakan sebagai pengipas.
e) Menutup tempat yang luka atau cedera.
f) Sebagai pengelap atau karung tuaman sejuk.
5
Anduh (sling)
Jenis-jenis Anduh
a) Anduh besar (large arm sling)
- mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
- mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
b) Anduh tiga segi/Anduh St. John’s (triangular sling)
- menahan pendarahan anggota atas.
- Mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang skapula.
- Mengampu anggota atas yang cedera.
c) Anduh kecil (small arm sling)
- mengampu kecederaan di bahagian bahu.
- Mengampu tulang klavikal yang cedera.
- Mengampu anggota atas yang cedera.
d) Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling)
- mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patah
tulang klavikal.

6
SISTEM PENGALIRAN DARAH
Merupakan rangkaian sistem yang tertutup yang terdiri dari
jantung, saluran-saluran darah dan limpa. Saluran darah terbahagi
kepada 3 jenis iaitu saluran arteri, vena dan kapilari.

Jantung
Jantung terletak di ruang dada iaitu di belakang bawah dada.
Letaknya 2/3 arah ke kiri ruangan dada iaitu di antara kanan dan
kiri jantung. Saiznya adalah lebih kurang sebesar gengaman.
Bentuknya adalah seperti buah pear iaitu tirus di hujungnya.
Jantung dapat mengepam darah kira-kira 120-150 mls darah bagi
setiap kali ia mengepam. Setiap minit ia dapat mengepam kira-
kira 5 liter darah. Pengaliran dan pengepaman darah dari jantung
akan menjadi lebih banyak apabila seseorang itu melakukan
pergerakan.
Jantung terbina daripada otot-otot di luar kawalan. Oleh yang
demikian, pergerakannya adalah tidak dikawal oleh mana-mana
bahagian sistem badan. Jantung terbina dari 3 lapisan otot.
Antaranya:-
a) Lapisan pericardium (bahagian luar jantung) – terbina dari
otot-otot berfiber dan serosa.
b) Lapisan Myocardium (lapisan tengah) – terbina dari lapisan
tisu otot bebas.
c) Lapisan Endocardium (lapisan dalam) – terbina dari tisu-tisu
epithelium leper.

7
Jantung terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian kiri jantung
dan bahagian kanan jantung. Kedua-dua bahagian ini dipisahkan
oleh dinding yang dikenali sebagai septum. Dari setiap bahagian
ini ianya terbahagi kepada 2 ruangan iaitu atrium (aurikal) di
bahagian atas dan ventrikal di bahagian bawah. Oleh itu secara
keseluruhannya di dalam jantung terdapat 4 ruangan yang dikenali
sebagai aurikal kiri, aurikal kanan, ventrikal kiri dan ventrikal
kanan.

Di dalam ruangan-ruangan jantung ini terdapat injap-injap iaitu:-


a) Injap Antrio Ventricular (injap serambi) yang terdiri dari
Injap Tricuspid yang terletak di antrium kanan dan injap
Bicuspid yang dikenali sebagai Injap Mitral di antrium kiri.
b) Injap Semi Luar (injap separuh bulat) terdapat di bahagian
kanan ventrikal ke pulmonary artery dan kiri ventrikal ke
aorta.

Saluran darah terbahagi kepada 3 jenis iaitu:-


a) Saluran Arteri – terbina dari 3 lapisan selaput. Selaput luar
terbina dari lapisan tisu berfiber yang bertindak sebagai
pelindung kepada saluran arteri. Dinding arteri sebagai
elastik dan kuat.
b) Saluran Vena – terdiri daripada 3 lapisan selaput tetapi tidak
setebal dan selastik arteri.
c) Saluran Kapillari – saluran ini sangat kecil, terbina dari satu
lapisan selaput tisu epithelium leper biasa.
8
Saluran arteri mengalirkan darah beroksigen dari jantung ke
seluruh badan kecuali saluran pulmonary arteri. Manakala saluran
vena pula menyalurkan darah yang berkarbon dioksida dari tisu ke
jantung untuk pembebasan gas karbon dioksida di paru-paru.

Darah yang telah digunakan oleh tisu akan di salur kembali ke


saluran badan kecuali kapillari vena, saluran vena dan seterusnya
ke ruangan antrium kanan jantung. Dari situ darah dipam ke
ruangan ventrikal kanan jantung dan seterusnya dipam ke paru-
paru melalui saluran pulmonary arteri untuk proses pengoksigenan.
Apabila telah pengoksigenan, darah akan dialir ke saluran
pulmonary vena ke ruangan antrium kiri jantung dan seterusnya
dipam keluar untuk diedarkan ke seluruh badan melalui saluran
aorta, arteri dan kapillari arteri untuk kegunaan sel badan.

Pengaliran Darah
Terbahagi kepada 2 peringkat:-
a) Peredaran darah paru-paru (pulmonary) yang bermula dari
ventrikal kanan hingga ke antrium kiri.
b) Peredaran sistematik – peredaran darah mula dari ventrikal
kiri hinggalah kembali ke antrium kanan jantung.

Jantung berdenyut antara 70 hingga 100 kali seminit bagi orang


dewasa. Manakala peredaran darah mengambil masa kira-kira 0.8
saat bagi setiap kali.
9
Nadi
Apabila ventrikal kiri jantung mengucup bagi mengepam darah
keluar, maka satu utusan mengalir ke saluran aorta dan seterusnya
keseluruh saluran arteri. Pengucupan jantung yang dihasilkan itu
akan menghasilkan nadi. Nadi boleh dirasa pada tempat-tempat
tertentu di saluran arteri sahaja.

Sistol – istilah yang menyatakan jantung mula mengepam


(berdenyut).
Diastol – istilah peringkat jantung berehat.
Untuk mengukur tekanan darah alat yang digunakan dikenali
sebagai sphygmomanometer.

Darah terdiri dari beberapa kumpulan tertentu, antaranya ialah:-


a) Kumpulan A.
b) Kumpulan B.
c) Kumpulan AB.
d) Kumpulan O.

10
SISTEM SARAF
Sistem araf terdiri dari unit-unit neuron. Sistem saraf berfungsi
sebagai pengalir rangsangan bagi penyelarasan perhubungan di
antara satu binaan dengan binaan yang lain. Pusat pengawalan
saraf berpusat di otak. Sistem saraf terdiri dari otak, saraf tunjang
dan gentian-gentian saraf (aferen dan eferen) yang bertugas
menghantar utusan ke otak dan membawa semua utusan
rangsangan dari otak.

Sistem saraf boleh dibahagikan kepada:-


a) Sistem saraf pusat.
b) Sistem saraf pinggir – yang berfungsi menghubung saraf
pusat dengan organ dan otot.
c) Sistem saraf otonomi (sistem di luar kawalan kemahuan).

Otak – dilindungi oleh satu lapisan selaput nipis yang dikenali


sebagai meninges. Berat otak adalah kira-kira 31bs. Manakala
otak terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:-
a) Serebrum yang terdiri dari 2 hemispere.
b) Serebrum yang terdiri dari 2 cuping (lobe)
c) Otak tengah, Pons varoliidan Mendulla Oblongata yang
membentuk pangkal otak.

11
Tugas Sereblum
a) Menerima utusan rangsangan deria dan mentafsirkannya.
b) Berfungsi sebagai pusat intelektual dan ingatan.
c) Menguasai gerak geri otot jalur.
d) Menguasai bahagian rendah otak dan mempengaruhi
beberapa tugas tubuh.

Tugas Sereblum
a) Menyelenggara kesegaran otak.
b) Menyelaras segala gerak-geri otot.
c) Mengawal keseimbangan badan.

12
SISTEM PERNAFASAN
Sistem yang penting bagi hidupan, di mana oksigen dari bahagian
hidung hingga ke peparu diserapkan oleh saluran darah untuk
diedar untuk kegunaan pernafasan semula sel-sel. Setelah oksigen
digunakan, karbon diokida dan wap yang terhasil akan di hantar
kembali ke paru-paru dan dibebaskan melalui hidung.

Pernafasan terbahagi kepada 2 kategori iaitu:-


1. Pernafasan luar – oksigen yang disedut dari udara di bawa ke
dalam sistem saluran darah dan kemudiannya pembebasan
karbon dioksida.
2. Pernafasan dalam – pertukaran oksigen di antara saluran
kapillari dengan sel-sel.

Sistem pernafasan terdiri daripada :-


a. Hidung
b. Faring
c. Laring (larynx) – peti suara
d. Bronchi
e. Bronchiole
f. Alveoli (air sac)
g. Paru-paru

13
Hidung
Terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian hadapan dan
belakang. Ia bermula dari hadapan hidung ke bahagian faring.
Rongga hidung terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian kiri
dan kanan yang dipisahkan oleh nasal septum. Tisu yang membina
lapisan ini adalah dari sel epithelium turus bersisik. Dalam ruangan
hidung terdapat turbinate, bulu hidung, tulang lembut dan tulang
hidung.
Tugas hidung:–
a) Saluran tempat mula-mula udara masuk ke paru-paru.
b) Sebagai organ bau
c) Menentukan sifat bunyi suara.
Faring.
Merupakan sebahagian dari saluran pernafasan . Panjang kira-kira
5 inci panjang yang bermula dari dasar tengkorak (base of skull)
hingga ke oesophagus (ruas ke 6 tulang cervical).
Faring terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:-
a) Nasopharynx – belakang rongga hidung
b) Oropharynx – belakang ruang mulut (tekak).
c) Laryngopharynx –saluran penyaluran udara yang di sedut.
- membantu menentukan sifat bunyi suara.
Laring
Terletak di pertengahan leher iaitu di antara faring dengan trakea
(ruas 4,5 dan 6 tulang cervical). Terbina dari rawan hailin. Pada
bahagian laring terdapat juga rawan thyroid, krikoid, anteoid dan
epiglotis.
14
Tugas Laring : - penyaluran udara
- menentukan sifat bunyi suara.

Trakea
Bermula dari bahagian bawah laring hingga ke cabang braonchi.
Trakea terletak di bahagian depan saluran oesophagus. Terbina
dari rawan.

Tugas Trakea: menjadi saluran pernafasan udara masuk dan keluar.

Bronchi
Terbina dari rawan berbentuk “C”. Panjangnya kira-kira 4.5 inci.
Struktur binaan sama seperti struktur trakea.

Bronchiles
Merupakan cabang atau ranting bronchi yang lebih kecil
bentuknya. Terbina dari otot bebas (involuntary muscle).
Alveoli
Merupakan penghujung bronchioles. Ia merupakan gelembung
udara (air sac) yang diliputi oleh selaput squamous epithelium.

15
Paru-paru
Paru-paru merupakan organ yang elastik yang berbentuk kun yang
terletak pada ruangan thorex. Ia diseliputi oleh lapisan nipis yang
dikenali sebagai lapisan pleura. Paru-paru terbahagi kepada 2 iaitu
kiri dan kanan paru-paru. Setiap bahagian terbahagi kepada
cuping-cuping (lobe) yang tersendiri. Paru-paru kanan mempunyai
3 cuping manakala kiri pula mempunyai 2 cuping.

Mekanisma pernafasan
Pernafasan manusia dikawal oleh pusat pernafasan di bahagian
meduolla oblongata. Mekanisma pernafasan adalah merupakan
pergerakan pernafasan yang berlaku akibat dari pergerakan selaput
diagphram, otot-otot intercostal dan tulang rusuk.

Mekanisma pernafasan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu


peringkat penarikan nafas masuk (inspiration), peringkat hembusan
keluar (expiration ) dan waktu rehat (pause).
Peringkat penarikan nafas – merupakan pergerakan aktif yang
menyebabkan ruangan thorex menjadi luas. Tulang rusuk bergerak
keluar kearah luar dan ke atas (upward andoutward) menyebabkan
otot intercostal mengucup. Manakala otot diaghparam menjadi
luas. Ini menyebabkan berlaku tekanan rendah di dalam paru-paru.
Keadaan ini memberi ruang kepada udara masuk ke dalam paru-
paru.

16
Peringkat hembusan keluar - Merupakan pergerakan pasif di
mana ruang thorex kembali kepada saiz biasa. Otot intercostal
berehat dan menyebabkan tulang rusuk tertarik ke bawah.
Manakala diagphram kembali ke bentuk asal iaitu melengkung ke
atas. Tekanan di ruangan thorex menjadi sempit dan tekanan di
dalam paru-paru menjadi tinggi. Ini menyebabkan udara yang
terdapat di dalam paru-paru tertekan keluar.

Kandungan oksigen di udara yang kebiasaan disedut oleh manusia


adalah kira-kira 20 – 21%. Setiap minit pernafasan yang normal
berlaku sebanyak 14 – 15% kali seminit. Manakala kadar udara
yang disedut adalah kira-kira 400 – 500 mls. Kandungan oksigen
yang digunakan adalah kira-kira 4 – 5% sahaja, selebihnya antara
14 – 15% dihembus keluar bersama-sama karbon dioksida
sebanyak 4%

TERHENTI PERNAFASAN (ASPHYXIA)


Suatu keadaan bila mana berlakunya kekurangan bekalan oksigen
di dalam darah yang menyebabkan tisu dan sel-sel tidak mendapat
bekalan oksigen untuk bernafas dan menjalankan tugas.

Kekurangan bekalan oksigen berpunca dari kekurangan bekalan


oksigen di udara, gangguan pada pusat pernafasan di medulla
oblonggata, sekatan saluran pernafasan, gangguan sistem saraf,
jantung dan paru-paru tidak berfungsi dengan sempurna dan
sebagainya.
17
Punca-punca terhenti pernafasan
a) Lemas dalam asap, gas beracun atau asap
b) Terkena kejutan elektrik atau panahan petir.
c) Termakan atau terminum bahan-bahan beracun.
d) Tersekat bendasing pada saluran pernafasan.
e) Tercekik atau terjerut pada bahagian leher.
f) Tertimbus atau ditimpa benda berat di dada atau tertimbus
bantal bagi bayi.
g) Penyakit-penyakit pada saluran pernafasan atau jantung.
Contohnya penyakit jantung, lelah, radang paru-paru,
pertumbuhan pada saluran pernafasan.
h) Alahan atau allergi yang menyebabkan saluran pernafasan
bengkak atau gangguan pada pusat pernafasan.
i) Berlakunya pertukaran tekanan secara mengejut dari tekanan
rendah ke tekanan tinggi dan sebaliknya.
j) Kecederaan di bahagian dada seperti patah tulang dada atau
tulang rusuk.

Tanda-tanda dan gejala terhenti pernafasan

a) Sukar bernafas.
b) Pernafasan cepat dan pendek-pendek.
c) Muka menjadi pucat.
d) Mangsa berkeadaan gelisah.
e) Bibir dan kuku menjadi pucat dan kebiruan
18
f) Mangsa berkeadaan lemah dan tidak berkeupayaan.
g) Saluran vena di bahagian leher mengembang.
h) Berpeluh dan badan menjadi sejuk.
i) Pergerakan nadi menjadi cepat dan lemah pada permulaannya
dan diikuti pergerakan yang perlahan sebelum terhenti.
j) Mangsa mengalami renjatan dan terhenti pernafasan.

