You are on page 1of 13

Free site is hosted by <http://www.tripod.

com>
Lycos <http://www.lycos.com> Search The Web Tripod
Build your own website on Tripod It's fast, easy and economical.
<http://www.tripod.lycos.com/site-building/>
del.icio.us <http://del.icio.us> Digg <http://www.digg.com> StumbleUpon
<http://www.stumbleupon.com> MySpace <http://www.myspace.com> Blogmarks
<http://blogmarks.net> Furl <http://furl.net> ma.gnolia
<http://ma.gnolia.com> Newsvine <http://www.newsvine.com> reddit
<http://reddit.com> Technorati <http://www.technorati.com>
Share This Site <http://www.facebook.com> <http://www.twitter.com> More <#>
Not the site you
are looking for? <#>
**
*KERTAS KERJA KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN (MTT2353)*
**

**
*PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA: ANTARA SUMBANGAN DAN CABARAN DALAM MENEMPUH
ABAD KE-21.*
**
Pendahuluan
Sektor industri pendidikan di negara sedang berubah secara dinamis dan
dikira akan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad
ke-21. Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan
pendidikan (center for academic excellence) di rantau asia dan juga di
peringkat antarabangsa pada abad ke 21 ini nanti memerlukan negara ini
meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia
atau memperolehi status "World Class Education".
Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat
serta dinamis pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti,
standard, kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima di
peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas,
Pendidikan Bertaraf Dunia bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang
Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori
perubahan dan kemajuan dinamis, iaitu :
* Pembangunan tenaga manusia
* Kepesatan pertumbuhan ekonomi
* Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial
* Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat
* Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual
* Pembangunan teknologi dan sains
* Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan
masyarakat.
Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan satu komitmen dan usaha
Kementerian Pendidikan bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya
ia dapat ditingkatkan kepada satu standard yang tinggi dan mampu
menyaingi negara maju yang lain. Sebagai sebuah negara yang berkembang
pesat dalam berbagai aspek pembangunan, sektor pendidikan perlu
berkembang dan mengalami perubahan anjakan paradigma yang dapat
merintiskan alaf baru dalam segala aspek. Ianya juga merupakan satu
langkah penting bagi mengangkat martabat dan status Malaysia dalam dunia
pendidikan di peringkat antarabangsa.
*
SUMBANGAN PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA KEPADA SEKTOR PENDIDIKAN
*
Apabila Kementerian Pendidikan telah menetapkan satu matlamat untuk
menjadikan pendidikan bertaraf dunia, dengan sendirinya matlamat
tersebut telah mengariskan apakah langkah-langkah yang perlu diambil.
Langkah-langkah tersebut adalah:
*
1. **Pengkorporatan Universiti.*
**
Untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, semua pihak di
negara ini yang terlibat dengan kegiatan pendidikan perlu
meningkatkan komitmen mereka supaya sentiasa berusaha mengekalkan
dan meningkatkan kualiti pendidikan untuk kemajuan dan perubahan.
Pendidikan yang berkualiti amat penting bagi mencorakkan perubahan
dan kemajuan pembangunan sumber tenaga manusia yang produktif di
negara ini yang sedang mengorak langkah mencapai status negara maju.
Langkah pengkorporatan universiti-universiti tempatan mempunyai
motif tertentu bukan sahaja bagi tujuan mendapatkan lebih banyak
keuntungan dengan mengurangkan tanggungan kerajaan bagi membiayai
perbelanjaan pengajian tinggi, bahkan juga bagi menjadikan sektor
pendidikan di negara ini lebih dinamis perkembangannya. Selaras
dengan pengkorporatan universiti, adalah diharapkan supaya pihak
pentadbiran universiti mengadaptasikan pengurusan universiti
mengikut model-model penswastaan, pengkorporatan dan pensyarikatan
yang menekankan kepada perkhidmatan keuntungan dan produktiviti.
Kerenah birokrasi dan pelbagai red tape yang mengekang
perjalanan universiti akan dapat diatasi melalui pengkorporatan
universiti. Dengan ini universiti akan bertenaga meningkatkan
kewibawaan dan memulakan anjakan paradigma barunya membawa era
pendidikan bertaraf antarabangsa. Autonomi universiti akan
digunakan untuk kepentingan korporat.
Pasaran pendidikan tinggi juga akan diperluaskan melalui
pengeksportan pendidikan ke negara lain di samping menarik pelajar
ke Malaysia dengan menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa
pengantar utama bagi menjamin kualiti, akauntabiliti dan
kredibiliti pendidikan tinggi tempatan.
