You are on page 1of 14

PENGENALAN

Danial Goleman adalah seorang penulis, ahli psikologi, dan

wartawan Sains. Beliau juga menjadi tokoh berkenaan dengan

‘Emotional Intelligant’ atau Kecerdasan Emosi ( EI ). Selama 12

tahun, dia menulis untuk The New York Times, yang

mengkhususkan diri dalam psikologi dan ilmu otak. Goleman telah

mendapat jualan buku antarabangsa terbaik iaitu daripada

penghasilan bukunya , Emotional Intelligant pada tahun 1995

(Bantam Books).

Beliau mengfokuskan EI sebagai kompetensi, kemahiran atau cara untuk mancapai dan

mempraktikkan dalam hal atau model yang terdapat dalam kecerdasan emosi. Goleman menghuraikan

empat pembinaan EI yang utama iaitu :-

 Kesedaran Diri – Kemampuan untuk membaca emosi dan mengenali satu kesannya apabila
menggunakan perasaan untuk memperlihatkan keputusannya.
 Pengurusan Kendiri – Melibatkan emosi yang mendorong untuk menyesuaikan diri dalam setiap
perubahan situasi.
 Kesedaran Sosial – Kemampuan untuk merasakan, memahami, dan bertindak balas terhadap emosi
orang lain, sambil memahami rangkaian sosial.
 Hubungan Pengurusan – Kemampuan untuk menginspirasi, pengaruh, dan mengembangkan orang
lain, sambil menguruskan konflik.
Maka, dalam kerja kursus ini, kami akan menghuraikan mengenai salah satu pembinaan dalam

Kecerdasan Emosi dengan lebih terperinci lagi iaitu mengenai Pengurusan Diri ( Self-Management ).

Pengurusan diri amat penting dalam kehidupan manusia kerana ia bersangkut paut dengan pembinaan

kecerdasan emosi yang empat tersebut. Jika tidak terdapat mana-mana salah satu daripada binaan EI itu

pasti Kecerdasan Emosi manusia itu tidak akan lengkap.


KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI (PENGURUSAN KENDIRI).

Emosi berasal daripada perkataan Latin iaitu emover yang bermaksud bergerak, kegusaran dan

kegembiraan adalah perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, takut, gembira dan sebagainya (Teuku

Iskandar, 2004). Weisenger (2000) menyebutkan bahawa kecerdasan emosi merupakan kebolehan untuk

merasa, memahami dan mengaplikasikan kuasa di sebalik emosi dalam kehidupan manusia sehari-hari.

Salovey dan Mayer (1990) memberikan definisi kecerdasan emosi sebagai kebolehan untuk mengenal

pasti makna-makna emosi, menaakul dan menyelesaikan masalah berdasarkan emosi tersebut.

Kecerdasan emosi berpunca daripada emosi, perasaan dan gerak hati. Emosi bukanlah sesuatu yang

boleh dirasional secara intelek. Kecerdasan emosi mencakupi pengendalian diri, semangat dan ketekunan

serta kemampuan memotivasikan diri sendiri dan bertahan menghadapi kegagalan.

Beberapa penyelidik mentakrifkan Pengurusan Kendiri adalah: "Khusus untuk mengelak

atau meminimumkan krisis kesihatan mental. Mengenali dan bertindak pada isyarat bahaya. " (Bob Axford).

Pengurusan diri juga sebagai rawatan bertujuan untuk mewujudkan hasil yang khusus: "Rawatan yang

menggabungkan biologi, teknik intervensi psikologi dan sosial, dengan tujuan memaksimum fungsi

daripada proses peraturan" (Nalagawa-Kogan, Garber, Jarrett, Egan, & Hendershot, 1988).