Rawatan Am Terhenti Pernafasan


a) Bawa mangsa ke tempat selamat dan baringkan mangsa
dalam keadaan melentang.
b) Dongakan kepala mangsa supaya saluran pernafasan berada
di dalam keadaan baik.
c) Cuba periksa punca penyebab terhentinya pernafasan supaya
mudah memberi bantuan yang sebaik mungkin.
d) Periksa pernafasan mangsa secara dengar, lihat dan rasa.
Sekiranya pernafasan terhenti, beri bantuan pernafasan
melalui kaedah mulut ke mulut, mulut ke hidung, Holger
Neilson atau Selvesters.
e) Periksa pergerakan nadi mangsa, sekiranya tiada, lakukan
permulihan tekanan jantung dari luar (chest compression).
Lakukan kaedah ini berselang seli antara pernafasan dan
tekanan jantung sehingga jantung dan pernafasan berfungsi
kembali atau bantuan sampai.
f) Periksa pergerakan nadi dan pernafasan dari masa ke semasa.
g) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.
h) Dapatkan bantuan perubatan segera.
19
Rawatan-rawatan Khas Terhenti Pernafasan.
Lemas Dalam Air (Drowning)
a) Bantuan pernafasan mulut ke mulut atau mulut ke hidung, ia
boleh dilakukan sekiranya mangsa terhenti pernafasan
semasa lemas.
b) Bawa ke daratan dan baringkan mangsa. Dongak kepala
mangsa dan periksa pernafasan mangsa.Beri bantuan
pernafasan sekiranya pernafasan terhenti.
c) Periksa pergerakan nadi mangsa, dan lakukan tekanan dada
dari luar sekiranya nadi terhenti.
d) Lakukan tekanan jantung dan bantuan pernafasan berselang
seli sehingga mangsa bernafas dan jantung berdenyut kembali.
e) Longgarkan pakaian mangsa.
f) Selimutkan mangsa.
g) Jangan diberi sebarang makanan atau minuman semasa
mangsa dalam keadaan tidak sedar.
i) Dapatkan bantuan perubatan segera.

Tergantung (hanging)
a) Ampu anggota mangsa ke atas bagi mengurangkan jerutan
tali.
b) Potong tali dan tanggalkan jerutan.
c) Baringkan mangsa dan dongakan kepala mangsa.
d) Periksa pernafasan dan pergerakan nadi. Lakukan CPR.
e) Rawat kecederaan sekiranya ada.
f) Dapatkan rawatan perubatan.
20
Lemas dalam asap/gas beracun (suffocation by gas/smoke)
a) Pastikan gas atau asap beracun keluar terlebih dahulu. Buka
pintu atau tingkap.
b) Tutup mulut dan hidung dengan tuala basah/ lembab dan
masuk secara merangkak.
c) Keluarkan mangsa secara menarik perlahan-lahan.
d) Longgarkan pakaian mangsa.
e) Periksa pernafasan dan pergerakan nadi mangsa. Sekiranya
terhenti, lakukan CPR.
e) Dapatkan rawatan perubatan segera.
Bendasing Dalam Saluran Pernafasan.
1. Orang dewasa (Sekiranya mangsa sedar)
 Tanya mangsa sama ada boleh bernafas atau tidak.
 Perhatikan keadaan mangsa. Arah mangsa supaya batuk
agar bendasing dapat keluar.
 Lakukan bantuan secara kaedah Heimlich Manuver atau
chest thrust sekiranya mangsa tidak boleh bernafas.
 Arah mangsa membongkok perutnya ke belakang
kerusi atau melakukan sendiri Hiemlich Manuver jika
perlu. Lakukan kaedah ini sehingga bendasing keluar.

Sekiranya mangsa pengsan


 Baringkan mangsa dalam keadaan melentang.
 Periksa mulut mangsa bagi menentukan terdapat atau
tidak bendasing.

21
 Lakukan kaedah Heimlich Manuver atau chest
compression berselang seli dengan memeriksa mulut
mangsa bagi menentukan bendasing keluar atau tidak.
Lakukannya sehingga bendasing keluar.
 Setelah keluar, periksa gerak nadi mangsa. Jika tiada
lakukan CPR.
 Dapatkan bantuan perubatan.

2) Bayi
Sekiranya mangsa sedar
 Angkat bayi dalam keadaan kaki ke atas dan kepala ke
bawah. Beri tepukan di bahagian kiri kanan tulang
belikat mangsa sehingga bendasing keluar.
 Dapatkan bantuan perubatan jika perlu.
Sekiranya mangsa pengsan
 Baringkan mangsa secara melentang.
 Dongak kepala mangsa dan periksa mulutnya.
 Tiarapkan si mangsa dan berikan 5 tepukan di bahagian
belakang mangsa. Kemudian telentangkan mangsa dan
beri 5 tekanan jantung dari luar.
 Periksa mulut mangsa dan keluarkan bendasing jika
terdapat. Lakukan kaedah ini sehingga bendasing dapat
dikeluarkan.
 Lakukan CPR jika pernafasan dan pergerakan jantung
terhenti.
 Dapatkan bantuan perubatan segera.
22
Rawatan Terhenti Pernafasan Oleh Kejutan Elektrik
a) Tutup dan cabut plug terlebih dahulu atau alih wayar berarus
elektrik dengan menggunakan kayu yang kering atau benda
yang tidak mengalirkan arus elektrik dengan baik.
b) Pastikan ahli pertolongan cemas memakai kasut getah semasa
menghadapi keadaan.
c) Bawa mangsa ke tempat selamat dan betulkan saluran
pernafasan mangsa. Periksa pernafasan dan gerak nadi.
Lakukan CPR jika pernafasan dan nadi terhenti.
d) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.
e) Dapatkan rawatan perubatan segera.

PATAH
Merupakan kecederaan yang melibatkan mana-mana bahagian
tulang, sama ada ianya retak, putus, pecah, remok, serpihan atau
sebagainya.

Punca-punca patah
Boleh terjadi secara langsung atau tidak langsung
a) Secara Langsung
Patah tepat pada tempat atau puncanya. Contohnya kena
tembakan, pukulan, tendangan atau kemalangan.
b) Secara Tidak Langsung
Patah terletak jauh dari tempat yang mengalami kecederaan.
Contohnya, berlaku kecutan otot atau pergerakan otot yang
secara tiba-tiba, menyebabkan tulang patah.
23
Jenis-jenis patah
a) Patah tebu/tertutup (simple fracture)
Patah yang tidak disertai dengan luka di bahagian patah.
b) Patah riok (Compound fracture)
Terdapat luka di tempat patah di mana hujung tulang yang
patah tertonjol keluar di bahagian luar kulit.
c) Patah melarat (Complicated fracture)
Patah yang menyebabkan organ lain turut mendapat
kecederaan.

d) Patah Remok (Comminuted fracture)


Patah yang berkeping-keping atau beberapa bahagian.

e) Patah Terenyok (Impacted fracture)


Tulang patah kepada dua bahagian dan salah satunya
terbenam ke dalam tulang yang patah itu.

f) Patah Rebung (Green Stick fracture)


Patah secara menyungkap dan tidak terus putus. Biasanya
terjadi kepada tulang kanak-kanak dan bayi.

g) Pecah Remok (Depressed fracture)


Tulang yang pecah terbenam ke bawah dan menghimpit
organ lain. Contohnya, tengkorak kepala yang terbenam
menghimpit otak.

24
Tanda-tanda dan gejala patah
a) Sakit pada bahagian patah atau kawasan berhampiran.
b) Bengkak dan lebam bahagian yang tercedera.
c) Sukar atau tidak dapat bergerak atau mengangkat bahagian
tercedera.
d) Terdapat kecatatan bahagian patah seperti bengkok ataupun
anggota menjadi lebih pendek.
e) Dapat merasa geselan tulang bila dipegang bahagian patah.
f) Tanda-tanda dan gejala lain kecederaan.

Rawatan Am Patah
a) Letak pesakit dalam keadaan selesa. Rawatan patah
hendaklah dilakukan di tempat kejadian kecuali keadaan
merbahaya di situ.
b) Tenangkan mangsa sekiranya mangsa dalam keadaan sedar.
c) Sekiranya mangsa pengsan, periksa pernafasan dan nadinya.
Lakukan CPR sekiranya nadi dan pernafasan terhenti.Apabila
mangsa pulih, rawatan pendarahan hendaklah dilakukan.
Hentikan pendarahan secara kaedah langsung atau tidak
langsung mengikut kesesuaian.
e) Ampu bahagian yang patah dengan menggunakan tuap atau
anduh mengikut keadaan dan tempat yang patah.
g) Dapatkan bantuan perubatan segera.

25
Patah-patah Tertentu
Pecah Tengkorak Kepala
Kemungkinan pecah tulang kranium atau tulang pangkal
tengkorak.
Tanda-tanda dan gejala
a) Mengalami pengsan sebentar atau berterusan.
b) Keluar darah dari hidung, tekak atau telinga.
c) Muntah.
d) Mangsa berkeadaan gelisah.
e) Anak mata membesar dan tidak seimbang antara satu dengan
lain.
h) Nafas berbunyi kuat.

Rawatan
a) Baringkan mangsa dalam keadaan mengiring.
b) Betulkan saluran pernafasan dengan mendongakkan kepala
mangsa. Keluarkan bendasing sekiranya terdapat di dalam
mulut mangsa.
c) Periksa pernafasan gerak nadi, lakukan CPR jika sekiranya
pernafasan dan nadi tidak berfungsi.
d) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.
d) Dapatkan bantuan perubatan segera.

26
Patah Tulang Rahang
Tanda-tanda dan gejala
a) Sakit pada bahagian dagu atau rahang.
b) Tidak boleh menggerakkan atau membuka mulut.
c) Bengkak dan lebam di bahagian belakang.
d) Air liur meleleh keluar dari mulut pesakit.
e) Gigi mangsa berselisih.

Rawatan
a) Tenangkan mangsa dan tentukan saluran pernafasan berada
di dalam keadaan baik.
b) Ampu bahagian dagu dengan kain yang lembut dan ikat
dengan balutan dagu.
c) Hentikan pendarahan dan rawat kecederaan.
d) Dapatkan bantuan perubatan.

Patah Tulang Belakang


Tanda-tanda dan gejala
a) Sakit di bahagian yang mengalami kecederaan.
b) Tidak berupaya menggerakkan anggota badan.
c) Merasa kebas atau hilang rasa anggota bawah.
d) Terdapat kecacatan atau lebam pada bahagian tulang yang
patah.

27
Rawatan
a) Jangan mengangkat atau mengubah pesakit dari tempat
kejadian.
b) Tenangkan mangsa.
c) Kenakan tuap pada bahagian badan pesakit bagi
mengurangkan pergerakan pesakit.
d) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.
e) Angkat dengan menggunakan usungan yang rata dan tegang.
f) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Tulang Rusuk


Tanda-tanda dan gejala
a) Sakit yang kuat semasa bergerak atau menarik nafas.
b) Bengkak dan lebam di tempat cedera.
c) Susah bernafas.

Rawatan
a) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.
b) Tentukan mangsa daapat bernafas. Periksa pernafasan
mangsa dan beri bantuan pernafasan jika perlu.
c) Ampu anggota atas mangsa dengan menggunakan anduh.
d) Jika terdapat kecederaan di bahagian dada, alas dengan kain
yang lembut dan bersih.
e) Dapatkan rawatan perubatan.

28
Patah Tulang Selangka (Klavikal)
Tanda-tanda dan gejala.
a) Sakit pada bahagian bahu.
b) Hilang upaya mengangkat atau mengerakkan anggota atas.
c) Bengkak, lebam dan terdapat kecacatan di bahagian bahu.

Rawatan
a) Tenangkan mangsa.
b) Ampu anggota atasa yang terlibat dengan menggunakan
anduh.
c) Rawat kecederaan yang terdapat.
d) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Anggota Atas


Rawatan
a) Tenangkan mangsa.
b) Ampu anggota atas supaya tidak banyak bergerak dengan
menggunakan anduh.
c) Jika anggota atas tidak boleh dibengkok, gunakan tuap untuk
mengampu bahagian yang tercedera.
d) Hentikan pendarahan dan rawat kecederaan.
e) Dapatkan rawatan perubatan.

29
Patah Tulang Punggung
Tanda-tanda dan gejala
a) Sakit di bahagian punggung.
b) Susah bergerak atau berdiri.
c) Bengkak dan lebam di bahagian cedera.
d) Kemungkinan kencing beserta dengan darah.

Rawatan
a) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.
b) Tenangkan mangsa.
c) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.
d) Tuap bahagian anggota bawah hingga ke ketiak dengan
menggunakan tuap.
e) Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Tulang Paha


Rawatan
a) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.
b) Tenagkan mangsa.
c) Hentikan pendarahan dan rawat tempat tercedera.
d) Tuapkan anggota bawah dengan menggunakan tuap panjang.
e) Dapatkan rawatan perubatan.

30
Patah Tulang Tibia dan Fibula
Rawatan
a) Letak mangsa dalam keadaan selesa.
b) Tenangkan mangsa.
c) Rawat kecederaan.
d) Tuapkan anggota yang cedera supaya tidak bergerak. Jangan
cuba membetulkan tulang yang patah.
e) Dapatkan rawatan perubatan.

Pecah Tulang Patela


Rawatan
a) Baringkan dan luruskan kaki mangsa.
b) Tinggikan bahagian kaki dan tuapkan bahagian yang patah.
c) Dapatkan rawatan perubatan.

Terkehel (Dislocation)
Terkehel bermaksud berlaku perubahan kedudukan tulang dari
acuan persendiannya. Terkehel terjadi pada persendian tulang
tanpa melibatkan kecederaan tulang.

Tanda-tanda dan gejala terkehel


a) Sakit yang sangat kuat pada bahagian persendian.
b) Bengkak dan lebam bahagian sendi.
c) Tidak dapat mengerakkan anggota yang tercedera.
d) Terdapat perubahan bentuk pada sendi yang tercedera.
e) Terdapat tanda-tanda am renjatan.
31
Rawatan
a) Tenangkan mangsa dan letak mangsa dalam keadaan selesa.
b) Ampu bahagian yang cedera dengan menggunakan tuap atau
anduh bagi mengurangkan pergerakan.
c) Jangan cuba memasuk kembali sendi yang cedera atau
mengurut-urut bahagian tersebut.
d) Beri demahan sejuk bagi mengurangkan sakit dan bengkak.
e) Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.

Tergeliat (Sprain)
Cedera, terkoyak atau terpusing otot-otot dan ligament pada
bahagian persendian akibat dari pergerakan yang melampaui batas.
Tanda-tanda dan Gejala tergeliat
a) Sakit bahagian yang tercedera.
b) Bengkak dan lebam pada bahagian persendian.
c) Sakit apabila menggerakkan bahagian cedera tetapi masih
dapat mengerakkan anggota tersebut.

Rawatan
a) Tenangkan mangsa dan jangan mengerakkan anggota terlibat.
b) Ampu bahagian cedera dengan tuap atau anduh.
c) Jangan mengurut bahagian cedera.
d) Beri demahan sejuk pada tempat cedera supaya dapat
mengurangkan sakit atau bengkak.
f) Dapatkan rawatan perubatan.
32
Salah Urat (Strain)
Ketegangan urat yang terjadi akibat pergerakan yang berlebihan
anggota yang terlibat.

Tanda dan gejala


a) Sakit dan tegang otot-otot.
b) Susah mengerakkan anggota tetapi tetap dapat bergerak.

Rawatan
a) Rehatkan bahagian yang terlibat.
b) Beri demahan sejuk atau sapu minyak panas untuk
mengurangkan sakit.
c) Ampu dan rehatkan bahagian yang terlibat.
d) Beri minum air yang banyak.

Kekejangan otot (Cramp)


Kekejangan otot terjadi apabila otot-otot mengucup secara tiba-tiba
akibat dari pergerakan yang berlebihan, kehilangan garam dalam
badan melampau, suhu yang terlampau sejuk. Kecutan otot yang
berlaku ini menyebabkan otot menjadi pendek dan sakit yang kuat.

Tanda-tanda dan gajala


a) Sakit yang kuat terjadi secara tiba-tiba di tempat yang
mengalami kekejangan.

33
b) Terjadi gumpalan otot pada bahagian yang terlibat. Otot
menjadi keras dan tegang.
c) Tidak dapat meluruskan anggota yang terlibat.

Rawatan
a) Baringkan mangsa dan tenangkannya.
b) Luruskan kembali bahagian yang mengalami kekejangan.
c) Beri demahan, dan beri minum minuman dengan banyak.
d) Rehatkan bahagian yang tercedera.
g) Dapatkan rawatan perubatan jika perlu.

