Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
41Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kelebihan 3 Media Grafik dalam P&P

Kelebihan 3 Media Grafik dalam P&P

Ratings: (0)|Views: 2,327 |Likes:

More info:

Categories:Types, Business/Law
Published by: Mohd Nasro bin Ismail on Aug 28, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/07/2013

pdf

text

original

 
REKABENTUK INSTRUKSIONAL DAN TEKNOLOGI. KPT 2063. 
1.0
Pengenalan.
Penulisan ilmiah ini adalah bertujuan untuk mengenengahkan aspek media di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Aspek media yang ingindiketengahkan ialah cabang daripada klasifikasi media iaitu media grafik. Media grafik  pada masa kini sering digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menjadikan pengajaran lebih sistematik dan terancang.Media grafik terdapat beberapa jenis seperti poster, lukisan, graf, kartun dansebagainya. Media grafik ini masih lagi digunakan untuk proses pengajaran. Media grafik yang di bincangkan di dalam kerja kursus ini ialah graf, kartun dan juga lukisan. Didalam kerja kursus ini membincangkan beberapa kelebihan yang terdapat di dalam ketiga – tiga media grafik tersebut.Kelebihan – kelebihan yang terdapat di dalam media grafik lukisan, graf dan jugakartun akan di bincangkan dengan terperinci dengan memberi contoh – contoh terhadapkelebihan – kelebihan menggunakan media grafik tersebut. Selain itu juga kelebihan – kelebihan tersebut akan di bincangkan melalui sokongan kajian.Di dalam sokongan kajian terdapatnya kajian – kajian yang dikemukakan melalui penggunaan media – media grafik. Di dalam sokongan kajian tersebut di sertakan dengankajian oleh tokoh tokoh yang membicarakan tentang penggunaan media di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah.
1
 
REKABENTUK INSTRUKSIONAL DAN TEKNOLOGI. KPT 2063. 
1.1.Maksud Media.
Media Menurut Jamaludin Badusah, Muhammad Husin dan Abdul Rashid Johar (2000), media adalah suatu kaedah atau perantaraan berkomunikasi, berhubung antara satusama lain seperti menggunakan akhbar, berita dan gambar untuk menyebarkan maklumatdan pandangan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia merupakan perantaraanyang menghubungkan maklumat dan tujuan pengajaran guru dengan penerima iaitu pelajar yang akan memproses perantaraan itu, dan jika sesuai dapat diterima oleh pelajar dengan berkesan.Menurut Heinich, Molenda dan Russell (1991) pula, media boleh didefinisikansebagai penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan penerima seperti filem,video, radio, gambar, foto, risalah, poster dan sebagainya. Manakala Kamus Dewan (1997)menyatakan media ialah alat atau perantara komunikasi. Ia terdiri daripada media am,media cetak dan media massa. Media boleh juga didefinisikan sebagai apa juga alat atau perkakas yang biasa digunakan untuk menyampaikan maklumat di antara manusia (Rossidan Briddle 1967).Seterusnya, menurut Enright (1972), media adalah ikhtiar-ikhtiar untumemperolehi, memproses dan menyusun kembali maklumat pandang dan dengar ataugabungan maklumat pandang dan dengar dengan cara grafik, fotografik, elektronik ataupuncara mekanik. Pada kesimpulannya, media adalah berasal dari perkataan Latin “MEDIUM’yang bermaksud ‘PERANTARA’. Ia merujuk kepada apa juga yang membawa maklumatdi antara penyampai kepada penerima. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, iaadalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantu dalam penyampaian pengajaran dengan jelas dan bermakna. Ia juga melibatkan segala yang digunakan sama
2
 
REKABENTUK INSTRUKSIONAL DAN TEKNOLOGI. KPT 2063. 
ada yang dapat dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dirasai, dihidu, dikisahkan dandigunakan. Jadi dengan memahami definisi-definisi ini, diharap ia dapat membantuseseorang guru dalam mengaplikasikan media dalam proses pengajaran dan pembelajarandengan lebih berkesan lagi.
1.2.Maksud Grafik.
Grafik memberikan maksud penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan melalui teks. Ia mampu menambah daya tarikan kepadasesuatu paparan atau persembahan. Menurut kamus dewan edisi keempat grafik merupakan paparan yang terdiri daripada lukisan, gambar rajah, simbol dan lain – lain yang bertujuanuntuk menyampaikan idea, konsep, maklumat dan sebagainya.Selain itu grafik juga boleh dirujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparanvisual yang tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambarfoto, ilustrasi, dansebagainya. Ianya merupakan antara elemen multimedia yang amat penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat terutamanya di dalam prosesPengajaran dan Pembelajaran. Penggunaan grafik dikatakan dapat menyampaikanmaklumat dengan lebih pantas dan tepat memandangkan ianya disampaikan melalui visual.Dalam bidang pendidikan, penggunaan grafik sebagai media pengajaran telah lamadigunakan untuk menyalurkan maklumat (Jamalludin & Zaidatun). Penekanan terhadap penggunaan bahan grafik dalam kaedah pengajaran tradisional bertujuan untumeningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (Yusup). Penggunaan grafik dalamPBK dapat menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan kerana segala bentuk mesejyang diterima oleh manusia melalui penglihatan mempunyai daya ketahanan serta dayaingatan yang lebih tinggi (Jamalludin, Baharuddin & Zaidatun) sekiranya direka bentuk dengan tepat (Alesandrini). Selain itu, penggunaan grafik sama ada grafik statik ataugrafik animasi dalam PBK untuk menjadikan konsep dan idea lebih mudah difahamidandiingat (ChanLin & Chan).
3

Activity (41)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Kong BeeLing liked this
Zubaidah Ibrahim liked this
Solah My liked this
Zaliza Taslim liked this
gkum80 liked this
MOHD ROZI ISMAIL liked this
Ooi Cad Li liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->