Lorig (1993) mengatakan pengurusan diri ditakrifkan sebagai "belajar dan mempraktikkan

kemahiran yang diperlukan untuk menjalani kehidupan yang aktif dan emosional yang memuaskan dalam

menghadapi keadaan kronik". Lorig lebih menekankan bahawa pengurusan diri bukan merupakan alternatif

untuk rawatan perubatan. Sebaliknya, pengurusan diri adalah bertujuan untuk “membantu peserta menjadi

rakan kongsi, aktif, tidak bertentangan dengan perkhidmatan kesihatan". Untuk menggambarkan ruang

lingkup dari ‘Konsep berkaitan Pengurusan Diri’, pengurusan diri dikatakan berlaku ketika individu dalam

keadaan penjagaan ( Creer,1976), atau apabila individu menyertai dalam pendidikan tertentu seperti
pendidikan tentang disiplin berdasarkan prinsip-prinsip pembelajaran orang dewasa, rawatan individu dan

kes teori pengurusan.(Alderson, Starr, Gow, & Moreland, 1999).)

Definisi dari istilah menguasai penjagaan diri juga relevan dengan pengurusan diri. Robbins,

Chatterjee, dan Canda (1998) mendefinisikan menguasai sebagai proses " dengan mana – mana individu

dan kumpulan untuk mendapatkan kuasa, akses kepada sumber daya dan kawalan ke atas hidup mereka

sendiri". Zimmerman (2000), melihat penguasaan sebagai peringkat-multi membina yang melibatkan

penyertaan, kawalan dan kesedaran kritikal. Proses adalah jika orang mampu mengembangkan kemahiran

yang membolehkan mereka untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Keputusan merujuk

pada operasionalisasi penguasaan, dan boleh termasuk kawalan yang dirasakan untuk situasi tertentu,

kemahiran dan kelakuan proaktif.

Untuk sebahagian besarnya, bagaimanapun, pengurusan diri adalah memahami secara lebih

meluas. Salah seorang penyelidik mengungkapkan pandangan ini sebagai: "Pengurusan diri merangkumi

baik sikap mental yang positif dan tindakan positif yang membantu anda meneruskan hidup anda dengan

cara yang anda ingin. Ini termasuk mengetahui bilakah keterbatasan penyakit dan menyesuaikan cara

hidup anda untuk menampung dan menjalani hidup anda sepenuhnya. Semakin anda menjalani hidup

anda dan mencapai matlamat, tidak peduli seberapa besar atau kecil, yang penting adalah pengurusan

diri” (Jamie Myers).

Sampai saat ini tidak ada definisi universal diterima tentang Pengurusan Kendiri. Pengurusan

kendiri mempunyai erti yang berbeza pada setiap orang. Sebaliknya, beberapa istilah yang digunakan,

kadang-kadang bergantian, bergantung pada konteks dan tumpuan perbincangan. Ini termasuklah tentang

persiapan pengurusan diri atau latihan dan penjagaan diri.


Berdasarkan beberapa huraian tersebut, dapat disimpulkan bahawa Pengurusan Kendiri dalam

kecerdasan emosi ialah suatu himpunan kemampuan mental yang membantu kita untuk mengenal pasti,

memahami dan meningkatkan kemampuan kita untuk mengawal perasaan diri sendiri dan perasaan orang

lain. Kecerdasan emosi juga merupakan kemampuan seseorang untuk mengenali emosi diri, mengelola

emosi, memotivasi diri sendiri, mengenali emosi orang lain dan kemampuan untuk membina hubungan

dengan orang lain. Kecerdasan emosi sangat dipengaruhi oleh persekitaran, tidak menetap dan boleh

berubah-ubah pada bila-bila masa. Peranan persekitaran sangat mempengaruhi dalam pembentukan

kecerdasan emosi tersebut.

