You are on page 1of 4

BAB 6

OBLIGASI MEMBERIKAN PERKHIDMATAN

- Seorang profesional wajib memberikan perkhidmatan yang sama kepada


semua tanpa mengira agama, warna kulit, jantina, fahaman politik dan status
sosioekonomi

- Bagi memenuhi matlamat ini, 2 faktor perlu diambil kira iaitu:-

a) Kesamaan peluang Ketidaksamaan peluang


b) Faktor ekonomi

1- Kesamaan dan ketidaksamaan peluang

a) Kesamaan Peluang

- Profesional patut memberikan perkhidmatan kepada semua orang dengan


adil dan saksama kerana dengan kedudukan istimewa dalam masyarakat
dan kepakaran yang tidak dipunyai oleh orang lain sudah sewajarnyalah
tanggungjawab itu dilaksanakannya dengan rela hati.

- Proses pendidikan yang diterima oleh golongan ini adalah hasil daripada
bantuan kerajaan ( rakyat ) sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Profesion menerima bantuan dalam bentuk biasiswa, pinjaman dan
kemudahan-kemudahlan lain.

- Dari segi undang-undang, profesional memiliki keistimewaan untuk


memonopoli perkhidmatannya. Hanya profesional boleh menjadi pengamal
profesionnya. Oleh itu, faedah dan keistimewaan yang dinikmati mereka
dikongsi dan diagih kepada masyarakat melalui perkhidmatan yang
diberikan.

- Untuk tujuan itu, profesional tidak digalakkan mengiklankan perkhidmatan


mereka kerana:-

i- mengelakkan klien daripada mengharapkan sesuatu yang


tidak realistik

ii- Kerahsiaan klien

iii- mengelakkan professional daripada m,engambil kesempatan


b) Ketidaksamaan Peluang

- Bagaimanapun, isu yang timbul ialah ketidaksamaan peluang

- Khidmat professional dikenakan bayaran yang secara relatifnya adalah


mahal

- Oleh itu harga yang …. Sahaja boleh mendapatkan khidmat professional.

2- Faktor Ekonomi

Walaupun pada asasnya seseorang profesional perlu memberikan persamaan


peluang kepada semua, namun khidmat profesional boleh dibatasi oleh
factor ekonomi. Faktor ini merujuk kepada masalah-masalah seperti
monopoli, bayaran perkhidmatan, publisiti dan pengkhususan kepakaran.

a) Monopoli

Satu amalan ketara dalam profesion perubatan dan guaman. Undang-


undang menghalang sesuatu perkhidmatan diberikan oleh mereka yang
bukan profesional dalam bidang tertentu atas alasan tiada kepakaran.
Ramai yang memerlukan khidmat perubatan dan menurut prinsip ekonomi
asas iaitu penawaran dan permintaan menyebabkan orang ramai sukar
mendapat perkhidmatan ini.
Dalam konteks Malaysia, ratio doktor-penduduk adalah amat tidak
seimbang.

b) Bayaran perkhidmatan

Profesional perunding mengenakan bayaran tertentu terhadap


kliennya atas perkhidmatan yang diberikan. Isunya ialah amalan ini tidak
memungkinkan persaingan harga di kalangan profesion. Kadangkala
seseorang profesional mengenakan bayaran dengan sewenang-wenangnya
dan tidak ada kawalan harga perkhidmatan yang dibuat oleh pihak berkuasa.

c) Publisiti

Iklan boleh mengelirukan pengguna terutama bila profesion sekadar


memaparkan nama ijazahnya, nama universiti dan kepakaran. Maklumat ini
tidak menggambarkan kemahiran dan kecekapannya. Orang awam yang
kurang berpengetahuan mendapati sukar memilih profesional yang benar-
benar cekap dan berpengalaman.
Iklan juga boleh menjadikan klien mengharapkan sesesuatu yang
tidak realistik. Contohnya, sekiranya doktor mengiklankan dirinya boleh
menyembuh penyakit barah, jurutera menjanjikan bangunan yang tahan
gegaran gempa bumi, dan lain-lain.
Apabila seseorang klien telah membayar perkhidmatan dan harga
yang tinggi tetapi harapan yang dihajatkannya tidak tercapai, ini menjadi
amalan yang tidak beretika.
Iklan juga cuba menunjukkan keberkesanan perkhidmatan dengan
cara penyenaraian nama-nama klien yang telah menerima perkhidmatan
sebelum itu. Di sini timbul masalah menyalahgunakan maklumat dan juga
tidak merahsiakan identiti klien.
Ini adalah isu etika yang serius.

Contoh:-

Pusat perkhidmatan perubatan swasta yang mengeluarkan senarai panel


nama-nama kliennya.

Amalan rundingcara boleh menimbulkan isu etika yang serius apabila


seorang perofesional mengadakan sesi runding cara untuk mengikat bakal
klien.

Contoh:-

Seorang akauntan mempelawa bakal klien untuk makan tengahari bagi


menerangkan perkhidmatan yang ditawarkannya.

Masalah etika dalam runding cara ialah mengambil kesempatan daripada


keadaan yang berlaku. Seseorang secara terdesak dan terpaksa akan
bersetuju menerima perkhidmatannya tanpa … pertimbangan sewajarnya
atau mencari alternatif lain.

Amalan ini menafikan klien kebebasan untuk memilih.

d) Pengkhususan Kepakaran

Ini telah lama berlaku dalam profesion perubatan dan mula menular
ke profesion guaman dan kejuruteraan. Antara masalah berbangkit
ialah:-

i- Terlalu ramai profesional bertumpu kepada sesuatu bidang


kepakaran mengakibatkan sesetengah bidang lain
menghadapi kekurangan pakar.
ii- Semakin kurang yang menjadi pengamal umum

iii- Kos perkhidmatan meningkat kerana klien terpaksa


membayar kos perkhidmatan dan kepakaran.

Klien tanpa Etika

Sementara terdapat professional yang beretika dan cuba melaksanakan


kerjanya secara amanah dan beretika, terdapat juga klien yang tidak beretika
yang sama ada boleh menipu professional mahu pun menyebabkan
professional tersebut terperangkap dalam satu masalah etika yang serius.

Contohnya ini dapat diperhatikan pada seorang klien yang berurusan


dengan seorang akauntan/pengaudit.

Pernah dalam satu kes seorang klien menyerahkan penyata syarikatnya yang
didalamnya terkandung butiran-butiran yang palsu. Oleh kerana hubungan
professional-klien dalam kes ini telah terbina sekian lama, professional
tersebut (Akauntan/pengaudit) tidak mengesyaki apa-apa dan menerima
penyata itu sebagai dokumen yang benar.
Setelah pengauditan lebih teliti dibuat didapati terdapat pemalsuan fakta
dalam penyata tersebut.
Ini adalah contoh bagaimana seorang klien boleh dilihat sebagai tidak
beretika.

You might also like