You are on page 1of 14

Pengenalan

“Kita tidak mewarisi bumi kita ini daripada nenek moyang kita,tetapi sebaliknya kita hanya

mampu meminjamnya daripada anak cucu kita”. Begitulah sebahagian daripada kata-kata Chief

Seattle sebagai salah satu rujukan yang digunakan oleh penceramah dan aktiviti alam sekitar di

seluruh dunia tentang pentingnya menjaga alam sekitar yang menjadi tanggungjawab setiap

manusia,masyarakat atau penduduk yang tinggal bumi ini.

Apa yang dikatakan sebagai pencemaran ini merupakan satu topik yang hangat dan tidak di

ambil tindakan secara serius dari dahulu lagi. Buktinya, terdapat pelbagai kesan negatif yang terjadi

kepada alam sekitar yang dahulunya bersih daripada segala pencemaran atau sesuatu yang

mengganggu ekosistem manusia dan hidupan yang lain. Pencemaran bermaksud sesuatu

perubahan secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia, biologi atau
radioaktif
mana-mana
bahagian
alam
sekeliling

de

ngan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan bahan-bahan buangan hingga menjejaskan apa-

apa kegunaan yang berfaedah, yang menyebabkan suatu keadaan yang berbahaya kepada

kesihatan, keselamatan, atau kebajikan awam atau kepada binatang,hidupan-hidupan liar,akuatik

atau tumbuh-tumbuhan.

Masalah pencemaran seperti pencemaran air,tanah,udara sentiasa menghantui pemikiran

manusia tetapi segelintirnya hanya memejam sebelah mata sahaja. Manusia sebagai khalifah di
bumi ini seharusnya mengambil berat terhadap masalah ini dan bukannya menambahkan lagi beban

hidup masyarakat yang akan datang. Seperti yang kita ketahui,pencemaran boleh diklasifikasikan

kepada empat jenis yang utama iaitu:-


1.Pencemaran Udara

2. Pencemaran Air

3. Pencemaran Tanah

4. Pencemaran Bunyi
1.0 PENCEMARAN UDARA
1.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Udara

Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang

terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan 1 yang menjejaskan kehidupan atau

bahan-bahan lain. Pencemaran udara disebabkan oleh pelepasan asap melalui ekzos kenderaan,

kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang atau

kayu yang tidak terkawal2.

Pencemaran udara boleh dikelaskan kepada dua bahagian iaitu primer dan sekunder.

Pencemaran udara primer bermula apabila penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida

akibat daripada pembakaran yang tidak lengkap. Proses ini akan menyebabkan zarah-zarah yang

halus terampai di udara dan memberikan kesan sampingan kepada kesihatan manusia.

Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri

yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang atau kayu yang tidak

terkawal3. Pencemaran udara sekunder pula adalah hasil daripada tindak balas sulfur dioksida yang

bergabung dengan wap-wap air di udara.


1.2 Kesan–Kesan Pencemaran Udara
1.2.1 Kesan terhadap Kesihatan Manusia
Pencemaran udara telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada masa kini. Di
antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran udara ialah terhadap
sistem pernafasan. Udara dan bahan cemar yang terperangkap didalamnya akan memasuki hidung
atau mulut manusia dan memasuki paru-paru melalui trakea. Karbon monoksida (CO) adalah antara
gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dengan begitu berkesan
sekali. Selain itu, bahan cemar Nitrogen Oksida (NO2) boleh menyebabkan edema dan pendarahan
pulmonari, bahan cemar gas ozon (O3) boleh menimbulkan kerengsaan4. Habuk,asap, kabus, wap
atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata

manusia.
1.2.2 Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan

Pencemaran udara juga memberi kesan yang sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di

dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran

daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan5. Alfalfa, barli, kapas, gandum dan

epal adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan dengan bahan cemar sulfur

dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan

adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan

ekonomi sebahagian daripada penduduk dibumi juga terganggu.


