1.REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku, murid akan menunjukkansikap acuh tidak acuh apabila mereka sukar untuk mengeja dan menyebut sesuatu perkataan.Ini membuatkan guru terpaksa memikirkan suatu aktiviti yang boleh menarik semula minatmurid untuk belajar.Antara perkataan-perkataan yang sukar dibaca oleh murid ialah perkataan yangmelibatkan konsonan bergabung (digraf) iaitu perkataan yang bersuku kata “ng...’, ‘ny...’,‘kh...’, dan ‘sy...’.Penekanan yang lebih kepada suku kata yang dinyatakan tadi perlu kerana perkataanseperti ini juga yang menyebabkan mereka sering gagal di dalam ujian pelepasan untuk kekelas perdana semula.
2.ISU KEPERIHATINAN
Setiap kali murid menduduki Ujian Standard Pelepasan mereka seringkali tidak dapat menjawab soalan-soalan yang melibatkan perkataan atau suku kata yangmempunyai ‘digraf’. Murid juga gagal untuk membaca ayat dan petikan jika perkataan didalam ayat terdapat perkataan yang mempunyai konsonan bergabung (digraf).Murid akan menyebut ‘gaga’ bagi perkataan ‘nganga’ dan ‘yayi’ bagi perkataan‘nyanyi’. Oleh itu, saya bertindak dengan menjalankan kajian ini untuk mengatasi masalahtersebut.
3.OBJEKTIF KAJIANObjektif Umum:
Tujuan kajian ini adalah untuk mengatasi kelemahan murid menyebut perkataan yang melibatkan konsonan bergabung (digraf).
Objektif Khusus:
a)Murid dapat menyebut perkataan yang mempunyai suku kata konsonan bergabung (digraf) bagi ‘ny’ dan ‘ng’. b)Murid boleh membaca perkataan, ayat dan petikan dengan lebih lancar.c)Mengurangkan murid kelas pemulihan daripada 12 kepada 4 orang di hujungtahun.d)Meningkatkan keupayaan semua guru dalam menangani masalah murid lemahdalam pembelajaran.
3