You are on page 1of 38

Tazkira Ramadan 6

Hari 16; Hari 17 dan Hari 18

Musbri Mohamed
DIL; ADIL ( ITM )
MBL ( UKM )

1
16. LUQMANUL HAKIM: 
MODEL TARBIYAH ISLAM

Segala puji bagi Allah s.w.t . Salam dan juga selawat buat Junjungan
Nabi Muhammad s.a.w, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.
  

Apabila sahaja menyebut soal pendidikan anak-anak secara tidak


langsung ianya akan lebih tertumpu kepada tugas dan tanggungjawab
ibu bapa. Untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang kamil
tidaklah semudah yang diperkatakan dalam buku, majalah dan juga
seminar. 

Di dalam perkara pendidikan anak-anak ini ianya lebih menekankan


persoalan keinsafan, kesedaran dan sikap tanggungjawab yang
mendalam di samping mempunyai aqidah yang kental terhadap Allah
s.w.t Justeru itu, Allah s.w.t telah merakamkan beberapa
keistimewaan yang dilakukan oleh Luqmanul Hakim sewaktu
mendidik anak.

2
Di antara nasihat Lukman kepada anaknya ialah:
 
1. Hendaklah engkau selalu berada di majlis para
ulama' dan dengarlah kata-kata para hukama
(orang yang bijaksana) kerana Allah s.w.t
menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat
sepertimana menghidupkan bumi yang mati
dengan hujan yang lebat. 
2. Janganlah engkau jadi lebih lemah daripada
seekor ayam jantan, ianya telah berkokok pada
waktu pagi hari sedangkan engkau pada ketika
itu masih terbaring di atas katilmu. 
3. Janganlah engkau menangguhkan taubat
kepada Allah s.w.t kerana mati itu akan datang
tiba-tiba. 

3
4. Dunia ini bagaikan lautan yang
dalam, banyak orang sudah
ditenggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah
taqwa sebagai kapalnya. 
5. Pukulan bapa ke atas anaknya adalah
bagaikan air menyirami tanaman. 
6. Tiga orang yang tidak dapat dikenali
melainkan pada tiga keadaan. Orang
yang lemah lembut melainkan ketika
marah, orang yang berani melainkan
ketika berperang dan saudara maramu
melainkan ketika engkau berhajat dan
memerlukan pertolongan daripadanya. 

4
7. Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan
seluruh umurmu lebih sedikit daripada itu. Manakala
umurmu yang masih berbakti lagi amat sedikit daripada
yang lebih sedikit tadi. 

AQIDAH 

Masalah aqidah adalah masalah yang paling penting


dalam kehidupan seorang muslim. Ia merupakan asas
atau tapak bagi pembangunan Islam. Dewasa ini kita
dapati banyak penyelewengan terjadi sama ada dari
segi pemikiran, perkataan mahupun tingkah laku.
Kesemuanya berpunca daripada tidak memahami
aqidah Islam secara mendalam. 

5
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: 

"Dan ingatlah sewaktu Luqman berkata kepada anaknya: "Wahai anak


kesayanganku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan
sesuatu yang lain). Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu
kezaliman yang besar.”

Surah Luqman: 31

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Luqman memulakan nasihat kepada


anaknya supaya tidak melakukan syirik kepada Allah s.w.t

Jiwa anak yang masih suci itu harus dibersihkan daripada sebarang
kerosakan dan kesesatan yang berpunca daripada syirik. Ini bererti
pendidikan tauhid mesti diajar dan ditanam ke dalam jiwa anak-anak
sejak dari kecil lagi. 

6
Kebanyakan ibu bapa hari ini tidak menekankan pelajaran tauhid
kepada anak-anak. Bukan sahaja demikian bahkan terdapat juga
di kalangan ibu bapa tidak tahu mengenai pelajaran tauhid.
Siapakah yang harus dipersalahkan sekiranya anak-anak generasi
muda mudah tergelincir keimanannya?
 
Syirik amat mudah berlaku sekiranya di dalam diri seseorang itu
tidak ditanamkan dengan aqidah untuk beriman dengan Allah s.w.t
secara kental.