1.2.3 Kesan Terhadap Haiwan
Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh.

Sebagai contoh, di Poza Rica, Mexico, sekumpulan burung kenari, ayam, itik, lembu, khinzir angsa

dan anjing telah mati akibat terdedah kepada sulfur dioksida (SO2) yang dilepaskan ke udara oleh

sebuah loji penapisan pada tahun 19506. Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman

makanan haiwan yang tercemar setelah terdedah kepada bahan–bahan toksid yang terdapat di

dalam udara. Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah

membawa maut kepada lembu dan kuda yang berlaku di Jerman.7 Haiwan-haiwan ini yang meragut

kawasan rumput sekitar 5 kilometer dari sebuah kawasan kilang plumbum dan zink telah mengalami

keracunan akibat daripada habuk plumbum yang dilepaskan oleh kilang tersebut.

1.2.4 Kesan Terhadap Bahan

Bahan-bahan cemar di udara juga mengotorkan permukaan bahan terutamanya kepada bangunan,

pakaian, dan juga benda-benda lain 8. Pengotoran berlaku akibat dari pengendapan asap atau zarah

halus yang begaris pusat kira- kira 0.3 mikrometer. Selepas beberapa lama, pengendapan ini dapat

dilihat dan dipanggil kekotoran, kelunturan, atau kehitaman permukaan. Selain itu, kakisan logam

juga berlaku disebabkan berlakunya kehadiran sulfur dioksida (SO2) di dalam udara. Bahan cemar

juga menyebabkan fabric-fabrik mudah rosak. Keadaan ini telah berlaku di Kanada dan Florida

dimana stoking wanita mudah terurai disebabkan oleh kabus halus asid sulfuric yang terdapat di

bandar-bandar tersebut.
1.2.5 Kesan Terhadap Lapisan Ozon

Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi

hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari 9. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC

yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan

ozon ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan secara

terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada

manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya

pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya

ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini10.


1.2.6 Kejadian Hujan Asid

Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya Hujan asid yang

disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan11.

Ianya berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke
udara dan bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi asid

sulfurik dan asid nitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke tempat- tempat

lain dan membawa asid-asid tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama dengan hujan dan

menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Ianya membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air.

Ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga

meresap kedalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak

subur12.
1.2.7 Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global
Kesan yang paling ketara dan sedang hangat deperkatakan oleh seluruh

warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau13.

Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini yang

dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan

gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak

menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya

menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga adalah faktor utama kejadian pemanasan global ini 14.

Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir

berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal 15. Kebakaran hutan yang

berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan juga menjejaskan kualiti

udara.
1.2.8 Kesan Terhadap Atmosfera

Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pula ialah mengurangkan

jarak penglihatan16. Contoh yang paling jelas ialah kebakaran besar yang berlaku di hutan Indonesia

pada tahun 1997 telah menyebabkan beberapa buah Negara di Asia Tenggara mengalami keadaan

jerebu yang sangat teruk termasuk Malaysia. Selain itu, pertambahan kepekatan karbon dioksida

dalam atmosfera turut meningkatkan suhu bumi yang telah mencetuskan perbincangan hebat di

kalangan para saintis di abad ini. Para saintis mendapati bahawa kepekatan karbon dioksida

bertambah dari 0.032 peratus pada tahun 1968 kepada 0.038 peratus pada tahun 2000. Mengikut

analisis tersebut, ia menyebabkan peningkatan suhu sebanyak 0.5 darjah selsius, dan kesan ini

dikenali sebagai kesan ‘rumah hijau’.

2.0PENCEMARAN AIR
2.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Air
Pencemaran air ini berlaku apabila terdapat perubahan dari segi kandungan, keadaan,

warna dan kualiti sehinnga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan17.

Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia, dan fizik 18. Pencemaran air bukan

hanya berlaku di sungai sahaja,tetapi juga di laut,pantai dan lain-lain secara sengaja atau tidak

sengaja. Punca utama yang menghasilkan pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari

kilang-kilang yang berdekatan dengan sumber air tersebut. Keadaan atau tahap pencemaran

sumber air boleh dinilai berdasarkan beberapa faktor yang mempengaruhi kualiti air tersebut iaitu