**
2. *Reformasi pelbagai aspek organisasi pendidikan*
**
Pendidikan bertaraf dunia adalah satu wawasan unggul bagi mereformasikan
pelbagai aspek organisasi pendidikan di semua peringkat persekolahan.
Ini termasuklah membaiki :
* Kualiti pengajaran
* Kualiti perkhidmatan
* Kualiti kurikulum
* Kualiti penilaian dan pensijilan
* Kualiti pensyarah
* Kualiti perkembangan dan kebajikan pelajar
* Kualiti persekitaran budaya pelajar dan organisasi
* Kualiti pengurusan dan pentadbiran universiti
* Kualiti kepimpinan universiti
* Kualiti penyeliaan
* Kualiti mentoring
* Kualiti perkembangan staf atau tenaga pengajar
**
1. *Perubahan Sistematik*
**
Untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, perubahan yang hendak
dibuat mestilah sesuai dengan tuntutan semasa. Dalam kontek Malaysia
sistem pendidikan mesti dibangunkan dan dibuat pembaharuan supaya ia
dapat memenuhi tuntutan wawasan 2020 kerana wawasan ini tidak akan
menjadi kenyataan tanpa pembangunan sumber manusia dari segi kuantitif
dan kualitif. Perubahan dan pembaharuan adalah berdasarkan kepada
hakikat bahawa tanpa sistem pendidikan yang bertaraf dunia, impian untuk
mentransformasikan Malaysia menjadi negara maju tidak mungkin dapat dicapai.
Bertitik tolak dari kesedaran ini, Kementerian Pendidikan membuat
pembaharuan yang disifatkan sebagai sesuatu yang mesti menjangkau tempoh
masa yang agak lama. Ia mestilah bersifat sistematik iaitu ia tidak
boleh terdiri dari satu komponen pendidikan iaitu /educational content,
educational tools/ dan infrastruktur pendidikan mestilah diolah
sedemikian rupa supaya perubahan menjadi lebih bersepadu, holistik serta
komprehensif. Perubahan sistematik ini mestilah dilihat secara
menyeluruh dan dalam kontek yang lebih luas.
Pertama, soal asas iaitu perundangan. Sejauh manakah kuasa yang ada pada
Kementerian Pendidikan dalam membuat beberapa perubahan sistem
pendidikan. Pembentangan Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 membolehkan
reformasi pendidikan dilaksanakan.
Antara lain, rang undang-undang tersebut menggariskan :
* Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan
pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai
aspirasi negara.
* Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar
pendidikan kebangsaan
* Tempoh pendidikan rendah adalah antara lima hingga tujuh tahun
* Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem
pendidikan kebangsaan
* Pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan
* Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta
Bermula dengan akta, perubahan boleh dibuat terhadap komponen-komponen
lain sistem pendidikan yang merangkumi ketiga-tiga komponen penting di
atas iaitu isi kandungan pendidikan, alat-alat pendidikan dan
infrastruktur. Contohnya, apabila kita mengubah kurikulum sekolah,
faktor-faktor latihan guru, soal fizikal, soal kemasukan teknologi baru,
sistem penilaian, kebajikan guru, profesionalisme dan lain-lain lagi
hendaklah diambil kira.
Begitu juga peningkatan taraf institusi pendidikan tinggi contohnya
Institut Perguruan Sultan Idris yang telah dinaikan taraf sebagai
Universiti Perguruan Sultan Idris. Sejajar dengan peningkatan taraf ini,
adalah diharapkan kewibawaan guru-guru akan dipertingkatkan untuk
melahirkan insan yang cemerlang.
Sehubungan dengan matlamat pendidikan bertaraf dunia, profesyen
perguruan perlu pengkajian semula. Profesyen perguruan di Malaysia
memerlukan reformasi profesionalisme yang radikal dan drastik bagi
mengatasi masalah, cabaran dan jangkaan baru dalam merealisasikan
agenda-agenda pembangunan pendidikan menjelang abad ke 21.
Imej dan status perguruan yang semakin tidak bermaya perlu dipulihkan
segera. Penawaran kursus-kursus perguruan lepasan diploma dan ijazah di
institusi pengajian tinggi adalah merupakan salah satu usaha untuk
meningkatkan kualiti dan status profesyen perguruan.
**
* *
1. *Penggredan Universiti*
**
Penggredan universiti sebagaimana yang diura-urakan oleh
Kementerian Pendidikan adalah satu langkah positif dan menunjukkan
komitmen kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan tinggi
selaras dengan wawasan pendidikan bertaraf dunia. Secara tidak
langsung perlaksanaan penggredan universiti ini menggalakkan
universiti tempatan mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan
kualiti dan status pengajaran pensyarah dan profesor di universiti
khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan pedagogi
dan asas kaedah pengajaran.