LUKA DAN PENDARAHAN


Luka:
Kecederaan yang berlaku pada tisu-tisu, sama ada ianya
mengeluarkan darah atau tidak yang boleh menyebabkan
berlakunya jangkitan kuman.

Pendarahan:
Kecederaan yang berlaku kepada saluran-saluran darah arteri,vena
atau kapilari yang menyebabkan keluarnya darah.

Jenis-jenis luka.

a) Luka terhiris (incised wound)


-luka yang disebabkan oleh benda-benda atau senjata bermata
tajam. Keadaan lukanya adalah berkeadaan bersih atau satu
34
garisan. Contohnya luka disebabkan oleh hirisan pisau, pedang,
semilu buluh, pisau cukur dan sebagainya.

b) Luka terkoyak (lacerated wound)


–luka yang berkeadaan terkoyak yang kebiasaannya disebabkan
oleh senjata atau alat-alat yang tidak tajam.Contohnya
kemalangan jalan raya, cakaran atau gigitan binatang atau
sebagainya.

c) Luka lebam (contusion)


–luka yang mencederakan tisu-tisu dalam yang mana darah yang
keluar berkumpul dalam tisu. Luka jenis ini biasanya
disebabkan oleh benda-benda berat yang tidak bermata tajam.
Contohnya kena ketukan penukul, kena tumbukan, terhimpit
kepada benda-benda yang berat.

d) Luka tembus (punctured wound)


–luka atau kecederaan yang disebabkan oleh objek atau senjata
yang hujungnya tajam. Luka ini berkeadaan kecil sahaja
lukanya tetapi biasanya dalam dan mengeluarkan darah yang
banyak. Contohnya tusukan pisau, jarum, paku, duri dan
sebagainya.

35
e) Luka tembakan (gun shot wound)
–luka yang disebabkan oleh senjata api. Luka di bahagian kena
tembakan adalah lebih kecil berbanding luka di mana peluru itu
keluar. Contohnya kena tembakan senapang atau pistol

JENIS-JENIS PENDARAHAN
a) Pendarahan dari saluran arteri
- Darah yang keluar adalah secara memancut kerana ianya
mengikut rentak denyutan jantung. Darah yang keluar pula
keadaannya merah cerah.Ini disebabkan ianya mengandungi
oksigen yang tinggi.
b) Pendarahan dari saluran vena
- Darah keluar secara meleleh dan berterusan. Di samping itu,
warna darahnya pula berwarna merah gelap. Ini disebabkan
darah mengandungi kandungan gas karbon dioksida yang tinggi.
c) Pendarahan dari salur kapilari- darah keluar secara
menitis dan darah cepat berhenti. Warna darah adalah merah
cerah kerana mengandungi kandungan oksigen.

TANDA DAN GEJALA LUKA DAN PENDARAHAN


 Mangsa mengadu sakit pada tempat yang cedera.
 Pucat.
 Pening kepala.
 Meloya dan kemungkinan muntah.
 Gelisah dan berpeluh dengan banyak.

36
 Gerak nadi cepat dan tidak kuat isipadunya.
 Sesak nafas dan pernafasan cepat dan pendek-pendek.
 Kulit badan berpeluh dan sejuk.
 Hilang kekuatan atau keupayaan.
 Berlaku renjatan dan pengsan.

RAWATAN AM LUKA DAN PENDARAHAN


 Bawa mangsa atau pesakit ke tempat yang selamat dan
edaran udara yang sempurna.
 Tenangkan mangsa sekiranya ia masih sedar.
 Pastikan tahap kesedaran mangsa, sama ada ia sedar atau
sebaliknya. Pastikan saluran pernafasan mangsa berada
dalam keadaan yang baik. Beri bantuan CPR jika diperlukan.
 Longgarkan pakaian si mangsa terutama di bahagian leher
dan pinggang.
 Hentikan pendarahan sekiranya terdapat luka yang
mengeluarkan darah yang banyak.
 Cara menghentikan pendarahan boleh dilakukan dengan 2
cara iaitu:
a) Hentikan pendarahan secara langsung
 mengenakan tekanan pada tempat yang
mengeluarkan darah selama 10 minit.
b) Secara tidak langsung
 -menekan urat-urat darah.

37
 -menggunakan penjerut – catitan masa direkodkan.
Longgarkan jerutan bagi setiap 20 minit selama seminit.
 Setelah darah berhenti- cuci tempat luka dan buat balutan
yang sesuai.
 Jangan beri sebarang makanan atau minuman sewaktu
pesakit tidak sedarkan diri atau baru sedar dari renjatan.
 Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin.

PENDARAHAN-PENDARAHAN / LUKA KHAS


Pendarahan dari hidung
-Picit pangkal tulang lembut dengan tulang mangsa 10 minit.
-Tundukan kepala si mangsa sedikit supaya darah tidak masuk ke
dalam perut atau saluran pernafasan.
-Tenangkan mangsa dan mengarahkan mangsa bernafas melalui
mulut.
-Beri demahan sejuk pada bahagian hidung dan dahi mangsa agar
dapat mengurangkan sakit atau menghentikan pendarahan.
-Jangan buang ketulan-ketulan darah beku kerana ini boleh
menyebabkan berlaku pendarahan kembali.
-Dapatkan rawatan perubatan segera.
Pendarahan dari gusi
-Tenangkan mangsa dan letakkan di dalam keadaan yang selesa.
-Letakan kain kasa atau kapas pada tempat yang berdarah dan arah
mangsa menggigit kain kapas selam 15 minit.

38
-Beri demahan sejuk di bahagian pipi supaya saluran darah
menjadi kecut dan mengurangkan kesakitan.
-Jangan meludah-ludah tanpa berhenti-henti.
-Jangan berkumur terlampau banyak
-Jangan membuang darah beku pada tempat luka
-Dapatkan rawatan perubatan segera.

Pendarahan dari telinga.


- Baringkan mangsa dengan merendahkan telinga yang mengalami
pendarahan bagi mangsa yang tidak sedarkan diri kerana
kemungkinan berlaku pendarahan atau pecah tengkorak.
-Jangan menyumbat kapas ke dalam telinga yang berdarah.
-Balut telinga yang berdarah dengan kain yang bersih.
-Dapatkan rawatan perubatan segera.

Berdarah Varicose Vein


-Tenangkan mangsa agar tidak panik
-Letakkan mangsa dalam keadaan selesa.
-Hentikan pendarahan secara tekanan langsung
-Balut bahagian pendarahan dengan kemas dan tinggikan bahagian
tersebut.
-Dapatkan rawatan perubatan segera

39
Pendarahan lebam
-Tenangkan mangsa
-Berikan demahan sejuk pada tempat yang lebam bagi
mengurangkan sakit dan bengkak
-Jangan mengurut tempat lebam

Luka bahagian perut


-Tenangkan mangsa dan baringkan mangsa dalam keadaan selesa.
-Condongkan badan ke arah bahagian yang cedera.
-Balut bahagian luka dengan kemas
-Jangan cuba masukkan usus jika ianya keluar, sebaliknya tutup
usus tersebut dengan kain yang dibasahkan.
-Dapatkan bantuan perubatan dengan segera

Kecederaan dada (chest injury)


Tanda-tanda dan simpton
-Semasa penarikan nafas - kedengaran bunyi seperti sedutan
(sucked sound).
-Semasa hembusan - darah keluar secara berbuih (blood stain
buble)
-batuk berserta darah.

Rawatan
-Kenakan balutan yang kemas di tempat cedera.
-Letak pesakit dengan bahagian dada menyandar.
-Dapatkan bantuan perubatan segera.
40
Kecederaan dada (stove in chest) Tanda dan gejala
-Sukar bernafas
-Bibir kebiruan
-Sakit di bahagian dada.

Rawatan
-Longgarkan pakaian pesakit
-Letak pesakit dalam keadaan bersandar
-Bahagian yang cedera hendaklah di immobilize.
-Balut bahagian anggota atas ke bahagian dada (strapping the arm
to the chest)
Kecederaan Letupan (Blast Injury)
Tanda dan simptom
-Sakit pada bahagian dada.
-Gelisah.
-Bibir pucat dan kebiruan.
-Batuk beserta darah.
-Sukar bernafas.
-Bengkak bahagian dada (tenderness).

Rawatan
-Rehatkan mangsa
-Longgarkan pakaian
-Baringkan dan tinggikan bahagian kepala dan dada mangsa.
-Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

41
Crush Injury
Kebiasaannya disebabkan oleh jentera atau mesin yang
mencederakan otot, kulit atau tulang.

Rawatan
-Baringkan pesakit, tinggikan bahagian kaki dan merendahkan
bahagian kepala.
-Balut dan tahan pendarahan bahagian yang cedera.
-Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

Pendarahan Dalam Badan (Internal Bleeding)


Tanda dan gejala
-Muka mangsa pucat
-Mangsa lemah dan tiada upaya.
-Gelisah
-Badan sejuk
-Pening kepala dan muntah
-Pernafasan cepat dan lemah
-Nadi berdenyut cepat tetapi berkeadaan lemah.

Rawatan
-Tenangkan mangsa.
-Baringkan mangsa dalam keadaan tinggikan kaki.
-Longgarkan pakaian yang ketat.
-Jangan beri sebarang makanan dan minuman.
-Periksa pergerakan nadi dan pernafasan dari masa ke semasa.
42
-Sekiranya mangsa mengalami renjatan, cuba pulihkan mangsa.
-Dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

TEMPAT-TEMPAT TEKANAN PENDARAHAN SEMASA


PENDARAHAN / LUKA
a) Temporal arteri –di hadapan telinga.
b) Facial arteri –1 inci ke hadapan liku rahang bawah.
c) Karotik arteri –1 inci ke kanan atau kiri biji halkum.
d) Subclavian arteri –ke dalam ruang sebelah atas pertengahan.
tulang rusuk pertama di belakang tulang selangka.
e) Axillary arteri –arah atas menuju kepala tulang humeous.
f) Brachial arteri –pergelangan siku.
g) Radial arteri –bahagian atas pergelangan tangan.
h) Ulna arteri –bahagian bawah pergelangan tangan.
i) Femoral –pertengahan lipatan paha.
j) Popliteal arteri – di belakang lutut.
k) Anterior tibial –pergelangan kaki.

43
TERBAKAR DAN MELECUR
Terbakar
– Kecederaan yang berpunca dari bahan-bahan panas kering.
Contohnya api, kilat, besi panas, cahaya matahari, asid , alkali dan
sebagainya.

Melecur
– Kecederaan yang disebabkan oleh benda panas yang yang
lembab atau basah. Contohnya wap, stim, air panas, minyak panas,
tar panas dan lain-lain.

Tanda-tanda dan gejala.


a) Sakit yang kuat.
b) Kulit menjadi bengkak, kemerahan, dan panas.
c) Terjadi gelembung air pada kulit.
d) Kulit mengelupas dan berwarna kehitaman terutama sekiranya
terbakar oleh asid atau alkali.
e) Tisu yang terdedah berwarna merah dan berair.
f) Terjadi tanda-tanda gejala am renjatan.

Terbakar dan melecur terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori terbakar
luaran dan terbakar dalaman. Terbakar atau melecur luaran menyebabkan
kulit luar yang terlibat. Manakala terbakar peringkat kedua (dalaman)
melibatkan tisu-tisu dalam. Contohnya terkena asid dan alkali.
Terbakar dan melecur yang melibatkan 10% boleh menyebabkan
terjadinya renjatan kepada mangsa.
44
Pengiraan PeratusanTerbakar dan Melecur
Pengiraan peratusan terbakar dan melecur dinamakan kaedah
sembilan (rule of nine). Pengiraannya adalah seperti berkut:-
a) Bahagian kepala dan leher - 9%
b) Sebelah anggota atas - 9%
c) Bahagian depan badan -18%
d) Bahagian belakang badan -18%
e) Sebelah anggota bawah -18%
f) Bahagian kemaluan - 1%

Rawatan Am Terbakar dan Melecur


a) Pindahkan mangsa ke tempat yang selamt dan berudara.
b) Alirkan air atau rendam anggota yang tercedera beberapa
ketika bagi tujuan menyejuk atau mengurangkan kepekatan
asid atau alkali yang terkena.
c) Tenangkan mangsa.
d) Longgarkan pakaian dan tanggalkan benda yang dipakai oleh
mangsa. Contohnya cincin, subang, gelang dan sebagainya.
Ini disebabkan tempat cedera akan bengkak dan sukar untuk
menanggalkan peralatan tersebut.
e) Sekiranya pesakit dalam keadaan renjatan, pulihkan renjatan
mangsa terlebih dahulu.
f) Jangan tanggal benda asing yang melekat pada tempat
cedera. Contohnya pakaian yang melekat.
g) Cuci tempat cedera dengan cermat.Balut atau tutup bagi
mengelakkan jangkitan.
45
h) Jangan sapu krim atau minyak di tempat cedera.
i) Jangan pecahkan gelembung kerana mudahkan jangkitan.
j) Jika pesakit dalam keadaan stabil –beri minum air yang
banyak bagi menggantikan kehilangan cecair yang hilang.
k) Dapatkan rawatan perubatan segera.

Terbakar oleh Asid atau Alkali


a) Tanggalkan pakaian yang terkena bahan tersebut dengan
segera.
b) Alirkan atau rendam anggota yang cedera dengan air yang
banyak.
c) Jika terkena asid, boleh gunakan larutan sodium bikarbonat
untuk meneutralkan asid.
d) Sekiranya terkena bahan alkali, gunakan bahan asid untuk
meneutralkan asid. Jangan gunakan bahan asid atau alkali
sekiranya terkena mata. Kecederaan mata boleh
menggunakan air biasa yang mengalir sahaja.
e) Setelah dicuci, balut atau tutup tempat yangt cedera dengan
kain yang bersih.
f) Dapatkan rawatan perubatan.

Rawatan Terbakar Pakaian


a) Selimutkan mangsa dengan kain basah, cadar basah atau
guni basah supaya api dapat dipadamkan.
b) Arah mangsa berguling di atas rumput untuk memadamkan
api di pakaian.
46
c) Curahkan air ke arah mangsa boleh memadamkan api.
d) Elak dari berlaku renjatan. Sekiranya renjatan berlaku,
rawatan renjatan perlu dilakukan.
e) Cuci tempat terbakar dengan cermat.
f) Tutup tempat cedera dan dapatkan rawatan perubatan.

Rawatan Terbakar atau Melecur Tekak.


a) Beri mangsa minuman sejuk atau ais sebanyak mungkin.
b) Beri demahan sejuk pada bahagian leher.
c) Dapatkan rawatan perubatan.

47
RENJATAN
Renjatan adalah suatu keadaan bila mana berlaku kekurangan
bekalan darah beroksigen ke bahagian otak dan seluruh badan yang
menyebabkan fungsi-fungsi badan menjadi lemah dan aktiviti-
aktivitinya tidak dapat berjalan dengan sempurna. Keadaan ini
berpunca dari kecederaaan, kehilangan darah, kehilangan cecair,
gangguan perasaan, kesakitan, alahan kepada ubatan atau bahan
kimia, gangguan sistem saraf dan lain-lain

Sebab-sebab renjatan
a) Pendarahan yang banyak dan berterusan. Pendarahan
ini adalah pendarahan luaran dan dalaman.
b) Kehilangan plasma. Contohnya kecederaan terbakar
atau melecur.
c) Kehilangan air dalam badan yang teruk. Contohnya
perpeluhan yang melampau, muntah-muntah berterusan
atau cirit-birit yang kuat seperti kes taun dan cirit-birit.
d) Kecederaan yang teruk seperti patah tulang, luka besar
yang menyebabkan darah keluar dengan banyak.
e) Penyakit-penyakit tertentu seperti penyakit jantung,
kencing manis, angin ahmar dan sebagainya.
f) Gangguan saraf. Contohnya terkena kejutan elektrik,
kilat, terminum atau tersedut bahan beracun, alahan
kepada ubatan dan lain-lain.