Melalui Kerangka Kompetensi Kecerdasan Emosi, kita dapat melihat bahawa Pengurusan Kendiri

termasuk di dalam bahagian kompetensi peribadi. Terdapat beberapa kompetensi-kompetensi yang ada di

dalam Pengurusan diri iaitu pengawalan emosi diri, dipercayai, sifat berhati-hati, penyesuaian, inisiatif,

sikap optimis, dan juga orientasi pencapaian. Berikut adalah huraian bagi setiap kompetensi-kompetensi

berikut :-

 Pengawalan Emosi Diri

Pengawalan emosi diri ialah kemampuan untuk mengawal dan membangkitkan emosi diri sendiri

dan perasaan berkaitan emosi. Mereka yang mempunyai kompetensi ini akan dapat mengawal perasaan

dan tidak bersikap emosional, tenang, positif, berfikiran rasional dan jelas serta dapat memberi tumpuan

walaupun dalam keadaan yang tertekan (Goleman, 1998). Mereka mampu untuk mengawal emosi dirinya

sama ada dalam situasi yang positif atau negatif, dengan erti kata yang lain mereka dapat menggunakan

emosi untuk mengambil peluang memajukan organisasi.

 Orientasi Pencapaian

Orientasi pencapaian memperlihatkan tenaga dalaman individu yang memandu dan mengekalkan

emosi individu bagi mencapai suatu standard yang tinggi. Goleman (1998) mengenal pasti pemimpin yang
mempunyai kompetensi ini akan berorientasi kepada keputusan untuk mencapai suatu piawaian atau

kedudukan yang tinggi, menyediakan matlamat yang mencabar dan berani menghadapi risiko, mengenal

pasti maklumat untuk mengurangkan kekaburan dan berusaha mencari jalan untuk belajar bagaimana

meningkatkan pencapaian. Kajian Spencer dan Spencer, (1993) menunjukkan individu yang mempunyai

ketinggian dalam orientasi pencapaian lebih berjaya. Pemimpin yang inginkan kejayaan akan sentiasa

berusaha meningkatkan pencapaian.

 Sikap Optimis

Sikap optimis bukan sahaja optimis terhadap apa yang dirancang, tetapi juga melibatkan usaha

untuk mengejar matlamat, tanpa menghiraukan halangan dan cabaran (Goleman, 1993). Apabila pemimpin

yang optimis menerima maklumat yang negatif, mereka tidak menghiraukan situasi tersebut, tetapi

berusaha mencari langkah-langkah baru atau memulakan suatu usaha atau tindakan yang lain. Pemimpin

ini akan berusaha tanpa mengenal kegagalan dan tidak melihat kepada kepentingan diri (Goleman, 1998).

McColt-Kennedy dan Anderson (2002), mendapati pemimpin yang mempunyai perasaan optimis dapat

mempengaruhi pencapaian organisasi. Goleman (1998) menyatakan sikap optimis merupakan petunjuk

kepada pencapaian dan individu yang mempunyai kompetensi ini mempunyai kemampuan untuk memberi

fokus terhadap program yang mampu untuk berjaya jika dibandingkan dengan projek yang tidak akan

berjaya. George (2000) menyatakan kecerdasan emosi pemimpin boleh mempengaruhi dan mengekalkan

sikap optimis terhadap organisasinya.

 Ketelusan

Pemimpin yang mempunyai matlamat, mempunyai kelebihan dan persamaan terhadap kumpulan

yang dipimpinnya (Weber, 1947; Boyatzis & Sala, 2003; Shamir, House & Arthur, 1993). Kualiti

kepemimpinan ini adalah berkaitan dengan sifat-sifat ketelusan. Ketelusan didefinisikan sebagai

pengekalan standard keikhlasan dan intergriti (Boyatzis & Sala, 2003). Di dalam teori kepemimpinan

karismatik (Shamir, House & Arthur, 1993) menegaskan bahawa pemimpin perlu berpegang kepada nilai-
nilai yang selaras, mempunyai penuh kepercayaan, dan beraspirasi terhadap kumpulan yang dipimpin.

Pemimpin yang mempunyai kompetensi ketelusan akan berpegang kepada kebenaran, yakin dengan apa

yang dilakukan dan akan tetap patuh kepada intergritinya.

