You are on page 1of 4

Sistem

Pemerintahan
Malaysia
1. Malaysia merupakan negara persekutuan yang terdiri daripada 3 wilayah, iaitu:
 Persekutuan Malaya
 Sabah
 Sarawak

2. Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri, iaitu:


 9 buah negeri bersultan
 2 buah negeri selat, iaitu Pulau Pinang dan Melaka
 2 buah negeri Borneo, iaitu Sabah dan Sarawak

3. Sistem pemerintahan Malaysia berlandaskan 4 perkara penting, iaitu raja


berlembagaan, demokrasi berparlimen, negara Persekuatuan dan bahasa kebangsaan.

Raja Berperlembagaan

1) Menurut perlembagaan Persekutuan, kuasa pemerintahan terletak di tangan Yang di-


Pertuan Agong (YDA) manakala Perdana Menteri dan kabinetnya yang menjalankan
kuasa eksekutif atas nama YDA.
2) Yang di-Pertuan Agong merupakan lambang perpaduan dan tonggak kekuasaan Malaysia.
YDA menjalankan tugas-tugas simbolik.
3) Kedaulatan, bidang kuasa dan tugas institusi raja telah tertera dalam Perlembagaan
Persekutuan. Ini bermakna, YDA dan raja-raja Melayu tidak berkuasa mutlak, namun
melaksanakan kewajiapan mereka mengikut peruntukan dalam Perlembagaan
Persekutuan.
4) Contoh kerajaan yang mempunyai raja Perlembagaan ialah Malaysia dan Britain.
5) Sebagaiman yang termaktub dalam Perlembagaan, YDA mempunyai kuasa budi
bicaranya untuk perkara berikut:
 Melantik Perdana Menteri
 Memperkenan atau tidak memperkenan permintaan untuk membubarkan Parlimen.
 Menintah perintah mengadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja untuk membincangkan
isu-isu tentang kedudukan, keistimewaan dan kehormatan raja-raja Melayu.
6) Tanggungjawab lain YDA sebagai raja berperlembagaan adalah seperti berikut :
 Melindungi orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
 Panglima Tertinggi Angkatan Tentera dengan kuasanya dilaksanakan oleh Majlis
Angkatan Tentera.
 Berkuasa memberikan pengampunan terhadap kesalahan di Wilayah Persekutuan atas
nasihat Lembaga Pengampunan.
 Sebagai ketua agama Islam di negeri sendiri, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan
Sarwak serta Wilayah Persekutuan.
 Berkuasa mengisytiharkan darurat jika keselamatan negara terancam.
 Memperkenan rang undang-undang yang dibuat oleh Parlimen sebelum menjadi
undang-undang yang sah.

Demokrasi Berparlimen

1) Demokrasi berparlimen bermaksud pemerintahan secara perwakilan.


2) Rakyat yang menentukan pemerintahan negara melalui pemilihan perwakilan dalam
pilihan raya yang diadakan setiap lima tahun.
3) Terdapat 3 faktor utama yang menggalakan Malaysia mengamalkan demokrasi
berparlimen ialah:
 Galakan british semasa memberikan kemerdekaan kepada Malaysia pada tahun 1957.
 Malaysia terdiri daripada penduduk pelbagai kaum.
 Sistem ini memberikan peluang kepada kaum-kaum tertentu untuk mengamalkan
agama masing-masing.
4) Ciri demokrasi berparlimen ialah:
 Perdana Menteri dan kabinetnya menjalankan kuasa politik atau eksekutif atas nama
Yang di-Pertuan Agong dan YDA menjalankan tugas-tugas simbolik.
 Rakyat memilih ahli dewan perwakilan (Dewan Rakyat) dan parti politik yang
mendapt undi terbanyak dalam pilihan raya akan membentuk kabinet. Perdana Menteri
akan dipilih dari kalangan ahli parti politik tersebut.
 Perdana Menteri melantik ahli kabinet atau Jemaah Menteri dari kalangan ahli Dewan
Parlimen.
5) Di Malaysia, Barisan Nasional telah berjaya memperoleh undi majority dalam pilihan raya
umum sejak tahun 1957 dan diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negara.
Negara Persekutuan

1) Negara Persekutuan merupakan sistem pemerintahan yang mewujudkan pembahagian


kuasa, iaitu di kalangan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.
2) Kerajaan Persekutuan terdiri daripada gabungan beberapa buah negeri kecil dan besar
dengan kewujudan sebuah Kerajaan Pusat yang kuat tanpa mengetepikan hak-hak
Kerajaan Negeri yang lain.
3) Bagi menjamin kelicinan perjalanan Sistem Persekutuan dan juga mengelakkan sebarang
pertelingkahan yang mungkin timbul, Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan
pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
4) Di Malaysia, Kerajaan Persekutuan atau Pusat melaksanakan tugas terhadap perkara-
perkara dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama.Manakala Kerajaan Negeri pula,
bertanggungjawab ke atas perkara-perkara dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

Bahasa Kebangsaan

1) Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahasa Melayu merupakan


bahasa kebangsaan.
2) Namun, bahasa-bahasa lain dibenarkan dalam situasi-situasi tidak rasmi atau dalam
pembelajaran.
3) Mengikut Akta (Pindaan) Perlembagaan 1971, kedudukan bahasa Melayu tidak boleh
dipersoalkan dan dilindungi oleh Akta Hasutan.
4) Bahasa Inggeris dibenarkan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam situasi-situasi berikut:
 Semasa berhubung dengan negara-negara lain atau badan-badan peringkat
antarabangsa
 Pengendalian dan pelaksanaan latihan oleh pakar-pakar dari luar negara.
 Perundangan, iaitu naskah undang-undang sahihnya dalam bahasa Inggeris.
 Laporan penaksiran dan perakaunan oleh Jabatan Hasil dalam Negeri.
5) Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan hanya boleh dipinda dengan persetujuan Majlis
Raja-Raja.

You might also like