Melatih semula pensyarah dan profesor khususnya dalam bidang baru
seperti teknologi maklumat, komputer, teknologi pendidikan adalah
antara langkah-langkah penting bagi meningkatkan kualiti
pendidikan tinggi dan dianggap sebagai satu program perkembangan
staf yang perlu dilaksanakan oleh institusi pengajian tinggi yang
ingin berkembang secara progresif dan dinamis.
*
2. **Penubuhan Institusi Pengajian Tinggi Swasta*
**
Penubuhan institusi pengajian tinggi swasta yang begitu banyak
mempunyai implikasi yang besar kepada perkembangan industri
pendidikan negara. Perlaksanaan program berkembar oleh
insitusi-institusi swasta ini, membolehkan wujudnya peluang
pembelajaran yang lebih tinggi dari segi penawaran kursus-kursus
pengajian hasil dari kewujudan program berkembar, sekaligus
menyediakan penempatan pembelajaran yang lebih banyak.
Sehubungan dengan ini, pendidikan di Malaysia tidak hanya akan
bergantung kepada universiti-universiti tempatan yang sedia ada
sahaja. Natijahnya, impian negara untuk melahirkan bakal-bakal
pekerja berilmu sebagaimana yang disuarakan oleh Perdana Menteri
dapat direalisasikan.
**
3. *Kelonggaran Sistem Pendidikan*
**
Pendidikan untuk satu dekad yang akan datang digerakkan dengan lebih
dinamik untuk melahirkan lebih ramai golongan pekerja berilmu sebagai
langkah dan strategi pembangunan sumber manusia yang penting untuk
mempercepatkan proses pembangunan negara. Selaras dengan wawasan 2020,
Malaysia sedang menyusun dan merangka satu paradigma perubahan ekonomi
untuk menjadikan Malaysia negara maju dan membangun sepenuhnya dalam
bidang perindustrian.
Perubahan paradigma bagi memasuki alaf baru gelombang perubahan ekonomi
dan pembangunan sumber manusia abad ke 21 amat bergantung kepada peranan
serta dasar liberalisasi sistem pendidikan negara ke arah melahirkan
lebih banyak pekerja berilmu, rajin, tekun dan produktif.
Dalam satu ucapan dasarnya semasa mempromosikan Koridor Raya Multimedia
(MSC) Malaysia di London, Perdana Menteri Datuk seri Dr. Mahathir
Mohamad menegaskan kerajaan Malaysia akan melonggarkan sistem pendidikan
negara bagi membolehkan pelajar dengan keputusan cemerlang di peringkat
persekolahan meneruskan pelajaran pada peringkat pengajian tinggi
selaras dengan usaha kerajaan untuk melahirkan pekerja yang berilmu.
Langkah melonggarkan peluang pendidikan ini dikira perlu kerana negara
kekurangan pekerja yang berilmu bagi menghadapi cabaran masa depan
terutama sekali dalam era teknologi maklumat abad ke 21.
Dengan mewajibkan semua murid mengikuti pendidikan awal di sekolah
rendah secara percuma di samping melonggarkan peluang pendidikan
menengah dan tinggi, Malaysia dikira akan mencapai satu taraf pendidikan
yang maju di dunia. Malaysia juga dikira mempunyai kadar buta huruf yang
rendah berbanding dengan negara-negara membangun yang lain.
Kelonggaran sistem pendidikan juga menjadi satu strategi untuk
merapatkan jurang kemiskinan dalam masyarakat. Pendidikan, latihan dan
pembangunan tenaga manusia mempercepatkan perubahan sosial, meningkatkan
produktiviti, membentuk warganegara yang produktif, menjadi penggerak
kepada pembangunan sains dan teknologi dan kegiatan ekonomi moden
selaras dengan kemajuan yang ingin dipelopori melalui pendidikan
bertaraf dunia.
Perubahan alaf baru pembangunan negara abad ke 21 juga memerlukan ribuan
tenaga mahir dan tenaga profesional yang berilmu. Oleh sebab itu
pelaburan pendidikan yang merupakan agenda pembangunan sosial juga
menjadi satu agenda yang amat mendesak bagi meliberalisasikan peluang
pendidikan dan latihan ke arah pembentukan pekerja berilmu.
Langkah bagi melahirkan pekerja berilmu mendorong sesebuah negara
memperuntukan pelaburan yang tinggi dalam pendidikan dan latihan.