 Kebolehsuaian

Kebolehsuaian membolehkan seseorang pemimpin mampu untuk bertindak dengan lebih fleksibel,

dapat menerima sebarang perubahan dan melakukan penyesuaian . Sesuatu perubahan atau proses

transformasional yang dilakukan dalam pemimpin dan organisasi memerlukan kebolehsuaian sama ada

berdasarkan situasi atau prinsip (Boyatzis & Sala, 2003). Oleh itu, kemampuan untuk melakukan

perubahan akan disertai dengan kemampuan untuk lebih fleksibel dan kebolehsuaian. Sesuatu perubahan

tidak akan berlaku tanpa kebolehsuaian.

 Inisiatif

Seseorang pemimpin yang berorientasikan pencapaian akan mempunyai inisiatif. Adalah sesuatu

yang mustahil, kecemerlangan dicapai tanpa inisiatif. Inisiatif merupakan tenaga dalaman untuk melakukan

sesuatu projek atau proses dan ianya lebih menarik dengan idea-idea yang baru. Pemimpin yang

mengambil inisiatif akan berusaha mencari peluang dan berusaha mencapai matlamat berdasarkan apa

yang diperlukan, mengurangkan red tape atau karenah birokrasi dan mengetepikan peraturan untuk

mempastikan kerja-kerja dibereskan (Goleman, 1998).


Rajah dibawah adalah sebagai maklumat tambahan mengenai Aliran Ciri Kecerdasan Emosi :-

Mengurus emosi sendiri.


Mengendalikan emosi
orang lain.

Motivasi diri.

Mengenal emosi sendiri. Mengenal emosi orang


lain.

(Sumber : Mohd. Najib, 2002)

Huraian Salah Satu Contoh Kompetensi Dalam Pengurusan Kendiri Iaitu Sifat Optimis
Dengan Lebih Terperinci.

Menurut Goleman, melalui Kompetensi-kompetensi dalam Kecerdasan Emosi (EI) tersebut ia

dapat menentukan kejayaan dalam hidup sebanyak 80% berbanding (IQ) yang hanya membantu

seseorang mencapai kejayaan sebanyak 20% sahaja. Matlamat dan objektif merupakan pertimbangan

asas pencapaian yang merujuk kepada visi dan misi kepemimpinan pendidikan di sekolah (Conger &

Kanungo, 1998). Sebagai contohnya, EI dapat menyumbangkan kepada pelbagai cara pembinaan visi oleh

pemimpin dalam sesebuah sekolah. Pemimpin perlu berwaspada mengenai sesuatu masalah, berpegang

kepada visi dan misi secara kolektif, berkeyakinan untuk menyelesaikan masalah dan merasa optimis

tentang tahap efikasi dan penglibatan subordinat. Kajian mendapati pemimpin yang berada dalam emosi
positif lebih kreatif dan lebih terdorong untuk menghasilkan pencapaian visi tanpa paksaan (Is en, Johnson,

et al., 1985).

Sebagai contohnya lagi, mereka yang mempunyai emosi yang positif didapati mempunyai pelbagai

cara atau teori, mengguna pelbagai kaedah dan pendekatan untuk menyelesaikan masalah, dan lebih

bersifat fleksibel (Isen, Daubman, et al., 1987). Mereka kreatif dalam membentuk visi untuk kemajuan

sekolah, lebih merupakan latihan kepada kreativiti, pemikiran yang positif, dan fleksibel dan juga

merupakan latihan untuk membentuk emosi yang positif (Isen, Johnson, et al., 1985). Kepemimpinan

pendidikan yang mempunyai EI yang tinggi akan mendapat peluang lebih baik dan menggunakan emosi

dan perasaan yang positif untuk meningkatkan keberkesanan sesebuah sekolah.

Kepemimpinan pendidikan yang mempunyai EI yang tinggi juga cenderung untuk memperolehi

pengetahuan tentang sesuatu fakta. Emosi yang positif akan membuatkan mereka lebih optimis. Oleh itu

untuk memastikan supaya lebih realistik dan sesuai, seseorang pemimpin sekolah perlu melihat kembali

keputusan yang dibuat sama ada terlalu neutral atau dalam keadaan emosi yang negatif. Kepemimpinan

sekolah juga perlu berkebolehan memperbaiki emosi yang negatif yang boleh menghadkan sumber,

fleksibiliti dan kreativiti. Secara umumnya mereka boleh menggunakan proses meta-emosi untuk mengurus

emosi dan perasaan, supaya dapat berfungsi dalam pelbagai keadaan (Mayer et al., 1999).