Membentuk jiwa anak-anak agar sentiasa mengingati Allah s.w.t


dalam segala gerak geri dan perbuatannya adalah menjadi tugas dan
tujuan yang paling utama bagi setiap pendidikan. 

7
Hal yang demikian tidak mungkin berlaku kecuali setelah setiap
pendidik membiasakan anak-anak mengingati Allah s.w.t ketika
mereka sedang bekerja, berfikir dan mendapat sesuatu.

Ibu bapa perlu banyak mendidik anak-anak dengan membiasakan


anak-anak mereka melihat perbuatan yang baik daripada ibu bapa.

Sebagai contoh Sahal bin Abdullah menceritakan bahawa:


 
"Ketika aku berumur tiga tahun, aku sudah mulai bangun malam
dan memerhatikan bapa saudaraku solat. Tiba-tiba pada suatu hari
dia bertanya kepada aku, adakah engkau mengingati Allah s.w.t
yang menjadikan engkau? Lalu aku bertanya, bagaimana cara
mengingati-Nya?, kemudian beliau berkata kepada ku, sebutkan
dalam hatimu tiga kali ketika hendak tidur tanpa menggerakkan
lidah mu (Allah bersamaku, Allah melihatku dan Allah
menyaksikanku). 

8
Setelah beberapa kali aku melakukan, lalu disuruhkan
pula aku menyebutnya tujuh kali pada setiap malam.
Selepas itu disuruhnya pula sebelas kali sehingga aku
merasakan kemanisan bacaan itu dalam hatiku.

Setelah berlalu masa setahun, maka dia berkata


kepadaku :

"Wahai Sahal! jagalah baik-baik apa yang aku ajarkan


engkau itu dan bacalah ia hingga engkau masuk ke
dalam kubur." 

9
Katanya lagi :

"Wahai Sahal! Siapa yang mengetahui dan menyedari yang Allah s.w.t
sentiasa bersamanya, menyaksikannya, apakah boleh dia berbuat maksiat
lagi? Jauhkanlah dirimu daripada perbuatan maksiat."

Melalui proses latihan yang disebutkan di atas serta pendidikan keimanan


yang murni muncullah Sahal menjadi seorang ulama' yang terkenal. 

10
SOLAT 
  
Firman Allah s.w.t bermaksud: 

"Wahai anak kesayanganku! Dirikanlah solat."

Surah Luqman: 17

Islam memberikan keutamaan yang sangat besar kepada


solat yang tidak pernah diberikan kepada ibadat lain kerana
ia adalah tiang agama, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w
bermaksud:

"Pokok pangkal sesuatu adalah Islam, tiangnya adalah


solat dan kemuncaknya adalah jihad fi sabillillah."

Solat yang dikhendaki oleh Islam bukanlah sekadar berkata-


kata yang diucapkan oleh lidah dan pergerakan badan. 

11
Tetapi solat yang sebenar adalah yang dilakukan dengan penuh
perhatian dan tumpuan pemikiran, penuh rasa takut dalam hati
serta menzahirkan keagungan dan kebesaran Allah s.w.t, itulah
solat yang diterima oleh Allah s.w.t. 

Dari segi kejiwaan, solat memberikan ketenangan dan kekuatan


bagi jiwa seseorang.

Daripada segi kesihatan, ia mendidik seseorang supaya menjaga


kebersihan dan melatih badan agar sentiasa segar dan cergas.

Dari segi akhlak pula ia mencegah perbuatan mungkar dan


menjaga waktu manakala dan dari segi kemasyarakatan solat
mendidik persamaan dan persaudaraan. 

12
DAKWAH 
 
Adalah menjadi fardhu ain bagi setiap muslim supaya melaksanakan
tugas menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. 

Firman Allah s.w.t bermaksud:


 
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru
kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah
daripada yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung”

Surah Ali Imran: 104 

Pendidikan Luqman adalah pendidikan yang menyeluruh dan lengkap


meliputi asas-asas aqidah, ibadat, akhlak dan dakwah. Oleh sebab itulah
Allah s.w.t telah merakamkan pendidikan Luqman itu untuk dijadikan
contoh kepada umat Islam sepanjang zaman.  

13
KESEDERHANAAN  

Kesederhanaan menggambarkan
ketenangan dan kesopanan tingkah
laku.