Langkah ini juga selaras dengan Teori Modal Manusia (Human Capital
Theory) yang menganggap pendidikan sebagai satu strategi penting bagi
meningkatkan potensi modal manusia seperti kepakaran, kemahiran,
berpengetahuan, efisyen, produktif, berdedikasi dan kreatif, sikap yang
baik terhadap kerja dan sebagainya.
**
*CABARAN KE ARAH MENUJU PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA.*
* *Dalam Malaysia kearah menuju pendidikan bertaraf dunia, kita tidak
dapat lari daripada cabaran-cabaran yang boleh memberi kesan kepada
dunia pendidikan. Di antara cabaran-cabaran tersebut ialah :
*
1. **Penghijrahan pensyarah (brain drain)*
**
Penghijrahan pensyarah institusi pengajian tinggi awam bukanlah
satu fenomena yang baru. Ia telah lama berlaku. Menurut Encik Wan
Mokhtar Wan Yusuf ( Y.D.P. Persatuan Kakitangan Akademik UKM),
penghijrahan ini merupakan satu fenomena biasa yang sering berlaku
dalam mana-mana sektor. Penghijrahan ini sepatutnya dilihat
sebagai tuntutan kepada keperluan tenaga pengajar yang bertambah
dalam sektor pendidikan swasta sejajar dengan perkembangan
pendidikan negara ini.
Persoalannya apakah penghijrahan pensyarah menjadi satu ancaman
kepada pendidikan di negara ini ? Sudah tentu pasti kerana untuk
menghasilkan seorang pensyarah bukannya satu perkara yang mudah.
Institusi pengajian tinggi awam menghadapi saingan untuk memikat
graduan ijazah pertama sewaktu mereka menamatkan pengajian. Memang
tidak dapat dinafikan sektor swasta menawarkan skim gaji dan
beberapa kemudahan yang menarik berbanding dengan apa yang
disediakan oleh institusi pengajian tinggi awam.
Dilihat dari sudut yang lain, kestabilan politik dan kemantapan
ekonomi memberi ruang kepada pensyarah institusi pengajian tinggi
awam memilih haluan karier masing-masing dan tidak bergantung
sepenuhnya kepada agensi-agensi yang berada di bawah naungan
Kementerian Pendidikan. Penghijrahan pensyarah bukan sahaja
disebabkan oleh gaji pensyarah yang kecil tetapi juga harus
dilihat dari pelbagai sudut sama ada ia berbentuk peribadi atau
sebaliknya. Banyak lagi faktor lain yang dapat dikaitkan seperti
tidak mendapat pengiktirafan pada masa yang diharapkan, rasa
terkongkong dan sebagainya. Penghijrahan pensyarah sebenarnya
tidak hanya tertumpu kepada institusi pengajian tinggi swasta
sahaja, malahan ia juga melibatkan sektor yang lain seperti sektor
swasta, sektor kerajaan atau bekerja sendiri.
*
2. **Dominasi Jantina Dalam Profesyen Perguruan*
**
Keunggulan idealisme perguruan di negara ini menjadi semakin malap
apabila profesyen perguruan ini dimonopoli oleh kaum wanita. Trend
yang berlaku sekarang menunjukkan profesyen perguruan pada masa
kini dan menjelang pada abad 21 akan terus dimonopoli oleh wanita.
Salah satu implikasi negatif pendominasian gender, khususnya kaum
wanita dalam profesyen ini ialah meluasnya pelbagai perkembangan
yang tidak sihat seperti kenakalan remaja, keruntuhan moral,
masalah disiplin, jenayah berat yang semakin meluas berlaku
disebabkan komitmen yang rendah dan ketidakmampuan guru wanita
menangani masalah sosial yang semakin mencabar.
Kekurangan peranan bapa di sekolah serta corak sosialisasi yang
lemah sekaligus menunjukkan profesyen perguruan tidak berkemampuan
dalam menangani masalah asas pendidikan yang dihadapi oleh
masyarakat pada masa ini dan menjelang abad ke-21. Perasaan
ketidakpuasan hati di kalangan guru dalam profesyen perguruan
kebelakangan ini telah meningkat dengan begitu tinggi.
Ini disebabkan meningkatnya beban kerja dan jangkaan yang pelbagai
yang dilakukan oleh guru. Fenomena ini juga mendorong ramai
bilangan guru ingin berhenti dan memohon untuk pilihan bersara
daripada profesyen ini. Selain itu, kaum guru tidak dapat
melarikan diri daripada menjadi sasaran kritikan kerana pendidikan
adalah sentiasa terbuka kepada penilaian dan akauntabiliti
pelbagai pihak.