Apa yang lebih penting, seseorang pemimpin sekolah bukan sahaja perlu merealisasikan visi

sekolah secara bersama, tetapi juga berkebolehan berkomunikasi secara efektif dengan guru dan pelajar

di sekolah dalam pelbagai keadaan. Seterusnya beliau akan dapat membawa kepada terbentuknya

kesepakatan (George,2000). Sebagai contoh, kepemimpinan pendidikan yang tinggi EI mungkin akan

bertindak dengan pengetahuan yang beremosi dan menasihatkan guru atau staf untuk beremosi secara

positif dan membantu kepemimpinan dalam mencapai objektif sekolah . Apabila pemimpin menunjukkan

keyakinan kepada subordinatnya dan memperlihatkan tahap efikasi dirinya, iklim sekolah yang lebih positif

akan dapat diwujudkan (Gardner & Avolio, 1998). Suntikan-suntikan yang lain ialah mewujudkan
pengetahuan dan budaya menghargai kerja dalam kalangan guru dan staf. Pemimpin juga perlulah

mengambil tahu mengenai sesuatu masalah, sentiasa berkeyakinan untuk menyelesaikan masalah, serta

mengambil peranan yang sepatutnya.

Walaupun begitu, kepemimpinan pendidikan perlu mampu untuk mengenal pasti antara emosi

guru dan stafnya dengan perasaan yang nyata. Kajian mengenai ekspresi emosi menyatakan seseorang

itu akan cuba untuk mengawal emosinya (Edmonds, 1979). Keadaan ini menunjukkan emosi bergantung

kepada konteks sosial (Mayer & Salovey, 1993). Seseorang pemimpin sekolah semestinya berkebolehan

menentukan perbezaan sebagai contohnya kecenderungan dan semangat yang merupakan kepalsuan

yang berlawanan dengan kenyataan. Sekiranya semangat merupakan suatu kepalsuan, seseorang

pemimpin sekolah perlu menentukan bagaimana untuk mewujudkan dan mengekalkan keikhlasan.

Berdasarkan kemampuannya mengurus emosi, pemimpin yang mempunyai EI tinggi seringkali mampu

untuk berhadapan apabila ekspresi emosi adalah yang sebenarnya.

Pembinaan pemikiran mungkin akan dapat membantu menyelesaikan masalah di tempat kerja

secara umumnya. Kontsruk pemikiran dapat menjana idea yang kreatif untuk menyelesaikan masalah,

penyelesaian masalah secara adil dan memastikan kerjasama serta rasa penuh yakin. Ini kerana

pemimpin yang mempunyai EI yang tinggi lebih memahami dan mampu mengurus emosinya dan mereka

akan lebih terlibat dalam pembinaan kemahiran berfikir, selain itu berusaha membina dan mengekalkan

darjah kerjasama dan tahap kepercayaan yang tinggi (George, 2000).

Dalam hal ini, kepemimpinan sekolah yang peka akan EI dapat berada dalam sekolah mereka

dengan semangat yang tinggi, dan optimis. Mereka akan lebih berkeyakinan dalam membina hubungan

interpersonal yang tinggi kualitinya dengan guru-guru. Hubungan ini dapat melahirkan beberapa

kesempatan atau peluang kepada sekolah, pemimpin dan para guru. Dorongan dan tindak balas yang

bersesuaian dalam mempengaruhi emosi para guru amat diperlukan oleh pemimpin sekolah untuk

membina hubungan interpersonal yang berkualiti tinggi dan kesan positifnya merupakan suntikan yang
bermakna bagi meningkat kepercayaan dan keyakinan mereka. Seterusnya, beberapa hal yang bersifat

demikianlah akan dapat meningkatkan jumlah sekolah berkesan di Malaysia.