48
Jenis-jenis renjatan.
Terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
a) Renjatan terbina- akibat dari kecederaaan atau
kehilangan cecair dan darah dalam badan.
b) Renjatan saraf- berpunca dari gangguan pada sistem
saraf yang menyebabkan aktiviti dalam badan
terganggu. Renjatan ini tidak melibatkan kehilangan
cecair dalam badan.
c) Renjatan gabungan- melibatkan gangguan pada sistem
saraf dan kehilangan cecair dalam badan.

Tanda-tanda dan gejala renjatan.


a) Mangsa berada di dalam gelisah.
b) Kulit badan menjadi pucat.
c) Merasa pening, mual dan muntah-muntah.
d) Perpeluhan dengan banyak.
e) Pergerakan nadi berdenyut dengan pantas tetapi dalam
keadaan lemah.
f) Mangsa lemah dan tidak bertenaga.
g) Badan menjadi sejuk dan basah.
h) Pandangan menjadi kabur.
i) Mengadu dahaga
j) Mangsa tidak sedar diri.

49
Rawatan am renjatan
a) Bawa maangsa ke tempat yang selamat dan berudara.
b) Baringkan mangsa dengan meninggikan bahagian kaki
dan merendahkan bahagian kepala.
c) Tenangkan mangsa.
d) Dongakkan kepala mangsa supaya saluran pernafasan
terbuka. Periksa pernafasan dan gerak nadi.Beri
bantuan CPR jika perlu.
e) Longgarkan pakaian mangsa.
f) Selimutkan mangsa jika mangsa dalam kesejukan.
g) Rawat sebarang kecederaan jika berlaku kecederaan.
h) Jangan beri sebarangan makanan atau minuman
sekiranya mangsa dalam keadaan ranjatan. Apabila
pulih basahkan bibirnya bagi menghilangkan dahaga.
i) Dapatkan rawatan perubatan.

PITAM
Pitam berlaku akibat kekurangan pengaliran darah ke bahagian
otak yang menyebabkan terganggu fungsi tubuh badan sementara
waktu. Ini menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri buat
sementara.

Punca-punca pitam
a) Mendapat perkhabaran buruk, sedih atau menakutkan.
b) Keletihan akibat dari berdiri terlalu lama atau terdedah
kepada kepanasan.
50
c) Kesakitan kuat akibat kecederaan.
d) Kelaparan atau terlalu dahaga.
e) Keadaan lemah selepas baru sembuh dari penyakit

Tanda-tanda dan gejala


a) Mangsa mengadu pening
b) Badan sejuk dan mangsa berkeadaan lemah
c) Muka dan tangan jadi pucat
d) Berpeluh dengan banyak
e) Meloya dan kadang-kadang disertai muntah
f) Mangsa seperti mengantuk dan menguap-nguap
g) Hilang kesedaran.

Rawatan am pitam
a) Bawa mangsa ke tempat yang teduh dan berudara.
b) Baringkan mangsa dan tinggikan bahagian kaki atau
dudukkan dan tundukkan kepala mangsa ke bawah
c) Longgarkan pakaian mangsa.
d) Tenangkan mangsa.
e) Dongakkan kepala mangsa dan betulkan saluran
pernafasan jika sekiranyan mangsa telah pengsan.
f) Apabila mangsa telah pulih , berikan minuman.
g) Rawat kecederaan jika mangsa mengalami kecederaan.
h) Dapatkan rawatan perubatan jika perlu.

51
PENGSAN (TIDAK SEDAR DIRI)
Suatu keadaan yang diakibatkan oleh berlakunya gangguan di otak
yang menyebabkan otak tidak berfungsi. Ini disebabkan oleh
berlakunya kekurangan bekalan oksigen atau kecederaan di
bahagian otak.

Peringkat-peringkat pengsan
a) Setengah pengsan (drowsiness) – Mangsa mudah sedar
tetapi akan kembali pengsan kemudiannya.
b) Stupor- mangsa boleh merasa kesakitan tetapi tidak
mengetahui apa yang berlaku di sekelilingnya.
c) Tidak sedar langsung (koma) – Tidak sedar dan tidak tahu
apa- apa langsung. Otak mengalami kerosakan.

Punca-punca pengsan
a) Terkejut- contohnya terkena kejutan elektrik atau petir
b) Terhenti pernafasan.
c) Kecederaan di kepala atau kecederaan luar anggota yang
teruk.
d) Penyakit-penyakit tertentu- contohnya penyakit jantung,
angin ahmar, epilepsi, kencing manis dan barah otak.
e) Lemas dalam asap atau dalam air.
f) Penyakit sawan pada kanak-kanak.
g) Keracunan atau alahan kepada sesuatu bahan ubatan atau
racun ( gigitan ular atau binatang berbisa )

52
Rawatan am pengsan
a) Baringkan mangsa secara mengiring
b) Dongakkan kepala mangsa dan betulkan saluran
pernafasannya. Periksa gerak pernafasan dan nadinya dan
lakukan bantuan CPR jika di perlukan.
c) Cari punca-punca yang menyebabkan mangsa pengsan dan
buat catatan untuk memudahkan rawatan perubatan.
d) Rawat kecederaan sekiranyan terdapat kecederaan.
e) Selimutkan mangsa.
f) Catatkan pergerakan nadi dan pernafasan dari masa
kesemasa.
g) Jangan diberi sebarang makanan atau minuman kepada
mangsa apabila berada dalam keadaan pengsan.
h) Dapatkan perubatan segera.

Pengsan Akibat Kecederaan Otak


Ia terjadi akibat dari gegaran yang kuat pada otak, pecah
tempurung kepala dan sebagainya. Otak tercedera atau
terganggu secara sementara kesan dari gegaran yang kuat.

Tanda-tanda dan Gejala Gegaran Otak


a) Muka menjadi pucat, kulit badan sejuk.
b) Nadi berdenyut perlahan.
c) Anak mata tidak bertidak balas terhadap cahaya dengan
sempurna.
d) Muntah-muntah.
53
e) Mangsa gelisah
f) Pernafasan mangsa berbunyi kuat.
g) Mangsa tidak sedar apa-apa yang berlaku di sekeliling.

Rawatan
a) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.
b) Periksa tempat cedera dan beri rawatan kecederaan
c) Periksa pernafasan dan gerak nadi mangsa. Berikan
rawatan CPR jika di perlukan.
d) Dapatkan rawatan perubatan segera.

Sawan (Epilepsi)
Tanda-tanda dan Gejala
a) Mangsa mengadu pening kepala dan rasa kurang selesa.
b) Muka kelihatan pucat dan mangsa gelisah.
c) Mangsa jatuh secara tiba-tiba di sertai dengan kekejangan
otot-otot sambil menggelepar beberapa ketika.
d) Mulut mangsa berbuih.
e) Giginya terkancing dengan kuat.
f) Mangsa tidak sedar diri.
g) Muka dan bibir mangsa biru dan tiada pernafasan seketika.
h) Mangsa terkencing atau membuang air besar tanpa di sedari .
i) Mangsa kemudiannya bernafas dengan nafas yang
berbunyi kuat.
j) Mangsa mengalami kebingungan dan kelihatan keletihan.
k) Mangsa kemudiannya tidur dengan nyenyak beberapa jam.
54
Rawatan
a) Semasa mangsa jatuh dan mengelepar, cuba elakkan mangsa
dari mengalami kecederaan atau terjatuh ke tempat yang berair.
b) Masukkan benda keras ke dalam mulut mangsa seperti sapu
tangan, sudu dan sebagainya bagi mengelakkan berlaku
kecederaan pada lidah dan mulut mangsa.
c) Baringkan mangsa dalam baringan separuh meniarap dan
betulkan saluran pernafasan. Periksa pernafasan dan gerak
nadi. Jalankan bantuan CPR jika perlu.
d) Longgarkan pakaian mangsa.
e) Sekiranya terdapat kecederaan beri rawatan sewajarnya.
f) Dapatkan rawatan perubatan.

Terselap (Hysteria)
Terselap merupakan suatu keadaan bila mana mangsa tidak dapat
mengawal perasan akibat dari tekanan emosi, gangguan perasaan,
tidak dapat menyelesaikan masalah atau takut yang menyebabkan
perasaannya tidak dapat di kawal lagi.

Tanda-tanda dan Gejala


a) Mangsa terjatuh secara tiba-tiba.
b) Mangsa menjerit-jerit dan tidak dapat mengawal perasaan,
menagis, ketawa, meracau, tersentak-sentak badan, menarik
rambut atau ketakutan.
c) Kekadang berlaku kekejangan otot.
d) Bernafas cepat dan pendek-pendek.
55
Rawatan
a) Tenangkan mangsa.
b) Beri mangsa sedut garam cium (smelling salt) beberapa
ketika.
c) Elakkan mangsa dari mencederakan diri.
d) Beri arahan agar mangsa bernafas panjang dan kawal
pernafasan seperti biasa.
e) Dapatkan rawatan perubatan jika perlu.

Sawan Kanak-kanak ( Febrile Fits)


Sawan ini terjadi pada bayi dan kanak-kanak yang kebiasannya
mengalami demam yang suhunya sangat tinggi atau mengalami
jangkitan terutamanya di bahagian otak.

Tanda-tanda dan Gejala


a) Demam yang tinggi.
b) Bayi menangis dan di dalam keadaan gelisah.
c) Berlaku kekejangan otot dan anggota mengelepar.
d) Anak mata naik ke atas.
e) Kancing gigi dan mulut mengeluarkan buih.
f) Nafas tersekat-sekat dan boleh terhenti.
g) Mangsa terkencing atau membuang air besar tanpa di sedari.
h) Mangsa tidak sedar diri.
Rawatan
a) Baringkan mangsa separuh meniarap.
b) Longgarkan pakaian mangsa.
56
c) Masukkan benda-benda keras ke dalam mulut mangsa bagi
mengelakkan kecederaan pada lidah.
d) Periksa pernafasan dan gerak nadi mangsa dan beri bantuan
CPR jika di perlukan.
e) Beri jeluman sejuk ke seluruh badan mangsa bagi
mengurangkan suhu badan.
f) Dapatkan rawatan perubatan.

Koma Akibat Kencing Manis ( Diabetes)


Pengidap penyakit kencing manis akan mendapat koma sekiranya
kandungan gula dalam darah terlalu rendah atau terlalu tinggi.
Kandungan gula yang melampau di dalam darah akan
menyebabkan pengidap mengalami koma.
Koma jenis ini di kenali sebagai diabetic koma. Manakala jika
kandungan gula terlalu rendah di dalam darah akan terjadinya
koma yang di kenali sebagai insulin koma.

Tanda-tanda dan Gejala


a) Mangsa mengadu pening, tidak selesa dan lemah.
b) Kulit badan mangsa berkeadaan kering dan panas.
c) Pernafasan mangsa yang pengsan berbunyi seperti
dengkuran.
d) Pernafasan mangsa berbau acetone.

57
Rawatan Diabetik Koma
a) Baringkan mangsa dalam baringan separuh meniarap.
b) Betulkan saluran pernafasan mangsa dan periksa gerak nadi
serta pernafasannya. Beri bantuan CPR jika di perlukan.
c) Periksa anggota dan pakaian mangsa supaya mendapat
maklumat tentang penyakit pengidap ataupun ubat.
d) Jika sekiranya mangsa sedar - sekiranya terdapat ubat
berikan secepat mungkin.
e) Dapatkan rawatan perubatan.

Tanda-tanda Insulin Koma


a) Badan mangsa berkeadaan sejuk dan berpeluh.
b) Mangsa gelisah dan pening.
c) Berpeluh dengan banyak.
d) Nadi berdenyut pantas dan lemah.
e) Mangsa mengalami tidak sedarkan diri.
Rawatan Insulin Koma
a) Tenangkan mangsa sekiranya ia masih sedar.
b) Berikan larutan air gula kepada mangsa yang masih sedar.
c) Longarkan pakaian mangsa.
d) Sekiranya mangsa pengsan, periksa gerak nadi dan
pernafasan. Beri rawatan CPR jika perlu.
e) Letak mangsa dalam baringan separuh meniarap.
f) Dapatkan rawatan perubatan.

58
Racun
Racun merupakan bahan-bahan yang berbentuk cecair, pepejal,
debu atau gas yang bila mana ianya diambil atau masuk ke dalam
tubuh badan melebihi dari sukatan yang sepatutnya, maka ianya
akan menjejaskan kesihatan badan.

Cara- cara racun masuk ke tubuh


a) Sistem pemakanan – Secara memakan atau meminum
bahan-bahan yang berbentuk pepejal atau cecair. Contohnya
terminum racun, ubat-ubatan, makanan tercemar dan
sebagainya.
b) Sistem pernafasan – Melaui sedutan gas atau bahan debu
yang terampai di udara. Contohnya gas karbon dioksida,
Karbon monoksida, kotoran, debu-debu racun serangga dan
lain-lain.
c) Melalui suntikan urat darah atau otot – Biasanya ia
berbentuk cecair. Contohnya menyuntik ubat melalui otot
atau urat darah, menyuntik dadah, sengatan binatang bisa
dan patukan atau gigitan ular berbisa.
d) Serapan kulit – Sesetengah bahan cecair seperti racun
rumpai atau serangga yang terkena kulit akan menyerap ke
dalam sistem badan. Contohnya racun malation dan
paraquat.

59
Tanda-tanda dan Gejala
a) Pening kepala dan tidak sedap badan.
b) Loya dan muntah-muntah.
c) Sakit perut sekiranya racun dimakan atau diminum.
d) Mengalami sesak nafas.
e) Mangsa di dalam keadaan gelisah.
f) Muka dan badan menjadi pucat dan sejuk.
g) Nadi berdenyut pantas dan dalam keadaan lemah.
h) Mengalami cirit-birit sekiranya racun masuk melalui saluran
pemakanan.
i) Berpeluh dengan banyak.
j) Terdapat kesan terbakar atau melecur di mulut dan bibir
sekiranya termakan atau terminum racun. Mulut mangsa juga
berbau bahan beracun yang dimakan.
k) Terdapat tanda suntikan atau bekas gigitan sekiranya bahan
yang diambil secara suntikan atau kerana gigitan.
l) Berlaku renjatan.

Rawatan Am Keracunan
a) Tenangkan mangsa.
b) Longgarkan pakaian mangsa.
c) Sekiranya mangsa dalam keadaan pengsan, periksa gerak
nadi dan penafasan. Beri bantuan CPR jika perlu.
d) Cari punca-punca keracunan melalui tanda-tanda di badan
atau bekas-bekas yang terdapat di sekeliling mangsa.

60
e) Letakan mangsa di dalam baringan separuh meniarap
sekiranya mangsa dalam keadaan pengsan.
f) Dapatkan rawatan perubatan.

Keracunan Melalui Sistem Pemakanan.


Tanda-tanda dan Gejala
a) Sakit perut.
b) Loya dan muntah-muntah.
c) Gelisah dan pucat.
d) Berlaku cirit-birit.
e) Mangsa mengadu dahaga.
f) Terdapat tanda melecur atau terbakar di bibir dan mulut
mangsa bagi racun jenis yang membakar.
g) Terdapat bau racun apabila mangsa bernafas atau bercakap.
h) Berlaku renjatan.

Rawatan
a) Tenangkan mangsa.
b) Longgarkan pakaian yang ketat.
c) Cuba keluarkan bahan yang beracun dengan memberi air
yang dicampur garam sebanyak mungkin, atau mengeletek
bahagian leher atau kerongkong mangsa. Ini boleh di
lakukan bagi racun yang bukan jenis membakar.

