You are on page 1of 8

JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 2000/2001 JILID 2: BIL.

ANALISIS READER RESPONSE DALAM KESUSASTERAAN


MELAYU

Oleh

Naffi Mat

Jabatan Ilmu Pendidikan


Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa
Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Abstrak

Ilmu sastera mampu melahirkan generasi yang padu dengan kehendak


maklamat pendidikan Kesusasteraan Melayu. Generasi pelajar terutamanya
dapat menghayati aspek kehidupan manusia dari pelbagai sudut budaya dan
periode. Justeru, Kaedah Reader Response yang didasarkan dari Teori Sosio-
Cultural oleh Leo Vygolsky dapat melibatkan generasi pelajar secara aktif
untuk mengemukakan idea-idea yang mantap dan seterusnya membuat
interpretasi. Aktiviti yang dilaksanakan secara kumpulan dapat memberi
peluang kepada pelajar untuk memahami sesuatu teks disamping
merangsangkan keseronokan, sekaligus dapat melahirkan generasi pelajar
berfikiran kritis dan kreatif

1.0 Pengenalan

Matlamat Pendidikan Kesusasteraan Melayu adalah untuk


membolehkan pelajar-pelajar menjiwai unsur-unsur dan nilai-
nilai murni dari segi kerohanian, keimanan, kemasyarakatan,
kebudayaan dan kewarganegaraan, menanam rasa bangga
dan cinta akan tanah air dalam satu wawasan kebudayaan
yang dihasratkan dan menimbangkan perlakuan dan sahsiah
yang berkesan sebagai anggota masyarakat. Pendidikan
Kesusasteraan Melayu juga bertujuan menghargai, mencintai
dan membanggakan bahasa dan kesusasteraan dengan berfikir
secara analitis, kritis dan kreatif dan memupuk perubahan cita
rasa sastera.
(Kem. Pendidikan Malaysia, 1991:1)

8
JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 2000/2001 JILID 2: BIL. 4

Bertolak dari hasrat inilah pengajaran kesusasteraan Melayu tidak harus di


pandang ringan. Subjek sastera itu sendiri juga tidak seharusnya dianggap
sebagai subjek `second class’, kerana dalam membentuk generasi yang bersifat
seimbang dan holistik, yang berminda saintifik dan berjiwa mapan, peranan
sastera sebagai pengasuh etik dan nilai tidak mungkin kita pinggirkan. Darwin
sendiri (dalam autobiografi yang di petik oleh Hoggart, 1968:235), melahirkan
kekesalannya kerana menafikan aspek “emosi” ini:

My mind seems to have become a kind of machine for grinding


general laws out of large collection of facts … if I had to live
my life again, I would have made a rule to read some poetry
and listen to some music at least once every week; for perhaps
the parts of my brain now atrophied would thus have been kept
alive through use. The lose of this taste is a loss of happiness,
and may possibly be injurious to the intellect, and more
probably to the moral character, by enfeebling the emotional
part of our nature.

Jelas ilmu sastera sebagai “dunia nilai-nilai” yang bersabit dengan keunggulan
moral dan sifat-sifat kemanusiaan yang terpuji mampu melahirkan generasi
yang padu, bukan setakat manusia serpihan yang perkembangan dirinya
disempitkan oleh keperluan utilitarian atau kebendaan semata-mata.

Malah pada zaman primitif, sastera lebih penting daripada alat (tool). Mantera
yang di cipta mampu menundukkan atau melemahkan musuh (manusia,
binatang hatta kuasa ghaib). Penghayatan kepada unsur sastera ini mempunyai
fungsi yang pragmatik dan lebih ekonomikal sifatnya daripada alat atau
senjata, kerana menjimatkan tenaga.

Karya sastera membicarakan semua aspek kehidupan manusia –politik, moral,


falsafah, agama, sosiologi dan sejarah. Sastera membuka ruang pengalaman
dengan menyediakan pengalaman-pengalaman manusia dari pelbagai budaya
dan pelbagai zaman. Setiap karya sastera akan menambah pengalaman
individu, seolah-olah mengalami segala yang dialami oleh watak-watak dalam
dunia cereka yang dibacanya, di samping mengalami juga pengalaman
pengarangnya. Ini ditegaskan oleh Hoggart (1968:226):

9
JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 2000/2001 JILID 2: BIL. 4

Without the full literary witness, a student of society will be


blind to the fullness of a society’s life.