Banyak pekembangan terbaru yang berlaku yang memerlukan golongan
pendidik di negara ini lebih bersifat profesional dalam
melaksanakan tugas dan menangani masalah rumit yang berkembang
dalam masyarakat sekarang. Kemalangan yang berlaku dari masa ke
semasa mendedahkan golongan pendidik di negara ini dengan pelbagai
tekanan psikologi dan mental yang memerlukan semangat kental dan
kesabaran kaum guru.
**
3. *Peperiksaan Mengikut Keupayaan.*
**
Konsep baru peperiksaan yang akan diperkenalkan oleh Kementerian
Pendidikan yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengambil
peperiksaan mengikut keupayaan, dikira akan memberi kesan yang luas
kepada sistem penilaian dan sistem pelajaran di sekolah.
Konsep yang dicadangkan oleh Menteri Pendidikan, Dato Seri Najib Tun
Abdul Razak ini, sudah tentu mempunyai implikasi sosial dan moral yang
luas kepada perkembangan pelajar. Murid-murid sememangnya berbeza dari
segi kebolehan dan kecerdasan mereka. Ini menyebabkan sebilangan murid
didapati lebih mudah dan cepat menguasai sesuatu pelajaran dan kemahiran
berbanding dengan segolongan lagi murid yang lemah dan lembab.
Banyak faktor yang menyebabkan mengapa perbezaan ini wujud dan memberi
kesan pada pencapaian individu murid. Dari kajian-kajian yang telah
dilakukan menunjukkan faktor sosioekonomi khususnya latar belakang
keluarga seperti pekerjaan, pendapatan dan pendidikan ibu-bapa mempunyai
kesan yang amat besar kepada pencapaian murid-murid. Konsep peperiksaan
yang memberi peluang pelajar mengambil peperiksaan mengikut keupayaan
yang dicadangkan ini adalah bertujuan menggalakkan pelajar yang pintar
dan cerdik atau murid-murid yang telah pun bersedia boleh mengambil
peperiksaan lebih awal bagi tahap-tahap tertentu.
Isu kritikal di sebalik perlaksanaan sistem peperiksaan ini ialah ia
boleh menggoncangkan sistem persekolahan kerana ia boleh menjadi alat
untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruh golongan elit dan golongan
berada mendapat pengiktirafan memihak kepada kepentingan mereka
berbanding anak-anak golongan kurang berada dan golongan miskin.
Liberalisme konsep peperiksaan mengikut keupayaan bagaimanapun dikira
akan memberi peluang kepada pelajar lemah menangguhkan peperiksaan yang
sepatutnya mereka duduki mengikut sistem peperiksaan berjadual sehingga
mereka benar-benar yakin dan bersedia. Soalnya, sehingga bilakah pelajar
yang lemah boleh membina keyakinan mereka untuk menduduki peperiksaan
dan adakah mereka yakin mereka akan berjaya dalam peperiksaan.
Peratusan dan bilangan besar pelajar lemah di sekolah didapati tidak
mempunyai keyakinan dan harapan yang mereka akan lulus dengan cemerlang
dalam peperiksaan. Sistem peperiksaan yang diujudkan juga lebih
cenderung untuk mengukur kebolehan dan kecerdasan yang mirip kepada
pelajar berkebolehan tinggi di samping ia mengiktiraf kegagalan pelajar
lemah dan kurang kebolehan dari segi akademik.
Sistem peperiksaan yang dikira liberal ini juga tidak menjadikan sesuatu
perubahan kepada yang berkebolehan rendah. Meliberalisasikan konsep
peperiksaan tanpa mengubah rancangan dan program pendidikan untuk
memperbaiki kelemahan akademik golongan berkebolehan rendah sudah tentu
tidak memberi apa-apa makna ke arah merintis masa depan yang cerah
kepada golongan yang berkebolehan rendah.
Selain itu, boleh ditimbulkan satu persoalan disini, apakah falsafah dan
rangka ideologi yang mendasari konsep peperiksaan mengikut keupayaan
yang dicadangkan ini ? Adakah ia boleh dikira satu perubahan yang
penting ke arah menyumbang reformasi sistem peperiksaan yang sedia ada ?
Setakat manakah falsafah dan konsep peperiksaan mengikut keupayaan ini
memberi faedah dan mendukung wawasan pendidikan untuk melahirkan warga
negara yang seimbang serta berketrampilan ?
Cadangan dikemukakan bagi menjadikan sistem peperiksaan dan persekolahan
dan pengajian tinggi di negara kita lebih fleksible dengan cara
membenarkan pelajar merujuk buku dan bahan-bahan yang dikirakan penting
semasa di bilik peperiksaan. Bagaimanapun ia dianggap tidak praktikal
dari segi keboleh percayaan dan validitinya sesuatu peperiksaan. Idea
ini juga dikira mempunyai kecenderungan mengalakkan pelajar meniru dalam
peperiksaan yang sukar dikesan.
