You are on page 1of 4

Sejarah Israel 1

Sejarah Israel
Negara Israel (bahasa Ibrani: ‫לארשי תנידמ‬, Medinat Yisrael) ditubuhkan pada 1948 selepas tempoh hampir dua ribu
tahun penyebaran orang Yahudi dan usaha 55 tahun untuk mengasaskan negara Yahudi, yang dipercepatkan selepas
Holokus. 60 tahun selepas penubuhannya, negara ini masih lagi dalam konflik dengan negara jirannya dan kumpulan
militan Islam. Di dalam Israel pula, demokrasi masih lagi bertahan walaupun penuh dengan sengketa politik
dalaman. Kini, kira-kira 40% penduduk Yahudi dunia menetap di Israel.[1]

Sejarah Yahudi di Israel

Akar umbi sejarah


Rekod sejarah pertama untuk perkataan
"Israel" datangnya daripada stele Mesir
yang mendokumenkan kempen-kempen
ketenteraan di Canaan. Walaupun stele ini
yang merujuk kepada suatu kelompok orang
(bukan 'negara') bertarikh pada lebih kurang
1211 SM, [3] tradisi-tradisi Yahudi
menganggap Tanah Israel sebagai Tanah
Suci Yahudi dan Negeri Kanaan selama [2]
Tajuk berita Palestine Post mengisytiharkan penubuhan Israel.
3,000 tahun. Tanah Israel memegang tempat
yang istimewa dalam kewajipan-kewajipan
agama Yahudi dan merangkumi tapak-tapak agama Yahudi yang paling penting — termasuk puing-puing Kuil
Pertama dan Kuil Kedua Solomon, Raja Yahudi. Berhubungan dengan kedua-dua versi kuil ini ialah upacara agama
yang penting yang merupakan asal bagi banyak aspek agama Yahudi moden.[4] Mulai dari sekitar abad ke-11 SM,
negara pertama dalam satu siri kemaharajaan dan negara Yahudi mengasaskan pemerintahan sekejap-sekejap di
kawasan ini yang berlangsung selama melebihi satu milenium.

Di bawah pemerintahan Assyria, Babylon, Parsi, Yunani, Rom, Byzantine, dan (untuk tempoh yang singkat)
Sassanid, kehadiran orang-orang Yahudi di kawasan ini merosot, akibat pengusiran beramai-ramai. Khususnya,
kegagalan pemberontakan Bar Kokhba terhadap Empayar Rom pada tahun 132 Masihi mengakibatkan pengusiran
orang-orang Yahudi pada skala yang besar. Adalah pada masa ini bahawa orang-orang Rom memberikan nama
Palestin Syria kepada kawasan geografi ini dalam suatu percubaan untuk menghapuskan ikatan-ikatan orang Yahudi
kepada tanah ini. [5] Walaupun demikian, kehadiran orang-orang Yahudi di Palestin masih tetap. Sebahagian utama
penduduk Yahudi berpindah dari kawasan Judea ke Galilee. Mishnah dan Talmud Jerusalem, salah dua daripada
teks-teks agama Yahudi yang paling penting digubah di kawasan ini pada tempoh ini. Orang-orang Muslim
menaklukkan tanah ini selepas menewaskan Empayar Byzantine pada tahun 638 Masihi. Niqqud Ibrani direka di
Tiberias pada masa ini. Kawasan ini diperintah oleh orang-orang Umayyah dan kemudiannya oleh orang-orang
Abbasiyyah, Salibi, Khwarezm dan Mongol, sebelum menjadi sebahagian empayar Mamluk (1260-1516) dan
Empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1517.
Sejarah Israel 2