oksigen terlarut, keperluan oksigen biokimia (BOD), zat terlarut dalam air, pH, dan suhu.
Secara saintifik, pencemaran air boleh diklasifikasikan kepada beberap jenis iaitu pencemaran
fisika, kimiawi, fisiologis dan biologi. Pencemaran fisika ini ditentukan oleh perubahan warna, suhu
dan kekeruhan sumber air tersebut.punca yang biasanya menyebabkan pencemaran jenis ini ialah
seperti pembuangan sampah dan daun-daun yang merupakan medium yang terapung di atas air.
Manakala pencemaran kimiawi biasanya disebabkan oleh zat organik termasuk protein, karbohidrat
dan lemak dan bahan buangan industri yang mengandungi garam beracun serta tumphan minyak di
laut. Selain itu, ia juga berpunca daripada persenyawaan organoklor pada insektisida, fungisida dan
herbisida. Seterusnya pencemaran fisiologi dapat dikenalpasti daripada bau dan rasa yang tidak
menyenangkan pada sumber air. Pencemaran jenis ini disebabkan oleh persenyawaan amina, fluol
dan merkaptan. Pencemaran biologi pula disebabkan oleh mikroorganisma dalam sumber air tersebut
seperti bakteria

patogen, virus, protozoa, parasit dan zat toksin19.


2.2 Kesan-Kesan Pencemaran Air
2.2.1 Kesan Terhadap Kesihatan Manusia

Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan banyak masalah terhadap hidupan-

hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri. Bahan-bahan yang dibuang dalam

sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air20, tersebut mati apabila memakan bahan

beracun dari sumber air yang telah tercemar ini. Manusia juga akan mendapat penyakit yang serius

jika mengambil sumber makanan daripada hidupan air 21. Manusia juga boleh mendapat penyakit

atau masalah kesihatan yang teruk jika meminum atau menggunakan air yang tercemar. Selain itu,

sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus

membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia

sendiri2.2.2 Kesan Kepada Kualiti Air

Penggunaan air laut juga terutamanya sebagai agen penyejuk bagi mesin dalam sektor

janakuasa elektrik merosakkan kualiti air 22. Air yang panas selepas digunakan untuk menyejukkan

mesin-mesin dalam sektor ini akan disalurkan semula ke laut. Ini menyebabkan seluruh kawasan

saliran laut itu akan menjadi panas dan mengakibatkan hidupan di kawasan itu sukar untuk
beradaptasi kerana keadaan suhu airnya yang tinggi dan meningkat secara mendadak justeru

mengganggu ekosistem hidupan di laut secara perlahan-lahan.

Bahan-bahan toksid yang dibuang akan memberi kesan terhadap kitaran makanan dengan

mempengaruhi dan meracuni hidupan-hidupan di sungai dan tasik seperti rumpair, burung, ikan dan

hidupan lain. Bahan-bahan toksid yang bercampur dengan air sungai atau tasik,secara langsung

akan mempengaruhi kualiti air minuman. Hal ini memberi kesan negatif terhadap kesihatan, seperti

kehadiran nitrat yang berlebihan dalam air minuman yang akan mengakibatkan keracunan darah

kepada bayi kecil dan barah kepada orang dewasa.


2.2.3 Mengurangkan Kandungan Oksigen Terlarut

Proses yang dihasilkan oleh industri terutamanya industri pemprosesan makanan biasanya

kaya dengan nutrien inorganik contohnya nitrogen, fosforus dan kalium disamping sebatian-sebatian

organik terlarut23. Oleh itu, nutrien ini menyebabkan risiko pencemaran dilupuskan secara tidak

langsung di dalam sungai atau tasik dan menghasilkan keadaan eutrofikasi. Sebatian organik

terlarut mengurangkan jumlah kandungan oksigen terlarut(BOD).


2.2.4 Sistem Air Bawah Tanah Tercemar

Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang.

Tetapi, apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar dan menyebabkan

dua masalah iaitu, pertama ialah jika sisa ini mengalir di permukaan, maka ianya akan mengalir di

dalam sistem saliran terutamanya parit dan sungai24. Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini

mengalir ke dalam sisem bawah tanah yang akan menyebabkan sistem air bawah tanah tercemar25.

