You are on page 1of 24

JABATAN PELAJARAN WILAYAH PERSEKUTUAN

KUALA LUMPUR

PUP : SATU ALAT BANTU UNTUK MENENTUKAN IMEJ

SUATU TITIK DALAM PUTARAN

Oleh:

Pn. Latifah bt. Hj. Arshad


SMK Convent Sentul
51000 Kuala Lumpur
Isi Kandungan Muka Surat

Penghargaan i
Abstrak ii
1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lalu ………………………… 1
2.0 Fokus Kajian/Isu Keperihatinan ………………................................... 2
3.0 Objektif Kajian ……………………………………………………………. 3
3.1 Objektif Am …………………………………………………… 3
3.2 Objektif Khusus ………………………………………………… 3
4.0 Kumpulan Sasaran ………………………………………………………. 3
5.0 Perlaksanaan Kajian ……………………………………………………. 4
5.1 Tinjauan Awal Masalah………………………………………… 4
5.1.1 Tinjauan Awal Masalah ……………………………. 4
5.1.2 Analisisi Tinjauan Awal Masalah ………………….. 4
5.2 Ujian Pra …………………………………………. 5
5.2.1 Analisis Ujian Pra 6
5.3 Tindakan yang Dijalankan ……………………………………… 6
5.3.1 Penggunaan Alat Bantu “PUP” …………………… 7
5.3.2 Refleksi Penggunaan Alat Bantu “PUP” ………….. 10
5.4 Ujian Pos ……………………………………………………. 10
5.4.1 Ujian Pos 1 ……………………………………………. 10
5.4.2 Analisis Ujian Pos 1 ………………………………….. 10
5.4.3 Ujian Pos 2 …………………………………………… 11
5.4.4 Analisis Ujian Pos 2 …………………………………. 11
5.5 Soal Selidik …………………………………………………… 12
5.5.1 Borang Soal Selidik 12
5.5.2 Analisis Borang Soal Selidik ………………… 12
5.6 Perlaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian/ Penilaian …………. 13
5.7 Refleksi Kajian ………………………………………………… 14
5.7.1 Penilaian Pencapaian murid …………………………... 14
5.7.2 Perubahan Sikap Murid dan Saya Sendiri ……………… 15
6.0 Cadangan Kajian Selanjutnya …………………………………………… 16
Bibliografi
Lampiran
PENGHARGAAN

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Pertamanya, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T. kerana

dengan izinnya dapat saya melaksanakan dan menyempurnakan laporan kajian ini.

Saya telah mendapat bantuan dan sokongan yang tidak ternilai budinya dari pelbagai

pihak sehingga terhasilnya kertas kajian ini. Atas kesempatan ini, saya ingin merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada individu-individu yang telah memberi

bimbingan dan kerjasama dalam manjayakan kajian ini.

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Unit Kurikulum, JPWP yang telah

membantu dalam menggariskan panduan, pembimbing dan nasihat dari peringkat permulaan

kajian sehingga laporan ini disiapkan

Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Pn . Mystrical Rose , selaku

Pengetua, Pn. Noor Aini Jaafar (PK1), SMK Convent Sentul kerana telah memberi

kepercayaan, kerjasama, bantuan dan sokongan semasa kajian ini dijalankan. Tidak lupa

kepada subjek kajian, pelajar-pelajar dari kelas 5D yang telah memberikan kerjasama yang

sepenuhnya sepanjang saya melaksanakan kajian ini.

Akhir sekali, penghargaan yang tidak ternilai kepada keluarga tersayang yang banyak

memberi dorongan serta sumber inspirasi untuk menyiapkan kajian ini.

-i-
ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk membantu meningkatkan kemahiran dan mengatasi masalah murid
tingkatan 5 dalam menentukan imej suatu titik di bawah putaran. Seramai 26 orang pelajar
dari tingkatan 5 Dahlia yang mempunyai tahap pencapaian sederhana dan lemah telah terlibat
dalam kajian ini. Tinjauan awal masalah dilakukan bermula dengan pemeriksaan kerja bertulis
murid, analisis kertas peperiksaan akhir tahun serta ujian bulanan, temu bual dan diikuti dengan
ujian-pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak dapat menentukan titik imej di bawah suatu
putaran disebabkan mereka tidak tahu menentukan titik objek dan pusat putaran. Mereka juga
tidak tahu saiz sudut 90º dan diikuti dengan arah putaran sama ada arah ikut jam atau arah
lawan jam. Perancangan tindakan difokuskan kepada membantu murid untuk menentukan imej
suatu titik atau objek di bawah suatu putaran. Empat sesi pengajaran dan pembelajaran (35 –
40 minit) telah dijalankan selama 2 minggu dan murid telah didedahkan dengan penggunaan alat
bantu “PUP“ ( Protektor Untuk Putaran). Alat bantu ini direka khas untuk membantu pelajar
menentukan titik imej di bawah suatu putaran. Keputusan dalam ujian pos 1 dan pos 2 telah
menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan soal selidik juga menunjukkan murid merasa
seronok dan dapat mengingat langkah-langkah untuk mencari suatu imej atau objek di bawah
suatu putaran.