Pergerakan Zionisme
Orang-orang Yahudi yang hidup dalam Diaspora telah mencuba berhijrah ke Israel selama berabad-abad.
Umpamanya pada tahun 1141, Yehuda Halevi memanggil orang-orang Yahudi berhijrah ke Israel Eretz dan akhirnya
meninggal dunia di Baitulmuqaddis. Pada tahun 1267, Nahmanides menetap di Jerusalem dan sejak masa itu, suatu
kehadiran orang Yahudi yang berterusan di Jerusalem telah dikekalkan. Yosef Karo berimigrasi ke komuniti Yahudi
yang besar di Safed pada tahun 1535. Gelombang-gelombang imigrasi juga berlaku, umpamanya pada tahun-tahun
1209-1211, imigrasi atau Aliyah (‫ )היילע‬Perancis dan England ke Acre menjadi masyhur seperti pada tahun 1258
dan 1266. Pada tahun 1260, Yechiel dari Paris berhijrah ke Acre bersama anak lelaki dan sekumpulan besar
pengikutnya. Gelombang-gelombang imigrasi yang kecil berlaku pada abad ke-18 disebabkan tujuan agama. Yang
termasyhur ini ialah Menachem Mendel dari Vitebsk dengan 300 orang pengikutnya, Judah he-Hasid dengan
melebih 1,000 orang pengikut, dan Vilna Gaon dengan melebihi 500 orang pengikut (dan keluarga mereka) yang
dikenali sebagai Perushim. Gelombang-gelombang pelajar rabai berimigrasi pada tahun 1808 - 1809 dan menetap di
Tiberias, Safed, dan kemudiannya di Baitulmuqaddis. [6]
Pada tahun 1860, komuniti Yahudi lama di Baitulmuqaddis memulakan pembinaan kawasan-kawasan kejiranan di
luar dinding Bandaraya Lama (yang pertama ialah Mishkenot Sha'ananim). Pada tahun 1878, petempatan pertanian
moden yang pertama diasaskan di Petah Tikva.
Gelombang besar imigrasi moden yang pertama ke Israel bermula pada tahun 1881 apabila orang-orang Yahudi
melarikan diri daripada penyeksaan yang semakin bertambah, atau selepas idea-idea Zionisme Sosialis mengenai
"penebusan tanah" dicadangkan oleh Moses Hess dan orang-orang lain. Orang-orang Yahudi membeli tanah
daripada Turki Uthmaniyyah dan pemilik-pemilik tanah perseorangan Arab. Selepas orang-orang Yahudi
mengasaskan petempatan-petempatan pertanian, ketegangan tercetus antara orang-orang Yahudi dan orang-orang
Arab.
Theodor Herzl (1860 – 1904), seorang Yahudi Austria-Hungary, mengasaskan gerakan Zionisme. Pada tahun 1896,
dia menerbitkan Der Judenstaat (Negara Yahudi), di mana dia menyeru untuk pembentukan sebuah negara Yahudi.
Pada tahun berikutnya, dia membantu mengadakan Kongres Zionisme Dunia yang pertama.
Penubuhan Zionisme telah mencetuskan Aliyah kedua (1904 – 1914) dengan banjiran sekitar 40,000 Yahudi. Pada
1917, Setiausaha Luar Negara British ketika itu iaitu Arthur J Balfour telah mengisyhtiharkan Deklarasi Balfour
yang "memandang baik penubuhan satu kediaman rakyat Yahudi di dalam Palestin." Pada 1920, Palestin telah
diterima ke dalam Liga Bangsa-bangsa.
Penghijrahan Yahudi berterusan dengan beberapa gelombang ketiga (1919 – 1923) dan keempat (1924 – 1929)
selepas Perang Dunia I. Pada 1929 telah berlaku pembunuhan beramai-ramai Yahudi oleh golongan Arab yang
mengorbankan 133 Yahudi, termasuk 67 di Hebron.
Kebangkitan Nazisme di Jerman pada 1933 telah mengakibatkan gelombang Aliyah kelima. Pada waktu ini, kaum
Yahudi di rantau ini telah bertambah dari 11% jumlah penduduk pada 1922 ke 30% pada 1940.Wikipedia:Sumber
petikan 28% tanahnya telah dibeli dan dimiliki organisasi Zionist tambah pula dengan tanah peribadi yang dimiliki
Yahudi.Wikipedia:Sumber petikan The southern half of the country is the barren and mostly empty Negev desert.
The subsequent Holocaust in Europe led to additional immigration from other parts of Europe. By the end of World
War II, the number of Jews in Palestine was approximately 600,000.
In 1939, the British introduced a White Paper of 1939, which limited Jewish immigration over the course of the war
to 75,000 and restricted purchase of land by Jews, perhaps in response to the 1936-1939 Arab revolt in Palestine.
The White Paper was seen as a betrayal by the Jewish community and Zionists, who perceived it as being in conflict
with the Balfour Declaration of 1917. The Arabs were not entirely satisfied either, as they wanted Jewish
immigration halted completely. However, the White Paper guided British policy until the end of the term of their
Mandate. As a result, many Jews fleeing to Palestine to avoid Nazi persecution and the Holocaust were intercepted
and returned to Europe. Two specific examples of this policy involved the ships Struma and Exodus (which was
Sejarah Israel 3

carrying holocaust survivors, in 1947).[7]