61
d) Sekiranya bahan membakar – jangan cuba muntahkan
mangsa dengan cara di atas kerana ini membahayakan
mangsa. Jika mangsa sedar cuba nuteralkan dengan bahan-
bahan air yang dicampur limau bagi racun alkali dan air
tepung jika sekiranya bahan asid.
e) Sekiranya mangsa pengsan, baring mangsa dalam baringan
separuh meniarap.
f) Betulkan saluran pernafasan. Periksa gerak nadi dan
pernafasan. Lakukan CPR jika penafasan terhenti.
g) Dapatkan rawatan perubatan berserta dengan bahan yang
boleh menjadi bukti jenis keracunannya. Contohnya bekas
ubat, muntah atau bekas-bekas kosong pengisi bahan
beracun tersebut.

Keracunan Melalui saluran pernafasan.


Tanda-tanda dan Gejala
a) Mangsa mengadu pening.
b) Lemah dan tidak bertenaga.
c) Loya dan muntah-muntah.
d) Mangsa mengadu sukar atau sesak nafas.
e) Muka mangsa dalam keadaan pucat dan mangsa dalam
keadaan gelisah.
f) Pergerakan nadi pantas dan lemah.
g) Berlakunya renjatan.

62
Rawatan Keracunan Melalui Sistem pernafasan.
a) Bawa mangsa ke tempat yang berudara.
b) Tenagkan mangsa dan longgarkan pakaian yang ketat.
c) Sekiranya mangsa pengsan, baring mangsa dalam baringan
separuh meniarap. Periksa gerak nadi dan pernafasan. Beri
bantua CPR segera sekiranya pernafasan atau gerak nadi
mangsa terhenti.
d) Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

Keracunan Melalui Serapan kulit


Tanda-tanda dan Gejala.
a) Pening dan badan menjadi lemah.
b) Loya dan muntah.
c) Terdapat tanda kegatalan atau bintik-bintik merah di tempat
yang terkena racun.
d) Badan menjadi sejuk.
e) Sesak nafas dan nadi berdenyut cepat.
f) Berlaku renjatan.

Rawatan
a) Tenangkan mangsa
b) Cuci tempat terkena racun dengan air yang banyak.
c) Letakkan mangsa dalam keadaan yang selesa.
d) Dapatkan bantuan perubatan.

63
Keracunan Melalui Suntikan atau Gigitan
Tanda- tanda dan Gejala
a) Mangsa mengadu pening dan lemah.
b) Loya dan muntah-muntah.
c) Gelisah dan badan menjadi sejuk.
d) Mangsa mengalami kesukaran bernafas.
e) Gerak nadi menjadi cepat dan lemah.
f) Mangsa berkedaan pucat dan keletihan.
g) Terdapat tanda-tanda suntikan atau gigitan di badan.
h) Terdapat tanda bengkak pada tempat sengatan atau gigitan.
i) Terjadi renjatan.

Rawatan
a) Tenangkan mangsa dan letakkan mangsa dalam keadaan
selesa.
b) Dapatkan butir-butir keracunan dari mangsa.
c) Berikan rawatan CPR jika mangsa dalam keadaan terhenti
pernafasan atau pergerakan nadinya.
d) Dapatkan rawatan perubatan dengan segera

64
RINGKASAN RACUN DAN BAHAN-BAHAN KIMIA
Jenis Racun Tindakan / Pemulihan Awal
a) Bahan asid a) Jangan muntah mangsa.
b) Beri mangsa minum air, air bancuhan susu dan air
tepung.
b) Bahan alkali a) Jangan muntahkan mangsa.
b) Beri air, air limau atau air yang mengandungi
sedikit cuka.
c) Bahan Disinfectant a) Jangan muntahkan mangsa.
(Carbolic asid, Lysol) b) Beri minum air yang banyak.
d) Racun Arsenik a) Muntahkan mangsa.
(Racun tikus) b) Beri minum air yang banyak pada mangsa.

e) Aspirin a) Muntahkan mangsa.


b)Beri minum air yang dicampur sodium
bicarbonate.
f) Barbiturate a) Muntahkan mangsa.
(Luminal, Ubat tidur) b) Beri mangsa minum banyak air.

g) Bahan timah a) Muntahkan mangsa.


b) Beri mangsa minum banyak air.
h) Raksa a) Beri putih telur, kemudian diikuti dengan air susu.
b) Muntahkan mangsa.
i) Candu/Morfin a) Muntahkan mangsa.

j) Bahan petrol a) Muntahkan mangsa.


b) Beri mangsa banyak minum air.

BENDA-BENDA ASING DALAM RONGGA MATA.


Benda Asing Dalam Rongga Mata.

65
Rawatan
a) Tenangkan mangsa.
b) Larang mangsa menggosok-gosok mata yang terlibat.
c) Keluarkan benda asing dengan cara:-
 Menggunakan hujung sapu tangan atau kain yang
lembut yang telah dibasahkan. Pastikan tempat
benda asing terletak.
 Alirkan air ke dalam kelopak sehingga benda asing
keluar.
 Suruh mangsa mengelip mata di dalam bekas /
besen yang mengandungi air.
d) Jika bahan alkali atau asid tertitis ke mata, alirkan banyak air
ke dalam mata atau celik mata dalam bekas yang
mengandungi air. Jangan cuba nutralkan asid atau alkali
dengan bahan-bahan asid atau alkali.
e) Tutup mata dengan kain yang lembut dan dapatkan rawatan
perubatan.

Benda Asing Dalam Telinga


Rawatan
a) Tenangkan mangsa.
b) Jangan cuba keluarkan benda asing dengan cara mengorek
telinga
c) Masukkan air atau minyak ke dalam lubang telinga sekiranya
benda asing masih hidup supaya benda asing mati.

66
d) Jika benda asing kecil, sangetkan telinga ke bawah dan
ketukkan kepala beberapa kali supaya benda asing keluar.
e) Dapatkan bantuan perubatan jika benda asing tidak keluar.

Benda Asing Dalam Rongga Hidung


Rawatan Awal
a) Tenangkan mangsa.
b) Suruh mangsa menghembus angin dengan kuat melalui
hidung.
c) Jangan cuba mengorek benda asing.
d) Nasihatkan mangsa bernafas melalui mulut dan jangan cuba
menyedut nafas dengan kuat melalui hidung.
e) Dapatkan rawatan perubatan.

Benda Asing Terlekat di Tekak


Rawatan
a) Tenangkan mangsa.
b) Arah mangsa batuk.
c) Suruh mangsa menelan makanan lembut atau air sekiranya
benda asing tersebut kecil atau tulang yang kecil saja yang
terlekat pada tekak.
d) Jangan cuba mengorek tekak mangsa.
e) Jika benda asing besar, suruh mangsa membongkokkan
perutnya di penyandar kerusi beberapa kali.
f) Lakukan keadaan Hemlich Manuver atau Chest compression
jika perlu sehingga benda asing dapat dikeluarkan.
67
g) Dapatkan rawatan perubatan.

SENGATAN ATAU GIGITAN BINATANG BISA

1) Sengatan Kala Jengking, Lipan, Tebuan, dan Lebah


Tanda-tanda dan gejala
a) Sakit di tempat sengatan atau gigitan.
b) Bengkak, lebam dan keluar darah.
c) Tempat gigitan menjadi panas.
d) Mangsa gelisah.
e) Mangsa mengalami sesak nafas.
f) Berlaku renjatan.

Rawatan
a) Bawa mangsa ke tempat yang selamat.
b) Tenangkan mangsa.
c) Sekiranya mangsa renjat – periksa gerak nadi dan pernafasan.
Berikan rawatan CPR jika perlu.
d) Beri demahan sejuk di tempat cedera untuk mengurangkan
sakit dan bengkak.
e) Cuci tempat sengatan.
f) Dapatkan rawatan perubatan.

2) Digigit Lintah atau Pacat

68
Gigitan lintah atau pacat boleh menyebabkan darah keluar
dengan banyak dan berterusan kerana lintah memuntahkan
sejenis enzim yang menyebabkan pembekuan darah lambat.

Rawatan
a) Tanggalkan lintah atau pacat dengan menggunakan garam,
abu atau secara membakar badan binatang tersebut. Jangan
mencabut lintah yang melekat kerana ianya boleh
menyebabkan taringnya tertanggal di tempat luka.
b) Cuci tempat cedera dengan menggunakan larutan ammonia
bagi mengurangkan kegatalan.
c) Balut luka dengan kemas.
d) Dapatkan rawatan perubatan.

3) Patukan Ular Berbisa


Ular berbisa boleh menyebabkan keracunan kepada sistem saraf
atau pun sistem darah yang menyebabkan berlakunya pendarahan
di seluruh badan. Contohnya ular senduk atau “king cobra”.Ular
laut menyebabkan berlakunya gangguan pada sistem saraf dan
sistem pernafasan. Manakala ular jenis ular kapak menyebabkan
sistem pendarahan terganggu di mana darah tidak mudah membeku
dan keluar melalui semua sistem badan.
Tanda- tanda.
a) Sakit di tempat patukan.
b) Bengkak dan lebam terutamanya patukan ular jenis kapak.
c) Darah keluar di tempat patukan.
69
d) Terdapat tanda patukan di tempat patukan.
e) Sesak nafas.
f) Gelisah, keletihan dan berasa anggota sejuk.
g) Gerak nadi berdenyut pantas dan lemah.
h) Berlaku renjatan.

Rawatan
a) Tenangkaan mangsa.
b) Longgarkan pakaian magsa.
c) Rendahkan anggota yang cedera dan jangan bergerak terlalu
banyak.
d) Awasi mangsa dari renjatan.
e) Cuci tempat cedera dan buat pembebatan.
f) Dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

70
PENGENDALIAN KELAHIRAN KECEMASAN
Bersalin atau kelahiran merupakan suatu proses biasa bagi wanita
yang mengandung. Oleh itu, sebelum tiba kelahiran terdapat tanda-
tanda dan gejala awal ditunjukkan sebelum lahirnya bayi.

Tanda- tanda
a) Sakit di bahagian belakang terutama bahagian pinggang.
b) Sakit di bahagian abdomen iaitu di sekitar pusat.
c) Sakit berselang seli dengan keredaan. Ini diikuti dengan sakit
yang lebih memanjang berbanding masa keredaannya.
d) Ibu berkeadaan gelisah, cemas dan berpeluh.
e) Peringkat awal keluar lendir berserta dengan sedikit darah
dari kemaluan ibu. Ini diikuti dengan keluar air tuban dengan
banyak akibat pecahnya tuban kandungan.
f) Kelihatan kepala bayi menonjol pada bahagian faraj ibu.

Peringkat – peringkat kelahiran hingga bersalin.


Terbahagi kepada 3 peringkat iaitu:
a) Peringkat Pertama
i. Bermula dari permulaan sakit hinggalah pecahnya
tuban kandungan. Proses ini kebiasaannya memakan
masa sekitar 12 hingga 16 jam.
ii. Pembukaan serviknya melebihi 10 sm.
iii. Jangkamasa kelahiran dianggarkan sekitar 8 hingga 12
jam.

71
b) Peringkat Kedua
i) Bermula dari pembukaan servik sehinggalah lahirnya bayi.
Kebiasaannya jangka masa yang diambil adalah sekitar 2
jam.
c) Peringkat Ketiga
i. Peringkat bayi telah dilahirkan sehinggalah keluarnya
placenta (uri).
ii. Peringkat ini mengambila masa sekitar ½ jam di mana
placenta ibu akan keluar dengan sendirinya.

Bantuan Kecemasan Di Saat Kelahiran


a) Tenangkan ibu dan nasihat agar bernafas melalui mulut dan
tidak meneran kesakitannya.
b) Bantu ibu membuang air kecil atau air besar sebelum proses
kelahiran. Ini akan memudahkan kelahiran dan mengelakan
sebarang komplikasi dan masalah kepada bayi.
c) Sediakan tempat tidur dengan selesa. Lapikkan tilam dengan
plastik atau kain getah bagi mengelakan darah dan air tuban
membasahi tilam.
d) Sediakan alatan kelahiran seperti besin berisi air, sabun,
pisau atau gunting bersih, tali pengikat atau benang, lampin
dan tuala.
e) Baringkan ibu melentang, bengkokkan kedua-dua kakinya.
Buka kelengkapannya.
f) Cuci tangan dan basuh kemaluan ibu bagi tujuan menjaga
kebersihan.
72
g) Setelah saat kelahiran tiba, galakkan ibu meneran sewaktu
berlaku pengecutan otot rahim. Tarik nafas secara dalam dan
melepaskannya melalui mulut berulang-ulang kali.
h) Sambut bayi dengan kedua belah tangan. Jangan cuba
menarik atau memusingkan semasa bayi mula menonjol
keluar
i) Pastikan tali pusat tidak membelit leher bayi. Uraikan belitan
sekiranya berlaku belitan tali pusat.
j) Cuci badan, mata, dan hidung bayi dengan kapas yang
dibasahkan.
k) Angkat bayi dengan memegang kedua belah pergelangan
kakinynya agar lendir dapat keluar dari mulut dan hidungnya.
l) Tepuk bahagian tapak kaki bayi bertujuan memberi ransangan
kepadanya. Lakukan berulang kali sehingga bayi menangis.
m)Sekiranya selepas 3 minit, tiada sebarng tangisan, beri
bantuan pernafasan kepada bayi.
n) Selimutkan bayi, ikat tali pusat kira-kira 15 sm dari pusatnya
di kedua bahagian. Potong tali pusat dengan gunting yang
suci hama.
o) Cuci kemaluan ibu.
p) Tunggu hingga placenta keluar dan keluarkan secara cermat.
q) Beri urutan di bahagian abdomen ibu bertujuan membantu
pengecutan rahim.
r) Pakaikan tuala wanita kepada ibu.
s) Periksa gerakan nadi dan ukur kehilanghan darah.
t) Dapatkan bantuan perubatan sekiranya perlu.
73
PEMINDAHAN PESAKIT
Pemindahan pesakit boleh dilakukan dengan berbagai cara.
Antaranya ialah:
a) seorang pembantu (single helper)
b) dua orang pembantu (double helpers)
c) menggunakan penggusung (stretcher)

a) Seorang pembantu (Single Helper)


Kaedah seorang pembantu boleh dilakukan dengan berbagai-
bagai cara.
Antaranya ialah:
 Kaedah dukungan (Cradle Lift)
-kaedah ini sesuai digunakan untuk mengusung pesakit
yang ringan terutama kanak-kanak dan bayi.
 Bergandingan dengan pesakit (Human Crutch)
-Usungan ini sesuai dilakukan bagi mangsa yang boleh
berjalan atau mengalami kecederaan sebelah anggota
bawah. Mangsa berjalan beriringan dengan
pembantunya.
Mendukung di belakang atau encang (Pick a back)
-Mangsa memanjat sambil memeluk belakang
pembantunya.Tangan pembantu mengampu kedua
belah anggota bawah mangsa. Mangsa berada di dalam
keadaan sedar.

74
 Dukung di bahu atau usungan bomba ( Firearm Lift)
-Mangsa pengsan atau tidak boleh berjalan. Kedudukan
kepala mangsa condong ke bawah manakala badannya
berada di atas bahu pembantunya.

 Usungan merangkak
-Digunakan untuk membawa mangsa pengsan atau
sedar di tempat yang sempit. Mangsa menyangkut
kedua belah tangan di leher pembantunya. Pembantu
akan merangkak sambil mengheret mangsa.
 Usungan menarik
-Pembantu menghadap ke arah belakang mangsa.
Tumpangkan tangan mangsa di bahagian ketiak. Tarik
mangsa secara berundur ke belakang.
 Menarik menggunakan blanket
-Letakkan mangsa di atas blanket. Pegang kedua belah
bucu di bahagian kepala mangsa. Tarik blanket secara
berundur ke balakang.

a) Kaedah dua pembantu


 Duduk di atas dua tangan (two hand seat)
-Mangsa memegang bahu kiri dan kanan pembantunya
sambil duduk di atas tangan pembantunya. Kedua-dua
pembantu menggunakan sebelah lengan masing-masing
sebagi tempat duduk mangsa. Manakala tangan yang
lagi sebelah mengampu belakang mangsa.
75
 Mengusung berekoran atau berbuntut.
-Seorang pembantu memeluk kedua-dua belah ketiak
mangsa dari arah belakang mangsa. Manakala seorang
lagi berdiri di celah kangkang dengan muka mengadap
ke belakang mangsa sambil memeluk kedua-dua
bahagian lutut mangsa.