-ii-
1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang lalu.

Sepanjang pengalaman saya mengajar matematik, tajuk yang berkaitan dengan


Penjelmaan adalah satu tajuk yang sangat sukar difahami oleh murid. Tajuk ini
termasuk dalam sukatan pelajaran tingkatan lima dan di peringkat SPM soalan
termasuk dalam Kertas 1 dan kertas 2 bahagian B dengan peruntukan 12
markah. Di antara subtopik yang mesti dipelajari oleh murid ialah penjelmaan
yang melibatkan Putaran.

Terlalu sukar bagi murid untuk menentukan imej sesuatu titik jika penjelmaan
yang terlibat ialah putaran. Ini dapat dibuktikan dari pemeriksaan buku latihan
murid dan ditambah pula dengan analisis daripada kertas jawapan dalam ujian
bulanan dan ujian diagnostik peringkat sekolah, lebih kurang 90% murid yang
langsung tidak dapat menjawab soalan ini. Daripada analisis yang dibuat,
didapati murid tidak dapat menjawab soalan ini disebabkan oleh :-
i) mereka tidak tahu menandakan pusat putaran, dan titik objek di atas
koordinat cartesan
ii) mereka tidak tahu untuk melakukan putaran suatu titik atau objek yang
diberi dibawah suatu putaran 90º , 180º atau 270º.
iii) mereka tidak pasti/tahu arah putaran sama ada ikut jam atau lawan arah
jam.

Dengan itu, mereka tidak dapat menentukan imej bagi suatu titik atau objek
yang dinyatakan dalam soalan. Akibatnya soalan yang berikutnya tidak dapat
dijawab oleh murid atau jika murid menjawab, jawapan yang salah diberikan

Apabila ditanya mengapa kamu tidak menjawab soalan berkaitan penjelmaan,


jawapan yang diberikan adalah `......tak tahu macam mana nak buat .....,
macam mana nak putarkan titik ikut jam atau lawan jam .....` , tak tahu nak
tandakan titik, tajuk ini susah dan membosankan, Saya pula selalu
menjawab `...... Macam nipun tak tau buat.... senang aje... ikut macam mana
saya tunjukkan tadi... kan saya dah ajar tajuk ini...` tanpa menghiraukan
masalah sebenar mereka. Bagi saya murid terlalu bergantung kepada guru untuk
menunjukkan jalan penyelesaian. Mereka tidak ingin mencuba sendiri. Pun
begitu, saya tidak boleh menyalahkan mereka sepenuhnya. Mungkin
pengajaran saya tidak dapat menarik perhatian murid dan alat bantu mengajar
yang saya gunakan tidak dapat membuat mereka memahami konsep yang diajar
sepenuhnya.

Dengan rasa kesedaran dan keinsafan dalam diri, saya mengambiI keputusan
untuk membuat kajian tindakan bagi memperbaiki kelemahan diri serta
mempertingkatkan pembelajaran murid dengan memperkenalkan satu alat bantu
mengajar yang dinamakan `PUP’- Protektor Untuk Putaran. Dengan adanya alat
ini diharapkan dapat diterima pakai oleh warga pendidik yang mengajar
matematik serta membantu murid menyelesaikan masalah yang berkaitan
dengan putaran.