Kedua-dua masalah tersebut akan merosakkan dan mencemarkan hidupan dan keadaan air itu

sendiri.
2.2.5 Menjejaskan Keindahan Alam
Seterusnya, pencemaran air juga menyebabkan keindahan dunia pada

masa kini terjejas. Pantai-pantai yang dipenuh dengan sampah sarap menjengkelkan dan tidak indah untuk

dipandang. Sampah sarap yang dibuang di laut menjadi punca hal tersebut berlaku. Keadaan air

laut ataupun sungai yang berbau busuk akibat daripada bakteria-bakteria daripada bahan-bahan

cemar yang dibuang ke dalam air laut atau sungai mewujudkan keadaan yang tidak selesa kepada

manusia dan juga hidupan lain di dunia ini26.


2.2.6 Banjir

Selain itu pencemaran air juga menjadi punca kepada banjir yang berlaku di dunia pada

masa kini. Banjir-banjir yang kerap berlaku disebabkan oleh tersumbatnya parit yang sepatutnya
mengalirkan air ke laut ataupun sungai. Apabila sampah sarap menyumbatkan aliran air tersebut,

banjir mudah berlaku dan menyebabkan persekitaran kotor apabila banjir tersebut berlaku. Kesan

langsung daripadanya adalah kemusnahan tapak pembiakan rantai makanan, dan juga

mempengaruhi pembuatan makanan, produktiviti makanan, dan kos meningkat27.


2.2.7 Kemusnahan Hidupan Akuatik

Di Malaysia, aktiviti perindustrian, urbanisasi, serta perladangan menyebabkan pencemaran

logam berat, racun makhluk perosak, pencemran organik serta peningkatan keledak dalam air 28. Ia

merupakan pencemaran utama yang memusnahkan kehidupan akuatik. Laluan utama pencemaran

dari darat ke lautan adalah melalui sungai. Sungai-sungai yang tercemar seperti Sungai Juru,

Sungai Pinang, Sungai Sepang, Sungai Jejawi, Sungai Kelang, Sungai Perai, Sungai Buloh dan

beberapa sungai mengalirkan berbagai jenis racun, keledak bahan kumbahan dan najis haiwan ke

dalam lautan. Spesies yang sensitif akan lama kelamaan lenyap, samada disebabkan oleh kematian

individu atau kegagalan pembiakan. Bagi spesies yang tahan lasak, pengumpulan bahan toksik

dalam badan mereka boleh menyebabkan risiko yang tinggi kepada haiwan- haiwan yang terletak di

penghujung rantaian makanan, termasuk manusia.

3.0PENCEMARAN TANAH
3.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Tanah

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga

terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ianya disebabkan oleh bahan buangan dalam

bentuk cecair atau pepejal. Bahan pencemar ini terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik.

Keseriusan pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Pencemaran menunjukkan

tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang dan akan bertukar warna menjadi kehitaman

serta tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut menjadi layu.

Kebanyakan tanah yang merosot kualitinya adalah disebabkan oleh aktiviti manusia itu

sendiri. Aktiviti-aktiviti seperti perlombongan, tebus guna tanah yang mengorbankan kawasan

terumbu karang, penebangan hutan yang menyebabkan aliran tanah dari darat masuk ke dalam

laut, pembuangan sampah sarap dan kumbahan yang tidak terkawal, pembuangan sisa toksik dan

sisa nuklear, dan tumpahan minyak menyebabkan tanah tercemar.


3.2 Kesan-Kesan Pencemaran Tanah
3.1.1
Tanah Beracun
Kesan daripada pencemaran tanah ini kepada dunia sangat ketara seperti pencemaran-

pencemaran lain juga. Inya juga memberi kesan yang sangat buruk terhadap kesihatan manusia

serta hidupan lain. Pembuangan sampah-sarap, sisa toksik dan nulear menjadikan tanah beracun

dan tidak boleh didiami. Contoh yang paling ketara adalah letupan loji nuklear di Chernobyl,

Russia29. Kesannya dapat dirasai hingga ke Sweden, kerana 23 orang telah dilaporkan mati akibat

daripada kesan radioaktif nuklear tersebut. Semua penduduk di sekitarnya dipindahkan dan di

sesetengah tempat, penjualan daging terpaksa dihentikan kerana kadar pencemaran terlalu tinggi

dan membahayakan kesihatan.