Salah satu amalan negatif peperiksaan mengikut keupayaan ialah
menkelaskan pelajar mengikut kelas dan kriteria baik, sederhana baik,
lemah dan sebagainya. Amalan ini juga dikenali sebagai "streaming" atau
pengaliran. Pengaliran biasanya dibuat oleh pihak sekolah mengikut
pencapaian keseluruhan pelajar, dan kedudukannya yang bersiri di
kalangan pelajar di tahap yang sama.
Konsep peperiksaan seperti ini mengalakkan lebih banyak pertumbuhan
pusat-pusat tuisyen yang memberi keuntungan yang lumayan di samping
mengekspoitasi murid dan ibu bapa demi mendapatkan kelulusan yang baik
di dalam peperiksaan yang diadakan. Pertumbuhan pusat-pusat tuisyen
adalah satu fenomena yang tidak sihat dan ia mencerminkan kegagalan
sistem pendidikan dan sistem persekolahan di negara ini yang kurang
cekap menjamin kejayaan yang baik di dalam peperiksaan. Selain itu
peperiksaan akan mempengaruhi ibu bapa sehingga boleh memberi tekanan
mental dan psikologi kepada anak-anak mereka semata-mata didorong oleh
desakan untuk mencapai kejayaan yanga cemerlang.
Kejayaan di dalam peperiksaan dikira merupakan satu tiket untuk
mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik di samping untuk
mendapatkan tempat memasuki institusi pengajian tinggi yang begitu
berpegang teguh kepada merit dan prinsip kecemerlangan pencapaian
akademik seseorang pelajar.
Dilihat dari perspektif sosiologi, radikal, konsep peperiksaan yang
dicadangkan ini akan mendorongkan kepada satu corak "class struggle"
yang lebih ketara yang mencerminkan realiti keadaan persaingan dan
pergelutan masyarakat di luar sekolah. Keseluruhan falsafah, prinsip,
dan proses pendidikan akan terjejas sekiranya sistem peperiksaan yang
mendasari wawasan pendidikan itu menyimpang dari matlamat-matlamat
unggul pendidikan untuk membentuk dan melahirkan insan yangg seimbang
dan sempurna yang perlu dilaksanakan melalui sistem dan proses
persekolahan yang progresif dan dinamis.
*
CADANGAN MENANGANI CABARAN KEARAH MERIALISASI PENCAPAIAN MATLAMAT
PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA.
Meningkatkan profesionalisme perguruan
*
Adalah amat mustahak diingat golongan pendidik di negara ini perlu
sentiasa menghidupkan motivasi diri dengan menguatkan keazaman dan sedia
menghadapi cabaran-cabaran baru, disamping meningkatkan kewibawaan
keilmuan mereka sebagai golongan pendidik yang dihormati dan disanjungi
oleh murid, ibubapa dan masyarakat.
Budaya mengajar yang masih bersifat usang, tradisional dan kurang
berkesan menangani masalah asas pendidikan seperti buta huruf, buta
budaya, buta ilmu adalah di antara krisis pendidikan yang mencerminkan
krisis profesionalisme perguruan di negara-negara membangun khususnya di
Malaysia memerlukan resolusi yang lebih redikal dilakukan. Profesyen
perguruan boleh dikatakan tidak banyak mengalami perubahan dari segi
inovasi dari segi teknologi walaupun perkembangan teknologi maklumat
berlaku dengan pesatnya dan dalam sektor-sektor lain.
Selaras dengan perubahan era multimedia dan teknologi maklumat profesyen
di negara ini perlu di reformasikan supaya ia benar-benar mampu menjadi
agen perubahan kepada budaya literasi teknologi, khususnya bagi
melahirkan masyarakat yang celik komputer dan bersikap terbuka bagi
mengembangkan budaya saintifik.
Pendidikan guru perlu di reformasikan bagi menyediakan guru-guru yang
berwibawa dengan ilmu pengetahuan, mengamalkan sikap nilai dan falsafah
pendidikan yang progresif, dapat mengembangkan profesionalisme perguruan
yang idealistik untuk membangunkan generasi muda yang celik budaya,
mempunyai kualiti sosial dan moral yang tinggi, bersifat futuristik dan
positif untuk mencapai kemajuan dan perubahan. Peranan profesyen
perguruan dalam masyarakat membangun seperti Malaysia menjelang abad ke
21 tidak seharusnya di bataskan di atas andaian dan pandangan yang
sempit. Sebarang langkah bagi mengongkong dan menyempitkan peranan
golongan guru sudah tentu akan merugikan masyarakat dan negara.