2.0 Fokus Kajian.

Kajian yang akan saya laksanakan adalah berfokus dalam meningkatkan


kemahiran pelajar untuk menentukan imej bagi suatu titik atau objek di bawah
satu penjelmaan iaitu putaran. Selain dari itu, masalah yang menjurus dan
berkait rapat dengan cara untuk menentukan imej suatu titik atau objek juga
diambilkira . Di antaranya ialah :
i) menentukan saiz sudut 90º, 180º dan 270º
ii) menandakan titik dan pusat putaran di atas sistem koordinat cartesan.
iii) menentukan imej titik di bawah suatu putaran
iv) menentukan imej objek di bawah satu putaran

Keadaan ini dijangka akan berlarutan jika tidak ditangani dengan segera dan
akan ujud satu tanggapan bahawa tajuk penjelmaan yang melibatkan putaran
susah dan murid tidak berminat lagi untuk mempelajarinya. Saya berusaha
untuk membina satu alat bantu mengajar khusus untuk menentukan koordinat
imej dengan mengabungjalinkan antara dua warna merah dan hijau. Warna ini
digunakan kerana ianya begitu sinonim dan biasa dilihat oleh pelajar semasa
mereka ingin melintas jalan raya.. Ini akan dapat meningkatkan daya ingatan
mereka.

3.0 Objektif Kajian

3.1. Objektif Am
Meningkatkan kemahiran pelajar dalam menentukan imej suatu titik atau objek di
bawah suatu putaran 90º dan 180º mengikut arah jam atau lawan jam

3.2 Objektif Khusus


a) Murid dapat mengenalpasti titik objek
b) Murid dapat menentukan kedudukan pusat putaran dalam sistem
koordinat cartesan
c) Murid dapat menentukan arah ikut jam atau lawan jam
d) Murid dapat menentukan saiz sudut 90º
e) Murid dapat melukiskan satu garis lurus di antara titik objek dengan
dengan titik pusat putaran di atas koordinat cartesan
f) 80% murid dapat menentukan imej sesuatu titik atau objek di bawah
suatu putaran
g) Untuk menghasilkan satu bahan pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan dan mudah.

4.0 Kumpulan Sasaran

Sampel kajian adalah terdiri daripada 25 orang murid perempuan dari tingkatan 5
Dahlia yang memiliki tahap pencapaian yang sederhana dan lemah.
5.0 Perlaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan Awal Masalah


5.1.1 Tinjauan Awal masalah dilakukan dengan mengambil langkah-langkah
berikut:
Jadual 1 : Tinjauan Awal
Tindakan Tujuan
1. Pemeriksaan kerja bertulis murid Untuk mengenal pasti masalah yang
iaitu buku nota dan buku latihan. dihadapi oleh murid dalam tajuk
“Transformation“
2 Analisis Kertas jawapan Mengenal bahagian masalah sebenar
Peperiksaan Akhir Tahun 2006 yang dihadapi oleh murid dalam
dan Ujian Bulanan peringkat tajuk “Transformation“ dengan
sekolah. meneliti jawapan dan jalan kerja yang
dibuat oleh murid.
3, Temubual Temubual dijalankan secara rawak ke
atas 10 orang murid untuk
mengetahui masalah sebenar yang
dihadapi oleh murid ketika
mempelajari tajuk ini.

5.1.2 Analisis Tinjauan Masalah


Jadual 2 : Analisis Tinjauan Masalah
Tindakan Masalah yang dihadapi oleh murid
1. Pemeriksaan kerja bertulis murid Didapati murid tidak menyalin nota
iaitu buku nota dan buku latihan. dan ada sebahagian yang menyalin
tidak lengkap, Begitu juga dengan
latihan yang diberi tidak disiapkan.
Keadaan ini begitu ketara dibahagian
“tranformation“ yang melibatkan
“rotation“.
2 Analisis Kertas jawapan Hasil dari pemeriksaan jawapan
Peperiksaan Akhir Tahun 2006 murid, mereka tidak menjawab jika
dan Ujian Bulanan peringkat “Transformation“ yang dinyatakan
sekolah. dalam soalan melibatkan “rotation“
3, Temubual Masalah sebenar yang dihadapi oleh
murid ialah mereka tidak tahu:
i. langkah-langkah untuk melakukan
“rotation“.
ii. Menentukan titik objek dan titik
pusat putaran
iii. saiz sudut 90º, 180º
iv. “rotation“ ikut jam atau lawan jam.

4 Pemerhatian Pemerhatian dibuat ke atas sikap


murid yang hanya sebahagian murid
berminat untuk belajar, mahu
bertanya soalan, dan memberi idea
atau langkah-langkah untuk
menjawab soalan. Sebahagian yang
lain hanya menyepi dan menyalin
jawapan yang diberi oleh guru.

