You are on page 1of 8

-1-

ETIKA PROFESIONAL
UDP 2152
BAB 1
Kuliah 1 & 2

PENGENALAN KAJIAN ETIKA PROFESIONAL

LATAR BELAKANG

-Terdapat satu keperluan dalam masyarakat kepada suatu peraturan untuk


mengawal tingkah laku anggota-anggotanya supaya kehidupan masyarakat itu dapat
diteruskan dengan aman dan stabil

-Bagi menghasilkan peraturan, perlu kepada sistem nilai dan amalan moraliti.

-Kenapa perlu kepada moraliti?

“ kebiasaannya manusia akan bertindak menurut kehendak dan kepentingannya dan


mencari kepuasan maksimum untuk mengelakkan dirinya ditimpa musibah
(Falsafah Hobbes ,1651, seperti dlm karyanya Leviathan.)

A) Moral dan Moraliti

Definisi Moral

Kata moral berasal dari kata latin (mos,mores) yang sama dengan kata etika (ethos)
dalam bahasa yunani dan membawa maksud “adat kebiasaan”

Moraliti

- Moraliti boleh disamakan dengan ‘menjaga diri, berhati-hati (prudence)’ di tahap


lebih luas iaitu tahap masyarakat. ‘Ia adalah satu set norma, atu peraturan yang
diadakan agar kita dapat mencapai tujuan kita secara kolektif’ (Louis P.Pojman,
2005, How Should We Live?: 7)

-Moraliti mengandungi satu set peraturan di mana sekiranya setiap individu


menurutinya, dia akan berjaya. Peraturan-peraturan tersebut menghadkan kebebasan
kita hanya untuk kebaikan dan kebebasan masyarakat yang lebih besar.

- Moraliti dikatakan mempunyai 5 tujuan :-

1. Untuk menghalang masyarakat daripada menuju kepada kehancuran


2. Untuk mengatasi kesengsaraan manusia
3. Mengalakkan kejayaan
4. Menyelesaikan konflik kepentingan dengan cara yang adil dan saksama

1
-2-
ETIKA PROFESIONAL
UDP 2152
5. Untuk memberi ganjaran dan hukuman dan menentukan pihak yang betul dengan
pihak yang bersalah. (Louis P.Pojman, 2005, How Should We Live?)

“moraliti ialah satu set standard peribadi atau masyarakat yang digunakan untuk
mengukur pelakuan baik atau buruk atau untuk mengukur kualiti sesuatu yang
betul, benar atau boleh diterima.”

Bayangkan apa akan berlaku kepada masyarakat sekiranya semua orang atau
hampir semua orang melakukan apa yang dikehendakinya tanpa mematuhi
peraturan-peraturan moral.

Contoh: (2)

Untuk mengatasi kesengsaraan.

Bayangkan sekiranya ibubapa mengabaikan anak-anak mereka, pasangan


berlaku curang dan lain-lain perlakuan semuanya akan membawa
kesengsaraan kepada keluarga dan masyarakat .

Contoh ( 3)

Manusia dimana sahaja mempercayai bahawa kesaksamaan adalah satu


prinsip univasal yang terdapat dalam setiap budaya - maka peraturan moral
menetapkan prinsip-prinsip kesaksamaan yang perlu di patuhi untuk menyelesaikan
sebarang konflik kepentingan (conflict of interests)

- Pendekatan moral berbeza menurut sistem kepercayaan dan budaya sesuatu


masyarakat

Contoh : Antara masyarakat barat yang bersifat sekular dengan masyarakat


Islam

Moral Sekular

Moral sekular membawa pandangan dan pemikiran yang bersifat relatif dan
subjektif – tiada standard yang mutlak dan sejagat – tiada kekuatan (moral force)
dan menolak peranan agama dalam pembentukan sistem moral manusia.

Contoh : 1.) perkahwinan sejenis diterima sebagai amalan masyarakat barat kerana
dianggap tidak bercanggah dengan moral barat.

2.) Bersekedudukan tidak bercanggah dengan moral sekular

- Nilai masyarakat barat bersifat relatif dan bebas daripada sebarang


kepercayaan agama”. Dalam aspek tingkahlaku sebarang masalah yang
dirujuk kepada pakar kejiwaan, biasanya akan ditafsirkan sebagai berpunca

2
-3-
ETIKA PROFESIONAL
UDP 2152
daripada keinginan/dorongan seks (suppressed sexual desires) seperti yang di
pelopori oleh Sigmund Freud”

Akhlaq Islam

Akhlaq ialah moral yang bersumber dari wahyu dan bersifat unggul, mutlak dan
universal dan sesuai untuk semua makluk pada setiap zaman .

- Islam mengajar satu had perilaku dan mempunyai nilai-nilai sosial yang memberi
makna kepada matlamat hidup manusia.(Sidi Gazalba)

Sumber Moraliti Dan Akhlaq

- Sumber moraliti sesuatu adalah berasaskan falsafah yang di utarakan oleh pemikir
barat seperti Thomas Hobbes, Descarte dan lain-lain.