Lantaran itu hasil karya sastera harus dapat dinikmati dan dihayati oleh
pembaca agar interaksi antara karya dengan pembaca akan membawa makna
kepada kehidupan setelah diadun dengan pengetahuan serta pengalaman sedia
ada pada khalayak sastera.

2.0 Kepentingan Reader Response Dalam Kesusasteraan Melayu

Dengan sifat dan ciri-ciri yang istimewa dan tersendiri, kesusasteraan boleh
menjadi subjek yang penting dan bermanfaat dalam sistem pendidikan negara
serta juga dalam membentuk peribadi manusia. Dalam mencapai hasrat ini,
pelbagai kaedah mengajar kesusasteraan dapat diaplikasikan. Salah satu
daripada kaedah itu ialah kaedah Reader Response yang didasarkan daripada
teori Sosio-Cultural oleh Leo Vygolsky. Kaedah ini menekankan kepada
interaksi dan transaksi (transaction) antara teks dengan pembaca. Melalui
kaedah ini pelajar tidak hanya bergantung kepada teks semata-mata tetapi
menggunakan pengetahuan serta pengalaman yang ada pada diri mereka untuk
membina makna tentang teks yang dibaca. Mengikut Rossenblatt (1989:157),
makna yang dicipta oleh pembaca:

…does not reside ready-made in the text or in the reader; it


happens during the transaction between reader and text.

Transaksi (transaction) ini berlaku semasa seseorang itu membaca dan


berbincang tentang teks tersebut. Masing-masing akan menyumbangkan
pengalaman peribadi dan juga menimbulkan reaksi terhadap idea yang
dinyatakan oleh pengarang. Dalam proses ini pembaca akan menerbitkan
pemahaman serta interpretasi sendiri tentang teks yang telah di baca itu.
Menurut Kiefer (1988:264), tindak balas estetika ini dapat di perluaskan di
kalangan kanak-kanak sekiranya teks berkenaan disertakan dengan ilustrasi
kerana tindak balas estetika bukan sahaja melibatkan interpretasi visual tetapi
juga interpretasi pengarang.

10
JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 2000/2001 JILID 2: BIL. 4

… as children communicate with and about picture books they


seem to develop a growing awareness of aesthetic factors and
of the artist’s role in choosing these factors to express
meaning.

Keberkesanan sesuatu pembacaan bukan setakat melihatnya sebagai suatu


proses yang aktif, tetapi juga harus melibatkan proses interaktif. Kejayaan
sesuatu pembacaan memerlukan seseorang pembaca berinteraksi dengan teks
dengan menggunakan pengetahuan dan pengalaman mereka untuk memahami
mesej yang hendak disampaikan oleh pengarang. Menurut Christine Nuttall
(1982:10):

If the writer is careless, his message may be impossible to


recover; if he makes demands that the reader cannot fulfil, the
message will not be received, even though to another reader it
might be clear. If the reader in his side is careless or idle, the
result is similar; an incomplete interpretation or a distorted
one. On both sides, lack of shared assumptions is likely to be
the worst problem, because it is not always recognized.

Melalui kaedah Reader Response pelajar akan di latih bekerja dalam


kumpulan-kumpulan kecil. Idea-idea yang disumbangan oleh setiap individu
akan di ambil kira untuk mendapatkan satu kejituan makna tentang teks yang
di baca. Ini juga bermakna pelajar mempunyai peluang yang lebih untuk
`menangkap’ maksud pengarang.