 Duduk di atas tiga tangan (three hand seat)


-Menggunakan tiga tangan untuk dijadikan tempat
duduk mangsa. Sementara sebelah tangan lagi
mengampu belakang mangsa.

 Duduk di atas empat tangan (four hand seat)


-Menjadikan kedua belah tangan pembantu sebagai
tempat duduk mangsa. Mangsa akan memeluk bahu
pembantu-pembantunya.

 Mengangkat menggunakan kerusi


-Mangsa akan duduk di atas kerusi manakala
pembantu-pembantu mengangkat kaki kerusi. Cara ini
boleh dilakukan dengan dua cara iaitu secara usungan
beriringan atau secara berekoran.

76
b) Usungan menggunakan penggusung ( Stretcher)
 Pengusung gantian ( improvise stretcher)
I. menggunakan kain blanket atau selimut tebal dan
diangkat di keempat-empat bucunya.
II. Menggunakan empat atau lima kain anduh yang
diikat di dua batang kayu.
III. Menggunakan dua buah guni yang ditebuk
buntutnya. Kemudian dimasukkan dua batang
kayu dalam guni itu.
IV. Menggunakan dua kain sarung yang dimasukkan
dua batang kayu di dalamnya.
V. Menggunakan tiga atau empat kain baju kemeja.
Masukkan dua batang kayu di dalam baju-baju
tersebut dan kemudian dibutangkan kancingnya.

77
PEMULIHAN PERNAFASAN DAN PERGERAKAN JANTUNG

1.PEMULIHAN PERNAFASAN
Terdapat beberapa kaedah pemulihan pernafasan yang boleh
dipratikkan semasa mangsa mengalami terhenti pernafasan.
Kaedah-kaedah ini ialah:-
a) Pemulihan mulut ke mulut
b) Pemulihan mulut ke hidung
c) Pemulihan mulut ke lubang pernafasan di tengkok
d) Kaedah Holger Neilson
e) Kaedah Selvester’s
f) Kaedah Schafers

a) Pemulihan mulut ke mulut


Cara pratiknya
 rapatkan mulut pemulih ke mulut si mangsa.
 tutup hidung mangsa secara picitan hidung.
 lakukan hembusan selama kira-kira 1 hingga 1.5 saat
sambil mata memerhatikan bahagian dada mangsa
 hembusan yang betul akan memperlihatkan pergerakan
dada naik dan tiada kebocoran dari celah bibir mangsa
 lepaskan picitan hidung mangsa agar udara dapat keluar
melalui hidung.

78
 lakukan sekali hembusan setiap 5 saat bagi mangsa
orang dewasa. Manakala, 1 hembusan setiap 3 saat bagi
kanak-kanak dan bayi.
 permulihan perlu dijalankan berterusan sehingga
mangsa dapat bernafas sendiri atau apabila tiba bantuan
perubatan.

b) Pemulihan mulut ke hidung


Kaedah ini boleh dilakukan sekiranya timbul masalah pada
bahagian mulut mangsa di mana kaedah pemulihan secara mulut
ke mulut tidak dapat dilakukan.
Cara pratiknya
 Rapatkan mulut pemulih ke bahagian hidung si
mangsa.
 Tutup bahagian mulut mangsa supaya udara yang
dihembus tidak keluar melalui mulut.
 Pemulih menghembus udara dari mulut ke hidung
mangsa. Semasa hembusan, perhatikan naik dan turun
bahagian dada bagi menetukan udara masuk atau tidak
ke paru-paru.
 Buka mulut mangsa dan biarkan udara keluar.
 Masa yang diambil bagi setiap hembusan adalah seperti
kaedah mulut ke mulut.

79
c) Pemulihan pernafasan melalui lubang pernafasan di
leher.
Kaedah ini dilakukan bagi mangsa yang menjalani pembedahan
tebukan saluran pernafasan kerana mengalami masalah tidak dapat
bernafas melalui hidung.
Cara pratiknya.
 Rapatkan mulut pemulih ke lubang tiub getah mangsa
di bahagian leher mangsa.
 Beri hembusan sambil mata memerhati bahagian dada
mangsa bagi jarak menetukan dada mengembang atau
tidak.
 Jarak setiap hembusan adalah sama seperti kaedah yang
diterangkan dahulu.

d) Kaedah Holger Neilson.


Kaedah ini sesuai dilakukan bagi mangsa yang mengalami
terhenti pernafasan. Kaedah ini tidak sesuai dilakukan bagi
mangsa-mangsa yang mengandung atau gemuk dan berperut
buncit.
Cara pratiknya.
 Mangsa dibaringkan dalam baringan meniarap dengan
lengan dan tangan mangsa mengampu bahagian kepala
dan mukanya.

80
 Palingkan muka mangsa ke kiri/kanan dan donggakkan
kepala mangsa ke hadapan supaya saluran pernafasan
mangsa terbuka.
 Pemulih duduk separuh melutut di bahagian kepala
mangsa.
 Kedua-dua tangan pemulih diletakkan di bahagian kiri
dan kanan tulang scapula.
 Kenakan tekanan dengan menggunakan berat badan
selama kira-kira 2 saat di bahagian tulang scapula
mangsa.
 Angkat bahagian kedua-dua siku mangsa ke atas supaya
rongga dada mangsa mengembang. Lakukan selama
kira-kira 2 saat.
 Letakkan kembali tangan pemulih ke bahagian tulang
scapula mangsa.
 Kaedah ini di lakukan berulang kali sehingga mangsa
bernafas kembali atau sehingga tiba bantuan perubatan.

e) Kaedah Selvesters
Cara pratiknya.
 Letakkan mangsa dalam baringan melentang.
 Pemulih melutut di bahagian kepala mangsa dengan
bahagian lutut pemulih mengepit bahagian kepala
mangsa.
 Dongakkan kepala mangsa.
81
 Pegang kedua belah pergelangan tangan mangsa dan
letakkan di bahagian dada mangsa.
 Kenakan tekanan di bahagian dada menggunakan berat
badan pemulih. Jangan gunakan kaedah kekuatan
tenaga menekan dada mangsa kerana ini boleh
mencederakan dada mangsa.
 Tekanan dilakukan selama kira-kira 2 saat.
 Angkat dan depangkan kedua-dua belah tangan mangsa
supaya memberi ruang dada dan mengembang kira-kira
2 saat.
 Kembalikan tangan ke bahagian dada dan lakukan
kaedah ini berulangkali sehingga mangsa pulih atau
bantuan tiba.

f) Kaedah Schafers
Cara pratiknya.
 Letakkan mangsa dalam baringan meniarap dengan
bahagian tangan mangsa mengampu bahagian
kepalanya.
 Pemulih duduk melutut selari dengan bahagian
pinggang / punggung mangsa dengan muka mengarah
ke arah kepala mangsa.
 Letakkan kedua belah tangan di bahagian pinggang
mangsa. Kenakan tekanan dengan menggunakan berat
badan ke atas mangsa sekama kira-kira 2 saat.
82
 Balikkan badan pemulih ke tempat melutut bagi
melemahkan tekanan.
 Kaedah ini dilakukan berulang-ulang kali sehingga
mangsa pulih atau sehingga tibanya bantuan perubatan.

Awas !!!
Kaedah ini tidak sesuai dilakukan kepada mangsa yang
gemuk atau mangsa yang mengandung.

83
2) PEMULIHAN PERNAFASAN DAN PERGERAKAN
JANTUNG
Resusitasi Kardio Pulmonari (CPR)
Resusitasi Kardio Pulmonari adalah kaedah pemulihan gabungan
permulihan pernafasan dengan permulihan pergerakan jantung
yang terhenti. Di dalam kaedah ini permulihan pernafasan yang
dilakukan adalah secara mulut ke mulut, mulut ke hidung atau
mulut ke lubang pernafasan di tengkuk. Manakala permulihan
pergerakan jantung adalah secara mengenakan tekanan (kompresi)
di bahagian tertentu dada.

Kombinasi kedua-dua bantuan tersebut membolehkan darah


menerima bekalan oksigen dan seterusnya mengedarkannya ke
otak dan lain-lain organ penting.
Terdapat beberapa sebab jantung terhenti. Antaranya ialah:
i. Penyakit jantung termasuk gelepar ventrikular
(ventricular fibrilltion).
ii. Kejutan elektrik.
iii. Alahan
iv. Pengambilan dadah yang berlebihan.
v. Penyakit angin ahmar (stroke).
vi. Lemas (asap, gas beracun atau tersumbat saluran
pernafasan).
vii. Kecederaan.
84
Resusitasi Kardio Pulmonary perlu dilakukan dengan segera dan
tepat apabila terjadinya kejadian pernafasan dan pergerakan
jantung terhenti kepada mangsa. Ini disebabkan faktor-faktor
berikut:

a. Bantuan diberi antara 0 hingga 5 minit selepas kejadian,


peluang memulihkan mangsa adalah pada kadar 12%.
b. Bantuan selepas 5 hingga 10 minit kejadian, peluang mangsa
pulih adalah pada kadar 2% sahaja.
c. Selepas 10 minit kejadian, tiada sebarang peluang
memulihkan mangsa.

Di dalam istilah perubatan, terdapat 2 jenis kematian selepas


kejadian pernafasan terhenti. Kematian tersebut ialah:
a. Kematian klinikal – bermaksud kematian sementara di mana
sel-sel otak dan sel-sel organ belum mengalami kematian
walaupun pernafasan dan jantung terhenti. Kematian klinikal
boleh dipulihkan sekiranya bantuan segera dan awal
diberikan kepada mangsa selepas kejadian terjadi.
b. Kematian biological – kematian kekal di mana sel-sel otak
dan semua sel-sel organ badan telah mati. Kematian ini tidak
boleh dipulihkan kembali.
Sel-sel otak akan mula mengalami kematian selepas 4 minit
pernafasan dan jantung terhenti. Ia akan mati kekal selepas 10
minit tidak menerima bekalan darah beroksigen.
85
Terdapat peringkat-peringkat tertentu yang perlu diikuti dalam
resusitasi Kardio Pulmonary. Antaranya ialah:
a. Saluran pernafasan (airway)
b. Pernafasan (breathing)
c. Edaran darah (circulation)
a) Saluran pernafasan.
 Pastikan mangsa betul-betul dalam keadaan tidak
sedarkan diri dengan teknik menggoncangkan
kedua-dua bahu mangsa sambil memanggil beliau.
 Setelah pasti mangsa pengsan, donggakkan kepala
mangsa dan bahagian dagu mangsa (head tilt and
chin lift). Bagi menetukan saluran pernafasan
mangsa terbuka. Ini penting kerana semasa mangsa
pengsan, otot-otot lidah dan epiglotis menjadi
lemah dan menyempitkan saluran pernafasan
mangsa.

b) Pernafasan
 Pastikan mangsa bernafas atau tidak dengan teknik
lihat, dengar dan rasa secara mendekatkan telinga
dan pipi penolong ke bahagian hidung mangsa
sambil mata memerhatikan pergerakan dada mangsa.
 Beri bantuan pernafasan secara kaedah teknik mulut
ke mulut, mulut ke hidung atau mulu ke lubang di
tengkuk mengikut keadaan mangsa.

86
c) Edaran darah
 Periksa pergerakan nadi dengan cara merasa nadi di
leher (nadi karotik) atau lengan (nadi brachial) bagi
bayi.
 Lakukan tekanan di bahagian luar dada (chest
comression) setelah dipastikan pergerakan nadi
terhenti.

TEKNIK- TEKNIK RESUSITASI KARDIO PULMONARI

1. TEKNIK SEORANG PENOLONG BAGI MANGSA


DEWASA.
 Goncang bahu dan panggil nama mangsa bagi menentukan
tahap kesedaran mangsa.
 Menjerit meminta bantuan supaya menarik perhatian orang
yang ada berhampiran.

87
 Betulkan salur pernafasan mangsa secara teknik dongak
kepala dan angkat dagu (head tilt and chin lift).
 Periksa pernafasan mangsa dengan teknik dengar, lihat dan
rasa sambil mata memerhati pergerakan dada mangsa.
Periksa selama 3 hingga 5 saat.
 Beri bantuan pernafasan secara kaedah mulut ke mulut atau
mulut ke hidung atau tutup mulut ke lubang pernafasan di
leher. Picit hidung dan mulut mangsa. Tarik nafas dan
rapatkan betul-betul ke mulut, hidung dan lubang pernafasan
mangsa dan berikan hembusan selama kira-kira 1 hingga 1.5
saat. Buka mulut atau hidung mangsa supaya udara yang
dihembus keluar. Ulang hembusan yang serupa sekali lagi.
Perhatikan bahagian dada semasa melakukan hembusan bagi
menentukan dada mengembang atau tidak.
 Periksa pergerakan nadi karotik di bahagian leher selama 5
hingga 10 saat bgai menentukan nadi terhenti atau
sebaliknya.
 Cari kedudukan sternum notch (tempat pertemuan antara kiri
dan kanan tulang rusuk di bahagian dada).
 Letakkan 2 jari di sternum notch sebagai penanda tempat
tekanan. Letakkan tumit tapak tangan dan tindihkan tangan
tersebut dengan tangan yang satu lagi.
 Luruskan tangan dan kuncikan sendi-sendi siku dan sendi-
sendi bahu supaya tidak dibengkokkan semasa tekanan
dilakukan.

88
 Beri tekanan di bahagian dada dengan menggunakan tekanan
berat badan. Jangan gunakan kekuatan tenaga kerana boleh
mencederakan tulang dada dan tulang rusuk. Tekan sedalam
kira-kira 1.5 hingga 2 inci (4 - 5cm) mengikut rentak yang
sistematik sebanyak 15 kali tekanan.
 Lakukan tekanan berselang-seli dengan bantuan pernafasan
dengan bantuan pernafasan dengan ratio 15: 2. lakukannya
sebanyak 4 pusingan dan akhiri dengan 2 hembusan yang
terakhir.
 Periksa pergerakan nadi selama 5 hingg 10 saat kembali.
 Teruskan rResusitasi Kardio Pulmonary jika pergerakan nadi
belum pulih.
 Jika nadi pulih, hentikan tekanan. Periksa pernafasan mangsa
3 hingga 5 saat. Jika tiada, jalankan bantuan pernafasan
sahaja dengan kadar 1 hembusan setiap 5 saat sekali
berterusan sehingga mangsa pulih ataupun tiba bantuan
perubatan.

2. TEKNIK BANTUAN DUA ORANG AHLI BANTUAN


(MANGSA DEWASA)
 Pembantu pertama berperanan sebagai pemeriksa taraf
kesedaran, memeriksa pernafasan, membantu pernafasan dan
memeriksa pergerakan nadi mangsa. Tekniknya sama
dengan kaedah Resusitasi Kardio Pulmonari seorang ahli
bantuan.

89
 Pembantu kedua berperanan sebagai pemanggil bantuan
perubatan serta menjalankan tekanan jantung (chest
compression) apabila mendapat isyarat bahawa tiada
pergerakan nadi si mangsa. Lokasi dan kedudukan tangan
adalah sama dengan teknik resusitasi terdahulu.
 Beri 5 kali tekanan dan diikuti dengan sekali hembusan
pernafasan oleh pembantu pertama.
 Tekanan hembusan dan tekanan dilakukan dengan ratio 5 : 1
dan diteruskan sehingga 10 pusingan. Akhiri pusingan ke 10
dengan sekali hembusan oleh pembantu pertama.
 Sekiranya masih tiada pergerakan nadi, maka diteruskan
tekanan dan hembusan seperti terdahulu.
 Jika pergerakan nadi telah dirasai, hentikan tekanan. Periksa
pernafasan mangsa. lakukan bantuan sekali hembusan setiap
5 saat sekali berterusan sehingga mangsa boleh bernafas.
 Sekiranya pembantu kedua keletihan, pertukaran boleh
dilakukan dengan pembantu kedua memberi isyarat dengan
sebutan “tukar” dan meneruskan 5 tekanan yang terakhir
sebelum pembantu pertama mengambil tempatnya. Manakala
pembantu kedua mengambil tempat pembantu pertama.