Sekiranya kepemimpinan pendidikan telah mengetahui dan dapat mengurus emosi guru dan

pelajar dengan baik, mereka mungkin akan dapat menyelesaikan malasah melalui beberapa pertimbangan

alternatif yang terbaik bagi mengelak kesan kekakuan dalam membuat keputusan (George, 2000). Melalui

kaedah meta-emosi, mereka mungkin dapat merasakan perbezaan emosi dan emosi menyebabkan

mereka melihat isu yang berbeza, alternatif, dan bentuk pertimbangan yang juga berbeza. Seperti mana

yang dinyatakan pada awalnya, percambahan cara melihat dan pilihan membuat keputusan boleh dibantu

oleh emosi (Mayer & Salovey, 1997). Apabila pemimpin mempunyai pengalaman positif mengenai emosi,

proses kognitif akan memperlihatkan pertimbangan yang berbeza daripada pengalaman emosi dan emosi

yang negatif. Contohnya, apabila pemimpin merasakan, melalui meta-emosi regulasi (Salovey et al.,1993)

emosi yang negatif seringkali menyebabkan kepemimpinan pendidikan terlalu pesimistik, dan mungkin

membawa kepada perpecahan. Maka kaedah meta-emosi regulasi akan mendorong seseorang pemimpin

sekolah lebih optimistik dan bersungguh-sungguh mengenai penyebab-penyebab tindakannya atau

pertimbangan semula tindakan.

Peningkatan terhadap kelenturan yang lahir daripada EI akan membuat pemimpin

menyumbangkan kepada keberkesanan sesebuah organisasi. Pemimpin yang efektif mampu untuk

mengenal pasti perhubungan antara pelbagai isu yang mereka hadapi dapat membantu mereka bertindak

dengan sebaik-baiknya (Yukl & Van Fleet, 1992). Pemikiran yang fleksibel mendorong kepada penjanaan

Kecerdasan Emosi.

Seperti mana yang dinyatakan sebelum ini, sesuatu yang sukar dan tidak mustahil untuk

menentukan apa yang diharapkan atau dipentingkan dalam emosi (Goleman, 1995). Norma terutamanya

norma dalaman akan menentukan kemantapan perasaan yang positif dan negatif. Tichy dan Devanna

(1990) menyatakan bahawa budaya dapat disemai bersama emosi.


Sekolah yang berkesan dapat dibina melalui emosi yang positif dalam kalangan guru dan

pelajamya. Sesungguhnya, kejayaan simbolik pengurusan amat bergantung kepada keterbukaan

merangsang emosi. Sebagai kesimpulannya, kepemimpinan pendidikan yang berjaya membentuk sekolah

yang berkesan adalah pemimpin yang berkemampuan menguasai EI seperti melalui sifat optimis. Apabila

pemimpin yang optimis menerima maklumat yang negatif, mereka tidak menghiraukan situasi tersebut,

tetapi berusaha mencari langkah-langkah baru atau memulakan suatu usaha atau tindakan yang lain.

Pemimpin ini akan berusaha tanpa mengenal erti kegagalan dan tidak melihat kepada kepentingan diri

(Goleman, 1998). Kemampuan tersebut antaranya ialah berwaspada terhadap perasaan diri sendiri dan

orang lain, memahami bagaimana untuk berubah pada setiap masa, serta berusaha untuk mengejar

matlamat. Selain itu mereka juga perlu dan mampu untuk menunjukkan perasaan diri sendiri terhadap guru

dan pelajar dan mempunyai pengetahuan bagaimana dan kenapa emosi berkait rapat dengan bentuk

budaya dan identiti sesebuah sekolah.