Profesyen perguruan harus berkembang dengan lebih pantas dan progresif
bagi mencorakkan perkembangan individu, masyarakat dan negara. Dari satu
segi yang lain, profession perguruan yang menjadi agen perubahan sosial
harus menjadi penyelamat kepada krisis kemelut sosial yang dihadapi oleh
masyarakat yang sedang bergelut dengan tuntutan kemajuan dan perubahan.
Profesyen perguruan perlu diberi ruang yang lebih terbuka supaya konsep
memasyarakatkan sekolah, murid, pendidikan dan guru boleh memberi faedah
yang besar kepada pembangunan masyarakat setempat.
Pendidikan sebagai asas pembinaan masa depan bangsa dan negara
bergantung kepada profesyen perguruan yang berkembang secara dinamik dan
progresif. Profesyen perguruan yang dinamis perlu melahirkan kepimpinan
guru yang berkualiti, sentiasa memperbaiki dan mempertahankan etika
profesionalisme pendidikan, berbanding dengan tugas yang mengabdikan
diri sebagai golongan pendidikan yang berwibawa dan dapat menjadikan
diri sendiri lebih berketrampilan dengan mendokong belajar seumur hidup
(life long learning), belajar untuk mengubah dan belajar untuk berubah.
Usaha-usaha lain sepearti melatih pensyarah bagaimana mengajar di
institusi pengajian tinggi. Langkah ini turut mencadngkan supaya
pensyarah-pensyarah universiti mestilah memiliki diploma pendidikan bagi
membolehkan mereka melayakkan diri untuk mengajar. Walaupun mendapat
reaksi yang "panas dan sinis" daripada pensyarah dan professor, cadangan
ini bagaimanapun perlu dianggaap sebagai satu cadangan yang positif bagi
meningkatkan kualiti pengajaran pensyarah dan profesor di universiti
khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan pedagogi dan asas
kaedah pengajaran.
*
Mengatasi masalah "Brain Drain" di kalangan pensyarah
*
Kebanyakkan pensyarah yang memilih kerjaya ini adalah kerana komited
dengan apa yang dilakukan. Penyelidikan menjadikan visi hidup mereka.
Kerjaya sebagai pensyarah mempunyai banyak insrintik yang terus menambat
hati pensyarah agar terus kekal di institusi pengajian tinggi.
Namun apa yang menyebabkan wujudnya masalah 'brain drain' antaranya
ialah layanan yang mereka terima berbanding dengan pensyarah yang
berrkhidmat di luar negara. Wan Mokhtar mempersoalkan apakah adil hanya
menggangapkan pensyrah yang berkhidmat di luar negara ditawarkan dengan
gaji yang berlipat ganda apabila kembali ke Malaysia, sedangkan antara
keduanya mempunyai kemahiran dan pendedahan yang sama.
Dalam menangani isu ini, ia melibatkan banyak pihak. Namun begitu ia
bukanlah sesuatu perkara yang sukar. Kerajaan sebagai tunggak, hendaklah
peka dengan keperluan dan tuntutan semasa institusi pengajian tinggi
awam agar penghijrahan keluar pensyarah dapat di atasi. Jangan biarkan
pensyarah meminta-minta hak mereka kerana martabat pensyarah amat tinggi
kedudukannya.

*
Memperbaiki Kualiti Sistem Peperiksaan
*
Adalah penting langkah dan strategi pembaharuan dilakukan oleh
Kementerian Pendidikan bagi memperbaiki dan meningkatkan kualiti sistem
peperiksaan. Sistem peperiksaan yang dibentuk bukan sahaja perlu menguji
kebolehan akademik semata-mata tetapi keseluruhan aspek perkembangan dan
kualiti serta potensi individu sejajar dengan falsafah pendidikan negara.
Peperiksaan yang menekankan kepada kecemerlangan akademik semata-mata
tidak memberi gambaran menyeluruh terhadap perkembangan pelajar. Selain
itu, langkah-langkah perrlu dibuat bagi memperbaiki kualiti dengan
menekankan aspek-aspek kognitif dengan menguji kebolehan pelajar dari
segi pemikiran kritis, rasionaliti, logik, pertimbangan dan nilai,
ketepatan fakta, penyelaisaian masalah, aplikasi, membuat penilaian dan
sebagainya.