3.2.2 Penyebaran Kuman-Kuman Penyakit

Selain itu, sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang

menjadi tempat pembiakan kuman penyakit30. Tikus, lipas dan lalat dan haiwan

perosak yang lain tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman

penyakit ke tempat-tempat lain. Jika makanan yang dihinggapi lalat atau

dimakan lipas , manusia mudah keracunan makanan dan seterusnya diserang

penyakit yang serius.


3.2.3 Kerosakan Tanah dan Kualitinya

Pencemaran tanah juga merosakkan tanah dan kualitinya. Sisa-sisa industri dan hasil

tumpahan daripada kenderaan pengangkut menjadikan tanah rosak dan kurang berkualiti. Tanah

yang kurang berkualiti menyebabkan tumbuh- tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam tidak

hidup dengan sempurna dan tidak subur. Hujan asid yang meresap ke dalam tanah, perlombingan

yang berlebihan, penebangan hutan atau pembalakan menyebabkan tanah terhakis dan rosak.

Selain itu penggunaan racun serangga atau rumpai turut berperanan mengurangkan kualiti tanah.

Kemajuan dari segi pengangkutan juga menyebabkan banyak kawasan tanah telah digunakan untuk

tujuan pembinaan jalanraya, landasan keretapi dan lapangan terbang.

3.2.4 Tanah Gersang

Seterusnya tanah juga menjadi gersang atau menjadi tanah gurun disebabkan oleh

penggunaan tanah secara berlebihan dan tidak terkawal. Usaha pertanian yang dilakukan ke atas

tanah yang kurang berkualiti (tidak subur), yang sering berlaku ke atas negara-negara yang kurang

hujan, padang ragut yang terhad tetapi mempunyai ternakan yang banyak, sehingga berlakunya
overgizing dan seterusnya padang ragut menjadi gondol, dan pertambahan
penduduk yang terlalu tinggi yang memerlukan kawasan penempatan adalah
antara punca-punca kejadian tanah gersang31.
3.2.5 Membunuh Haiwan Bawah Tanah
Pencemaran tanah ini juga membunuh haiwan di bawah tanah ataupun apa-apa sahaja

hidupan bawah tanah32. Racun serangga yang disembur masuk dan berkumpul ke dalam tanah dan

bahan-bahan cemar seperti sisa toksik dan nuklear membunuh haiwan-haiwan bawah tanah

tersebut.
3.2.6 Hakisan Tanah

Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah adalah salah satu

fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut

kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah

runtuh dan juga gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sedang diancam hakisan tanah.

Di negara-negara tertentu juga, angin menjadi salah satu agen yang boleh menyebabkan hakisan.

Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan

pembajakan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada

dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat, penebangan hutan, padang ragut yang

meluas dan berlebihan, dan penanaman secara meluas hanya satu jenis tanaman 33.

4.0
PENCEMARAN BUNYI
4.1 Pengenalan Kepada Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi adalah keadaan dimana sesuatu bunyi itu tidak disukai

kerana memberi ketidakselesaan terhadap pendengaran 34. Secara saintifik, ia

didefinisikan sebagai signal yang tidak memberi apa-apa informasi dan

kekuatannya berubah secara mendadak dari masa ke semasa.


Pencemaran bunyi mungkin tidak diambil perhatian secara serius namun ia juga memberi

kesan buruk terhadap dunia pada masa kini. Pencemaran bunyi berpunca daripada kenderaan,

perindustrian, pembinaan, persekitaran dan sebagainya35.