KESIMPULAN
Goleman (1995) menyatakan kecerdasan otak (‘Intelligant Quotient’) atau IQ hanya

menyumbangkan sebanyak 20% dalam menentukan kejayaan hidup. Manakala 80% kejayaan adalah

ditentukan oleh faktor Kecerdasan emosi (EQ). Goleman juga menyimpulkan bahawa tahap IQ yang tinggi

mungkin berkait rapat dengan kejayaan akademik di universiti tetapi prestasi mereka dalam pekerjaan

belum pasti lagi. Berkemungkinan ianya berkait rapat dengan tahap EQ mereka. Dengan itu EQ dikatakan

boleh menentukan masa hadapan individu.

Kejayaan tidak mungkin digapai oleh orang yang tidak pandai menyelesaikan masalah. Masalah

kecil diberikan perhatian berlebihan manakala masalah besar terus buntu. Orang yang tidak pandai

menyelesaikan masalah adalah orang yang tidak pandai mengawal emosi (HM Tuah Iskandar, 2003).
Pada hari ini pelbagai masalah yang timbul di kalangan masyarakat berpunca daripada ketidakmampuan

untuk menguruskan emosi dengan baik.

Kecerdasan emosi (EQ) merupakan suatu kebangkitan diri seseorang terhadap satu tindakbalas

atau reaksi melalui sesuatu benda atau keadaan yang dialami . Kecerdasan emosi akan membentuk nilai

peribadi seseorang dan juga akan membentuk nilai dalam kalangan masyarakat (Mohd. Najib, 2000).

Kenyataan-kenyataan yang diberikan membuktikan dengan jelas bahawa peranan EQ

sememangnya penting di dalam diri seseorang individu terutamanya mengenai Kompetensi Kecerdasan

Emosi yang empat itu iaitu kesedaran diri, pengurusan diri, kesedaran sosial, dan pengurusan

perhubungan. Justeru itu, kesedaran terhadap peranan EQ sebagai penentu keupayaan hidup perlu

ditetapkan di dalam jiwa generasi hari ini. Maka kami amat berharap kajian ini dapat memberi manfaat

kepada pembaca melalui maklumat-maklumat yang diperolehi sebagai persediaan untuk menghadapi

cabaran hidup yang semakin kompleks dan mencabar.


ABSTRAK
Hasil daripada kajian ini kami mendapati melalui kerangka kecerdasan emosi, pengurusan kendiri

amat penting dalam sesebuah organisasi. Terdapat beberapa kerangka dalam kopetensi pengurusan diri.

Antaranya adalah, pengawalan emosi diri, dipercayai, sifat berhati-hati, penyesuaian, inisiatif, sikap

optimis, dan juga orientasi pencapaian.

Dalam kopetensi pengurusan kendiri ini kami menumpukan kepada sikap optimis. Dalam

sesebuah organisasi sikap optimis memainkan peranan yang sangat penting dalam menyusun atur dan

menjalankan sesbuah organisasi. Apakah yang dimaksudkan dengan optimis?

Optimis adalah apabila menerima sesuatu yang negatif mereka tidak menghiraukan tetapi

berusaha mencari jalan baru dan menganggap sesuatu yang negatif itu sebagai cabaran yang harus

mereka hadapi atau depani sebelum mencapai kejayaan. Hal ini menyebabkan mereka sentiasa berfikiran

positif dan bersangka baik jika berlaku sesuatu perkara atau berdepan dengan sesuatu masalah.

Pemimpin yang optimis akan sentiasa memikirkan jalan-jalan baru atau starategi baru dalam

menghadapi sebarang masalah. Mereka tidak akan membuat sesuatu dengan emosi supaya hasil daripada

pemikiran atau keputusan mereka lebih realistik dan sesuai.

Selain itu, sikap optimis ini harus ada pada setiap ahli organisasi supaya segala perancangan yang

diadakan oleh sesebuah organisasi dapat direalisasi. Hal ini kerana, segala tindak tanduk ahli organisasi

dan pemimpinnya amat bergantung kepada sikap masing-masing. Pelaksanaan sesuatu kerja dapat

dilaksanakan dengan sempurna apabila emosi berada dalam keadaan positif.

You might also like