Tenang dan sopan santun adalah buah


daripada budi pekerti mulia yang
sangat dituntut oleh Islam.

Begitu juga melembutkan suara ketika


bercakap adalah menjadi ukuran pekerti
mulia. 

14
JANGAN SOMBONG
  
Sifat takabur adalah lahir daripada perasaan bangga diri
yang merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain.

Biasanya seseorang yang takabur dikuasai oleh sifat-sifat


buruk lain seperti taksub, mudah marah, dendam dan
hasad dengki.

Sebaliknya, Islam menganjurkan tawadduk kerana ia


salah satu sifat terpuji yang amat digalakkan oleh Islam.

Kalau takabur menjadi punca pertelingkahan dan


perbalahan, maka tawaduk adalah pengikat yang
menguatkan persaudaraan, mengukuhkan perpaduan
serta melahirkan keselamatan dan ketenangan. 

15
SABAR
 
Kesabaran adalah suatu keperluan dalam usaha menegakkan
keimanan, melaksanakan amal soleh, memperjuangkan
kebenaran dan keadilan. Semuanya bukanlah suatu perkara
yang mudah. Oleh itu, ia sangat memerlukan kesabaran.
Kesabaran dalam menghadapi hawa nafsu, musuh-musuh
luar dan kesusahan lain.

Begitu juga kesabaran amat perlu dalam menempuh jalan


perjuangan yang amat panjang dan semestinya mengikuti
tahap-tahap yang teratur untuk menuju matlamat. 

16
Berbakti kepada kedua ibu bapa 

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: 

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada


kedua ibu bapanya, ibunya mengandungkan dengan
menanggung kelemahan demi kelemahan, dan tempoh
menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun.
"Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu
bapamu, kepada Ku jua tempatmu kembali."

Surah Luqman: 41 

17
Ibu bapa mempunyai kedudukan yang paling istimewa. Mereka
menduduki tempat yang kedua sesudah beriman kepada Allah s.w.t dan
Rasulullah s.a.w . Oleh kerana itu, tiada seorang pun di atas muka bumi
ini yang dapat menyamai kedua dua ibu bapa.

Berbakti kepada ibu bapa adalah wajib ke atas setiap anak dalam apa jua
keadaan sekalipun ia merupakan asas terpenting dalam pendidikan Islam.
 
Manakala menderhaka kepada kedua ibu bapa adalah berdosa besar.
Adalah mudah bagi anak-anak yang sudah biasa terdidik atas sikap
berbakti dan menghormati kedua ibu bapa untuk dididik dan diasuh
supaya menghormati jiran tetangga, guru-guru dan seterusnya
menghormati manusia seluruhnya. 

18
17. BERKAT REZEKI KERANA SEDEKAH

Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya


keberkatan, harta atau rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah
banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan
sempit dan susah meskipun banyak harta.

Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub a.s ketika sedang mandi
tiba-tiba Allah s.w.t datangkan seekor belalang emas dan hinggap
di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas
Allah s.w.t berfirman 'Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu
menjadi lebih kaya?' Nabi Ayub mejawab 'Ya benar, demi
keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu'.

Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki


yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.

19
Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah s.w.t .

1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah s.w.t . 


2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t.
3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal
4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah
sunat kepada orang miskin dan anak yatim.
5. Bersedekah kepada anak yatim atau miskin kalau boleh setiap hari.
(cari anak-anak yatim untuk diberikan). Insyallah akan diganti oleh Allah
s.w.t tanpa kita sedari.
6. Ikhlaskan pemberian dan sedekah hanya kepada Allah s.w.t bukan
mengharapkan pujian dan sebagainya seolah pemberian tangan kanan
tanpa diketahui tangan kiri. Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri
dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh.
Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada
hak mereka.

20
7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib
(zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.
8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas
dalam ayat Quran Ali Imran ayat 92
9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk
akhirat - bukan dunia untuk dunia)
10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui
jualbeli (perniagaan). Menurut Nabi s.a.w bahawa 9 per 10 (90%)
daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan
gaji mungkin 1 per 10 sahaja (10%). Nabi Muhammad s.a.w sendiri
sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang
jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan
bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak.

Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang


Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak
ada menjalankan aktiviti ini maka seluruh umat Islam adalah berdosa.

21
11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami. 
Dalam satu hadis Nabi Muhammad s.a.w menerangkan setiap
awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru
kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru 'Ya Tuhanku,
kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan
hartanya kerana Allah s.w.t . Yang satu lagi menyeru
'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)’.

22
Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya
untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan
(belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya
menahannya adalah celaka.

Dalam hadis lain Nabi Muhammad s.a.w bersabda


takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji
tamar. Dan sabdanya lagi sedekah itu penghapus
dosa sebagaimana air memadam api.

Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga


di sisi Allah s.w.t . Dan digalakkan memberi
sedekah pada awal pagi.

23
Sekiranya dapat diamalkan perkara-
perkara di atas, insyallah rezeki yang
dikurniakan oleh Allah s.w.t akan
kekal walaupun telah digunakan.

Allah s.w.t akan membalas atau


menggantikan apa yang telah
dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada,
nanti Allah s.w.t akan menambahkan
ilmu lagi. Begitu juga harta -
belanjakan harta yang ada, Allah s.w.t
akan tambahkan lagi dari sumber yang
kita tidak ketahui.

Sekian, wallahualam. Semua yang


baik datang daripada Allah s.w.t dan
yang buruk dari kesilapan sendiri. 

24
Hari 18

Agama larang aniaya dan ganas sesama manusia. Solat didik


ummah bina peribadi mulia agar tingkat disiplin hidup serta
utamakan persaudaraan.

Ternyata kecurigaan kepada Barat yang berupaya menghancur,


membinasa, atau setidak-tidaknya mengkucar-kacirkan
perpaduan musuhnya tidak hanya dirasakan umat Islam. Ia juga
berlaku terhadap komuniti Kristian yang beranggapan Eropah
(baca: Barat) menginginkan pemusnahan sesetengah mereka
supaya dapat kekal menjajah.

25
Biskop Francisco Chimoio di Maputo, Mozambique pada 28
September 2009 lalu mendakwa bahawa Eropah sengaja
memberi rakyat Afrika kondom ber-HIV, virus penyebab
Aids kerana dengan cara itu rakyat Afrika boleh
dimusnahkan dan mereka akan kekal menjajah benua Afrika.

Beliau berkata: "Jika kita tidak waspada, dalam satu abad lagi
kita akan musnah," seperti diberitakan salah satu akhbar
utama Mozambique, Trouw, 29 September 2007.

Pada masa kini, ada 3,000,000 daripada 19,000,000 rakyat


Mozambique menghidap Aids.

26
Chimoio juga mendakwa ubat-ubatan dari Eropah
untuk pesakit Aids juga mengandungi HIV sehingga
pesakit bukan bertambah sembuh malah semakin parah.

Biskop itu seperti dilaporkan detikcom, berkata cara


paling berkesan dan aman untuk menghindari Aids
adalah dengan mengendalikan diri untuk tidak
melakukan seks bebas.

Gereja Katholik Rom juga secara rasmi melarang


penggunaan kondom walaupun untuk alasan
pencegahan Aids.

27
Ternyata musuh agama adalah ketamakan segelintir manusia yang
diinspirasi oleh godaan syaitan yang ingin menyesatkan dan
memalingkan mereka daripada jalan Allah s.w.t. Musuh agama
adalah sifat mazmumah (tercela) yang menguasai segelintir
manusia sehingga mereka tertutup hati untuk menerima kebenaran.

Allah s.w.t berfirman maksudnya:

"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh


daripada syaitan manusia dan jin, sesetengahnya membisikkan
kepada sesetengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah
susunannya untuk memperdaya pendengarannya. Dan jika
Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh
itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari
perbuatan yang kufur dan dusta) itu."

Surah al-An'am: 112

28
Menyedari hakikat seperti inilah beberapa cendekiawan
dan tokoh Islam dunia telah mengirimkan surat terbuka
kepada pemimpin agama Kristian dunia di mana pada
senarai atasnya adalah Pope Benedict XVI yang pernah
mencederakan hati umat Islam tahun lalu dengan
kutipannya yang menyifatkan agama Islam sebagai
agama pengganas dan semua perkara buruk berpunca
daripadanya.