- Sumber Akhlaq Islam (4)


Al–Quran, al-Sunnah, Ijma’ Ulamak dan Qias (Syariah Islam)

Perbezaan Kesan Moral Sekular Dengan Akhlaq Islam

Akhlaq Islam

Asas akhlaq ialah Tauhid kepada Allah Yang Esa yang akan mendorong
seseorang menyedari hakikat dirinya sebagai hamba Allah yang ada
tanggungjawabnya sebagai Khalifah – menjalankan perintah Tuhan dan
meninggalkan yang dilarang.

- Ia menjadikan manusia bertindak menurut arahan Tuhan tidak mengira masa,


tempat, dilihat orang lain ataupun tidak.

- Keimanan akan menyedarkan manusia bahawa pada setiap detik, gerak-


gerinya diawasi Tuhan dan mendapat pembalasan di hari Akhirat.

-contoh :-
- Nilai-nilai bersama Universal

Moral Sekular

1. Moral tidak disandar kepada agama


2. Bersifat relatif (nisbi)

Contoh: Kadar jenayah naik; di USA setiap minit ada orang yang dibunuh, di
Malaysia terdapat gejala bohsia, mat rempit, rogol berleluasa, hubungan sejenis dan
lain-lain.

3
-4-
ETIKA PROFESIONAL
UDP 2152

B) Profesion dan Profesional

i) Profesion

Profesion adalah sejenis kerjaya yang mesti mengandungi 3 ciri utama:

1. Keperluan kepada latihan yang extensive bagi profesion tersebut

Contoh 1 - Seorang peguam (bidang guaman) perlu menghadiri pengajian


undang-undang bagi tempoh yang lama dan latihan guaman beberapa tahun.

Contoh 2 – Doktor (bidang perubatan) adalah juga satu profesion yang


memerlukan tempoh pengajian yang lama dan selepas itu pula perlu
menjalani latihan amali di hospital untuk suatu tempoh tertentu.

2. Latihan tersebut memerlukan daya intelek yang tinggi

Contoh : Akauntan dan jurutera dilatih dari segi keintelektualan dan


kemahiran. Orang yang mahir tidak semestinya seorang intelek seperti
seorang tukang gunting (mahir bergunting tapi mungkin tidak ada daya
intelektual tinggi)

3 .Latihan tersebut memberi sumbangan penting kepada masyarakat

Contoh : Doktor, pensyarah, peguam, jurutera, akitek dan sebagainya yang


amat diperlukan bagi masyarakat itu berfungsi sebaik mungkin.

Ciri lain

1. Pengiktirafan – terdapat proses persijilan atau perlesenan. Contoh


pengiktirafan atau sijil yang diberi oleh IEM,(Institut Of Engineers) untuk
jurutera yang hendak amalkan profesion tersebut, MAA bagi akauntan, Bar
Council (bagi peguam), PAM (Pertubuhan Arkitek Malaysia).

2. Menjadi Ahli disesuatu Agensi tertentu


Semua profesion utama mempunyai organisasi yang mewakili mereka
-organisasi ini hanya dibuka kepada anggota dalam profesion berkenaan.

3. Autonomi - setiap profesion bersifat autonomi ,

4
-5-
ETIKA PROFESIONAL
UDP 2152
Contoh- Pakar bedah bebas menggunakan kepakaran/keputusannya
mengenai cara membuat pembedahan seperti mana peguam menggunakan
kepakaranya mengenai cara merangka kontrak.

ii) Profesional

-Ia merujuk kepada orang (individu) yang memenuhi kriteria dan ciri-ciri sesuatu
profesion.

Contoh profesional adalah seperti pensyarah ,doktor, jurutera dan lain-lain

-Profesion adalah pekerjaan

-Profesional pula merujuk kepada orang yang menganggap profesionnya sebagai


suatu pekerjaan tetap dan sumber pendapatan utamanya.
-Profesionalisme ialah tahap kecekapan dan akauntabiliti yang seharusnya
didukung oleh seseorang profesional .

iii) Etika

Etika ialah,

“The normative science of the conduct of human beings living in societies – a


sciene which judges this conduct to be right or wrong, to be good or bad or in
some similar way
-(Wiliam Lillie, An Introduction to Ethics,1971)

(Sains normatif mengenai perilaku manusia dalam masyarakat dimana sains


ini menentukan sesuatu perilaku sebagai betul atau salah,baik atau buruk dan
lain-lain)

(Nota: normatif – mengenai norma)

Sains normatif ialah suatu disiplin yang menjelaskan standard atau peraturan
bagi sesuatu bidang

-Tujuan Etika ialah pada isu-isu yang berkaitan dengan pembuat keputusan
bagi semua jenis tindakan dimana tindakan-tindakan tersebut membawa
seseorang itu untuk berinteraksi dengan orang lain

-Etika melihat secara khusus tingkahlaku manusia yang dikira patut, bukan
sepertimana yang dilakukan.
5
-6-
ETIKA PROFESIONAL
UDP 2152
Etika adalah bersumberkan nilai.