3. TEKNIK RESUSITASI KARDIO PULMONARI


MANGSA KANAK-KANAK ( 1 HINGGA 8 TAHUN )
SEORANG PEMBANTU.

90
 Aturan bantuan dari A hingga C adalah hampir sama
dengan kaedah orang dewasa. cuma terdapat sedikit
perbezaan iaitu :
a) Tekanan dada mangsa cuma menggunakan sebelah tumit
tapak tangan sahaja.
b) Dalam tekanan yang diberikan adalah 1 hingga 1.5 inci
sahaja.
c) Ratio hembusan dan tekanan adalah 1:5
d) Kadar pusingan adalah 10 pusingan sebelum pemeriksaan
nadi dijalankan.
e) Bantuan pernafasan berterusan adalah pada kadar 1 kali
bagi setiap 3 saat.

4. TEKNIK RESUSITASI KARDIO PULMONARI


MANGSA BAYI ( 1 TAHUN KE BAWAH )
 Tekniknya sama dengan orang dewasa dan kanak-kanak
kecuali perkara-perkara berikut :
a. Hidung mangsa tidak perlu dipicit semasa hembusan
dilakukan. Pembantu menggunakan mulut untuk
menutup mulut dan hidung si mangsa.
b. Ampu bahagian tulang skapula bayi dengan lengan
supaya keadaan kepala mangsa terlangut dan secara
tidak langsung akan membuka saluran pernafasan.
c. Pemeriksaan nadi adalah pada nadi brakial ( bahagian
lengan). Ini disebabkan leher bayi pendek.

91
d. Penandaan lokasi tekanan adalah dengan menanda
garisan lurus antara dua puting susu bayi dengan 3 jari
tangan. Letak 2 jari di atas tulang sternum manakala 1
jari diangkat. Tekan menggunakan dua jari sedalam 0.5
hingga 1.0 inci sebanyak 5 kali tekanan dengan kadar
100 kali seminit. Pusingan keseluruhan adalah 20
pusingan.
-Periksa pergerakan nadi. Jika ada nadi, periksa pernafasan
mangsa. Lakukan bantuan pernafasan sekali bagi setiap 3 saat
berterusan jika di dapati mangsa tidak bernafas.

5. TEKNIK MERAWAT MANGSA TERCEKIK /


TERSEKAT PERNAFASAN(ORANG DEWASA YANG
MASIH SEDAR )
 Jika mangsa berseorangan tanpa sebarang pembantu, ia
boleh menjalankan beberapa kaedah bagi mengeluarkan
benda asing yang tersekat dalam saluran pernafasan.
Antaranya ialah :
i. Menggunakan kaedah berdiri di belakang penyandar
bangku dan meletakkan bahagian abdomennya di
penyandar bangku tersebut.Tundukkan badan ke
hadapan bangku berulang-ulang kali. Tundukan akan
menyebabkan udara yang terdapat di abdomen menolak
keluar udara dan seterusnya membantu mengeluarkan
bendasing yang tersekat.

92
ii. Menggunakan Teknik Heimlich iaitu menggenggam
penumbuk satu tangan. Letakkan penumbuk tersebut di
bahagian abdomen dan tangan yang satu lagi diletakkan
di atas penumbuk tersebut. Lakukan tekanan ke arah
dalam dan ke atas secara cepat dan berulangkali kerana
daya tekanan yang kuat dan cepat akan memaksa udara
di dalam paru-paru keluar dan menolak bendasing
keluar.

Sekiranya terdapat membantu semasa kejadian tercekik


bendasing, maka pembantu boleh menjalankan tugasnya
melalui kaedah-kaedah berikut :
- Tanya mangsa sama ada ia boleh bernafas, tercekik dan
batuk. Jika mendapat tindakbalas positif dari mangsa,
jangan lakukan apa-apa ke atas mangsa melainkan
berada di sisi mangsa kerana kebiasaannya mangsa
akan berusaha sendiri mengeluarkan bendasing
tersebut.
- sekiranya mangsa memberi tindakbalas negatif, maka
pembantu perlu mengambil tindakan melakukan
bantuan-bantuan berikut :

a) Teknik Heimlich
-berdiri di belakang mangsa.
-peluk bahagian pinggang mangsa.

93
-genggam penumbuk dengan ibu jari dimasukkan ke
dalam pada satu tangan dan letakkan di bahagian
atas sedikit dari pusat. Lapikkan genggaman tersebut
dengan tangan sebelah lagi.
-tekan penumbuk dengan cepat dan berulangkali
secara gerakan ke dalam dan ke atas. Tekanan
tersebut dapat memaksa udara di paru-paru keluar
dan seterusnya menolak keluar bendasing yang
menyekat saluran pernafasan. Kaedah ini tidak
sesuai dilakukan kepada mangsa yang gemuk,
berperut buncit dan perempuan mengandung.

b) Tekanan Dada ( chest thrusts )


Kaedah ini sesuai bagi mangsa gemuk, berperut buncit
dan perempuan mengandung.
caranya
 berdiri di belakang mangsa.
 genggam penumbuk sebelah tangan.
 letak genggaman mengarah ke ibu jari di bahagian
tengah tulang dada mangsa.
 lapikkan penumbuk dengan tangan yang sebelah
lagi.
 tekan ke arah dalam dengan kuat dan cepat
berulangkali.
 lakukan teknik ini sehingga bendasing keluar atau
sehingga mangsa pengsan.
94
6. TEKNIK MERAWAT MANGSA TERCEKIK DARI
SEDAR HINGGA PENGSAN ( MANGSA DEWASA )
 Letak mangsa dalam keadaan melentang.
 Minta bantuan perubatan.
 Dongakan kepala mangsa dengan teknik dongakan dahi
dan angkat bahu ( head tilt/chin tilt ).
 Periksa kerongkong mangsa bagi menetukan tedapat
bendasing. Keluarkan bendasing dengan jari telunjuk.
 Beri bantuan pernafasan. Jika hembusan tidak masuk,
ianya menandakan masih terdapat bendasing yang
menyekat salur pernafasan.
 Lakukan tekanan dengan teknik Hemlich secara duduk di
atas bahagian paha mangsa. Tindihkan tumit tapak tangan
dengan tangan sebelah lagi.
 Kuncikan bahagian sendi siku dan bahu dan luruskan
tangan. Tekan secara ke arah dalam dan ke atas 5 kali
secara sistematik.
 Periksa mulut mangsa. Korek tekak mangsa supaya
bendasing dapat dikeluarkan.
 Beri bantuan pernafasan. Jika masih tersekat, lakukan
ulangan teknik tekanan Hemlich sehingga bendasing
keluar.

Sekiranya mangsa gemuk atau mengandung, tekanan secara


teknik tekanan dada ( chest thrusts ) sebanyak 5 kali.
95
7. TEKNIK MENGELUARKAN BENDASING MANGSA
TIDAK SEDAR (MANGSA DEWASA)
 Jalankan pemeriksaan tahap kesedaran mangsa.
 Dongakkan dahi dan angkat bahu mangsa supaya saluran
pernafasan terbuka.
 Periksa pernafasan mangsa 3 hingg 5 saat.
 Lakukan hembusan kaedah mulut ke mulut. Jika di dapati
hembusan tidak masuk, betulkan sekali lagi kedudukan
kepala mangsa. Lakukan hembusan sekali lagi. Jika tidak
masuk juga, maka sah terdapat bendasing di dalam saluran
pernafasan mangsa.
 Lakukan teknik Heimlich atau teknik tekanan dada seperti
yang diterangkan dahulu.
 Periksa bendasing pada mulut mangsa dan keluarkan
bendasing dengan jari.
 Ulang teknik yang serupa sekiranya masih gagal
mengeluarkan bendasing sehinggalah bendasing tersebut
dapat dikeluarkan.
 Lakukan tekanan dada ( chest compression ) sekiranya
nadi di dapati tiada seperti mana teknik CPR.
 Sekiranya ada pergerakan nadi, lakukan bantuan
pernafasan seperti mana kaedah CPR berterusan
sehinggalah tiba bantuan perubatan atau mangsa pulih.

96
8. TEKNIK MENGELUARKAN BENDASING MANGSA
KANAK-KANAK YANG SEDAR
 Teknik yang dijalankan adalah sama dengan teknik yang
dilakukan kepada mangsa dewasa yang sedar.

9. TEKNIK MENGELUARKAN BENDASING MANGSA


KANAK-KANAK DARI SEDAR KEPADA TIDAK SEDAR
 Sama seperti teknik mengeluarkan bendasing kepada
orang dewasa yang sedar kepada tidak sedar.

10. TEKNIK MENGELUARKAN BENDASING MANGSA


BAYI YANG TIDAK SEDAR DIRI
 Baringkan mangsa secara melentang.
 Tentukan tahap kesedaran mangsa.
 Dapatkan bantuan perubatan.
 Dongakkan dahi dan angkat bahu mangsa supaya saluran
pernafasan terbuka.
 Periksa penafasan mangsa 3 hingga 5 saat.
 Berikan sekali hembusan. Jika tidak masuk, re-posisikan
kepala mangsa. Berikan sekali lagi hembusan. Jika kali
kedua masih tidak masuk, terdapat bendasing menyekat
saluran pernafasan mangsa.
 Masukkan lengan pemulih di bahagian belakang bayi dan
ampukan bahagian kepalanya. Lengan lagi sebelah
diletakkan di bahagian dada mangsa dan tangan
mengampu di bahagian dagu bayi.
97
 Angkat bayi dengan merendahkan bahagian kepalanya dan
pusingkan badannya supaya berkeadaan muka dan
dadanya mengadap ke bawah. Ampu bayi dengan
bahagian paha.
 Lakukan tepukan sebanyak 5 kali tepukan pada bahagian
tulang skapula bayi.
 Terbalik semula supaya muka bayi mengadap ke atas
tetapi dalam keadaan kepalanya mencuram arah ke tanah.
Ampu badan bayi dengan paha.
 Lakukan teknik tekanan pada dada bayi sebanyak 5 kali
tekanan.
 Letakkan bayi di atas lantai dan buka mulut bayi. Buang
bendasing dengan menggunakan jari kelingking apabila
bendasing diperolehi. Jangan korek mulut bayi sekiranya
bendasing tidak kelihatan.
 Lakukan sekali bantuan pernafasan. Pastikan ianya masuk
atau tidak. Jika tidak masuk, lakukan kaedah di atas
semula. Jika udara masuk, beri hembusan sekali lagi dan
seterusnya memeriksa nadi bayi.
 Lakukan tekanan dada jika nadi terhenti atau lakukan
bantuan pernafasan sahaja jika terdapat pergerakan nadi.

11. TEKNIK MENGELUARKAN BENDASING BAYI


YANG SEDAR.
 Perhatikan pernafasan, batuk, tangisan dan warna kulit bayi
yang tercekik.
98
 Terlungkup muka bayi ke arah bawah. Ampu badan
menggunakan lengan dan letakkan di bahagian paha. Beri
tepukan bahagian skapula ( shoulder blade ) mangsa sebanyak 5
tepukan.
 Pusingkan muka bayi ke atas semula dengan keadaan kepalnya
arah ke bawah. Ampu dengan menggunakan paha dan kenakan
tekanan dada (chest thrusts) sebanyak 5 tekanan dengan
menggunakan 2 jari.
 Lakukan langkah ini berulangkali ( step 1 dan step 2 ) sehingga
bendasing keluar atau mangsa pengsan.

12. TEKNIK MENGELUARKAN BENDASING DARI


BAYI SEDAR KEPADA TIDAK SEDAR.
 Minta bantuan perubatan.
 Buka mulut mangsa dan pastikan sama ada bendasing kelihatan
atau tidak. Jangan korek jika tidak nampak bendasing.
 Dongakkan kepala mangsa dan beri sekali hembusan. Betulkan
sekali lagi kepala mangsa jika hembusan tidak masuk.
 Berikan 5 tepukan di belakang bayi ( chest blade ).
 Berikan 5 tekanan di bahagian dada bayi ( chest thrusts ).
 Periksa mulut mangsa dan keluarkan bendasing.
 Beri bantuan pernafasan 2 kali.
 Periksa nadi mangsa.

KOTAK PERTOLONGAN CEMAS ( FIRST AID KID )

99
Keperluan-keperluan sesebuah kotak pertolongan cemas adalah
seperti berikut :
1. Kotak yang bertutup untuk mengisi peralatan.
2. Kain anduh tiga segi
3. Kain kasa sucihama
4. Kapas
5. Kain pembalut gulung
6. Kain pembalut gulung elastik ( crepe bandage )
7. Plaster
8. Ubat gosok atau minyak gosok
9. Ubat luka ( lotion flavine, gentian violet atau burnol )
10. Ubat cuci luka ( cetavlon atau dettol )
11. Garam cium ( smelling salt )
12. Penyepit ( forcep )
13. Buku catitan
14. Pin
15. Pen/pensel

Kotak pertolongan cemas hendaklah selalu diperiksa supaya ianya


bersih, alatannya mencukupi dan kotak itu di tutup dengan baik
bagi mengelakkan dimasuki oleh serangga atau binatang. Selain
itu, kotak pertolongan cemas perlu bertanda dengan tanda bulan
sabit merah atau palang merah. Ia perlu diletak di tempat yang
selamat dan mudah dilihat dan agak tinggi supaya tidak mudah
diambil oleh kanak-kanak. Ubat berbentuk cecair perlu ditutup

100
rapat supaya tidak mudah tumpah atau bocor dan ditanda dengan
perkataan racun bagi bahan-bahan beracun.

DEMAHAN
Demahan terbahagi kepada 2 jenis iaitu ;
a. Demahan panas
b. Demahan sejuk

101
Demahan Sejuk
1) Tujuan :
a) Mengurangkan atau melegakan kesakitan.
b) Menghadkan bengkak atau lebam pada tisu yang
mengalami pendarahan dalam.
c) Membantu menghentikan atau mengurangkan
pendarahan dalam tisu akibat kecederaan.
d) Mengecutkan saluran darah dan seterusnya
mengurangkan pengaliran darah.

Cara-Cara Menjalankan Demahan Sejuk


-Rendamkan kain bersih dalam bekas yang diisi dengan air sejuk
atau ketulan air batu atau merendam kain di dalam larutan spirit
yang dicampur dengan air atau memasukkan air batu ke dalam
karung demahan.
-Perahkan kain supaya berkeadaan lembab atau balut karung air
batu dengan sehelai kain-kenakan demahan tersebut di tempat yang
cedera.
-Titiskan air dari masa ke semasa sekiranya menggunakan kain
rendaman supaya ianya sentiasa sejuk.

Penting!!!
 Jangan gunakan larutan spirit bagi demahan di bahagian yang
terdapat kecederaan atau pada bahagian mata.
 Demahan basah juga tidak sesuai bagi tempat-tempat yang
terdapat luka terbuka.
102
 Demahan sejuk amat sesuai bagi kecederaan lebam yang baru
terjadi (kurang dari 24 jam).