Surat terbuka itu bertepatan dengan dianjurkannya


perjumpaan ketua agama sedunia di Napoli, Itali.

29
Surat terbuka khas ditujukan kepada pemimpin agama Kristian dan tidak
termasuk pemimpin agama Yahudi dan musyrik adalah salah satu pendekatan
yang sudah semestinya dilakukan umat Islam. Dan ia dikhaskan kepada
mereka kerana, seperti dalam al-Quran disebutkan maksudnya:

"Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang


keras sekali permusuhannya kepada orang yang beriman ialah orang Yahudi
dan orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang yang
dekat sekali kasih mesranya kepada orang yang beriman ialah orang yang
berkata: "Bahawa kami ini ialah orang Nasrani". Yang demikian itu,
disebabkan ada di antara mereka pendita dan ahli ibadat, dan kerana mereka
pula tidak berlaku sombong."

Surah al-Maidah: 82

Surat terbuka itu dikirimkan kepada mereka dengan harapan mereka semua
adalah pendita dan ahli ibadat yang tidak berlaku sombong. Dan demikian
boleh diketepikan anggapan bahawa agama Islam adalah agama kekerasan.

30
Dalam surat yang berjumlah 22 muka surat dan ditandatangani beberapa tokoh
Umat Islam termasuk tokoh dari Nigeria, Ibrahim Gambari, Utusan Khas PBB
untuk menyelesaikan masalah Myanmar itu dan namanya selalu disebut akhir-
akhir ini di rantau Asean, diingatkan mengenai satu Kalimah yang bersamaan
antara Islam dan Kristian.

Ia disebutkan dalam al-Quran maksudnya:

"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu


Kalimah yang bersamaan antara kami dan kamu, iaitu kita semua tidak
menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengan-Nya sesuatu jua
pun; dan jangan pula sebahagian daripada kita mengambil akan sebahagian yang
lain untuk dijadikan orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain daripada
Allah".

Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka
katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami
adalah orang Islam."

Surah Ali 'Imran: 64

31
Di samping itu, surat terbuka juga mengandungi
perkara kecintaan kepada Allah s.w.t dan
kecintaan kepada jiran yang ada disebutkan
dalam kedua-dua kitab suci dua agama dunia
itu.

Umat Islam pada masa kini berada dalam kursi


dakwaan dalam satu persidangan mahkamah
masyarakat dunia yang prejudis dan tidak adil.
Mereka dituduh pengganas, penyebar
permusuhan, penghalang kemajuan dan tuduhan
liar lain yang tidak berasas sama sekali
sedangkan ajaran al-Quran sangat jauh daripada
tuduhan semua berkenaan.

32
Dalam solat di mana ia adalah tonggak agama Islam, sebagai contoh, umat
Islam diperintahkan solat lima kali sehari semalam. Hasssan al-Banna
dalam menjelaskan solat secara sosial, selepas beliau menjelaskan
pengaruh solat secara rohani berkata: "Pengaruh solat tidak berhenti pada
batas peribadi, tetapi solat itu sebagaimana disebutkan sifatnya oleh Islam
dengan pelbagai aktivitinya yang zahir dan hakikatnya yang bersifat batin
merupakan minhaj yang kamil (sempurna) untuk mentarbiyah umat yang
sempurna pula."

Solat itu dengan gerakan tubuh dan waktunya yang teratur sangat
bermanfaat untuk tubuh, sekali gus ia merupakan ibadat ruhiyah. Zikir,
tilawah dan doanya sangat baik untuk pembersihan jiwa dan melunakkan
perasaan. Solat dengan disyaratkan membaca al-Fatihah, manakala al-
Quran menjadi kurikulum Tsaqafah Islamiyah yang sempurna memberikan
bekal pada akal dan fikiran dengan pelbagai hakikat ilmu pengetahuan,
sehingga orang yang melakukan solat dengan baik akan sihat tubuhnya,
lembut perasaannya dan akalnya . Maka kesempurnaan manakah dalam
pendidikan manusia secara individu setelah ini?