Regle Routman (1991), dalam kajiannya mendapati bahawa ramai guru yang
mengajar sastera mendengar rungutan pelajar yang bosan berkenaan buku
sastera yang dipelajari. Perasaan yang sama juga di rasai oleh para guru.
Setelah beberapa tahun barulah di sedari bahawa proses pengajaran sastera
secara bijak perlu di ambil, melalui pendekatan baru kerana selama ini para
guru dibekalkan manual pengajaran yang berpusatkan kepada arahan guru.
Pembaharuan dilakukan. Guru tidak lagi terikat kepada manual dan arahan
buku panduan guru yang kadangkala memakan masa yang lebih lama untuk
dibaca daripada teks itu sendiri. Pelajar juga di bahagikan kepada kumpulan
yang heterogenous dari segi tahap kebolehan. Perbincangan secara kelas di
tukar kepada perbincangan dalam kumpulan-kumpulan kecil. Asasnya dengan
menggunakan sebuah buku teks sastera, kemudian dengan keyakinan dan

11
JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 2000/2001 JILID 2: BIL. 4

faktor masa, ramai yang mula menggunakan beberapa buah buku serentak.
Guru pula sudah tidak lagi risau tentang gerak kerja aktiviti sebaliknya
menumpu kepada menggunakan pemikiran kritikal dan kritis di kalangan
pelajarnya. Setelah pengetahuan dan pemahaman bahasa berkembang, mereka
dapati aktiviti berkaitan buku sastera secara semula jadi menarik perhatian
mereka.

Sementara itu Susan Hepler (dlm. Regle Routman, 1991:84), menyarankan


bahawa dalam membuat panduan yang bermakna soalan dan aktiviti yang
disediakan perlu merangsang keseronokan pembaca untuk mengulangi
pembacaan teks sastera. Masa yang digunakan untuk membaca perlu sejajar
dengan usaha, pembaca pula perlu dilibatkan secara aktif dan mengikut
maksud sebenar teks tersebut.

Kenyataan Susan ini sesuai dengan salah satu peranan pembelajaran sastera
iaitu untuk memandu pelajar untuk berhibur, mentafsir dan menilai kehidupan
dan fenomenanya, justeru sesuatu bahan yang boleh menghiburkan pelajar
dapat menggalakkan dan merangsang pelajar menghayati bahan tersebut, dan
dalam aspek ini sudah tentu bahan yang dimaksudkan ialah bahan sastera.

Karya sastera mungkin tidak menyampaikan pernyataan melalui hujah yang


`discursive’ dan analitikal, namun penghayatannya memang boleh mendidik
pelajar untuk berfikiran kritis dan kreatif. Melalui Reader Response, interaksi
pembaca dengan teks akan terjamin. Pembaca akan menghayati kandungan
teks dengan mengaitkannya dengan pengalaman serta pengetahuan sedia ada.
Unsur kekritisan akan timbul kerana penghayatan sastera memerlukan
penilaian dan penaakulan. Sementera itu unsur kekreatifan pula muncul kerana
pembaca terpaksa membina semula dunia makna, dunia nilai dan dunia ilmu
yang tersurat dan tersirat di dalam teks.

Eisner (1994), berpendapat bahawa jika kita mahu membimbing pelajar untuk
berfikir secara bercapah, maka kita mesti mewujudkan situasi pembelajaran di
mana pelajar-pelajar boleh menginterpretasi pengalaman pembelajaran. Ini
boleh dilakukan melalui tindak balas estetika dan pendedahan kesusasteraan
kepada pelajar-pelajar. Beliau menjelaskan:

12
JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 2000/2001 JILID 2: BIL. 4

What the arts make possible – indeed, what they tend to elicit
from those who use them – is an invitation to invent novel ways
to combine elements … thus it is not surprising that the arts
should be commonly regarded as providing optimal
opportunity for personal expression for cultivating creativity
and for encouraging individuality.

(Eisner, 1994:57)

Kesusasteraan seperti yang dikatakan terdahulu, membiarkan hampir semua


aspek manusia dan alam. Setiap karya sastera membawa mesej, biasanya
tentang pelbagai perkara. Dengan demikian, lebih banyak seseorang itu
membaca hasil kesusasteraan maka lebih banyak dan lebih baik pengetahuan
yang diperoleh. Lebih penting lagi daripada pengetahuan ini ialah kesedaran
para pelajar terhadap hakikat daripada kehidupan.