Jenis bunyi bising adalah seperti Steady Wide Band Noise yang meliputi bunyi dengan batas

ulangan yang luas, contohnya mesin biasa, keriuhan di Pasar, dan trafik36. Seterusnya Steady Narrow

Band Noise iaitu tenaga bunyi tertumpu kepada ulangan tertentu seperti mesin rumput, gergaji rantai,

dan pengetam. Selain itu, Impact Noise iaitu bunyi tunggal yang pendek seperti letupan, tembakan,

senjatapi, Repeated Impact Noise iaitu bunyi tunggal yang berulangan seperti memaku, memahat, dan

akhir sekali Intermittent Noise iaitu seperti pengangkutan udara dan lalulintas.
4.2 Kesan-Kesan Pencemaran Bunyi

4.2.1 Menggangu Persekitaran


Kesan-kesan

pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah

menggangu persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising dan melampau37. Pencemaran bunyi

menyebabkan keadaan persikitaran sangat bising dan menjadikan kehidupan manusia serta

hidupan lain terganggu. Haiwan juga akan merasa takut dan berasa terpaksa berhijrah ke habitat

baru yang lebih senyap38. Ini akan menyebaban gangguan ekosistem dan member masalah kepada

manusia juga.
4.2.2 Masalah Pendengaran Manusia

Pencemaran bunyi menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara serta-merta dan

juga secara kronik. Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada 120 dB, selaput

tympanum di dalam telinga akan pecah serta kerosakan tulang kecil pada telinga dan ini

menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat iaitu

lebih 85 dB dalam masa 8 jam sehari, ia akan merosakkan koklia dan menyebabkan pendengran

menjadi tidak berkualiti dan kemungkinan juga akan menjadi pekak secara perlahan-lahan

Kesan-kesan di luar telinga pula adalah seperti kesan fisiologi iaitu meningkatkan tekanan

darah, meningkatkan pergerakan otot, meningkatkan pergerakan gastrik dan pembesaran pupil 39.

Seterusnya kesan psikomatik seperti sakit kepala, pening, loya, muntah, pergerakan mata tak dapat

dikawal, gangguan percakapan, dan juga memberi kesan kepada tingkahlaku 40.

PENUTUP
Pencemaran alam sekitar memberi banyak kesan yang sangat buruk terhadap dunia pada

masa kini. Kejadian hujan asid, kesan rumah hijau, penipisan ozon adalah antara kesan-kesan
pencemaran alam sekitar yang serius dan perlu ditangani segera sebelum ia menjadi lebih kritikal.

Manusia dan juga hidupan lain saling berkait untuk terus hidup di dunia ini. Manusia memerlukan

bahan makanan. Sekiranya sumber makanan dicemari, maka tiadalah sumber makanan untuk

manusia.

Sekiranya penduduk dunia atau manusia bersikap sambil lewa dengan keadaan alam

sekitar yang semakin tercemar ini, dunia mungkin akan menjadi semakin kritikal dan hidupan lain di

muka bumi ini akan terjejas atau pupus secara tidak langsung dan kemungkinan dunia akan musnah

secara perlahan- lahan.


Manusia seharusnya bertanggungjawab dan menjaga serta memulihara alam sekitar. Jika

pencemaran dibiarkan berterusan, bumi akan kehilangan keindahannya dan mungkin suatu hari

nanti, dunia ini tidak boleh lagi didiami oleh sebarang hidupan termasuklah manusia.

Manusia seharusnya telah memulakan usaha-usaha untuk melakukan pemuliharaan

terhadap alam sekitar yang telah musnah ataupun terjejas pada masa sekarang. Manusia tidak lagi

boleh menunggu sehingga tibanya masa keadaan alam sekitar menjadi benar-benar kritikal, dan

barulah mengambil tindakan, kerana segala-galanya mungkin akan terlambat dan tidak boleh

diselamatkan lagi.

Kesimpulannya, manusia harus peka terhadap isu-isu alam sekitar dan berusaha untuk

mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran serta berusaha memulihara

alam sekitar untuk kesejahteraan hidup masa hadapan.


RUJUKAN
Abu Bakar Yang.2004.Alam Sekitar Anugerah Tuhan.Kuala Lumpur : IKIM
Bryan Cartledge.1992.Monitoring The Environment.United States of America :
Oxford University Press
David D. Kemp.1990.Global Environmental Issue: A Climatological
Approach.London : Routledge
Douglas D.Ofiara, Joseph J.Seneca.2001.Economical Losses From Marine
Pollution. United States Of America:Island Press
ECD Sabah.2002.Environmental Management In Sabah:Issues And Challenge.Kota

Kinabalu : ECD Sabah

EPD Sabah.2003.Environmental Indicator Report.Kota Kinabalu : EPD Sabah.