5.2 Ujian Pra


5.2.1 Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesahkan
permasalahan sebenar mereka. Dengan itu soalan dalam ujian pra adalah
menjurus kepada item-item yang berkait rapat dengan cara untuk menyelesaikan
masalah dalam “rotation“. Item-item yang terlibat ialah :

1. Melukis sudut 90º dari garis lurus yang diberi mengikut arah jam atau
arah lawan jam.
2. Menandakan suatu titik objek dan pusat putaran di atas koordinat
cartesan
3. Menentukan titik imej dibawah suatu “rotation“
4. Melukis imej bagi objek di bawah suatu “rotation“
5.2.1 Analisis Ujian Pra dan refleksi
Jadual 3 : Analisis Ujian Pra
Bil Item Peratus Refleksi
1 Melukis sudut 90º dari 0.0 Tiada seorang murid yang dapat
garis lurus yang diberi melukiskan sudut 90º dari satu garis
mengikut arah ikut jam lurus yang diberi. Ini meyakinkan
atau lawan jam. saya bahawa mereka tidak tahu untuk
menandakan titik imej disebabkan
bahawa mereka tidak tahu saiz sudut
90 º. Saya terfikir saya perlu meminta
pelajar melihat kepada persekitaran
bilik darjah seperti bucu meja, siling
kelas, bucu pintu, bucu papan putih,
bucu almari dan contoh lain yang
berkaitan agar mereka menyedari saiz
sebenar sudut 90º .Disamping itu,
saya perlu membawa sebuah jam
dinding yang besar untuk
menunjukkan kepada mereka arah
pusingan ikut atau lawan jam
2 Menandakan suatu titik 84.6 Ini menunjukkan mereka tahu
objek dan pusat putaran menentukan niali koordinat-x dan
koordinat-y di atas satah cartesan.
Dengan itu, mereka tidak menghadapi
masalah yang besar untuk
menandakan titik objek di atas satah
cartesan
3 Menentukan titik imej 5.55 Disebabkan oleh masalah sebenar
dibawah suatu “rotation“ mereka tidak dapat melakukan
langkah-langkah awal dalam
menentukan titik imej di bawah
“rotation“ yang dinyatakan, mereka
tidak dapat untuk menentukan titik
imej tersebut.
4 Melukis imej bagi objek di- 15.3 Masalah yang sama seperti di item 3,
bawah suatu “rotation“ mereka tidak tahu menentukan titik
imej menyebabkan mereka tidak
dapat melukiskan imej bagi objek
yang diberi dalam soalan.

Selepas menganalisis ujian pra, saya telah mengambil tindakan untuk


memperkenalkan satu alat yang saya namakan “PUP“ – Protektor Untuk
Putaran. Alat ini saya jangkakan dapat membantu murid untuk menentukan
imej suatu titik atau objek di bawah suatu putaran.

5.3 Tindakan yang dijalankan

5.3.1 Penggunan Alat “PUP“

1. Sebelum saya memperkenalkan alat bantu “PUP”, saya menyuruh murid


menyenaraikan benda-benda yang ada di dalam bilik darjah. Dari senarai
jawapan mereka, saya meminta mereka mengelaskannya kepada bentuk
segitiga, segiempat, bulatan. Seterusnya saya meminta murid menyatakan
sudut pedalaman pepenjuru setiap bentuk yang dinyatakan dan mereka dapat
menyesuaikan saiz sudut 90º bagi pepenjuru berbentuk segiempat.

2. Seterusnya saya mengedarkan kertas yang mengandungi beberapa


soalan yang berkaitan dengan “rotation”. Murid diminta menandakan pusat
putaran (O) titik objek (A) dan melukis garis lurus yang menyambungkan pusat
putaran dengan titik objek di atas koordinat cartesan. Contoh aktiviti seperti di
bawah :

Plot the object A (4,1) and the centre O (1,3) on the Cartesian plane.