Konsep peperiksaan berterusan dalam konteks sekolah perlu di ambil kira
sebagai kriteria keseluruhan mengukur perkembangan masyarakat yang
sihat, berdaya maju dan cemerlang di samping memberi peluang kepada
kepada setiap orang untuk mencapai rasa kejayaan dan penghargaan diri.
Perubahan asas dalam sistem pendidikan perlu dibuat. Perubahan ini bukan
bersifat kosmetik tepi perubahan substantif supaya kurang
berorientasikan peperiksaan. Antaranya cadangan supaya tiga peperiksaan
sekolah menengah dikurangkan kepada dua. Ini akan mengurangkan tekanan.
Antara perubahan tersebut ialah membolehkan kegiatan ko-kurikulum
diambil kira untuk memasuki universiti. Ketika ini sepuluh peratus
daripada nilai markah kemasukan universiti datangnya daripada aktiviti
ko-kurikulum. Apabila kita berubah kepada sekolah bestari nanti,
penekanan akan diberikan kepada soal penguasaan ilmu dan kemampuan
pelajar mengikut kemampuan sendiri iaitu konsep kendiri.
*KETERSEDIAAN PENDIDIK MENGHADAPI REFORMASI PENDIDIKAN*
**
Golongan pendidik adalah murabi dan ahli ilmu yang membimbing manusia
kejalan yang betul dalam pegangan hidup, kerohanian, akhlak dan bidang
ilmu yang berfaedah. Mereka bertanggungjawab mendidik pelajar mengenal
dan menghayati nilai kebenaran, keindahan dan keadilan dengan
spektrumnya yang seimbang dan benar, sesuai dengan potensinya sebagai
khalifah Allah dan hambanya. Dalam menuju alaf baru pendidikan bertaraf
dunia paradigma pendidikan perlukan anjakan yang dapat mendorong para
pendidik memainkan peranan mereka dengan lebih agresif dan progresif.
Paradigma pendidikan perlu diubah daripada menerima kepada mencipta atau
mencari, daripada ketaatan kepada komitmen , daripada individu kepada
perkongsian, daripada rutin kepada inovatif dan kretif, daripada reaktif
kepada proaktif dan daripada pasif kepada progresif.
Sebelum perlaksanaan reformasi dibuat secara total ke atas sistem
pendidikan negara, apakah semua yang akan terlibat dalam mendokong dan
melaksanakannya telah tersedia? Kementerian Pendidikan perlu terlebih
dahulu memastikan semua dalam keadaan bersedia bagi mendokong semua
dasar atau sistem baru yang lebih futuristik.
Janganlah semua kesilapan seperti pengenalan kurikulum baru sekolah
rendah (KBSR), subjek alam dan manusia (ADM), dasar disiplin dan sistem
kenaikan pangkat baru berdasarkan kepada kelayakan akademik berulang
lagi - kasihan generasi remaja kita yang menjadi mangsa kerana impak
dari kesilapan penghitungan dalam menanam modal dalam"komoditi
pendidikan", ia akan memberi impak jangka panjang. Sebagai contoh, hasil
daripada kegagalan KBSR dan subjek ADM yang dilaksanakan 10 tahun
dahulu, bahangnya kita dapat rasai kini dengan kurangnya pelajar kita
(melayu khususnya) yang berminat unutk memilih sains sebagai bidang
pilihan mereka di IPT.
Pendidikan telah mempunyai agendanya untuk menubuhkan Sekolah Bestari,
Pendidikan Bertaraf Dunia, Guru Bertaraf Dunia dan berbagai lagi yang
akan bertaraf dunia. Persoalannya, apakah semua kominiti guru telah
bersedia untuk mengikut arus reformasi yang akan mendatang dalam era
pasca Teknologi Maklumat masa kini ? Ada baiknya fenomena ini dibetulkan
terlebih dahulu sebelum memikirkan reformasi pendidikan secara total.
Janganlah anjakan paradigma itu dibuat berkelompok-kelompok, biar ia
menyeluruh kepada semua golongan pendidik. Kerana mereka inilah yang
akan membina asas-asas yang mantap dan teguh.

*
Kesimpulan
*
Dalam menuju ke arah pendidik dan pendidikan bertaraf dunia setiap
lapisan masyarakat mahupun individu haruslah memainkan peranan
masing-masing. Kita perlu bekerjasama dan berganding bahu dalam
melaksanakan dan merealisasikan wawasan negara demi untuk melahirkan
insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, inovatif, kreatif,
progresif dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidikan negara.
Sebagai golongan bukan pendidik, kita janganlah meletakkan seluruh
tanggungjawab ini hanya kepada golongan pendidik sahaja, tetapi haruslah
memberikan komitmen yang menyeluruh dan bersepadu.

You might also like