Demahan Panas
Tujuan :
a) Memecahkan gumpalan darah beku di dalam tisu akibat
luka lebam.
b) Mengurangkan kesan lebam di tempat cedera.
Demahan panas perlu dilakukan bagi kecederaan lebam yang
melebihi dari 24 jam selepas kecederaan. Ia tidak sesuai digunakan
bagi kecederaan lebam yang baru kerana dengan memberi
demahan panas, saluran darah akan mengembang dan
menggalakkan lagi pengeluaran darah.
Teknik Membuat Demahan Panas.
-Masukkan air panas ke dalam botol atau karung demahan.
-Tutup kemas penutup botol atau karung air panas.
-Balut botol atau karung dengan sehelai kain bagi mengelakkan
terbakar kulit mangsa.
-Letakkan botol atau karung yang telah dibalut di tempat lebam
lakukan demahan yang diperlukan.
PENGENALAN SISTEM RANGKA

103
Tulang, rangka dan otot memberikan bentuk, saiz, sokongan dan
juga perlindungan kepada manusia. Sistem ini disebut sebagai
sistem rangka. Di dalam tubuh manusia, terdapat tisu penghubung
yang mencantumkan bahagian-bahagian tubuh. Tisu-tisu ini adalah
tisu hidup, tetapi mempunyai sifat yang berbeza antara satu sama
lain.

SISTEM RANGKA
Rangka manusia boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:
 Rangka aksial (paksi atau tulang belakang) yang terdiri
daripada tengkorak, turus vertebra, tulang rusuk dan sternum.
-Penting dalam membentuk struktur tubuh.
 Rangka apendej yang tediri daripada lengkungan pektoral,
lengkungan pelvis, tulang lengan dan tulang kaki
-Penting dalam memberi sokongan untuk mengawal
pergerakan tubuh.

104
TENGKORAK
 Tengkorak manusia terdiri daripada semua tulang di bahagian
kepala.
 Kranium melindungi bahagian otak dan organ-organ yang
terdapat di bahagian kepala serta mengekalkan bentuk kepala
manusia.
 Kranium terdiri daripada lapan kepingan tulang yang
bercantum secara kukuh melalui sendi tidak bergerak, iaitu
sutur.
 Kepingan tulang kepala sangat keras supaya otak di dalamnya
tidak mudah cedera melainkan kepala terkena hentakan yang
terlalu kuat.
 Tulang muka melindungi mata, telinga dan hidung.
 Rahang atas dan rahang bawah merupakan tempat perletakan
gigi. Rahang atas bersendi secara tetap dengan kranium,
manakala persendian di antara rahang bawah dengan kranium
membenarkan pergerakan rahang bawah bagi membenarkan
kita mengunyah dan bertutur.
 Tengkorak bersambung dengan turus vertebra melalui satu
bukaan yang terdapat pada dasar kranium. Bukaan ini
membolehkan saraf tunjang melaluinya.

105
STRUKTUR DAN SUTUR TENGKORAK MANUSIA

sutur

TURUS VERTEBRA
 Turus vertebra terdiri daripada 33 tulang kecil yang dikenal sebagai
vertebra. vertebra ini disambung oleh rawan.
 Semua vertebra dibezakan dari sagi struktur,fungsi, dan kedudukannya
pada turus vertebra.
Terdapat 5 jenis vertebra seperti dalam rajah di bawah:

JENIS VERTEBRA BILANGAN VERTEBRA


VERTEBRA SERVIKS 7

VERTEBRA TORAKS 12

VERTEBRA LUMBAR 5

SAKRUM 5

KOKSIK 4

106
TULANG BELAKANG MANUSIA

Antara dua vertebra adanya satu cakera rawan yang bertindak


sebagai kusyen untuk menyerap hentakan dan mengurangkan
geseran antara vertebra semasa pergerakan.

Gambarajah di bawah menunjukkan struktur cekera rawan antara


vertebra.

107
Struktur am vertebra

BAHAGIAN VERTEBRA DAN FUNGSINYA


Bahagian vertebra Stuktur binaan dan fungsinya
Sebtrum Bahagian yang peal dan tegar untuk memberi
sokongan dan menentang daya mampatan.
Lengkuk saraf Lengkungan yang terdapat dibahagian dorsal yang
mengurungi satu salur saraf serta melindungi saraf.
Salur saraf Salur ini adalh berterusa bagi semua vertebra untuk
menempatkan saraf tunjang.
Spina saraf Satu cuaran yang menyediakan permukaan untuk
pelekatan otot
Cuaran melintang Terdapat dua cuaran di sisi lengkuk saraf tang
berfungsi untuk pelekatan otot.

Vertebra atlas

108
 Vertebra atlas mempunyai spina saraf yang kecil tetapi salur
saraf besar.
 Cuaran melintangnya lebar dan pipih.
 Terdapat dua salur vertebrateri di anterior tetapi tiada
sentrum. Pada anteriornya satu lekuk yang bersendi dengan
sepasang bonggol di dasar kranium. Persendian ini
menyokong tengkorak dan membenarkan kita mengangguk.
Gambarajah atlas

Vertebra aksis
 Vertebra aksis mempunyai sentrum dan cuaran melintang
yang kecil tetapi spina sarafnya besar.
 Tulang ini juga mempunyai sepasang salur vertebrateri.
 Di hujung superior tulang ini ialah satu cuaran yang disebut
cuaran odontoid yang menjulur ke dalam salur saraf vertebra
atlas dan membenarkan kita memusingkan kepala.

Gambarajah vertebra aksis

109
Vertebra serviks
 Vetebra serviks mempunyai sentrum yang pipih, spinal saraf
yang pendek, dan cuaran melintang yang lebar.
 Vertebra ini mempunyai sepasang salur vertebrateri pada
cuaran melintangnya yang bertugas untuk menyokong
tengkorak dan leher kita.
Gambarajah vertebra serviks

Vertebra toraks
 Spina saraf vertebra toraks panjang dan meruncing ke bawah.
 cuaran melintangnya lebar serta sentrumnya tebal dan besar.
110
 Saraf spinanya menyediakan suatu permukaan bagi pelekatan
otot yang menyokong kepala dan leher.
 Pada cuaran melintang dan sentrumnya terdapat muka sendi
untuk bersendi dengan tulang rusuk, tetapi muka sendi ini
tidak hadir pada vetebra toraks ke-11 dan ke-12.
 Muka sendi di cuaran melintang bersendi dengan bahagian
tuberkulum tulang rusuk, manakala bahagian kapitulum
tulang rusuk bersendi dengan muka sendi di sentrum toraks.

Pandangan superior vertebra toraks

Pandangan tepi vertebra toraks

111
Vertebra lumbar
•Vertebra lumbar adalah vertebra paling besar, mempunyai spina
saraf yang pendek dan menjulur ke posterior secara mengufuk.
• Cuaran melintangnya lebar dan pipih.
•Sentrumnya besar dan tebal.
•Dibahagian anterior dan posteriornya terdapat muka sendi untuk
bersendi dengan vertebra yang lain.
•Spina saraf dan cuaran melintangnya adalah tempat pelekatan otot
belakang.

VERTEBRA LUMBAR

SAKRUM
•Terdiri daripada 5 vertebra yang bertaup untuk membentuk satu
tulang tunggal yang berbentuk segitiga.
•Salur ini tidak mempunyai salur saraf dan permukaan anteriornya
melengkung.
112
•Sakrum mempunyai muka sendi pada sisinya untuk bersendi
dengan ilium lengkungan pelvis.
•Spina saraf kelima-lima vertebra adalah pedek dan bersambung
bersama untuk membentuk satu permatang.
•4 pasang bukaan pada sakrum membolehkan salur darah dan saraf
melaluinya.
Vertebra koksik
•Terdiri daripada 4 tulang yang bertaup untuk membentuk suatu
struktur berbentuk segitiga dan meruncing pada satu hujung.
•Saiz vertebranya kecil dan tidak mempunyai fungsi yang penting.

TULANG RUSUK
•Sangkar rusuk terdiri daripada 12 pasang rusuk.
•Pasangan tulang rusuk 1 hingga 7 bersambung dengan sternum
melalui rawan tulang rusuk pada bahagian anterior kita merupakan
tulang rusuk benar.
•Manakala pasangan ke 8 hingga ke 10 tidak bersambung terus
dengan sternum tetapi kepada tulang rusuk pasangan ketujuh.
113
•Tulang ke 8 hingga 12 dipanggil tulang rusuk palsu.
•Di hujung distal, pasangan tulang rusuk ke 8, 9, dan 10
bersambung sesama sendiri.
•Pasangan tulang rusuk yang ke 11 dan yang ke 12 pula tidak
berpaut dengan sternum atau pasangan tulang rusuk yang lain dan
didapati “terapung” yang dipanggil tulang rusuk terapung.
•Pada bahagian posterior, semua tulang rusuk bersendi dengan
vertebra toraks.
•Struktur ini sesuai untuk melindungi organ dalam seperti peparu
dan jantung.

GAMBARAJAH SANGKAR RUSUK

114
LENGKUNGAN PEKTORAL
1. Berfungsi menghubugkan tulang lengan kepada rangka paksi.
2. Lengkungan pektoral terdiri daripada dua tulang , iaitu :
 Klavikel di anterior
 Skapula di posterior
3. Tulang klavikel terdiri daripada sebatang tulang berbentuk rod
yang mengufuk di bawah leher kita.
4. Klavikel bersendi dengan bahagian manubrium sternum pada
satu hujung dan satu hujung lagi bersendi dengan cuaran
akromion di skapula.
5. Klavikel berfungsi memindahkan daya dari lengan ke badan
kita.
6. Skapula merupakan satu tulang yang berbentuk segitiga dan
leper. Tulang ini mempunyai satu permatang yang disebut spina
skapula pada posteriornya yang menyediakan tempat untuk
pelekatan otot.
7. Hujung spina ini mengunjur ke 2 unjuran yang dikenal sebagai
akromion bagi pelekatan otot.
8. Satu hujung skapula mempunyai lesung glenoid yang bersendi
dengan kapala humerus tulang lengan kita. Persendian ini disebut
sendi bahu.
LENGKUNGAN PEKTORAL YANG BERSENDI DENGAN
HUMERUS

115
TULANG LENGAN
1. Tulang lengan terdiri daripada :
•Humerus
•Radius
•Karpus
•Mentakarpus
•falanks

2. Humerus ialah satu tulang yang panjang dan merupakan lengan


atas kita.

116
3. Terdapat dua bonggol yang disebut tuberkel di kepala humerus
untuk pelekatan otot dan ligamen.
4. Di hujung posterior humerus, terdapat satu salur seperti takal
yang dinamakan troklea dan satu lekuk yang disebut fosa
olekranon. Troklea bersendi dengan radius-ulna melalui sendi
engsel.
5. Radius-ulna merupakan lengan bawah dan terdiri daripada dua
betang tulang yang tersusun hampir selari serta berpaut pada
hujungnya. Tulang ini adalah lebar pada bahagian atas daripada
bahagian bawahnya.
6. Bahagian atas ulna bersendi dengan troklea dan fosa olekranon
humerus di lekuk sigmoid dan cuaran olekranon, manakala hujung
bawah radius-ulna bersendi dengan tulang-tulang karpus.
7. Karpus merupakan tulang pergelangan tangan, terdiri daripada
lapan tulang kecil yang disusun dalam 2 baris.
8. Metakarpus atau tapak lengan terdiri daripada lima tulang.
Kepala metakarpus merupakan buku lima kita. Metakarpus
bersendi dengan tulang jari yang disebut falanks.
9. Falanks terdiri daripada 14 tulang. Ibu jari kita mempunyai 2
tulang falanks, jari yang lain mempunyai 3 tulang falanks setiap
satunya.

117
LENGKUNGAN PELVIS

1. Lengkungan ini terdiri daripada dua tulang punggung yang


serupa dan bercantum antara satu sama lain di simfisis pubis
di anterior dan berpaut dengan turus vertebra di posteriornya.
2. Setiap tulang punggung terdiri daripada 3 bahagian, iaitu
 Ilium
 Iskium
 Pubis

118
3. Ilium mempunyai muka sendi yang bersendi dengan sakrum.
Kebanyakan permukaan adalah untuk pelekatan otot
abdomen.
4. Iskium dan pubis mengurungi suatu permukaan yang disebut
obturator foramen yang membenarka saraf, salur darah, dan
ligamen melaluinya.
5. Di setiap lengkungan pelvis terdapat lesung supaya kepala
femur kaki termuat ke dalamnya untuk membentuk sendi
punggung. Lesung ini dinamakan asetabulum.

119
TULANG KAKI
1. Tulang terdiri daripada:
 Femur
 Tibia-fibula
 Tarsus
 Metatarsus
 Falanks
2. Femur ialah satu tulang yang panjang dan merupakan kaki atas.
Kepalanya berbentuk bebola dan bersendi dengan asetabulum.
120
3. Trokanter yang berdekatan dengan kepala femur menyediakan
tempat pelekatan otot punggung dan otot paha.
4. Hujung bawah femur adalah berbentuk takal dan disebut kondil
yang bersendi dengan tibia melalui sendi lutut. Sendi ini dioleh
suatu tulang kecil yang dinamakan patela atau tempurung lutut.
5. Tibia-fibula merupakan kaki bawah kita yang terdiri daripada
percantuman tulang tibia dan tulang fibula.
6. Tibia lebih besar daripada fibula dan menanggung kebanyakan
berat badan kita. Hujung atas tibia bersendi dengar femur,
manakala hujung bawah tibia-fibula bersendi dengan tarsus.
7. Tarsus atau pergelangan kaki terdiri daripada 7 tulang tetapi
hanya satu tulang bersendi dengan tibia-fibula. Tulang tarsus yang
terbesar ialah tumit kaki.
8. Metatarsus atau tapak kaki terdiri aripada 5 tulang yang bersendi
dengan tarsus pada satu hujung dan bersendi dengan falanks pada
hujung yang lain.
9. Falanks atau tulang jari kaki terdiri daripada 14 tulang kecil.
Setiap jari dibentuk oleh 3 tulang kecuali ibu cari kaki yang terdiri
daripada dua tulang falanks yang lebih besar.

121
PERANAN OTOT, LIGAMEN DAN TENDON
 Otot rangka terbentuk daripada gentian otot yang tersusun
bersama secara selari sebagai bongkah.
 Bongkah otot ini mempunyai dua hujung, iaitu satunya
melekat pada tulang yang tetap dan satu lagi pada tulang
yang bebas bergerak.
 Pengecutan otot mengakibatkan tulang yang bebas bergerak
ditarik ke arah yang dikehendaki.
 Otot rangka bertindak biasanya bertindak secara bertentangan
iaitu salah satu otot mengecut, maka otot lagi satu akan
mengendur dan sebaliknya. Pasangan otot ini dinamakan otot
antagonis.

122
 Contoh otot antagonis ialah otot biseps dan otot triseps yang
yang terdapat lengan kita.
 Apabila otot biseps mengecut, otot triseps akan mengendur
dan mengakibatkan tangan kita membengkok. Apabila otot
triseps mengecut, otot biseps akan mengendur, maka tangan
diluruskan.
 Otot rangka bersambung kepada tulang tendon.
 Tedon terdiri daripad gentian yang kukuh dan tidak kenyal.
 Tendon dipercayai berasal dari bahagian dalam tulang dan
berterusan ke dalam bongkah otot. Oleh itu, perpautan antara
otot dengan tulang adalah kuat.
 Apabila otot mengecut, daya tarikan itu akan dipindahkan
kepada tulang melalui tendon untuk menghasilkan
pergerakan.
 Tulang disambung dengan tulang yang lain oleh ligamen
pada sendinya.
 Ligamen merupakan gentian yang liat, kuat, dan kenyal. Oleh
itu, ia dapat memegang dua tulang secara kukuh dan
membenarkan tulang membengkok di sendi.

JENIS SENDI BERGERAK DAN TIDAK BERGERAK


 Sendi merupakan dua tulang bersambung.
 Sendi boleh di bahagi kepada tiga jenis, iaitu
 Sendi tidak bergerak
 Sendi bergerak sedikit

123
 Sendi bebas bergerak

Pada amnya, sendi bebas bergerak adalah sendi sinovia seperti


rajah di bawah yang terdiri daripada:

1.

.
.

124
125

You might also like