Harry M. Freeman.1995.Industrial Pollution Prevention Handbook. United States

Of America : McGraw-Hill, Inc

Ismail Sahid.1985.Masalah Alam Sekitar Di Malaysia.UKM:UKM

Jan G Laurman, Roger A. Sedjo.1992. Global Forest: Issues For Six Billion
People.New Yor: McGraw-Hill,Inc.
Jangan membuang sampah ke dalam sungai / laut
Jika kita membuang sampah sarap ke dalam sungai / laut, sungai/ laut akan menjadi kotor dan
hidupan laut akan mati jika air sungai / laut adalah kotor.
-Mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor
Asap dari kenderaan bermotor menyumbang kepada pelepasan hidrokarbon, gas karbon dioksida dan gas
karbon monoksida ke atmosfera yang sangat tinggi. Ini menyebabkan suhu di bumi semakin meningkat.
-Menjalankan kempen kesedaran
Melalui kempen kesedaran, penduduk-penduduk akan mengetahui penyebaban pencemaran air,
pencemaran udara dan pencemaran bunyi.

PENCEMARAN AIR

Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga
tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari segi  biologi,
kimia dan fizik. Pencemaran air bukan hannya berlaku di sungai tetapi juga di laut dan ianya boleh
berlaku secara sengaja atau tidak. Pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang.

Punca Pencemaran

 Kumuhan kilang - kebanyakan kumuhan kilang seperti  sisa toksid dibuang ke sungai atau laut.
 Sikap individu - pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis.
 Aktiviti Pertanian - penerokaan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian menyebabkan hakisan
tanah yang seterusnya  mengakibatkan mendekan berlaku. Mendekan in akan mencetekkan
sungai dan menjadikan air sungai menjadi keruh.

Kesan Pencemaran

 Kesihatan manusia - bakteria. virus, parasit dan bahan kimia yang lain.
 Haiwan - Hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan minyak,
pembuangan sampah dan sisa toksid.

Pencemaran air
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar


Pencemaran sungai

Pencemaran air ialah pencemaran yang berlaku di sungai, tasik dan laut. Lokasi berair sering
disalah anggap sebagai tempat pembuangan sampah terutama daripada aktiviti manusia.

[sunting] Malaysia
Punca utama utama ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai,
tepi tasik dan laut. Penduduk membuang najis manusia dan najis binatang ternakan seperti ayam,
babi, lembu dan lain-lain ke dalam sungai. Sungai Semenyih, sebagai contoh pernah dicemari
dengan puluhan ladang babi pada tahun 1980-an.

Kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi punca kepada pencemaran air di
sungai-sungai di Malaysia. Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan
dan seterusnya ke dalam sungai. Pemandangan dari udara ke atas Sungai Juru yang terletak di
Seberang Perai, Pulau Pinang menunjukkan warna air di Sungai Juru berwarna hitam pekat
apabila sampai di laut.

Petani di Cameron Highland menggunakan baja kimia dan racun serangga sehingga menjejaskan
kualiti air minuman di Sungai Terla. Hotel dan rumah kongsi para pekerja tidak mempunyai
sistem perparitan yang sempurna menyebabkan najis manusia tidak dirawat dengan betul. Kes ini
didedahkan oleh wartawan Karam Singh Walia di TV3 pada 8 Mei 2009. Selepas itu barulah
Majlis Daerah Cameron Highland turun padang untuk mengambil tindakan bagi membetulkan
keadaan.

Pengilang dari Taiwan dilaporkan mengeksport sisa kimia ke Malaysia dan ditanam di kawasan
terpencil di Johor, Malaysia. Beberapa negara maju membuang sisa radioaktif dengan
memasukkan sisa ini ke dalam tong-tong dram sebelum membuangkannya ke dalam laut.
Tindakan ini boleh merosakkan hidupan marin. Tayar-tayar buruk kononnya akan dijadikan
tukun-tukun tiruan di dasar laut terutama di Laut China Selatan. Sesetengah pulau tidak
mempunyai sistem pelupusan sampah. Oleh itu wujud 'pulau sampah' secara terancang atau tidak
dirancang.

You might also like