3 Jenis-jenis Etika

i) Etika Meta ( Meta Ethics)

- Meta bermaksud “disebalik apa yang dapat dilihat secara kasar” (seperti
metafizika – yang disebalik dunia fizikal)
- Meta mengkaji asal-usul serta maksud konsep-konsep etika/moral yang
digunakan sama ada ia ciptaan manusia/luahan emosi atau sebenarnya lebih
jauh dari itu.
- Ia meliputi persoalan isu-isu kebenaran sejagat, kuasa Tuhan, peranan akal
dan makna–makna istilah etika itu sendiri
- Juga mengenai isu-isu metafizik, psikologikal dan linguistik (yang tidak dapat
dilihat dengan mata kasar )
- Secara umumnya etika meta merupakan satu ‘kajian secara falsafah mengenai
maksud, sifat dan kaedah membuat keputusan moral (moral judgments) dan
istilah moral, hubungan antara konsep-konsep moral, cara betul membahas
mengenai isu-isu moral, persamaan dan perbezaan antara pelbagai sistem
normatif ( seperti mengenai moraliti, ‘agama’, undang-undang, adab, estetika,
syarat-syarat pertimbangan dan lain-lain)’

ii) Etika Normatif

- Kritikan dan penilaian ke atas sistem moral yang ada dan kemudian mencadangkan
satu sistem yang standard bagi semua golongan.

- Ia lebih praktikal kerana ia mencari sesuatu ukuran yang unggul untuk


menentukan perilaku manusia sama ada baik atau buruk.

Contoh:- Buat baiklah kepada orang lain sebagaimana kamu inginkan orang lain
berbuat baik kepada kamu

iii) Etika Gunaan

- Melibatkan analisis ke atas isu-isu khusus dan kontroversi dalam pelbagai bidang
Contoh: perniagaan, perubatan, alam sekitar dan lain-lain

- Cuba menyelesaikan/cari jalan penyelesaian masalah ini dengan


menggunakan pelbagai konsep dalam kedua-dua etika meta dan normatif

6
-7-
ETIKA PROFESIONAL
UDP 2152

Contoh:-

a) Etika Alam Sekitar – memberi tumpuan kepada hal-hal seperti kawalan keatas
ekologi, ekosistem, hak asasi haiwan dan pengurusan sumber untuk generasi
akan datang

b) Etika Perubatan – isu-isu kesihatan, pengguguran bayi, manipulasi genetik


tanggungjawab doktor dan lain-lain

c) Etika Perniagaan (Bisnes) – menipu atau berbohong dianggap dibolehkan


dalam urusan jual beli?

Etika Islam

Islam menyediakan satu kod tingkahlaku yang memberikan kepada kita kepuasan
tentang tujuan atau matlamat hidup. (gives us a meaning for our existence)

Dalam masyarakat sekular, nilai tidak ditentukan/dipengaruhi oleh kepercayaan


kepada agama kerana dikotomi yang terdapat antara apa yang dianggap ‘dunia’
dan ‘agama’. Ini bermakna sistem nilai akan berubah mengikut keadaan dan
zaman.

‘sistem nilai Islam bukan sahaja mempunyai nilai-nilai tetapi nilai-nilai tersebut
adalah disahkan dan termaktub sebagai satu kemestian dalam kehidupan. Sistem
nilai Islam semestinya ditentukan oleh syariah. Syariahlah yang menyediakan
rankga untuk membentuk nilai-nilai Islam.

Sistem nilai Islam tidak boleh berubah menurut zaman dan tempat kerana Syariah
Islam tidak berubah.

Walaupun terdapat individu Muslim yang secara mudah terikut-ikut norma dan
ideal masyarakat di luar Islam dan mungkin bertentangan dengan Syariah tetapi
ini tidak mencerminkan ideal Islam itu sendiri, kerana perlakuan mereka adalah
perlakuan yang devian. (Syed Othman al Habshi)

iv) Kepentingan Kajian Etika Profesional

Kepentingannya adalah untuk pembentukan sahsiah yang memenuhi matlamat hidup


supaya keharmonian masyarakat dan kemajuannya dapat dicapai.

7
-8-
ETIKA PROFESIONAL
UDP 2152
Kepentingannya juga sebagai satu pendedahan kepada pelajar supaya mereka
tahu apakah kesan-kesan buruk yang bakal diterima mereka dan anggota
masyarakat lain serta negara sekiranya etika profesional tidak dipatuhi dalam
kerjaya masing-masing.

Kesimpulan

Etika profesional cuba menjelaskan peranan profesion dan tingkahlaku yang patut
diamalkan oleh golongan profesional. Ini kerana golongan profesional sentiasa
berdepan dengan isu-isu etika yang kompleks menyebabkan mereka berada dalam
situasi dilema dalam memilih sesuatu tindakan.

Dilema ini berpunca daripada prinsip etika yang kabur, alasan yang membawa kepada
konflik dan perbezaan pendapat.

You might also like