Biodata penulis
Nama beliau ialah Ummu Hani Abu Hassan. Beliau merupakan anak kelahiranKodiang, Kedah. Beliau berumur 25 tahun. Beliau kini aktif menulis cerpen dan karya-karyasastera yang lain. Antara artikel yang pernah dihasilkan oleh beliau ialah Cambah ilmu, Cinta,Dakwah Rasul di Madinah, Kenali tokoh kita, Kongsi pengalaman tulis novel, Rasulullahmenangis ketika di Padang Mahsyar serta Senyum dan tangis Rasulullah. Bagi karya cerpen pula, beliau telah menghasilkan beberapa cerpen yang berjudul Ain, Aku dan budi, Bicara pokok, matahari dan bulan, Hati Adibah, Kampung hati ayah, Maaf untuk emak, Mengkuang jiwa, Cerita-cerita akhir, Cinta Ummi Walidah, Hanya Nur Ain, Husaini, Maaf untuk kakak dan Seharum kenangan di jambangan Mynmar. Selain itu, beliau juga turut terlibat dalam penulisan skrip drama yang berjudul Rambut manakala dalam esei pelbagai pula beliau telahmenghasilkan esei yang bertajuk Kopi dari Marhaen, Tentang Mawi dan Si Jin. Beliaumerupakan seorang pengkarya yang berbakat besar dalam bidang sastera. Bakat yang dimilikioleh beliau ini wajar diketengahkan dan disokong oleh orang ramai.3