3 0

1 A

0 1 2 3 4 5 6

3) Langkah berikutnya saya menerangkan kepada murid penggunaan alat


bantu “PUP“ yang telah saya bina untuk kegunaan mereka. Alat ini terdiri dari
dua kepingan yang mempunyai skala seperti pembaris. Kepingan berskala di
bawah berwarna merah dan dipenjuru bawah kiri adalah titik rujukan (o).
Kepingan berskala di atas berwarna hijau dan boleh digerakkan mengikut
pusingan arah jam atau lawan jam. 2 Kepingan ini dicantum menggunakan
skru.
4) Dengan menggunakan alat ini, murid dikehendaki menentukan titk imej di
bawah satu putaran. Saya menerangkan kepada murid tatacara penggunaan alat
tersebut.

a) Dengan meletakkan alat di atas satah coordinat cartesan dengan


titik O sebagai rujukan.
b) Kekalkan kedudukan kepingan merah mengikut garisan OA
c) Saya juga membawa sebuah jam dinding yang besar dan
menujukkan kepada murid arah pusingan jam atau lawan jam.
d) Seterusnya, kepingan hijau digerakkan sama ada mengikut arah
jam atau lawan jam bergantung kepada soalan, dengan saiz sudut
90º. Untuk menentukan saiz sudut tepat , pepenjuru kanan
kepingan hijau mesti bertindih dengan titik O kepingan merah.
e) Ukur/kira jarak dari OA, ukuran yang sama digunakan untuk
menentukan imej titik A iaitu A’
f) Murid diminta mengulang tatacara yang sama untuk soalan
seterusnya sehingga murid mahir menggunakan alat tersebut.

Determine the coordinates of an image for object A (4,1) under rotation


through 90º anticlock wise about the point (1,3).

A’

3 O

1
A

0 1 2 3 4 5 6
5.3.2 Refleksi Penggunaan Alat “PUP”

Sepanjang sesi alat bantu “PUP” digunakan untuk menentukan imej suatu titik
di bawah putaran tertentu, murid terlalu aktif, seronok dan berminat untuk
mencari titik imej mengikut tatacara yang telah diajar. Mereka juga saling bantu
antara rakan sekelas dan berlumba-lumba untuk menyiapkan soalan yang diberi.
Hasil jawapan pelajar, masih ada pelajar yang masih keliru dalam menentukan
arah putaran dan di antara titik objek dengan pusat putaran. Langkah diambil
dengan memberikan tunjuk ajar secara individu.
5.4 Ujian Pos.
5.4.1 Ujian pos 1
Diberikan kepada kumpulan sasaran selepas seminggu mereka didedahkan
dengan penggunaan alat bantu “PUP”. Soalan dalam ujian pos 1 adalah sama
dengan ujian pra yang menjurus kepada item-item yang berkait rapat dengan
cara untuk menyelesaikan masalah dalam “rotation“. Semasa ujian ini, pelajar
dibekalkan dengan alat bantu “PUP” dan mereka menggunakan alat tersebut
untuk mencari imej bagi suatu titik atau objek yang diberi.
5.4.2 Analisis Ujian Pos 1 dan refleksi
Jadual 4 : Analisis Ujian Pos 1
Bil Item Peratus Refleksi
1 Melukis sudut 90º dari 82.0 82% pelajar dapat melukis sudut 90º
garis lurus yang diberi Dari garis lurus yang diberi.
mengikut arah ikut jam
atau lawan jam.
2 Menandakan suatu titik 86.0 Tiada perbezaan yang ketara antara
objek dan pusat putaran ujian pra dan ujian pos 1. mereka tahu
menenetukan nilai koordinat-x dan
koordinat-y di atas satah cartesan.
3 Menentukan titik imej 84.6 Dengan penggunaan alat bantu
dibawah suatu “rotation“ “PUP”, murid dapat menentukan titik
imej
4 Melukis imej bagi objek di- 84.6 Masalah yang sama seperti di item 3,
bawah suatu “rotation“ murid dapat melukis titik imej bagi
objek yang diberi.

5.4.3 Ujian Pos 2


Ujian Pos 2 diadakan sekali lagi selepas 2 minggu ujian pos 1. Sebelum saya
melaksanakan ujian pos 2, saya telah menghubungkan alat bantu “PUP” dengan
sesiku segitiga . Saya juga meminta murid menghubungkait saiz sudut
putaran yang diberi antara sudut 90º arah jam dengan sudut 270º arah
lawan jam. Murid telah menggunakan sesiku segitiga untuk menentukan titik
imej dan mengingatkan 90C=270A. Soalan yang dikemukakan adalah lebih
kurang sama dengan dengan soalan dalam ujian pos 1.