33
Kemudian solat itu dengan digalakkannya
secara berjemaah, maka akan dapat
mengumpulkan umat lima kali setiap hari
dan sekali dalam satu minggu dalam solat
Jumaat di atas nilai sosial yang baik, seperti
ketaatan, kedisiplinan, rasa cinta dan
persaudaraan serta persamaan darjat di
hadapan Allah yang Maha Tinggi dan
Besar.

Maka kesempurnaan yang manakah dalam


masyarakat yang lebih sempurna daripada
masyarakat yang tegak di atas landasan
berkenaan dan dikuatkan di atas nilai yang
mulia?

34
Sesungguhnya solat dalam Islam adalah saranan tarbiyah yang
sempurna bagi individu dan pembinaan bagi membangun umat
yang kuat. Dan sungguh telah terlintas dalam benak, kata Prof
Yusuf al-Qaradawi, ketika menjelaskan prinsip kemasyarakatan
saat ini bahawa solat yang tegak dan sempurna itu boleh membawa
kesan kebaikan bagi pelakunya dan mampu membuang sifat buruk
yang ada.

Solat mengambil daripada 'Komunisme' makna persamaan hak dan


persaudaraan iaitu dengan mengumpulkan manusia dalam satu
tempat yang tidak ada yang memiliki kecuali Allah s.w.t iaitu
masjid; dan solat telah mengambil dari 'kediktatoran' makna
kedisplinan dan semangat iaitu dengan adanya keiltizaman untuk
berjemaah mengikuti imam dalam setiap gerak dan diamnya, dan
barang siapa yang menyendiri, maka dia akan menyendiri dalam
neraka. Solat juga mengambil dari 'Demokrasi' suatu bentuk
nasihat, musyawarah dan wajibnya mengembalikan imam ke arah
kebenaran apabila dia salah dalam keadaan apa pun.

35
Dan solat boleh membuang segala sesuatu yang buruk yang melekat pada
semua ideologi di atas seperti kekacauan komunisme, penindasan
diktaktorisme, kebebasan tanpa batas demokrasi, sehingga solat adalah
minuman yang siap diteguk dari kebaikan yang tidak keruh di dalamnya
dan tidak ada kekeruhan.

Kerana itu semua, masyarakat Islam pada masa salafus salih sangat
memperhatikan masalah solat, sampai mereka menempatkan solat itu
sebagai 'mizan' atau standard, yang dengan neraca itu ditimbanglah kadar
kebaikan seseorang dan diukur kedudukan dan darjatnya. Jika mereka
ingin mengetahui agama seseorang sejauh mana istiqamahnya maka
mereka bertanya tentang solatnya dan sejauh mana ia memelihara
solatnya, bagaimana ia melakukan dengan baik. Ini sesuai dengan hadis
Rasulullah s.a.w bermaksud: "Apabila kamu melihat seseorang
membiasakan diri ke masjid, maka saksikanlah untuknya dengan iman."
Hadis riwayat al-Tirmizi

36
Demikian pula kita imani bahawa Islam sentiasa menonjolkan unsur
yang berkebajikan dan bermanfaat bagi seluruh manusia yang
dilaksanakan dalam suasana aman, sejahtera, dan saling hormat-
menghormati. Ini adalah kerana umat Islam diarahkan untuk
mengamalkan nilai terpuji seperti istiqamah, sabar, suka memberi maaf,
amanah, bercakap benar, menepati janji, suka menolong dalam perkara-
perkara kebajikan, murah hati, malu, dan ikhlas.

37
Dengan seruan kepada semua agama seperti diperintahkan al-Quran dan
dilaksanakan oleh pihak berkepentingan dalam menyebarkan perdamaian,
keamanan dan persaudaraan sesama manusia di dunia, maka Insyallah akan
terhakis sedikit demi sedikit anggapan yang mengatakan bahawa agama Islam
adalah punca keganasan, perpecahan dan perseteruan antara umat manusia.

Bagi umat Islam, Islam adalah rahmat bagi seru sekalian alam seperti
ditegaskan di dalam al-Quran maksudnya:

"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan


untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

Surah al-Anbiya': 107

Bertemu lagi di Takzira di Hari 19, Hari 20 dan


Hari 21

Musbri Mohamed
2010 

38

You might also like