These attempts by Jews to circumvent the blockade and flee Europe became known as Aliya Beth.
Lihat juga: Jewish refugees dan 1922 Text: League of Nations Palestine Mandate

Penubuhan negara
Pada tahun 1947, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memutuskan untuk membahagi daerah mandat British,
Palestin. Keputusan ini ditentang keras oleh negara-negara Timur Tengah dan banyak negara Muslim. Menurut PBB,
kaum Yahudi mendapat 55% dari seluruh wilayah tanah meskipun hanya merupakan 30% dari seluruh penduduk di
daerah ini. Manakala Baitulmuqaddis, bandar suci Yahudi, Muslim dan Kristian, akan dijadikan bandar
antarabangsa.
Israel ditubuhkan pada tanggal 14 Mei 1948. Namun keesokan harinya, Israel diserang oleh pakatan tentera Lubnan,
Syria, Jordan, Mesir, Iraq dan negara Arab yang lain. Dalam peperangan ini, Israel berjaya mengalahkan tentera
bersekutu Arab dan malah merampas lebih kurang 70% dari luas wilayah Palestin. Perang ini menghasilkan banyak
kaum pengungsi Palestin yang mengungsi dari daerah Israel. Tetapi di sisi lain tidak kurang pula kaum Yahudi yang
diusir dari negara-negara Arab.

References
[1] The Jewish Population of the World (http:/ / www. jewishvirtuallibrary. org/ jsource/ Judaism/ jewpop. html), Jewish Virtual Library
[2] Salinan asal (http:/ / info. jpost. com/ 1998/ Supplements/ 1948/ original. html), The Jerusalem Post Internet Edition
[3] " The Stones Speak: The Merneptah Stele (http:/ / www. ebonmusings. org/ atheism/ otarch2. html#merneptah)". . Retrieved 2006-04-08.
[4] " The Land of Israel (http:/ / www. jewfaq. org/ israel. htm)". . Retrieved 2006-04-08.
[5] Lehmann, Clayton Miles (Musim panas 1998). " Palestine: History: 135-337: Syria Palaestina and the Tetrarchy (http:/ / www. usd. edu/ erp/
Palestine/ history. htm#135-337)". The On-line Encyclopedia of the Roman Provinces. University of South Dakota. . Retrieved 2006-07-19.
[6] Benzion Dinur, "The Messianic Fermentation and Immigration to the Land of Israel from the Crusades until the Black Death, and Their
Ideological Roots," di dalam Benzion Dinur, Historical Writings (Jerusalem: Mosad Bialik, 1975), jilid ii. , Elhanan Reiner, Pilgrims and
Pilgrimage to the Land of Israel, 1099-1517, disertatasi kedokotoran, Universiti Ibrani Jerusalem, 1988
[7] " WHITE PAPER (http:/ / www. israeltoday. co. il/ Default. aspx?tabid=139& view=item& idx=726)". [www.IsraelToday.co.il]. 2005-10-09.
. Retrieved 2006-10-08.
Article Sources and Contributors 4

Article Sources and Contributors


Sejarah Israel  Source: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?oldid=1121585  Contributors: Aurora, Hezery99, Md. Farhan, Niduzzi, 1 anonymous edits

Image Sources, Licenses and Contributors


Fail:19480516 PalestinePost Israel is born.jpg  Source: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fail:19480516_PalestinePost_Israel_is_born.jpg  License: unknown  Contributors: Md.
Farhan

Lesen
Creative Commons Attribution-Share Alike 3.0 Unported
http:/ / creativecommons. org/ licenses/ by-sa/ 3. 0/

You might also like