5.4.4 Analisis Ujian Pos 2 dan refleksi


Jadual 5 : Analisis Ujian Pos 2
Bil Item Peratus Refleksi
1 Melukis sudut 90º dari 83.0 83% pelajar dapat melukis sudut 90º
garis lurus yang diberi dari garis lurus yang diberi.
mengikut arah ikut jam
atau lawan jam.
2 Menandakan suatu titik 87.5 Tiada perbezaan yang ketara antara
objek dan pusat putaran ujian pos 1 dan ujian pos 2 mereka
tahu menentukan nilai koordinat-x dan
koordinat-y di atas satah cartesan.
3 Menentukan titik imej 87.6 Dengan penggunaan alat bantu
dibawah suatu “rotation“ “PUP”, murid dapat menentukan titik
imej
4 Melukis imej bagi objek di- 85.6 Masalah yang sama seperti di item 3,
bawah suatu “rotation“ murid dapat melukis titik imej bagi
objek yang diberi.
Daripada keputusan ujian pos 1 dan ujian pos 2, terdapat peningkatan
pencapaian jika dibandingkan dengan ujian pra. Saya yakin, dengan
penggunaan alat bantu ini dapat membantu murid menentukan imej objek di
bawah satu putaran.

5.5 Soal selidik


5.5.1 Borang Soal Selidik
Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada murid untuk
mendapatkan maklum balas dari murid. Pernyataan berkisar kepada sejauh
mana keberkesanan penggunaan alat bantu “PUP“ dalam meningkatkan
kemahiran mereka untuk mencari koordinat imej bagi suatu titik atau objek di
bawah suatu putaran. Skala Likert digunakan iaitu S = setuju, TP = Tidak Pasti
dan TS = Tidak setuju.

5.5.2 Analisis Soal Selidik


Tandakan (/) di ruangan yang berkenaan jika anda :

S = Setuju. TS = Tidak Pasti. TS = Tidak Setuju.

Jadual 6 : Analisis Soal Selidik

Bil Pernyataan S TP TS

1. Saya suka alat bahan Bantu “PUP” untuk mencari 23 1


imej suatu titik atau objek

2. Kaedah ini mudah dan senang difahami 23

3. Guru memberikan penjelasan yang baik tentang 23 1


penggunaan alat ini

4. Dengan penggunaan alat ini, saya seronok untuk 23


belajar bab “ Transformation – Rotation”

5. Dengan penggunaan alat ini mudah untuk saya 23


mengingat langkah-langkah yang sepatutnya
dibuat untuk mencari imej sesuatu titik atau objek
6. Saya tidak mempunyai masalah lagi untuk 21 1 1
mencari imej suatu titik atau objek dibawah
“rotation’

7. Alat ini sangat membantu meningkatkan daya


ingatan saya 22 1 1

8. Saya juga dapat mengenal pasti ‘transformation’


yang terlibat adalah “rotation” jika titik objek dan 21 1 2
titik imej yang dilukiskan atas satah coordinat
cartesan.

Daripada jadual di atas, murid telah memberikan respon yang positif terhadap
penggunaan alat bantu “PUP”. Alat berkenaan banyak membantu
meningkatkan kefahaman mereka untuk mencari koordinat imej bagi objek di
bawah suatu putaran.

5.6 Perlaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian/ Penilaian

Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 7 minggu. Semasa saya
menjalankan kajian ini saya telah mengajar tajuk “transformation” dan bab ini
telah diuji dalam ujian 1 peringkat sekolah Daripada analisis item ujian 1, saya
telah mengambil tindakan untuk meneruskan kajian ini.

Saya juga telah memperuntukkan 4 waktu P&P untuk membimbing murid


menggunakan alat bantu “PUP” dan menghubungkaitkan penggunaan alat bantu
ini dengan sesiku segitiga agar mudah untuk mereka menggunakan alat
tersebut semasa peperiksaan dalaman atau awam. Murid juga telah menjalani
ujian Pos 1 dan ujian Pos 2. Selepas Ujian Pos 2 murid diminta untuk mengisi
borang soal selidik untuk mendapatkan pandangan mereka tentang alat bantu
“PUP”. Tujuan mengedarkan soal selidik ialah agar murid lebih selesa
menjawab mengikut pilihan mereka berbanding dengan temu bual.
Berdasarkan pemerhatian saya, alat bantu “PUP” telah berjaya membantu murid
meningkatkan pencapaian mereka di dalam menentukan imej titik atau objek
dalam putaran. Murid lebih berminat, bersaing dan berlumba-lumba untuk
menjawab sambil berintraksi antara satu sama lain. Saya rasa seronok dapat
menyelesaikan masalah murid walaupun hanya dari subtopik yang kecil jika
hendak dibandingkan dengan keseluruhan sukatan pelajaran.