Interaksi yang berlaku dalam kaedah Reader Response tentunya akan


menimbulkan kesedaran tentang kesusasteraan dan sosial. Rasa ingin tahu
terhadap sesuatu fenomena kehidupan seperti kesengsaraan, kemusnahan serta
penderitaan dapat disuburkan dalam jiwa pembaca sastera. Malah melalui
interaksi ini juga pembaca di bawa menjelajah ke zaman lampau untuk merasa
dan memahami pengalaman-pengalaman unik di luar lingkungannya seperti
melalui pengembaraan dan keajaiban yang memerlukan kesanggupan dan
ketabahan dalam menghadapi segala cabaran dan rintangan. Melalui interaksi
ini juga pelajar akan mendapat penjelasan tentang makna `keindahan’ dan
`inspirasi’ melalui peristiwa atau kisah-kisah yang dinukilkan dalam teks
sastera. Misalnya melalui kisah `Anak Bapa’, dikisahkan tentang seorang
kanak-kanak yang dibesarkan dalam lingkungan bangsawan istana yang penuh
dengan kemewahan dan darjat tetapi terhimpit kehidupannya tetapi bebas
jiwanya. Demikian interaksi dapat menemukan pembacaan akan maksud yang
tersirat dan tersurat dalam sesuatu teks yang di baca, lantas mengheret
pembaca lebih sensitif terhadap kemanusiaan dan alam.

13
JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 2000/2001 JILID 2: BIL. 4

3.0 Kesimpulan

Pengajaran sastera tidak harus di anggup enteng. Guru sastera harus tidak lupa
menanamkan semangat kental peri pentingnya sastera sehingga dapat
mewarnai kehidupan selain ekonomi, matematik, sains dan sebagainya.
Menurut Siti Hawa Salleh (1994),

Walaupun ada sarjana yang menganggap sastera dan ilmu


sastera menghadapi kehancuran kerana pengajaian sains dan
teknologi lebih diutamakan, sebenaran sastera dan ilmu
sastera tetap kekal selagi manusia terus berusaha mencari
kebenaran. Manusia pasti terus mencari kebenarannya sendiri
dengan melihat ke dalam budayanya dan alat pemancaran
budayanya iaitu sastera.

Namun demikian peranan guru dalam menerapkan pengajaran sastera juga


memainkan peranan yang penting. Kaedah yang digunakan untuk
menyampaikan pengajaran sastera harus meninggalkan kesan kepada para
pelajar.

Reader Response merupakan satu alternatif dalam pengajaran sastera yang


dapat mendekatkan pelajar pada subjek ini di samping pelajar dapat
menghayati teks-teks yang di baca. Melalui kaedah interaksi antara pelajar
dengan teks ini akan dapat menimbulkan kesedaran pada diri pelajar tentang
manusia dan kemanusiaan. Pelajar di bawa menjelajahi dan menginterpretasi
teks dan dunia secara meluas yang bermula daripada pengalaman sendiri untuk
meneroka pengalaman luar hidupnya melalui hubungan masyarakat dan
budaya juga mengait dan menghubungkan pengetahuan dan pengalaman
dengan perkara yang mereka pelajari.

Sastera merupakan cerminan masyarakat. Jika pelajar tidak dapat melahirkan


pendapat tentang sastera, maka tidak akan tergambarlah keadaan
masyarakatnya.

14
JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 2000/2001 JILID 2: BIL. 4

BIBLIOGRAFI

Eisner, E.W. (1994). Cognition and Curriculum Reconsidered. New York:


Teacher College Press.
Hoggart, R. (1968). Literature and Society dlm. Norman Mackenzie, A Guide
to the Social Science. London: Weidenfeld and Nicholson.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1991). Huraian Sukatan Pelajaran
Tingkatan Empat. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kiefer, B. (1988). Picture Books as Contexts for Literacy, Aesthetic, and Real
World Understanding. Language Arts.
Nuttal, C. (1982). Teaching Reading Skills in a Foreign Language. Oxford:
Heinemann.
Regle Routman. (1991). Invitation: Changing As Teachers and Learners K-12.
Portsmouth: Heinemann.
Rossenblatt, L. (1989). Writing and Reading: The Transactional Theory in J.
Mason (Ed), Reading and Writing Connection. Boston: Allyn and
Bacon.
Siti Hawa Haji Salleh. (1996). `Bagai Kuah Tumpah ke Nasi: Pengajaran
Sastera Di Pusat Pengajian Tinggi’ dlm. Othman Puteh (Peny.).
Pengajaran Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

15

You might also like