5.7 Refleksi Kajian


5.7.1 Penilaian Pencapaian Murid
Jadual menunjukkan peratus pencapaian murid bagi setiap item bagi ujian Pra,
Pos 1 dan ujian Pos 2
Jadual 7 : Perbandingan antara UjianPra, Pos 1 dan Pos 2
Ujian/Item Item 1 Item 2 Item 3 Item 4
Pra 0.0 84.6 5.5 15.3
Pos 1 82.0 86.0 84.6 84.6
Pos 2. 83.0 87.5 87.6 85.6

5.5 Graf Perbandingan antara ujian Pra, Ujian Pos1 dan Ujian Pos 2

Perbandingan Antara Ujian Pra, Pos1 dan Pos 2

90
80
70
60
Peratus

50
PRA
40
POS 1
30 POS 2
20
10
0
ITEM1 ITEM2 ITEM3 ITEM4

Item
Ujian Pra, Ujian Pos 1 dan Pos 2 telah saya laksanakan. Saya mendapati
peningkatan pencapaian yang begitu ketara bagi setiap item yang dinilai. Murid
kini telah dapat mengenal dan melukis sudut 90º. Ini dapat diperhatikan dari
Item 1. Dari item 3 dan item 4, jelas menunjukkan murid dapat mencari imej titik
dan objek. Kebolehan pelajar dapat menentukan titik imej dibawah putaran
menggunakan alat bantu “PUP“ kemudian diaplikasikan kaedah yang sama
dengan menggunakan sesiku segitiga ini benar-benar menyedarkan saya. Murid
sebenarnya boleh mendapatkan jawapan yang dikehendaki. Cuma kita sebagai
guru perlu menangani masalah yang dihadapi dengan fikiran yang terbuka dan
mencari jalan agar penyelesaian dapat ditemui.

Masih terdapat murid yang gagal dalam ujian pos 1 dan pos 2. Ini disebabkan
semasa saya menunjukkan tatacara penggunaan alat bantu “PUP“ mereka tidak
hadir ke sekolah. Bagi pelajar yang gagal saya telah mengambil langkah
mengajar semula penggunaan alat bantu “PUP“ kepada mereka.

5.7.2 Perubahan sikap murid dan saya sendiri.

Sapanjang kajian ini dijalankan, saya dapat perhatikan perubahan sikap murid
terhadap mata pelajaran matematik. Sebelum kajian, mereka amat susah untuk
memberikan jawapan bila disoal, takut untuk ke depan menuliskan jalan kerja di
papan putih dan tiada sikap bersaing antara satu sama lain. Selepas kajian
saya dapati, mereka tidak takut untuk bercakap dan memberi idea untuk mencari
jalan penyelesaian. Mereka juga mempunyai sikap bersaing dan terlalu gembira
apabila jawapan yang mereka berikan didapati betul.

Bagi diri saya sebagai guru, saya juga berasa seronok untuk masuk ke kelas
mereka. Saya akan berusaha untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran
saya agar dapat difahami oleh murid. Lebih mengharukan lagi ada murid yang
ikhlas berkata, “selama ini saya tak pernah lulus matematik, tapi bila cikgu ajar
saya boleh faham dan saya dah boleh lulus dalam matematik“.

6.0 Cadangan Kajian Selanjutnya.

Hasil dari penyelidikan yang telah dijalankan, saya dapati, perubahan yang
positif terhadap diri pelajar dan amalan pengajaran guru. Saya berminat untuk
meneruskan kajian saya dengan mengadakan satu kumpulan kawalan di
samping kumpulan sasaran yang menjadi subjek kajian. Hasil kajian mungkin
lebih jelas dan perbandingan dapat dibuat di antara dua kumpulan yang terlibat.
Bibliografi

Anderson, E. D. & Nelson J. (1984) An Introduction to the concepts of rotation.


Mathematics Teacher, 96, 90-95

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian


Pelajaran Malaysia. (2007) Manual Kajian Tindakan. Putrajaya:

Tan Jin Kiat. (2004). Pro-Mathematics. Form 2 Johor Bahru : Penerbitan


Pelangi Sdn. Bhd.
Lampiran :
Alat Bantu “PUP“

Gambar-gambar sepanjang ujian dilaksanakan


Lampiran : Ujian Pra, Ujian Pos 1 dan Pos 2

You might also like